Dalam satu penemuan oleh ahli arkeologi telah menemui sebuah rumah di Gua Wonderwerk di Gurun Kalahari yang terletak di Afrika Selatan dan dipercayai telah dibina pada dua juta tahun dahulu.
Malah rumah ini pernah dihuni manusia purba juga telah dianggap sebagai rumah tertua dalam sejarah peradaban manusia.
Jurnal Quaternary Science Reviews dari pasukan Universiti Toronto, Kanada dan Universiti Hebrew Jerusalem mengesahkan usia rumah itu dengan menguji enapan dalam gua terbabit.
Pengarang utama jurnal itu, Profesor Ron Shaar berkata, menentukan usia gua itu dihuni manusia adalah tugas paling mencabar pasukan arkeologi berkenaan.
Sumber: Google
Katanya, pasukan menganalisis lapisan enapan setebal 2.5 meter yang mengandungi batuan dan sisa haiwan dengan menggunakan dua kaedah, paleomagnetisme dan ‘burial dating’.
“Kami dengan berhati-hati mengambil ratusan sampel enapan yang berukuran sangat kecil dari dinding gua dan mengukur isyarat magnetiknya.
Ads
“Analisis makmal kami menunjukkan beberapa magnet sampel terarah ke Selatan bukan ke Utara.
“Ini memberi petunjuk usia keseluruhan lapisan dalam gua itu,” katanya dalam portal BBC News.
Sumber: Google
Pasukan penyelidik turut menemui beberapa tinggalan yang digunakan manusia zaman purba seperti kapak tangan batu serta sisa abu dan tulang hangus.
Ads
Ia membuktikan manusia purba yang menghuni gua itu sudah menggunakan api sekitar satu juta tahun lalu seperti disiarkan jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences pada 2012.
Tapak bersejarah dalam Gua Wonderwerk ditemui beberapa petani sekitar tahun 1940-an.
Sejak itu penggalian dilakukan untuk mengungkap misteri kewujudan manusia dalam gua sekitar dua juta tahun lalu.
'Spoil' mood percutian jika bilik penginapan yang kita pilih tidak selamat dek kerana ada barang peribadi kita dicerobohi, hilang atau rosak. Mungkin tidak dapat dipastikan siapa yang empunya kerja, samada staf tempat penginapan atau orang luar.
Tidak kira berapa nilai kerugiaan, kecil atau mahal pasti ia bukan perkara yang menggembirakan.
Daripada perkongsian page Jumpa Kat Mahkamah , anda yang mengalami detik hitam ketika menginap di sesebuah hotel atau resort boleh menuntut kembali jumlah kerugiaan tersebut sekitar RM500 atau lebih.
Tahukah anda bahawa undang-undang memberi insurans percuma kepada anda untuk menuntut ganti rugi sehingga RM500 jika barang anda hilang atau rosak semasa berada di hotel?
Syaratnya, kehilangan atau kerosakan barang tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pihak hotel atau pihak anda.
Ini diperuntukkan di dalam seksyen 4 Innkeepers Act 1952. Sebagai contoh, jika anda singgah di hotel untuk menginap atau minum kopi, anda menggantung jaket anda di kerusi dan secara tiba-tiba angin yang kuat telah menerbangkan jaket anda sehingga menyebabkan ia koyak atau rosak, maka pihak hotel hendaklah mengganti semula jaket anda.
Atau anda pergi ke surau dan selepas selesai solat anda mendapati kasut anda telah hilang, anda berhak menuntut pihak hotel ganti rugi terhadap kasut yang hilang tersebut.
Tetapi perlu diingati bahawa jumlah maksimum tuntutan adalah sehingga RM500 sahaja. Jika nilai barang anda lebih dari itu, anda tidak bernasib baik.
Sama ada pihak hotel tahu atau tidak anda bawa jaket ke dalam hotel atau kasut kulit mahal ke surau; ia tidak material kerana pihak hotel tetap bertanggungjawab terhadap barangan yang hilang atau rosak tersebut.
