
Terkini AirAsia telah melaksanakan caj daftar masuk melalui kaunter di beberapa buah negara dan bandar terpilih berkuat kuasa serta-merta.
Ia bertujuan untuk menggalakkan penumpang menggunakan kiosk daftar masuk tanpa sentuhan dan aplikasi mudah alih yang telah dikemas kini baru-baru ini menurut satu kenyataan rasmi.
- Jika anda masih memilih untuk melakukan daftar masuk di kaunter, setiap penumpang akan dikenakan caj sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 penerbangan antarabangsa.
- Anda tidak perlu membayar sebarang caj tersebut jika mendaftar masuk menggunakan laman web AirAsia.com, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang.

Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan AirAsia. AirAsia telah melihat respons yang amat baik bagi penggunaan perkhidmatan daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang sejak kebelakangan ini. Pelaksanaan caj daftar masuk melalui kaunter adalah cara untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital tersebut yang menelan belanja besar, untuk menyokong dan meningkatkan kecekapan operasi dan kemudahan untuk para tetamu.
AirAsia merupakan antara syarikat penerbangan pertama yang membolehkan laporan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dipaparkan di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia. Penumpang boleh memuat naik laporan PCR mereka atau dokumen perjalanan terpilih dan mendaftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang untuk pengalaman perjalanan tanpa sentuhan yang lebih lancar.

image via google | Airasia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Guna Kenderaan 4X4 Untuk Sampai. Tapi Puas Dapat Rasai Keindahan Nature Di Campsite Jerep Katah, Tanjung Malim Perak!

Mencari kelainan bercuti dengan memilih pergi camping jauh dari kesibukan kota yang tak pernah tidur.
Sengaja mencari lokasi begini untuk melakukan aktiviti camping yang semakin menjadi trend masa kini.
Seperti perkongsian sahabat Camping Buddies Malaysia, Romzy Abdullah yang mengunjungi Campsite Jerep Katah di Tanjung Maling yang hanya boleh menaiki kenderaan 4×4 sahaja untuk sampai ke sini.
Namun keseronokan bakal menanti sebaik menjejakkan kaki ke Jerep, Katah, Behrang Ulu, Tanjung Malim Perak.
Tempat ini mash mengekalkan suasana privasi dengan mengekalkan natural nature dan menyediakan ilmu anyaman bertam kepada pengunjung.
Bukan itu saja bercamping di sini mengajar kita cara menghidupkan api secara survival dan mempelajri ilmu-ilmu hutan dari pihak campsite.
Memang tempat ini sangat dicadangkan untuk merasai keseronokan berganda juga suasana bombastic yang tidak pernah anda rasai sebelum ini.
Walau bagaimanapun talian telco seperti Celcom hanya boleh didapati di kawasan bukit sebelum anda turun ke campsite.
Cuma jika bernasib baik, di campbase, kadang-kadangline telco Digi boleh sangkut juga di sini.
Servis lain disediakan adalah tandas yang bersih. Akan tetapi plug point tidak disediakan oleh pihak campsite.
Bagi mereka yang mahu merasai camping penuh adventure, boleh hubungi tuan tanah Nur Azlan Haji Zainuddin yang katanya sangat sporting dan peramah dan juga rakan-rakan secampiste yang peramah walaupun baru pertama kali datang.
Artikel Berkaitan:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak Dibenarkan Bercuti Di Pulau Cantik Sabah Buat Masa Ni! 4 Daerah Termasuk Semporna Kena PKPDB

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober 2020 ini.

- Dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.
- Bukan sahaja penduduk, pelawat dan pelancong tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan terutama untuk ke pulau peranginan sekitar.

- Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.
- Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup.
Arahan telah mula berkuat kuasa membabitkan seramai 962,661 penduduk. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat kes positif jangkitan COVID-19 yang tinggi di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020 lalu. Tawau direkodkan mempunyai kes positif yang tinggi diikuti Semporna, Lahad Datu dan Kunak
Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit. Individu yang terlibat di 4 daerah ini diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).
Manakala semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula 27 September sehingga 10 Oktober.
- Anda diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.
- Anda juga akan menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
- Semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.
- Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19.
- Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan.
- Sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.
- Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.

image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
10 JET PEJUANG TERBAIK DUNIA

Terdapat banyak jet pejuang telah dihasilkan oleh negara-negara berkuasa namun mana yang paling pantas, canggih, berbahaya dan berkuasa. Russia dan Amerika Syarikat punya sejarah persaingan senjata yang hebat. Namun kini kuasa-kuasa besar Asia lain seperti China dan India juga mula melabur jumlah puluhan bilion dalam aset perang termasuklah pesawat tempur. Berikut adalah 10 jet terbaik dunia sehingga 2017…
Sukhoi Su-57
![]()

Peranan | Pesawat tempur serang hendap |
Negara pengeluar | Russia |
Pengeluar | Sukhoi |
Penerbangan pertama | 29 January 2010 |
Pengenalan | 2019 (dijangka) |
Status | Peringkat akhir ujian penerbangan |
Klien utama | Tentera Udara Rusia |
Tahun pengeluaran | 2009–sekarang |
Jumlah pengeluaran | 9 prototaip boleh terbang |
Kos program | US$8–10 bilion |
Kos seunit | T-50: US$50 juta |
Variasi | Sukhoi/HAL FGFA |
Lockheed Martin F-22 Raptor


