Sebenarnya selain mempunyai pulau yang cantik, di Malaysia juga ada beberapa tasik yang juga tidak kurang cantiknya.
Bagi mereka yang suka untuk explore tempat-tempat sebegini (walau tidak dibenarkan mandi), boleh cuba cari beberapa tasik yang dipanggil blue lake cukup indah yang ada di negara kita.
Tasik ini sebenarnya terjadi hasil perlombongan dan letupan bukit mengakibatkan jurang dan lubang dalam hingga menyebabkan air bergakung.
Dan kesan warna biru kehijauan pula adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Ternyata kecantikan tasik biru ini menarik minat orang lain untuk melihat sendiri keindahannya.
Perkongsian Helmi Baharum yang menyenaraikan 9 Blue Lake yang mempunyai pemandangan cukup memukau dan seperti berada di luar negara.
Paling penting bagi yang kaki OOTD jangan lepaskan peluang untuk merakam gamar terbaik di setiap lokasi.
9 Blue Lake Boleh Cuba Terokai
‘Tasik’ ni yang sebetulnya adalah bekas lombong.Air tasik/lombong bertukar biru setelah lama ditinggalkan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pencarian 9 tasik ini.
1. Blue Lake Frog Hills, Tasek Gelugor, Penang. Myra Sezalee
2. Blue Lake BukitBal,Sendayan,NegeriSembilan Deanna Malik
Ads
3. Blue Lake Tasik Biru Pepsi Rusila, Marang, Terengganu. Hasbul ‘Ilmi
8. Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.(bekas lombong bijih besi).
9. Tasik Biru Mamut,Ranau, Sabah-Misi gagal,hanya mampu ambil gambar dari luar je,petugas memaklumkan akan dibuka akan datang, dia suruh cek update di FB. Hazim Arshad
10. Tasik Biru Bau, Sarawak dan Tasik Biru Kundang,Selangor: Nama je tasik biru yang juga tinggalan daripada aktiviti perlombongan tetapi warnanya tidak terlalu berona biru.
3 lagi Blue Lake lain yang saya terpaksa batalkan hasrat adalah Blue Lake Masai Johor ditutup sebab ada kes pendaki mati lemas baru ni, Blue Lake Simpang Pulai Perak sebab dah ditutup pemilik dan Blue Lake Kepala Batas Kedah sbb dah dikambus.
Untuk peringatan bersama, ada blue lake ini memang dikomersilkan utk tujuan pelancongan, ada pula yang telah ditutup, jadi cek dulu ya sebelum ke sini.Next plan nak ke Tasik Triple Colour- Danau Kelimutu, Flores, Indonesia.Semoga impian tercapai nanti
Setiap kali memikirkan destinasi penginapan di dalam negeri, anda perlukan masa untuk mencari penginapan yang selesa dan berbaloi. Mulai dengan memeriksa harga di pelbagai agen pelancongan seperti Agoda, melihat review di blog-blog peribadi dan Trip Advisor, hingga memeriksa lokasi penginapan di Google Maps dan menyesuaikannya dengan jadual yang telah disusun.
Lokasi penginapan yang dekat dengan pengangkutan awam ini sering kali jadi keutamaan kerana mudah bergerak ke mana-mana sekitar Kuala Lumpur
Bagi yang ingin merasai pengalaman sebenar tinggal di Kuala Lumpur, Hotel The Kuala Lumpur Journal harus menjadi pilihan. Lokasinya cukup strategik di mana terletak di persekitaran Bukit Bintang. Hotel berkonsep butik ini direalisasikan bagi memenuhi keperluan pelancong independent, mahupun pelancong berkumpulan yang mencari alternatif selain menginap di hotel standard yang biasa boleh ditemui di pusat bandar itu.
Sesuai dengan konsep hotel, KL Journal menyerlahkan gaya seni bina Malaysian Mid-century Modernist melalui pengaruh seni deco, gril hiasan dari besi tempa yang biasanya dilihat di dalam seni bina Asia Tenggara, lampu rigged, permukaan logam dan kayu. Malah, budaya tempatan ditonjolkan melalui classic KL Iconography dan memorabilia yang dibentangkan di setiap bilik king dan twin deluxe serta lapan suite sudut.