Seksyen 4 Innkeepers Act meletakkan liabiliti tegas (strict liability) ke atas pihak hotel kerana apabila seseorang masuk ke dalam hotel, pihak hotel bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempastikan keselamatan barang-barang berharga penghuninya.
Maka, walaupun pihak hotel tidak dimaklumkan oleh anda tentang barangan yang anda bawa ke dalam hotel, pihak hotel tetap bertanggungan jika barang tersebut hilang atau rosak semasa berada di dalam hotel.
Adakah perlindungan ini hanya kepada penghuni yang menyewa bilik sahaja? Tidak. Jika anda hanya singgah di hotel untuk makan atau minum pun, anda juga berhak kepada perlindungan ini.
Tetapi, jika anda cuai sehingga menyebabkan barang anda rosak atau hilang, pihak hotel tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi tersebut kepada anda.
Bagaimana jika pihak hotel cuai? Jika pihak hotel cuai dan menyebabkan kerosakan atau kehilangan kepada barang anda, perlindungan tuntutan siling RM500 tidak akan terpakai dan anda boleh menuntut lebih dari jumlah tersebut.
Pihak hotel pula wajib pamerkan notis seksyen 4 Innkeepers Act (seperti gambar di bawah). Jika pihak hotel gagal pamer notis tersebut, pihak hotel tidak berhak untuk perlindungan had RM500.
Maksudnya, jika notis seperti gambar di bawah ini gagal dipamerkan oleh pihak hotel, pihak hotel perlu bayar harga kasut kulit yang hilang di surau tadi jika harganya mencecah RM4,000 sekalipun!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rakyat Malaysia yang sudah balik ke kampung halaman masing-masing minggu lalu, semasa atau sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, diminta terus kekal di kampung sebagai antara langkah membendung penularan Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini pematuhannya meningkat kepada 95 peratus namun sudah ada trend mereka yang balik kampung minggu lalu ingin kembali ke bandar besar pula.
“Sudah ada menunjukkan trend rakyat yang pulang ke kampung sebelum ini ingin kembali pulang ke bandar besar untuk kembali bekerja. Saya harap ia tidak dilakukan sama sekali. Tolong terus tinggal di kampung halaman masing-masing seketika,” katanya.
Foto: gulapop.com
Bagi membendung kemungkinan berlakunya senario dan trend tersebut, polis kini mengadakan sekatan jalan raya di 23 plaza tol di seluruh negara dan mereka yang berkenaan akan dinasihatkan pulang semula ke kampung halaman masing-masing sehinggalah PKP berakhir. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan dan nasihat polis.
Foto: mstarFoto: ProjekMM
Kesesakan di bandar ketika ini semakin berkurang dan jalan raya semakin lengang dengan kadar pematuhan tinggi hasil kerjasama bersepadu dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan pihak berkuasa tempatan.
Kenaikan harga tiket penerbangan membebankan orang ramai sejak kebenaran merentas negeri di benarkan untuk memulakan pergerakan ke destinasi jauh. Ada syarikat penerbangan mengenakan harga melebihi 300 peratus sangat meresahkan ramai rakyat Malaysia.
Kenaikan harga tiket penerbangan bukan sahaja membebankan guru dari semenanjung untuk kembali bertugas di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, ibu bapa yang mempunyai anak ditawarkan melanjutkan pengajian di pusat pengajian di Sabah dan Sarawak turut terbeban dengan kenaikan itu.
Kerajaan terpaksa menegur syarikat penerbangan dan ada yang memberi reaksi positif. Antaranya Malaysia Airlines Berhad bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar. Hasil perbincangan antara Kerajaan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAB:
Tarikh penempahan bermula dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai sehingga 30 November 2020.
Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines. Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer.
Diharap syarikat-syarikat penerbangan lain akan turut serta dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan. Bolehlah rakyat kita cuti-cuti dalam negara dengan senang hati tanpa terbeban dengan caj tambang pengangkutan udara yang terlalu tinggi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...