Kini negeri Selangor sudah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Jadi tentu ramai dio antara anda cukup berasa gembira dengan perkembangan ini.
Bagi individu lengkap dua dos vaksinasi pelbagai kemudahan akan dinikmati termasuklah lokasi rehat dan percutian.
Sejak kebelakangan ini, aktiviti staycation semakin menjadi trend bagi para pelancong domestic, khususnya pada cuti hujung minggu.
Di samping bersantai bersama orang tersayang, sekiranya anda seorang yang suka menghasilkan video “content” di media sosial, anda boleh jadikan tempat penginapan yang tersenarai di bawah sebagai latar yang pasti menarik perhatian pengikut anda!
1) Carpe Diem, Serendah
Carpe Diem, Serendah by andrewlooi @ IG
Carpe Diem terletak di Pekan Serendah merupakan sebuah penginapan yang membawakan konsep gaya hidup kampung. Carpe Diem adalah perkataan Latin yang membawa maksud “merebut hari”.
Ads
Lokasi ini membawa anda melangkah ke pesona percutian ala kampung yang juga bertepatan sekiranya anda mencari tempat untuk menjalankan sesi latihan pasukan. Carpe Diem juga dikelilingi oleh tanaman menghijau yang subur, menjadikannya tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan bersantai.
2) Sri Damai Resort, Kalumpang
Sri Damai Resort, Kalumpang by sri_damai_resort @ IG
Sri Damai Resort menawarkan penginapan berkonsepkan alam sekitar, dilengkapi dengan kolam renang dari air sungai untuk kanak-kanak, serta kolam memancing bagi mereka yang suka menangkap spesies langka seperti ikan kelah dan baung.
Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan ada ditawarkan di sini seperti aktiviti berbasikal air dan memandu kenderaan ATV. Selain itu, terdapat ladang rusa, kambing, serta buah-buahan tempatan yang boleh dikunjungi semasa anda menginap di sini.
Ads
3) Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang
Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang by anwarxaki @ IG
Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menuju ke Pekan Rawang. Sudah namanya taman rimba, ianya pilihan yang tepat untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara segar.
Apa yang lebih menarik di sini adalah, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan seperti berkayak, jungle trekking, mountain bike trails dan banyak lagi sambil merakam detik-detik kegembiraan bersama orang bersayang. Ini adalah tempat yang tepat untuk menghabiskan masa hujung minggu anda dalam keindahan alam yang menghijau.
4) Rumah Hutan Bonda, Batang Kali
Rumah Hutan Bonda Rozita, Batang Kali by danishtsl @ IG
Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Petaling Jaya, anda boleh kunjungi salah satu tarikan pelancongan di Daerah Hulu Selangor, iaitu Rumah Hutan Bonda.
Ads
Ianya menampilka konsep rumah Melayu asli yang pasti akan membuat anda terpegun melihatnya. Tempat penginapan ini turut dikelilingi keindahan hutan dan alam semulajadi. Rumah Hutan Bonda juga mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
5) PulaiThree, Kuala Kubu Bharu
PulaiThree, KKB by Azfar Heri @ Twitter
PulaiThree merupakan lokasi percutian yang terletak di Pekan Kuala Kubu Bharu, di tengah kawasan hutan hujan dan kawasan bukit milik peribadi. Konsepnya direka dengan ruang terbuka menghadap alam sekitar namun masih menerapkan unsur kelestarian.
Vila yang dikelilingi keindahan alam dan suasana yang amat menenangkan ini menawarkan dua bilik tidur dengan pemandangan indah seperti gunung hijau zamrud di luar bandar. Selain itu, tempat penginapan ini yang dilengkapi dengan kolam renang dan dapur lengkap dengan set barbeku sememangnya akan memberikan pengalaman yang tiada tandingan.
Tentunya, tempat penginapan yang tersenarai di atas bakal mengubati kerinduan anda kepada keindahan alam semulajadi, namun tidak mengetepikan faktor keselesaan. Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor sememangnya mempunyai banyak tempat penginapan yang menarik. Tempah masuk sahaja ke tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti!
Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada waktu kelak atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #ImagineNowExperienceSoon.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sempena tahun bersejarah Jubli Perak Putrajaya, kemeriahan sambutan berkenaan akan diraikan sepanjang tahun 2020 dengan pelbagai acara, program serta pengisian yang dibawakan khas untuk semua pengunjung.
Kalau tidak tahu hendak ke mana pada cuti hujung minggu, bawa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang berjalan-jalan di Putrajaya! Walaupun dah lama duduk area KL-Selangor, mungkin masih ramai yang tak pernah berkunjung ke Putrajaya selain untuk urusan rasmi. Kota yang sinonim dengan pejabat kerajaan ini menawarkan landskap serta senibina yang menarik untuk kunjungan pelancong luar mahupun orang tempatan.
Cruise Tasik Putrajaya
Salah satu cara paling menarik untuk anda menikmati keindahan pemandangan dan keunikan mercu tanda di Putrajaya adalah dengan menaiki bot di Tasik Putrajaya. Terdapat 2 jenis bot yang boleh anda pilih iaitu Belimbing Cruise dan Perahu Dondang Sayang. Bagi anda yang dah ingin mencari kelainan pula, ada pakej santapan istimewa yang boleh ditempah dalam Dining Cruise Boat yang berhawa dingin atau Love Boat ala gondola.
Taman Ekuestrian Putrajaya
Di Taman Ekuestrian Putrajaya, anak-anak pasti teruja untuk melihat kuda secara dekat dan cuba menunggangnya. Kalau serius ingin belajar menunggang kuda, anda boleh mendaftar kelas-kelas yang diajarkan oleh tenaga pengajar profesional. Bila dah penat berkuda, singgahlah ke Restoran Rallegra yang terdapat di dalam Taman Ekuestrian ini. Pelbagai menu istimewa dihidangkan setiap hari.
Taman Wetland Putrajaya
Pelbagai tarikan yang akan anda nikmati jika berkunjung ke Taman Wetland Putrajaya seperti Menara Pandang Jauh yang berketinggian 18 meter, denai semula jadi, kolam flamingo, tasik angsa, kawasan berkelah dan tapak perkhemahan serta tarikan menarik lain yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini adalah menaiki tram dan buggy, berbasikal, berkayak, berkenu, atau menaiki paddle boat.
Putrajaya Challenge Park
Walaupun telah mula dibuka sejak 2009, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan sebuah pusat sukan ekstrem di sini. Dengan harga yang amat berpatutan, anda boleh mencuba aktiviti sukan lasak seperti wall climbing, skateboard / inline skating, BMX, atau menghadapi cerun mencabar di mountain bike trail. Jangan risau kalau tak ada peralatan untuk wall climbing, anda boleh menyewanya di sini. Keselamatan anda juga terjamin dengan pantauan kakitangan di pusat ini. Aktiviti ini juga terbuka kepada anak kecil yang ditempatkan khas mengikut tahap kesukaran mereka.
Kolam Mandi Rekreasi Awam @ Dataran Gemilang
Tak payah mahal-mahal ke taman tema air, datang saja bawa anak kecil ke kolam mandi rekreasi awam di Dataran Gemilang ini. Ia menjadi tempat bersantai bagi keluarga kerana tempat ini luas dan tidak sesak dan tiada bayaran yang dikenakan.
Flyboard @ Putrajaya
Bagi penggemar sukan lasak dan aktiviti mencabar, anda patut merasakan sensasi terbang seperti ironman dengan menggunakan flyboard di Putrajaya. Flyboard adalah sejenis alat yang dikuasakan oleh tekanan jet air di bawah kaki, dan anda perlu cuba mengimbangkan badan untuk memastikan anda dapat menaikkan tubuh ke udara. Selain flyboard, ada juga aktiviti lain yang terdapat di sini seperti stand up paddling, bermain hoverboard dan berkayak.
Jom jalan-jalan Putrajaya!
image via google | :sirap limau
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kali ini abam Zayyad Aazad nak share sikit short trip 5D4N ke Surabaya, Indonesia di mana terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi ke sana, seolah-olah kita juga berada seperti ala-ala di eropah.
