Tokyo Disneyland destinasi wajib singgah yang tidak perlu diperkenalkan lagi jika bercuti di Tokyo. Taman tema di bawah label Disney ini terletak di dalam Tokyo’s Disney Resort. Terdapat pelbagai tarikan di Disneyland, antaranya Big Thunder Mountain.
Bagi anda yang membesar dengan kartun Disney seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Goofy dan Pluto serta kisah dongeng Cinderella, Rapunzel dan Snow White, satu hari suntuk berada di sini kemungkinan tidak cukup. Ini ada tip buat anda untuk 'enjoy' di Disneyland Tokyo dengan cara yang bijak.
Perkongsiaan menarik ini sumber daripada saudari Zunita Ramli
Jika kalian bercita-cita untuk berjumpa face-to-face dengan Maleficent, Puteri Aurora, atau karakter Disney yang lain, Tokyo Disneyland adalah salah satu tempat paling tepat untuk anda kunjungi.
Tokyo Disneyland adalah taman tema paling popular di Jepun mengalahkan Universal Studio Japan di mana telah menerima sekitar 18 juta pengunjung pada tahun 2018. Ini menjadikan Tokyo Disneyland taman tema Disney ketiga paling banyak dikunjungi seluruh dunia. Jadi, boleh bayangkan crowd di Tokyo Disneyland bagaimana? Iya, sangat, sangat ramai.
Tapi jangan risau, di sini Kak Nita kongsikan tips untuk anda nikmati Tokyo Disneyland dengan lebih bijak dan menyeronokkan. Awas, jika anda tidak bersedia untuk menikmati Tokyo Disneyland, kunjungan anda mungkin akan berakhir dengan kepenatan sahaja.
Di Tokyo Disneyland ada sesuatu yang dipanggil “FAST PASS” (FP).
FP adalah pass yang digunakan untuk memungkinkan anda masuk permainan dengan cepat, tanpa perlu beratur panjang. FP biasanya boleh didapati di depan pintu masuk setiap permainan yang menawarkan FP ini.
Di dalam Tokyo Disneyland, ada sembilan jenis permainan yang menawarkan FP. Kesembilan jenis permainan ini adalah permainan yang popular, di mana jangka masa beratur antara 45 minit – 120 minit (2 jam)! Jadi semestinya kalian tak mahu buang masa dengan beratur sahaja. Menariknya, FP ini tak boleh dibeli, hanya boleh direbut sahaja.
Untuk rebut FP ini, beberapa perkara ini kalian perlu tahu.
1. HANYA BOLEH DAPATKAN SATU FP DALAM SATU-SATU MASA
Untuk rebut FP, kalian hanya boleh dapatkan satu FP sahaja dalam satu-satu masa. Kalian tidak boleh rebut 2-3 FP dalam satu masa yang sama.
2. FP SETERUSNYA BOLEH AMBIL 2 JAM SETERUSNYA
Jika kalian sudah rebut satu FP, FP seterusnya hanya akan boleh direbut selang 2 jam seterusnya. Masa untuk rebut FP seterusnya biasanya dinyatakan di tiket FP yang kalian sudah rebut.
3. HANYA BOLEH DIGUNAKAN DALAM SELANG MASA YANG DITETAPKAN
Di tiket FP tersebut telah dinyatakan selang masa yang kalian boleh nikmati permainan tersebut. Pastikan kalian alert dengan selang masa itu kerana jika terlepas, kalian tidak akan dapat gunakan FP itu lagi.
4. HANYA BOLEH DIGUNAKAN SEKALI SAHAJA
Satu-satu FP hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika kalian sudah guna, kalian tidak boleh guna FP yang sama untuk kali kedua.
5. FP ADALAH TERHAD
Perlu diingat, FP ini adalah terhad kuantitinya. Ini bermakna, jika allocation untuk hari tersebut sudah habis, kalian tidak akan dapat rebut FP tersebut. Ikut pengalaman Kak Nita, FP biasanya habis sekitar jam 3 petang.
Jika kalian berjaya rebut FP ini, katakan kalian mula rebut FP jam 8 pagi, kemudian jam 10 pagi, 12 tengahari, dan akhir sekali jam 2 petang, kerana jam 4 petang biasanya FP telah habis. Ini bemakna, jumlah maksimum FP yang kalian boleh rebut adalah sekitar 4 -5 keping sahaja. Tetapi jangan kecewa kerana selain dari permainan FP ini, kalian boleh nikmati permainan lain yang tiada FP. Jadi secara kasarnya, kalian boleh nikmati sekitar 9 – 10 permainan dalam masa satu hari di Tokyo Disneyland! Itu sesuatu yang sangat banyak!
www.zaineeta.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI