
Selalunya, kita memerlukan bot untuk jelajah pulau.
Namun fenomena unik air laut surut sepenuhnya di Pulau Pangkor pada Februari depan membolehkan orang ramai berjalan kaki merentas Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam untuk merasai pengalaman sangat unik ini.
Fenomena unik ini biasanya terjadi ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina sekaligus menjadikan Pulau Pangkor diserbu oleh ramai orang untuk merasai pengalaman merentas lautan pada jarak 400 meter ini dengan hanya berjalan kaki sahaja.




Pada jarak 400 meter, orang ramai hanya memerlukan masa sekitar beberapa minit saja berjalan kaki di mana air laut hanya separas buku lali untuk merentas Pantai Teluk Nipah ke Teluk Giam.
Disebabkan fenomena ini agak luar biasa dan hanya berlaku setahun sekali, dapat dilihat pulau peranginan popular ini diserbu orang ramai bahkan ada penduduk setempat menggelar fenomena ini seperti laut terbelah kerana air surut ini hingga menampakkan beting pasirnya.
Namun sebelum itu kena rujuk jadual air pasang surutnya agar tidak tersilap hari.
Jadi, bagi korang yang nak rasai pengalaman unik ini jangan lupa terjah Pulau Pangkor bulan depan ya. Bolehlah plan siap-siap dari sekarang. Gambar : Perak Press
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Asal Nama ‘Kuantan’ Dari Sumatera?

Kuantan, Pahang merupakan negeri di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian Pantai Timur. Kuantan mempunyai banyak kelebihan tersendiri disebabkan kedudukannya yang berada berhampiran Laut China Selatan. Ia menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan.
Bagi yang pertama kali bercuti ke Kuantan, pasti disogokkan cadangan mengenai pantai yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Teluk Cempedak dan Cherating. Apa pun, sebelum itu, mari ambil tahu mengenai sejarah asal bandar Kuantan ini. Tahun hadapan juga Kuantan bakal bertukar status menjadi bandaraya. Tahniah orang Kuantan!

Bandar kuantan merupakan sebuah kampung kecil asalnya yang didirikan berhampiran Sungai Kuantan dan mengadap Laut China Selatan. Pada asalnya, Pusat pentadbiran Negeri Pahang berada di Kuala Lipis yang kemudiannya dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1976.


- Kuantan diyakini telah wujud sejak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudannya pada kurun ke-19 bermula sebagai sebuah penempatan kecil orang Melayu.
- Kewujudan kampung itu (Kuantan) pernah disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi (beliau pernah dinobatkan sebagai Bapa Sastera Melayu oleh British) dimana dalam tahun 1851/52 beliau menulis dan berkata yang berbunyi begini,”
- ” Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari”.
- Pada peringkat awal, Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kini.

- Mengikut catatan sejarah, Kampung Teruntum dibuka oleh Haji Senik ( orang asal Kuantan) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an selepas menghantar rombongan Syed Abdul Rahman Syed Abdul Samad (ahli tasauf berketurunan Arab dari Daik, Indonesia) ke Johor.


- Nama Teruntum pula dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang sememangnya banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.
- Penduduk Kuantan ketika itu hanya mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital (HTAA) sekarang disamping menangkap ikan, bercucuk tanam dan berniaga secara kecil-kecilan.
- Bukti penduduk asal menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah penempatan ialah penemuan kubur Cik Timah berhampiran Taman Esplanade (kini hadapan HTAA).

- Turut dikisahkan juga, terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari sebuah daerah bernama “Kuantan” di Sumatera yang diketuai oleh Encik Besar.

- Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini dipendekkan kepada perkataan “Kuantan” sehingga kini.
Sumber: FB Kerajaan Negeri Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lokasi Terbaik Untuk Wanita Melancong Solo