Tidak perlu mengeluarkan kos yang besar di mana, scenery juga tetap mengujakan! Tujuan utama abam Zayyad Aayad ke sana kerana ingin memburu keindahan blue fire yang hanya boleh didapati sekitar 1-2 buah negara antara dalam dunia.
Menaiki 250 langkah anak tangga sebelum sampai ke kawah gunung bromo. Sebelum sampai ke anak tangga tu boleh pilih samada berjalan kaki atau horse riding dari parkir jeep. Terlupa kira berapa jarak KM pulak ?. Tp jauh jugaklah. Kalau biasa berjalan/hiking kuranglah penat tapi kalau tak biasa hiking cramps kaki weeiii.. Kalau tak sila bargains horse riding. Kalau dapat below price idr 100k bersamaan rm30 return pun dah ok. Abam jalan kaki je.
Selain itu juga dapat melihat keajaiban dan keindahan ciptaan Allah iaitu kawah gunung berapi di Indonesia di mana gunung kawah tersebut masih aktif tetapi tidak merbahaya kepada pengunjung. Waterfalls di Surabaya juga antara tempat destinasi tumpuan dunia.
Bagaimana pun, perjalanan antara destinasi ke destinasi juga amat jauh dan memenatkan yang memakan masa lebih kurang 4jam-7jam setiap perjalanan. Semoga dengan perkongsian scenery ini dapat menjadi tanda semangat, inspirasi dan membantu rakan rakan lain yang juga berminat ingin berkunjung ke sana.
PAKEJ = IDR 3.4Juta / RM950/pax
(Pakej termasuk hotel, transport, driver merangkap photographer, entrance fees, minyak, tol & sarapan )
TRAVEL INSURANCE = 92.90 ( Include adventurous activities ) by Trip Care 360 Etiqa Takaful.
⏩ TOTAL = RM 1665.90 (Tidak termasuk tiket flight promosi AA)
View waterfalls Coban Rondo
DAY 1
9.00am – Flight dari KLIA airport ke Juanda airport
10.50am – Touchdown dan airport transfer ke Malang. Van Mazda berdua dgn member bersama supir bernama Pak Jan. Cekap dan pantas memandu berpengalaman selama 20thn. Terror tau selok belok jalan tikus..jimat masa.. Hahaha.. OTW tu singgah beli simcard telkomsel price idr 65K utk 12GB ?
1.00pm – Singgah makan bakso idr 27K di Malang
2.00pm – Shopping dan beli souvenir dulu takut masa balik tak cukup masa, idr 106juta. Ni kebanyakan kiriman dari family dan rakan ?.
5.00pm – Taman Langit di Bukit Banyak entrance fees idr 10K di Alun Alun Batu
7.30pm – Makan nasi ayam penyet 37k di Wong Solo di Alun Alun Batu
9.00pm – Checkin Seluwah Homestay di Alun Alun Batu
DAY 2
6.30am – Sarapan Seluwah Homestay , Alun Alun Batu
7.30am – Bergerak ke Coban Rondo
8.00am – Coban Rondo entrance fees idr 100K – waterfall, flying fox, memanah, maze, paintball, basikal di Alun Alun Batu. Seronok jugak !!
9.30am – Bergerak ke Ladang buah epal.
10.00am – Petik buah epal di area Batu. Entrance fees idr 35K. Boleh makan sampai puas. Boleh juga tapaw tp kena bayarlah ye ?.
11.00am – Bergerak ke Kota Malang
12.00pm – Kampung Warna Warni Jodipan. Tempat tinggal setinggan warga Kota Malang sepanjang sungai yang dihiasi rumah yang berwarna warni. Kalau bernasib baik boleh tengok keretapi lalu di laluan jambatan atas kampung tersebut. Menarik!! Entrance fees idr 5K
1.00pm – Makan Nasi Padang idr 23K
2.00pm – Bergerak Ke Kota Lumajang
6.00pm – Makan malam ayam penyet idr 23K. Gerai makan bernama Hj Hussien ni pak supir yg suggest. Sedap rasanya !!
