
Bila ada cuti objektif utama bagi yang berkeluarga tentunya untuk kegembiraan anak-anak. Jadi selain bercuti dengan menginap di hotel, camping dengan anak-anak juga antara aktiviti yang menyeronokkan untuk dibuat terutamanya pada cuti umum.
Memilih Flamboyan Resort yang terletak di Ulu Yam, Selangor untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta sempena cuti Maulidur Rasul, perkhemahan di sini cukup menyeronokkan anak-anak.
Mempunyai kawasan yang luas dengan landskap dipenuhi flora dan fauna, air sungai kat sini juga cukup cetek dan sesuai untuk mandi-manda. Paling best waktu malam kalau cuaca bagus dapatlah lihat pemandangan Genting Highlands yang meriah.
Damai dan menenangkan percutian selama 3 hari 2 malam ke campsite ini, Raisah juga turut berkongsi info buat yang ingin berkunjung ke sini.
Assalamualaikum semua.
3 hari 2 malam sempena cuti maulidur rasul di Flamboyan Resort, Ulu Yam, Selangor.
Campsite paling menang di hati anak-anak sebab sungai cetek, toilet bersih dan damai sangat .
Tapak seberang sungai, mengadap Genting Highlands.
Cuaca baik sepanjang 3 hari. Alhamdulillah…
Flamboyan resort: contact Dato Yunus 019-2282224
- maxis/digi
- toilet
- plug point
- check in check out tak ada specific masa
- RM60/ night
Campsite ni anak-anak paling suka sebab aman, kawasan luas anak-anak boleh berlari, ada landscape flora dan fauna, air sungai yang cetek mesra anak-anak, dan view mengadap Genting Highlands tu memang cantik especially malam.
Kredit: Raisah Hadi
[Video] Subhanallah, Memang Cantik Masjid Camlica Di Istanbul, Turki Ni
![[Video] Subhanallah, Memang Cantik Masjid Camlica Di Istanbul, Turki Ni](https://www.libur.com.my/wp-content/uploads/2019/03/untitled-design-1-2019-03-18_10-15-42_804794.jpg)
Tular di media sosial berkenaan pembukaan Masjid Camlica secara rasmi di Istanbul, Turki baru-baru ni. Pembinaan masjid berkenaan yang bermula pada tahun 2013 siap pada tahun ini dengan menelan belanja lebih RM270 juta dan mampu untuk memuatkan kira-kira 63 ribu jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini bukan sahaja mempunyai ruang solat yang besar malah turut menempatkan pelbagai lagi kemudahan seperti muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan dan ruang parkir bawah tanah sebanyak 3,500 bagi kemudahan setiap pengunjung yang datang ke masjid ini.
Apa yang lebih memberikan sentuhan hebat kepada masjid ini adalah rekaannya yang epik, ilham daripada senibina zaman Khalifah Uthmaniyah dan jangan terkejut apabila pereka senibina atau arkitek bangunan hebat ini adalah srikandi Turki bernama Bahar Mızrak dan Hayriye Gül Totu!
Bersama entri ini, kami lampirkan bersama kompilasi video Masjid Camlica yang hebat ini untuk tontonan anda. Lepas ni kalau ada perancangan untuk berkunjung ke Istanbul, jangan lupa untuk ke masjid ini ya!
Trip Bajet 2H1M Ke Singapura, Total RM90 Je. Wanita Kongsi Tip Macam Mana Nak Dapat Penginapan & Transport Percuma!

Biasanya kalau nak ke Singapura mesti ada yang beranggapan memerlukan kos yang agak besar memandangkan tukaran wang yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Namun Eira Qasandra membuktikan hanya dengan RM90 sahaja dia dapat bercuti ke negara tersebut selama dua hari satu malam.
Lengkap dengan Itinerary dan tip macam mana nak dapatkan transport dan juga penginapan percuma kat sana, dan yang penting enjoy dengan cara percutian yang sebegitu.
Ikuti perkongsiannya:
TRIP BAJET DARI KL KE SINGAPORE RM90 UNTUK 2 HARI !
1st day
KLIA Express
-TBS ke Salak Tinggi RM 11.20
-Salak Tinggi ke KLIA2 RM 4.40
Scoot Airlines
-KLIA2 Ke Singapore *FREE*
GrabCar
-Airport ke Ibis Hotel Ruby RM96 bahagi 4 orang
2nd day
MRT & SENTOSA EXPRESS TRAIN
-Aljunied Station ke Raffles place (Merlion Park) *FREE*
-Raflles Place ke Sentosa (Uss) *FREE*
-Sentosa ke China Town *FREE*
-China Town ke Jalan Besar (CW2 Bus station) *FREE*
BAS
-Jalan Besar ke Larkin sg 4.80/RM15.20
-Larkin ke KL RM33.00
**Exclude makan dan tiket uss**
Tips untuk free
-Rajin-rajin tengok website yang berkaitan travel contohnya follow group bbm, travelfree.info atau follow PTM
-Lebih berbaloi guna Kad Kredit sebab banyak diskaun dan free entry. Aku punya mrt dari first naik sampai turun sume free.
-Flight tu aku dapat free sebab download apps Hopper, so sume yang pergi skali dengan aku dapat free flight pergi.
-Hotel pun aku dapat free sebab apps Hopper juga, tapi malangnya kawan aku dengan partner dia terpaksa bayar sebab apps diorang tak dapat kupon untuk redeem free hotel.
Balik tu aku pilih naik bas lompat-lompat sebab nak jimat, kalau bas direct dari Singapura ke KL ada tapi harga dalam RM109.