Keunikan melancong solo adalah kemampuan menyesuaikan diri bersama komuniti dan melakar momen hebat antarabangsa secara sendiri. Namun sebagai wanita, perasaan TAKUT sering mengganggu.
Destinasi idaman perlu berada dalam kawasan yang selamat dan amudah untuk mengakses pengangkutan serta budaya tempatan yang boleh mengurangkan kerisauan dan anda boleh fokus kepada aktiviti dirancang. Lebih banyak hotel, aktiviti, dan spot hebat yang mampu anda temui di kawasan tertumpu dan mudah akses, maka lebih mudah bagi anda menyesuaikan diri serta membenarkan anda mengalami momen perjalanan yang hebat.
Disini, LIBUR senaraikan antara destinasi terbaik bagi wanita melancong solo.
Barcelona
Anda bebas berjalan di bandar cantik ini, asalkan anda memiliki peta atau gajet tunjuk arah. Anda boleh window shopping sepanjang Las Ramblas, berjalan di pesisir pantai, mahupun bersiar-siar di Park Güell yang direka Gaudi. Pilihan makanan juga baik bagi pelancong solo serta bersantai ala al fresco sambil menikmati makanan dan pemandangan bandar yang mengujakan.
Melbourne, Australia
Australia terus mengekalkan takhta sebagai ‘Most Livable City‘, menurut Economist Intelligent Unit. Nikmati pemandangan dengan menaiki tram pelancong secara percuma; yang menjangkau kebanyakan spot utama termasuk Melbourne Star Observation Wheel, Carlton Gardens, serta Federation Square. Melbourne secara ringkas memiliki keselamatan yang sangat baik.
Okinawa, Japan
Jika idamkan percutian yang mendamaikan dan jauh dari kesibukan bandar Jepun, pergi ke Naha; pusat kepulauan Okinawa. Monorail yang mudah akses yang menghubungkan lapangan terbang ke pusat bandar dan juga Istana Shuri yang popular. Juga dalam lingkungan berhampiran pusat bandar adalah bandar pantai Naminoue, daerah Tsuboya yang terkenal dengan pembuatan pot tanah liat, dan Pasar Awam Makishi, yang sesuai bagi pelancong solo menikmati makanan. Dan yang terakhir, adalah penduduk tempatan yang ramah dan dipengaruhi gaya Amerika, kerana penempatan kem askar Amerika berhampiran.
Dubrovnik, Croatia
Peningkatan sektor pelancongan Crotia dan pengurangan mendadak kadar jenayah menaikkan rating Croatia. Anda pasti berasa kagum pada senireka bangunan medieval Dubrovnik yang mengadap laut biru yang dirapi bersama 6,365 kaki dinding pristine. Berjalan sepanjang jalan yang dibina dari cobblestone akan membawa anda ke rangkaian kedai serta restoran dan dalam masa yang sama, anda menikmati pemandangan hebat pantai Adriatic.
Salzburg, Austria
Dengan Istana Hohensalzburg di puncak bukit dan Sungai Salzach menyusuri bandar, daya tarikan tempat kelahiran Mozart sangat mengundang dan menawan. Alami sendiri lokasi filem The Sound of Music dengan melawati Mirabell Gardens dan Nonnberg Abbey atau bersantai sambil menikmati kopi di teres Cafe Tomaselli. Bagi yang gemar berbasikal, bandar Salzburg ialah antara bandar mesra basikal dengan jarak laluan sejauh 171km serta melalui pemandangan hebat.
Taipei, Taiwan
Pusat bandar Taiwan adalah lokasi campuran sejarah dan modernisasi ideal. Satu sudut bandar terdapat pasar malam yang padat dengan lambakan aksesori dan cenderahati manakala sudut lain terpapar bangunan pencakar langit dan pusat beli-belah hebat. Taiwan sebuah bandar padat namun berjaya mengekalkan keselesaan cara urban. Taiwan memiliki kadar jenayah yang rendah, meskipun begitu, sistem aliran ringan mereka tersedia kotak “Safe Waiting Zone” di platform, dan dikawal rapi oleh CCTV demi keselamatan dan keselesaan penumpang wanita.
Saba, Caribbean
Kepulauan Saba, Caribbean dikelilingi kejernihan laut biru, dan Gunung Scenery tinggi mencecah awan. Ia tidak seperti destinasi Caribbean yang lain. Saba, yang dimiliki oleh Belanda, adalah kepulauan yang memberi anda momen hebat bersama keselesaan dan keramahan yang membuat anda tertawan pada alam semulajadi sama ada di darat atau di laut. Anda boleh memilih pernerbangan selama 15minit dari St. Maarten ataupun belayar ke sana sambil menyaksikan dolfin atau paus.
Copenhagen, Denmark
Copenhagen ialah ibu negara Denmark yang terletak di persisiran Zealand & Amager. Ia dihubungi bersama Malmo di selatan Sweden oleh Jambatan Öresund. Indre By merupakan pusat sejarah bandar ini di mana terbinanya Frederiksstaden; daerah rococo (gaya artistik Perancis) kurun ke -18 yang merupakan penempatan keluarga di raja Amalienborg Palace. Lokasi berhampiran ialah Christiansborg Palace dan Renaissance-era Rosenborg Castle, yang dikelilingi taman cantik.
Norway Fjord
Fjord terbentuk apabila glasier berhenti, selepas mengukir lembah berbentuk U, dan mengisi lautan yang membentuk lembah landai. Ini membentuk ruang sempit dan curam (kadangkala lebih 1300m dalam) yang mengubungi laut. Terdapat lebih seribu fjord di Norway, namun yang paling ikonik ialah Nærøyfjord, Sognefjord, Lysefjord dan Geirangerfjord yang terletak di persisir barat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kuala Rompin Kini Bukan Untuk Kaki Pancing Sahaja

Jika ditanya tentang Kuala Rompin, pasti yang terlintas di fikiran kebanyakkan orang adalah Taman Negara Endau Rompin atau laluan peringgahan untuk pergi ke Pulau Tioman.
Tidak banyak maklumat tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Rompin lebih-lebih lagi kepada orang luar.