7.00pm – Check in Gajah Madah Hotels, Lumajang
DAY 3
6.30am – Sarapan di Hotel.
7.30am – Gerak ke Waterfalls Coban Tumpak Sewu. Coban bermaksud air terjun.
2.00pm – Makan maggie cup idr 15K.
Mandi di toilet idr 3K
2.30pm – Gerak ke Gunung Ijen. Singgah dalam perjalanan area Tumpak Sewu beli buah salak madu 5kg idr 25K. Sepanjang perjalanan ada gerai² jualan buah salak di mana kebanyakan penduduk tempatan memang mempunyai ladang salak. Harga muarah tu !!.
9.30pm – Singgah dulu makan ayam penyet idr 34K sebelum 1jam lagi sampai ke Homestay
10.00pm – Checkin Arabica Homestay, Ijen. Sekitar homestay ini ditanam dgn pokok kopi Arabica. Luas dan besar ladangnya. Kopi packaging boleh dibeli utk dibuat souvenir.
DAY 4
12.30am – Morning call ke kawah Gunung Ijen mengunakan kenderaan yang melalui dan menyusuri ladang kopi sepanjang perjalanan tersebut.
1.30am – Sampai di kaki Gunung Ijen iaitu Base Camp Paltuding bersama local tour guide. Namanya Pak Bodos. Persediaan peralatan PPE/torch light untuk pendakian. Entrance fees idr 150K.
2.00am – Mula mendaki ke Kawah Gunung Ijen. Pendakian waktu ini diperlukan membawa baju sejuk juga kerana keadaan cuaca awal pagi yang sejuk. Perlukan juga keadaan badan yg fit dan sihat utk pendakian. Jarak perjalanan dalam 4KM utk sampai ke puncak gunung dari base camp. Sepanjang pendakian ada di sediakan track utk hiking dan jalan agak rata tanpa ada halangan batuan atau pokok. Sudut kecuraman pendakian antara checkpoint sekitar 20°-45°.
3.45am – Sampai puncak kawah Gunung Ijen perlu menuruni halangan sempit batuan utk sampai ke bawah di mana terdapatnya Blue fire ?. Blue fire hanya boleh di lihat sekitar 1.00am-4.30am bergantung pada keadaan cuaca. Selain dari waktu tersebut, blue fire memang tidak akan kelihatan. Alhamdulillah saya berkesempatan utk melihatnya.
7.00am – Turun semula ke Arabica Homestay selama 1 1/2jam
8.30am – Sarapan & mandi di Homestay
9.00am – Gerak ke Gunung Bromo Tengger, melalui Kota Probolingo selama 5jam
2.00pm – Sampai di sekitar Kota Probolinggo , makan ayam penyet idr 25K.
3.00pm – Checkin di Teguh Homestay, Bromo Tengger & terus ke lokasi Savana, Pasir Berbisik dan Kawah Bromo. Entrance fees idr 220k hari biasa & idr 320k weekend. Sepanjang lokasi pengunjung boleh menggunakan kenderaan Jeep/moto. Untuk sampai ke kawah Bromo, pengunjung perlu berjalan kaki dari parkir kenderaan jeep hingga ke kaki Gunung Bromo dan perlu menaiki 250 anak tangga sebelum sampai puncak kawah Bromo. Jika tidak larat jalan kaki utk mendaki boleh guna horse riding. Korang kena bargain sehingga dapat bayaran semurahnya. Boleh dapat idr 100K return. Kalau korang tak bargains mereka ambil kesempatan charge tourist mcm kita sehingga idr 300K return ?. Kaki abam sikit cramps pun tetap nekad jalan kaki juga. Duit idr 300K boleh buat shopping ? oiii… Hahaha..
6.30pm – Pulang ke Teguh Homestay Bromo utk mandi dan rest.
8.00pm – Makan malam area homestay ayam penyet idr 25K
9.00pm – Shopping souvenirs idr 626K. Cari barang yg takda di surabaya.