Peranan | Pesawat tempur serang hendap |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Lockheed Martin Aeronautics |
Penerbangan pertama | 7 September 1997 |
Pengenalan | 15 December 2005 |
Status | Dalam perkhidmatan |
Klien utama | Tentera Udara |
Tahun pengeluaran | 1996–2011 |
Jumlah pengeluaran | 195 (8 ujian dan 187 pesawat sebenar) |
Kos program | US$66.7 bilion sehingga 2011 |
Kos seunit | US$150 juta |
Versi asal | Lockheed YF-22 |
Variasi | Lockheed Martin X-44 MANTA |
Chengdu J-20


Peranan | Pesawat tempur serang hendap pelbagai tugas |
Negara pengeluar | China |
Pengeluar | Chengdu Aerospace Corporation |
Penerbangan pertama | 11 Januari 2011 |
Pengenalan | Mac 2017 |
Status | Dalam perkhidmatan |
Klien utama | Tentera Udara China |
Tahun pengeluaran | 2009–sekarang |
Jumlah pengeluaran | 8 prototaip dan |
Kos program | US$110 juta sehingga 2011 |
Dibangunkan dari model | J-XX |
Lockheed Martin F-35 Lightning II


Peranan | Pesawat tempur serang hendap pelbagai tugas |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Lockheed Martin Aeronautics |
Penerbangan pertama | 15 Disember 2006 (F-35A) |
Pengenalan | F-35B: 31 July 2015 (USMC) |
Status | Dalam perkhidmatan |
Klien utama | Tentera Udara |
Tahun pengeluaran | 2006–sekarang |
Jumlah pengeluaran | 231sehingga Mac 2017 |
Kos program | US$1.508 trilion |
Kos seunit | F-35A: $94.6 juta F-35B: US$122.8 juta |
Versi asal | Lockheed Martin X-35 |
Mikoyan MiG-35


Peranan | Pesawat tempur |
Negara pengeluar | Russia |
Pengeluar | Mikoyan |
Penerbangan pertama | 2007 |
Pengenalan | 2018 (dijangka) |
Status | Ujian penerbangan / fasa pengeluaran |
Klien utama | Tentera Udara Rusia |
Jumlah pengeluaran | 3 sehingga Jun 2010and dan 2 sehingga 2016 |
Kos seunit | US$40 juta |
Versi asal | Mikoyan MiG-29M |
Sukhoi Su-35


Peranan | Pesawat tempur pelbagai tugas |
Negara pengeluar | Russia |
Pengeluar | Sukhoi Design Bureau |
Dibangunkan oleh | Komsomolsk-on-Amur Aircraft Production Association |
Penerbangan pertama | 19 Februari 2008 |
Pengenalan | Februari 2014 |
Status | Dalam perkhidmatan |
Klien utama | Tentera Udara Rusia |
Tahun pengeluaran | 2007–sekarang |
Jumlah pengeluaran | Su-35S: 68 (64 untuk Russia, 4 untuk eksport) |
Kos seunit | US$40–65 juta |
Versi asal | Sukhoi Su-27 |
Variasi | Sukhoi Su-37 |
Shenyang FC-31


Peranan | Pesawat tempur serang hendap pelbagai tugas |
Negara pengeluar | China |
Pengeluar | |
Penerbangan pertama | 31 October 2012 |
Pengenalan | 2018 – 2019 (jangkaan) |
Status | Ujian penerbangan
|
| Jumlah pengeluaran | 2 prototaip |
Chengdu J-10


Peranan | Pesawat tempur pelbagai tugas |
Negara pengeluar | China |
Pengeluar | Chengdu Aircraft Industry Group |
Pereka bentuk | Chengdu Aircraft Design Institute |
Pengenalan | 23 Mac 1998 |
Penerbangan pertama | 2006 |
Status | Dalam perkhidmatan |
Klien utama | Tentera Udara China |
Tahun pengeluaran | 2002 – sekarang |
Jumlah pengeluaran | +-400 buah |
Kos program | 500 juta RMB pada 1982 |
Kos seunit | 190 juta RMB (27.84 juta USD; 2010) |
Variasi | Chengdu J-9 |
French Rafale


Peranan | Pesawat tempur pelbagai tugas |
Negara pengeluar | Perancis |
Pengeluar | Dassault Aviation |
Penerbangan pertama | Rafale A demo: 4 Julai 1986 |
Pengenalan | 18 Mei 2001 |
Status | Dalam perkhidmatan |
Klien utama | Tentera Udara Perancis |
Tahun pengeluaran | 1986–sekarang |
Jumlah pengeluaran | 160 (sehingga Julai 2017) |
Kos program | US$62.7 bilion |
Kos seunit | Rafale B: €74 juta |
Saab JAS 39 Gripen


Peranan | Pesawat tempur dan peninjau |
Negara pengeluar | Sweden |
Pengeluar | Saab Group |
Pereka bentuk | Industrigruppen JAS, FMV |
Pengenalan | 9 December 1988 |
Penerbangan pertama | 1 November 1997 |
Status | Dalam perkhidmatan |
Klien utama | Tentera Udara Sweden |
Tahun pengeluaran | 1987–sekarang |
Jumlah pengeluaran | +-247 buah |
Kos program | US$ 13.54 bilion (2006) |
Kos seunit | US$ 30–60 juta bagi model JAS 39C |
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!


