Melainkan, seseorang itu kaki pancing kerana pekan kecil ini terletak di muara Sungai Pahang dan berdekatan pintu Laut China Selatan menjadikan Kuala Rompin antara lubuk pancing yang tersohor.
Tapi, itu untuk kaki pancing. Kalau yang bukan kaki pancing? Dah tentu tak tahu apa nak buat sekiranya melancong ke Kuala Rompin.
Sudahlah jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin mengambil masa empat jam! Sudah tentu memenatkan.
Usah khuatir. Sepanjang perjalanan melalui Ulu Bendul dan Muadzam Shah terdapat pelbagai tempat persinggahan menarik yang boleh diselingkan dalam jadual percutian kita.
Antara tempat yang dicadangkan adalah seperti sarapan pagi di warung D’Sawah, makan hidangan tengahari daging salai di Restoran Zaini, Ulu Bendul atau melawat Muzium Teratak Za’ba di Batu Kikir.
Tarikan baru Pantai Lanjut janjikan percutian hebat
Baru-baru ini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjemput Libur dan beberapa rakan media untuk mengikuti trip yang dianjurkan oleh mereka ke Lanjut Beach and Golf Resort (LBGR).
Selayang pandang, LBGR ini adalah resort terbaru yang dibangunkan oleh PNB dan akan menjadi tarikan baharu kepada pengunjung yang datang ke Kuala Rompin.

Mempunyai rekaan dalam dan luaran yang kontemporari dan moden, LBGR ini boleh memenuhi kehendak setiap pelancong yang datang tidak kira melancong secara santai atau korporat.
LGBR yang kini berada di peringkat akhir persiapan, hanya menanti beberapa fasiliti lain untuk disiapkan seperti gim, spa, peralatan lasak, dan padang golf.

Malah, sebuah ballroom yang mampu memuatkan lebih 1,000 orang dan 196 buah bilik turut tersedia untuk setiap pelancong yang datang ke sini.
Mirror of the Beach
Tetapi tarikan di Kuala Rompin bukan setakat itu semata-semata. Ada banyak lagi tarikan lain yang boleh dinikmati pelancong seperti keindahan Pantai Lanjut sepanjang 3.5km.
Keindahan pantai yang dapat dilihat adalah mirror of the beach. Pastinya fenomena alam semulajadi ini akan membuatkan peminat fotografi jadi gila untuk mengambil gambar yang terbaik.

Selain pantai, ada aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pelancong seperti mencari kepah. Pelancong akan dibawa menaiki bot sehingga ke lubuk kepah sebelum turun ke pesisir Sungai Pahang untuk mengutip sendiri kepah dari dasar sungai.
Pastinya tak ramai yang tahu macam mana cara untuk mencari kepah dan di Kuala Rompin inilah tempat terbaik untuk kita mencuba aktiviti-aktiviti seperti itu.
Untuk memudahkan urusan pelancong menjalankan aktiviti, pihak LBGR bersedia untuk membantu memudahkan urusan pelancong mengikut pakej yang diberikan.

Aneka Makanan Laut
Selain daripada itu, Kuala Rompin juga terkenal dengan aneka makanan lautnya. Maklumlah, lokasinya berdekatan dengan muara Sungai Pahang, mestilah mewah dengan hasil laut.
Pelancong yang datang ke LBGR boleh membuat tempahan untuk acara makan malam mengikut tema yang dikehendaki. Istimewanya, chef yang ada di sini boleh memasak makanan laut mengikut citarasa apa yang kita inginkan.

Jadi, dengan tarikan yang disediakan, wajar kiranya tempat ini dijadikan destinasi pelancongan terbaru kalau melancong ke Kuala Rompin lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah hujung tahun ini.
Tip bercuti ke Kuala Rompin:
1. Ada tiga jalan utama untuk ke Kuala Rompin sama ada melalui Muadzam Shah, Pekan, Pahang atau Mersing, Johor. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, cadang terbaik adalah mengikuti laluan dari Muadzam Shah, Pahang kerana jarak perjalanan lebih cepat.
2. Digalakkan untuk menaiki kenderaan awam kerana tidak meletihkan sama ada bas yang turun di Pekan, Pahang atau menaiki kapal terbang yang akan mendarat di Kuantan, Pahang. Dari Pekan atau Kuantan, Pahang, anda boleh menaiki bas untuk ke Kuala Rompin dan pihak LBGR boleh pickup anda di sana.
3. Aktiviti mencari kepah atau memancing sebaiknya dilakukan sewaktu bulan April hingga Jun kerana hasil laut adalah lebih baik ketika musim ini.
4. Dalam laluan Muadzam Shah, terdapat ladang nenas iaitu Rompine Pineapple. Nenas yang dijual adalah untuk pasaran antarabangsa tetapi sekiranya ada yang berminat, diminta untuk menghubungi pihak Rompine terlebih dahulu untuk tahu sekiranya stok masih ada.
5. Standby duit lebih sebab kawasan Lanjut, Kuala Rompin ini adalah kawasan udang galah sepit biru. haha sendiri faham la ya..


Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!