10.00pm – Rest dan tido
DAY 5
3.30am – Morning call dan begerak ke hotspot view sunrise di Gunung Bromo. Cari beberapa lokasi Hot-spot utk view sunrise Gunung Bromo. Pendakian dgn berjalan kaki sekitar 2-3KM. Kurang bernasib baik kerana tidak dapat melihat gulungan hamparan awan putih dari hot spot view Gunung Bromo. Tp Alhamdulillah view pun still cantik juga. Ada rezeki boleh repeat lagi ?.
8.00am – Turun semula ke homestay utk sarapan, mandi dan kemas barang.
9.00am – Bergerak ke Airport Juanda, Indonesia. Perjalanan memgambil masa 4jam.
View dari waterfalls Coban Tumpak Sewu menuju ke waterfalls Goa Tetes.View Bukit Banyak, Taman Langit.View waterfalls Coban Goa TetesDalam kawah Ijen yg ada terdapat sulfur atau belerang. Perlu memakai face mask. Sebelum memasuk gate entrance ada disediakaan PPE utk disewa. Bau sulfur agak kuat dan mata akan pedih. Wajib pakai ye. Kat sini aktiviti pekerja penambang mengambil/mengangkut sulfur utk dijual yg akan dibawa naik keatas. Berat bawa sekali 1 trip dlm 70kg-100kg dgn memikul ?. 100kg lbh kurang idr 100k bersamaan 30sen 1kg. Subhanallah. Kekuatan mantel dan fizikal yg membantu mereka utk mencari sesuap nasi.View di Kampung Warna Warni Jodipan, Malang. Tiket entrance idr 5K bersamaan rm1. 50View di ladang epal area Alun Alun Batu, Malang. Tiket entrance idr 35K bersamaan rm10View bromo sunrise ?View area Pasir Berbisik sekitar gunung bromo.View Bukit Banyak, Taman Langit, Alun Alun Batu, Malang. Tiket entrance idr 10K bersamaan rm3View area Savana sekitar gunung bromo.View waterfalls Coban Tumpak Sewu. Tiket entrance idr 100K bersamaan rm30 di area Kota LumajangView dari homestay menghadap gunung bromo. Tiada hotels di sini ye. Semunya homestay saje. Teguh Homestay, Bromo, Probolinggo. Price idr 150k bersamaan rn50View area Savana sekitar gunung bromo.View kawah gunung bromo. Subhanallah. Cantik dan menakjubkan. Kawah ni kurang aktif, mengeluarkan asap dan bunyi yg agak menyeramkan. Kalau nak pusing satu kawah pun boleh tp mcm besar dan luas sangatHot-spot view menghadap kawah gunung bromo yg mengeluarkan asap tu. Gunung yg hadapan sekali gunung Batok. Sampai ke semak utk dapatkan snap view photo ni. HahahaView waterfalls Coban RondoMenaiki 250 langkah anak tangga sebelum sampai ke kawah gunung bromo. Sebelum sampai ke anak tangga tu boleh pilih samada berjalan kaki atau horse riding dari parkir jeep. Terlupa kira berapa jarak KM pulak ?. Tp jauh jugaklah. Kalau biasa berjalan/hiking kuranglah penat tapi kalau tak biasa hiking cramps kaki weeiii.. Kalau tak sila bargains horse riding. Kalau dapat below price idr 100k bersamaan rm30 return pun dah ok. Abam jalan kaki je.View dari ats puncak kawah Ijen. Pernah meletus sekitar tahun 60’anView waterfalls Coban Rondo. Tiket entrance idr 100K bersamaan rm30. Area di Alun-Alun Batu, MalangView Bukit Banyak, Taman Langit.Hot-spot view menghadap kawah gunung bromo yg mengeluarkan asap tu. Kena sampai ke hot spot ni seawal 4-5 pagi utk dapatkan sunrise dan mengelakkan kesesakkan org ramai yg datang mengunjung. Ingatkan dapat views hamparan awan putih di kaki gunung tapi nasib tak menyebelahi. Ada rezeki boleh repeat lg ?. Tiket entrance gunung bromo idr 220K bersamaan rm70. Weekend price idr 320K bersamaan rm100 !!. Gila bapak mahal.View dari ats 350m utk melihat blue fire ?. Kena menuruni halangan batu² yang agak curam. Kelihatan pengunjung sedang melihat/merakam blue fire ?. Waktu sesuai utk melihat blue fire ? sekitar 1.00am – 4.30am. Slps tu tidak kelihatan.View di kaki gunung ijen sekitar Homestay Arabica. Homestay ni terletak