Ruang bilik menampilkan inspirasi potret hitam putih kehidupan karya Che’ Ahmad Azhar, seorang jurugambar jalanan terkenal yang mempamerkan koleksi visual 20 gambar-gambar Kuala Lumpur digunakan untuk hotel. Hotel yang mempunyai 112 bilik ini diberi sentuhan palet warna natural. Tingkap besar terbina dari lantai hingga siling membolehkan tetamu menikmati kawasan persekitaran di sepanjang masa. Tambah selesa apabila tidur anda bertemankan tilam ergonomik dan high thread count sheets, lena diulit mimpi.
Tetamu masih boleh berhibur meski hanya memilih untuk santai di dalam bilik. Bertemankan skrin rata 40 inci dengan kabel HDMI dan port caj USB, sambungan bluetooth tanpa wayar ke sistem audio stereo berkualiti tinggi menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan hati.
Melengkapi standard KL Journal sebagai sebuah hotel sempurna, kolam renang air masin direka di aras bumbung dengan pemandangan hebat ke arah bandar terutamanya pada waktu senja, selain itu turut menyediakan gimnasium untuk tetamu hotel yang gemar melakukan aktiviti fizikal dan seumpamanya.
KL Journal dikatakan hotel ideal untuk merasai kehidupan Kuala Lumpur dengan suasana retro moden dan diinspirasikan persekitaran asli tempatan. Rasai pengalaman menginap di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai yang suka ke Kuala Terengganu sebab keindahan pantai dan makanan yang segar dan sedap. Pendek kata, semua tempat rasa berbaloi untuk disinggah.
Namun jika anda pertama kali nak masuk negeri ‘penyu bertelur’ ini, pasti rasa sukar nak cari tempat menarik. Jadi cuba baca pengalaman Puan Wan N Wan ini, mudah untuk bergerak bila dah tahu tempat makan dan bergambar. Nak beli ole-ole pun boleh!
Itinerary Ke Kuala Terengganu
Minggu lepas ke Kuala Terengganu. Entah kali ke berapa pun tak tahu. Tapi kali ni aku rasa agak berpuas hati dengan semua aktiviti yang aku buat dekat sana. Dari segi makan dan tempat aku explore.
16th Aug aku naik flight AA pukul 7.15am, sampai aja terus ke Warung Nasi Kerabu Pok Din untuk breakfast.
Memang puas hati dapat makan nasi kerabu yang cukup semuanya. Bezanya, kurang pedas aja sambal dia. Lain semua sedap.
Lepas makan, singgah tepi pantai dekat Miami Beach kejap.
Kemudian terus gerak ke Pulau Kekabu. Bila kau sejenis yang sukakan laut, tak kira berapa banyak tempat kau singgah pun kau tak kisah. Tenang. Mungkin sebab weekdays, jadi tak ramai orang. Cuaca pun mendung aja. Berjalan dari tempat parking sampai ke hujung tembok tu pun tak rasa penat.
Jalanlah sampai ke hujung sana.
Memandangkan esoknya nak ke Pulau Kapas, 1st night aku stay dekat Chalet Cik Su aja. Tak jauh nak ke Jeti Marang. Malamnya pergi makan dekat D’Suasane Ibai Restaurant.
Kebetulan masa sampai tu hujan renyai-renyai, jadi bolehlah pergi duduk dekat atas tu. Konon seronoklah dapat duduk atas sambil tengok orang dok kayuh swan (paddle boat), sekali kemain lebat hujan. Swan pun kena balik ke sarang semuanya. Makanan semua sedap-sedap. Kena dengan selera semuanya.
17th Aug, selesai breakfast terus ke Jeti Marang. Tujuan utama nak ke Bukit Singa & Blue Lagoon. Sampai aja dekat Bukit Singa, terus tengok track nak naik. Tapi tak usah risau lah.
Bukit Singa
Kalau aku boleh naik, kau orang mesti boleh naik juga. Kecuali kalau kau orang jenis gayat. Tak payahlah naik. Ruang dekat atas tu pun tak besar mana. Memang tak sesuai nak naik ramai-ramai.
Nak naik atas ni tak sampai 10 minit pun. Tapi tetaplah hati². Space tak besar & cerun sangat.
Boatman pun cerita dah banyak kes orang jatuh dari bukit itu dan patah kaki bila dah ramai-ramai atas tu. Jadi, hati-hati kalau nak pergi.