Pergi aku naik train lelompat juga sebab nak jimat, kalau naik direct dalam 40 lebih camtu, tapi klau lelompat buang masa sikit.
Akhir kata, majulah travel untuk kehidupan sendiri.. Buat benda yang boleh buat hidup korang bahagia.
Enjoy your next trip guys !
Sumber: Eira Qasandra
Taman Negara Gunung Lesong, Eco Pelancongan Baru Di Sri Aman Yang Jarang Diterokai

Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik. Negari ini amat kaya dengan adat dan budaya serta suku kaumnya yang banyak. Malah di Sarawak juga terkenal dengan Gunung Santubung, Taman Negara Gunung Mulu dan lain lagi.
Terkini, satu lagi eko pelancongan negeri yang mula diterokai ialah Taman Negara Gunung Lesong, Lingga di Bahagian Sri Aman.
Seorang pengguna fb Muhamad Syafiq berkongsi melakukan travel ke kawasan pelancongan baru ini yang wajar kita cuba selepas PKP berakhir.]
Setelah sejam perjalanan dari Sri Aman, kami sampai dan berkumpul di Balai Polis Pantu. Kami dikehendaki melaporkan senarai nama ahli yang menyertai aktiviti pendakian kali ini. Ianya juga sebagai langkah berjaga-jaga jika perkara yang tak diingini berlaku. Oh ya, kami seramai 14 orang semuanya.
Setelah semuanya bersedia, kami meneruskan perjalanan kami menaiki pacuan roda. Sekali sekala duduk dalam "bucket" Hilak ramai-ramai seronok jugak. Perjalanan lebih 20KM melalui jalan berbatu yang berbukit bukau mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke pintu masuk Taman Negara Gunung Lesong.
0920
Dari sini kami memulakan pendakian kami pada pukul 0920 pagi. Sebaik sahaja masuk kami berjalan di tepi alur sungai. Terdapat juga beberapa air terjun yang sangat jernih dapat dinikmati sepanjang perjalanan kami ini seperti air terjun Lansam dan air terjun Jampang. Perjalanan 2KM pertama agak "santai" sebenarnya.
1025
Kemudian kami singgah melapaskan lelah di Rumah Doa Gunung Lesong. Ianya dibina untuk aktiviti keagamaan penganut agama Kristian di sini. Berhampiran Rumah doa juga terdapat tempat mandi manda dan juga air terjun. Setelah selesai berehat kami meneruskan pendakian kami hingga ke puncak. Hanya dua kali sahaja trek landai sahaja selepas Rumah Doa ini..tu pun pendek dan sekejap sangat..pheww, pewai habis..
1125
Kami mula mamasuki kawasan Hutan Simpan Gunung Lesong berdasarkan papan tanda yang terdapat pada pokok² di situ. Perjalanan kami sangat perlahan kerana pendakian agak mencanak dan sangat menguji fizikal dan mental. Nak lagi mencabar, bila ditanya kepada juru pandu kami " Masih jauh ka Boss?" Dia pun tak tahu nak jawab memandangkan baru kali kedua dia mendaki di sini.
Opps, jangan risau kerana sepanjang perjalanan terdapat tanda yang diikat di pokok. Insya-Allah tak sesat la. Ada juga tempat-tempat yang mempunyai tali untuk berpaut.
Sepanjang pendakian, kami dihidangkan dengan keindahan flora di sini, banyak pokok-pokok tinggi yang besar. Paling mencuri tumpuan saya ialah pokok cendawan bewarna merah yang tak pernah saya lihat sebelum ini. Bagi menambahkan lagi rencah pendakian, banyak pacat dengan tanpa segan silu menyapa kaki-kaki kami.
1420
Kami sampai ke "puncak" Gunung Lesung yang beketinggian lebih 800 meter. Di puncak terdapat banyak pokok-pokok Pantu. Baru saya tahu yang nama kawasan Pantu itu diambil dari nama pokok. Di atas puncak ini, kami dapat menikmati panorama penciptaan alam yang sangat indah.
Panorama hamparan dataran tanah rata dan muara Batang Lupar yang bertemu dengan Laut China Selatan cukup mempesonakan setiap mata yang memandang.
Di samping menikmati pemandangan keindahan ciptaan Tuhan, kami mengambil peluang untuk berehat sambil menikmati makanan yang telah dibawa. Puas rasanya bila dapat menghirup kopi panas yang disediakan oleh Ah Kang, juru pandu kami.
1540
Setelah selesai mengambil gambar, kami memulakan perjalanan pulang. Kali ini kami bergerak selaju dan secepat yang boleh. Lagipun lewat petang ni.
1800
Kami semua selamat sampai ke pintu masuk di mana kami memulakan pendakian pada awal paginya. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat sahaja.
1925
Kami tiba di Balai Polis Pantu dan aktiviti kami tamat di sini.
Kawasan Taman Negara Gunung Lesong sangat jarang dikunjungi oleh orang ramai dan kawasannya masih terpelihara, jadi jagalah kebersihan jika anda ke sini. Bawalah pulang semua yang anda bawa kecuali gambar dan secebis kenangan.
#ShafixdiSarawak
#GunungLesong
#SriAman
#SarawakdalamMalaysia
#SarawakMoreToDiscover #SarawakTourism #TourismMalaysia #TorismMalaysiaSarawak #RediscoverYourselfInSarawak #ExploreSarawak #BorneoTalk #LeisureSarawak #SarawakTravel