Jangan risau jika sudah lama tak balik kampung. Dan jika malas nak bersesak lepas PKP nanti, boleh luangkan masa staycation ala kampung di Pondok Azzmo Gueathouse, Puchong.
Rumah kayu unik berkonsepkan tradisional klasik dengan hiasan rumah yang antik ini pastinya menggamit memori bercuti di kampung halaman. Boleh juga dijadikan majlis family dengan kapisiti dibenarkan.
Pondok ni mempunyai 2 unit rumah.
-Pondok 1 ada 3 bilik tidur (2 tingkat)
-Pondok 2 ada 2 bilik tidur (1 tingkat)
Setiap pondok pula dilengkap dengan peralatan seperti:
-TV
-DVD
-Astro
-Wifi
-Peti Ais
-Penapis Air Cockoo
-Microwave
-Oven
-Dapur Gas
-Multi cooker
Ads
Antara facilities yang ada di sini adalah:
-Kolam renang
-BBQ Pit
-Surau
-Parking kereta
-Pondok rehat
Sememangnya Pondok Azzmo ini sesuai untuk sesiapa yang rindukan suasana kampung dan gemar barangan antik.
Ads
Ini kerana peralatan dalam rumah ni kebanyakan barang antik yang kebanyakan generasi sekarang tidak kenal.
Sebenarnya rumah ini kerap juga menjadi port shooting dan photoshoot. Malah dikatakan ramai artis yan sudah datang ke sini.
Tidak kurang pengunjung yang sukakan suasana kampung mengadakan majlis pernikahan/perkahwinan di sini.
Untuk yang berminat staycation di sini nanti, bolehlah dapatkan info lanjut di sini.
Lokasi: Pondok Azzmo Guesthouse
Alamat: Lot 14653, Jalan Meranti 6, Kampung Pulau Meranti, 41700 Puchong Selangor
Contact: 011-65611001
Jika ditanya tentang Kuala Rompin, pasti yang terlintas di fikiran kebanyakkan orang adalah Taman Negara Endau Rompin atau laluan peringgahan untuk pergi ke Pulau Tioman.
Tidak banyak maklumat tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Rompin lebih-lebih lagi kepada orang luar.
Melainkan, seseorang itu kaki pancing kerana pekan kecil ini terletak di muara Sungai Pahang dan berdekatan pintu Laut China Selatan menjadikan Kuala Rompin antara lubuk pancing yang tersohor.
Tapi, itu untuk kaki pancing. Kalau yang bukan kaki pancing? Dah tentu tak tahu apa nak buat sekiranya melancong ke Kuala Rompin.
Sudahlah jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin mengambil masa empat jam! Sudah tentu memenatkan.
Usah khuatir. Sepanjang perjalanan melalui Ulu Bendul dan Muadzam Shah terdapat pelbagai tempat persinggahan menarik yang boleh diselingkan dalam jadual percutian kita.
Antara tempat yang dicadangkan adalah seperti sarapan pagi di warung D’Sawah, makan hidangan tengahari daging salai di Restoran Zaini, Ulu Bendul atau melawat Muzium Teratak Za’ba di Batu Kikir.
Tarikan baru Pantai Lanjut janjikan percutian hebat
Baru-baru ini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjemput Libur dan beberapa rakan media untuk mengikuti trip yang dianjurkan oleh mereka ke Lanjut Beach and Golf Resort (LBGR).
Selayang pandang, LBGR ini adalah resort terbaru yang dibangunkan oleh PNB dan akan menjadi tarikan baharu kepada pengunjung yang datang ke Kuala Rompin.
Mempunyai rekaan dalam dan luaran yang kontemporari dan moden, LBGR ini boleh memenuhi kehendak setiap pelancong yang datang tidak kira melancong secara santai atau korporat.
LGBR yang kini berada di peringkat akhir persiapan, hanya menanti beberapa fasiliti lain untuk disiapkan seperti gim, spa, peralatan lasak, dan padang golf.
Malah, sebuah ballroom yang mampu memuatkan lebih 1,000 orang dan 196 buah bilik turut tersedia untuk setiap pelancong yang datang ke sini.
Mirror of the Beach
Tetapi tarikan di Kuala Rompin bukan setakat itu semata-semata. Ada banyak lagi tarikan lain yang boleh dinikmati pelancong seperti keindahan Pantai Lanjut sepanjang 3.5km.
Keindahan pantai yang dapat dilihat adalah mirror of the beach. Pastinya fenomena alam semulajadi ini akan membuatkan peminat fotografi jadi gila untuk mengambil gambar yang terbaik.
Selain pantai, ada aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pelancong seperti mencari kepah. Pelancong akan dibawa menaiki bot sehingga ke lubuk kepah sebelum turun ke pesisir Sungai Pahang untuk mengutip sendiri kepah dari dasar sungai.
Pastinya tak ramai yang tahu macam mana cara untuk mencari kepah dan di Kuala Rompin inilah tempat terbaik untuk kita mencuba aktiviti-aktiviti seperti itu.
Untuk memudahkan urusan pelancong menjalankan aktiviti, pihak LBGR bersedia untuk membantu memudahkan urusan pelancong mengikut pakej yang diberikan.
Aneka Makanan Laut
Selain daripada itu, Kuala Rompin juga terkenal dengan aneka makanan lautnya. Maklumlah, lokasinya berdekatan dengan muara Sungai Pahang, mestilah mewah dengan hasil laut.
Pelancong yang datang ke LBGR boleh membuat tempahan untuk acara makan malam mengikut tema yang dikehendaki. Istimewanya, chef yang ada di sini boleh memasak makanan laut mengikut citarasa apa yang kita inginkan.