Boat hantar sampai sini, then kita kena jalan ke Bukit Singa.Dari atas Bukit Singa. Cerun.
Dah selesai bergambar semua, konon nak ke blue lagoon. Tapi tak ada rezeki sebab malam tu hujan kemain lebat, jadi air pun tak berapa cantik. Aku pun tak berapa berani nak turun memandangkan dari cerita boatman dekat situ ada shark & dia sendiri pernah nampak shark yang besar hampir sama besar badan dia. Moh lah kita ke Marine Park saja.
Dekat Marine Park ni, ikan memang dah tunggu kau siap-siap. Kemain banyak ikan. Coral pula pada aku boleh tahan lagi ok dari Redang & Perhentian. Mungkin sebab coral dia jauh lebih ke dalam dan kita tak dapat sentuh. Jadi, masih terjaga elok. Bezanya air tak berapa jernih sebabnya macam aku cakap tadilah. Hujan malam sebelumnya. Jadi cuaca tak berapa nak cerah sangat. Tapi still boleh nampak rumah nemo. Dory pun ada, agaknya tengah cari mana nemo pergi.
Selesai di Marine Park, lepaklah tepi pantai Pulau Kapas tu. Haa, mainlah air puas-puas. Air memang jernih. Ada lah sekor aku jumpa baby shark besar tapak tangan aku. Dalam 1.30pm gerak balik ke darat.
Terus gerak ke Grand Puteri Hotel untuk check in. Hotel ni dekat dengan semua benda. Nak makan mudah, nak pergi masjid depan tu aja. Boleh kata semua dekatlah. Petang tu rest aja dah penat kejar ikan. Malam tu makan di The Nelang Cafe. Sedap! Memang kalau datang lagi boleh repeat tempat makan ni semua.
18th Aug. Santai-santai aja. Hari Jumaat dekat Terengganu kau orang kena alert. Kedai akan tutup pukul 12.45pm sampai 2.30pm (kalau salah tolong betulkan).
Jadi, kena plan kalau nak pergi mana. Pagi tu saja ke KTCC Mall, pusing-pusing beli cookies kemudian balik ke hotel semula. Pukul 2.30pm baru keluar dan terus ke Muzium.
Sampai muzium, muzium tutup. Sudahnya ke Taman Tamadun Islam. Lepak di D Benteng,TTI. Terus makan celup tepung. Order dan diaorang akan goreng panas-panas. Sedapnya udang dan sotong goreng tepung. Udang yang besar tu pun RM10 sepinggan. Bihun goreng dia sedap.
6.00pm naik boat di Sekati Emas Boat Tour pusing Sungai Terengganu pula. Konon nak tengok sunset, awan pun mendung semendung hati aku tak dapat tengok sunset.
Oklah, dapat tengok masjid kristal & drawbridge dari sungai pula. Malam pun ada trip naik boat tu. Pilih saja nak pukul berapa.
Nasi Minyak John. Sedap!
19th Aug. Pagi tu makan nasi minyak John. Jalan kaki aja dari hotel 1 minit. Antara nasi minyak yang famous. Hari kerja, pukul 7.30am dah habis nasi minyaknya.
Selesai, terus gerak ke Pantai Angin Berbisik dekat Kampung Merchang. Dekat sini ada campsite. Kau orang boleh google Merchang Glamping Park kalau nak bermalam dalam khemah.
Hujung sana sebelah kiri tu area campsite. Boleh naik boat untuk ke campsite tu.
Aku just pergi area Pantai Angin Berbisik sambil dengar angin berbisik apa tak tahu. Macam biasa, tenang. Tak ada orang.
Malam tu makan di Salaza&Sons. Memang kali ni pergi semua tempat makan yang kena dengan selera. Kalau tak kena dengan selera, tak adalah naik berat badan sampai lebih 4kg.
Kali ke-3 pergi, baru dapat karipap ikan semua. Terus beli RM10.
20th Aug. Masa untuk baliklah. Lama-lama tempat orang, risau aku jadi belon balik. Aku naik flight Mas pukul 8.45am. Overall, kali ni agak berpuas hati ke KT.
Banyak lagi tempat dalam Malaysia ini yang cantik-cantik. Jadi, bolehlah kita plan untuk next trip.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot. Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia. Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya. Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana. Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
DA NANG, Vietnam Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi. Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart? Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River. Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...