di ladang kopi. Price idr 350k bersamaan rm110 ,1Day 1N.View di Kampung Warna Warni Jodipan, MalangView waterfalls Coban Tumpak SewuView di ladang epal area Alun Alun Batu, Malang.View dari ats puncak kawah yg ada tasik di dalamnya. Untuk sampai ke sini kena bergerak dari homestay ke base camp Paltuding dulu. Gate entrance akan di buka pd pkl 1am. Bergerak dari homestay pkl 12.30am ke base camp sekitar 1jam dgn menaiki kenderaan dan sampai ke base camp pkl 1.30am. Perlu hiking ke puncak sekitar 1 1/2jam ke 2 jam dgn jarak perjalanan 4KM utk sampai ke puncak. Ada beberapa checkpoint perjalanan yg sudut jalannya 40°- 45° dan utk sampai ke puncak kawah dan di dalam kawah bawahnya perlu menuruni batu² yg agak curam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memiliki anak dan zuriat sendiri menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Walau bagaimanapun ada ramai pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama namun belum dikurniakan rezeki anak. Pelbagai cara dan ikhtiar yang dilakukan oleh mereka antaranya mengunjungi beberapa lokasi ‘ajaib’ yang telah diberitahu dari mulut ke mulut kononya mampu membantu mendapatkan anak.
Seperti di negara kita sendiri, Tasik Dayang Bunting dan Gua Kelamin menjadi bualan ramai lokasi yang sering ‘makbulkan’ permintaan pasangan yang belum memiliki zuriat menjadi kenyataan.
Tasik Dayang Bunting
Percutian ke Pulau Langkawi dikatakan tidak lengkap jika tidak menikmati panorama Tasik Dayang Bunting yang indah dan mendamaikan dengan menaiki bot laju hampir 30 minit. Perjalanan menempuh ombak begitu berbaloi apabila disajikan pemandangan semula jadi yang begitu memukau dan cantik. Biarpun hampir dengan laut, air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan pelbagai aktiviti air. Tasik Dayang Bunting mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikategorikan sebagai salah satu geopark di Langkawi.
Semasa dalam perjalanan, anda dapat melihat bentuk muka bumi pulau seakan-akan seperti wanita yang sedang hamil sedang berbaring dan dari situlah pulau ini mendapat nama. Terdapat mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum air tasik di sini akan dikurniakan anak. Tetapi, pengunjung diberi peringatan agar menggunakan jaket keselamatan apabila berada dalam air kerana tasik ini mempunyai kedalaman 10 meter.
Gua Kelamin
Pulau Tioman diiktiraf antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun terletak di daerah Rompin, Pahang, namun Pulau Tioman tetap boleh dianggapkan sebagai naungan Johor kerana terletak tidak jauh dari daerah ini, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan bot ekspres dari Jeti Mersing. Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman antaranya Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Nipah dan Genting.
Terletak di Kampung Genting, ada sebuah gua yang terbentuk akibat hakisan ombak memiliki bentuk yang unik dikenali sebagai Gua Kelamin. Gua Kelamin turut dikatakan sebagai lokasi yang ‘ajaib’ kerana dapat makbulkan permintaan pasangan untuk memiliki zuriat. Tidak dapat dipastikan bagaimana caranya, namun pasangan yang mengunjungi Gua Kelamin dan belum memiliki zuriat dikatakan bakal menerima ‘rezeki’ itu.
Jika anda adalah individu yang berjaya memiliki anak selepas mengunjungi dua lokasi ini, tahniah diucapkan. Apa pun, ini semua mungkin hanya kebetulan dan mitos sahaja. Jangan terlampau taksub mempercayai sehingga membelakangkan agama. Pasti ada jawapan yang lebih sainstifik dan boleh diterima akal disebalik apa yang terjadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...