Jadi, dengan tarikan yang disediakan, wajar kiranya tempat ini dijadikan destinasi pelancongan terbaru kalau melancong ke Kuala Rompin lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah hujung tahun ini.
Tip bercuti ke Kuala Rompin:
1. Ada tiga jalan utama untuk ke Kuala Rompin sama ada melalui Muadzam Shah, Pekan, Pahang atau Mersing, Johor. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, cadang terbaik adalah mengikuti laluan dari Muadzam Shah, Pahang kerana jarak perjalanan lebih cepat.
2. Digalakkan untuk menaiki kenderaan awam kerana tidak meletihkan sama ada bas yang turun di Pekan, Pahang atau menaiki kapal terbang yang akan mendarat di Kuantan, Pahang. Dari Pekan atau Kuantan, Pahang, anda boleh menaiki bas untuk ke Kuala Rompin dan pihak LBGR boleh pickup anda di sana.
3. Aktiviti mencari kepah atau memancing sebaiknya dilakukan sewaktu bulan April hingga Jun kerana hasil laut adalah lebih baik ketika musim ini.
4. Dalam laluan Muadzam Shah, terdapat ladang nenas iaitu Rompine Pineapple. Nenas yang dijual adalah untuk pasaran antarabangsa tetapi sekiranya ada yang berminat, diminta untuk menghubungi pihak Rompine terlebih dahulu untuk tahu sekiranya stok masih ada.
5. Standby duit lebih sebab kawasan Lanjut, Kuala Rompin ini adalah kawasan udang galah sepit biru. haha sendiri faham la ya..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Antara banyak negara yang cantik, Kanada pastinya menjadi salah satu dari negara yang ada dalam wishlist percutian anda.
Ini kerana dikatakan negara menggunakan warna bendera merah putih ini merupakan negara kedua terbesar dunia selepas Russia.
Tetapi bagaimana mahu ke sana apabila pintu sempadan sudah dibuka nanti.
Perkongsian Cikgu Loh ini akan dapat membantu kaki travel yang sudah memasang impian untuk ke sana.
Canada merupakan negara kedua paling terbesar di dunia selepas Russia. Dengan keluasan negara yang begitu besar dan masih banyak belum diterokai, negara ini menyimpan khazanah alam yang cukup mengagumkan.
Malah ramai juga menyimpan hasrat ke sini dan jangan terkejut kerana kos travel di sini tidak terlalu mahal.
Kos flight ke sini juga agak berpatutan dan lebih kurang kos flight ke eropah. Antara flight yang anda boleh pilih untuk datang ke Canada dari Malaysia ialah:
– ANA (All Nippon Airways) (Transit Tokyo Narita)
– Cathay Pacific (Transit Hong Kong)
– Philipines Airlines (Transit Manila)
– Eva Air (Transit Taiwan)
– Air Canada (Agak Mahal)
Anda boleh pilih sama ada nak Fly ke bandar Vancouver, Toronto, Quebec, Montreal atau Ottawa.
Kalau tanya saya, sudah tentu saya pilih Vancouver, sebab nak ke British Columbia dan alberta lebih dekat. Lagi best lagi di 2 kawasan inilah kawasan nature paling cantik yang terdapat di Canada seperti area kamploops- Jasper-Banff & Calgary.
Membuatkan Canada lagi best, sebab cara paling best explore di sini ialah dengan mod driving sendiri sama seperti pengalaman saya di Scandinavia & New Zealand. Anda dapat explore countryside dan rural areas
Makanan Halal pun sangatlah mudah didapati di Canada. Memang muslim friendly!
Jom planning travel ke Canada nanti
Klik Follow FB Cikgu Loh untuk info travel sebelum border bukak
Pura Tanjung Sabtu pernah menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Kampung Tanjung Sabtu dekat Jeram Manir sebelum ini. Lokasi yang berada lebih kurang 14 kilometer dari Bandar raya Kuala Terengganu pernah dijadikan sebagai penginapan ‘Royal Homestay’ kepada pengunjung untuk merasai kehidupan di desa yang bercirikan Melayu Tradisional.
Pura Tanjung Sabtu telah mendapat nama hasil daripada gabungan perkataan sanskrit ‘Pura’ yang membawa maksud istana, kuil atau bandar sementara ‘Tanjung Sabtu’ adalah sebuah nama desa di mana Pura Tanjung Sabtu ini telah dibina dengan gaya orang bangsawan istana Terengganu.
Binaan ini merupakan gabungan sebahagian istana lama dan 6 buah rumah Melayu tradisional Terengganu yang berusia antara 100 hingga 200 tahun. Sumber rumah asal Pura Tanjung Sabtu diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat dalam daerah Kuala Terengganu manakala istana di ambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah).
Binaan-binaan ini kemudian disambung antara rumah ke rumah menggunakan selasar sebagai laluan dan membentuk sebuah istana yang unik. Rumah ini mempunyai tiang-tiang yang tinggi berukuran 10 kaki.
Pemilik asal Pura Tanjung Sabtu adalah Allahyarham Tengku Ismail Tengku Su. Idea membina dan menjaga rumah tersebut dilakukannya sendiri sebelum beliau meninggal dunia.
Namun Pura Tanjung Sabtu yang berlatar belakang abad ke-19 itu sudah dipenuhi dengan semak samun dan tidak dijaga sebagaimana biasa sejak beberapa tahun lalu. Tiada sebarang waris mengambil alih untuk memelihara Pura Tanjung Sabtu.
Tetapi baru-baru ini lokasi ini telah mendapat perhatian kembali dan ada ura-ura kemungkinan Pura Tanjung Sabtu akan dijadikan Muzium Songket ataupun Madrasah. Masih belum pasti apa kata putus yang akan dilakukan terhadap warisan ini.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...