Selalunya, kita memerlukan bot untuk jelajah pulau.
Namun fenomena unik air laut surut sepenuhnya di Pulau Pangkor pada Februari depan membolehkan orang ramai berjalan kaki merentas Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam untuk merasai pengalaman sangat unik ini.
Fenomena unik ini biasanya terjadi ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina sekaligus menjadikan Pulau Pangkor diserbu oleh ramai orang untuk merasai pengalaman merentas lautan pada jarak 400 meter ini dengan hanya berjalan kaki sahaja.
Ads
Pada jarak 400 meter, orang ramai hanya memerlukan masa sekitar beberapa minit saja berjalan kaki di mana air laut hanya separas buku lali untuk merentas Pantai Teluk Nipah ke Teluk Giam.
Ads
Disebabkan fenomena ini agak luar biasa dan hanya berlaku setahun sekali, dapat dilihat pulau peranginan popular ini diserbu orang ramai bahkan ada penduduk setempat menggelar fenomena ini seperti laut terbelah kerana air surut ini hingga menampakkan beting pasirnya.
Ads
Namun sebelum itu kena rujuk jadual air pasang surutnya agar tidak tersilap hari.
Jadi, bagi korang yang nak rasai pengalaman unik ini jangan lupa terjah Pulau Pangkor bulan depan ya. Bolehlah plan siap-siap dari sekarang. Gambar : Perak Press
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah berkunjung ke Melbourne sebelum ini, memenuhi jemputan AirAsia X Rediscover Melbourne 2022 memberikan peluang kepada saya untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke negara kangaroo ini. Jika sebelum ini saya ada berkongsi tentang tempat-tempat yang saya dan team media lain kunjungi, ini pula sambungan ke destinasi lain yang tak kurang hebatnya.
Hari kedua sudah mula, kami bersarapan di kafe berhadpan hotel. Cafe’Go menyajikan hidangan sarapan ‘mat saleh’ yang tidak asing bagi orang Malaysia. Laju sahaja masing-masing membuat pesanan.
Dan kerana kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh jadi setelah bersarapan kami bergerak untuk menaiki cruise menuju Seorrento.
Queenscliff-Sorrento Feri
Perjalanan selama 35 minit untuk ke jeti Queenscliff dan perjalanan di atas cruise selama 90 minit kami gunakan untuk melihat pemandangan indah Victoria. masa selama 45 minit perjalanan feri dari Queenscliff ke Sorrento, katanya kalau bernasib baik boleh nampak ikan lumba-lumba. Namun semuanya bergantung kepada nasib kerana mereka merupakan habitat liar dan bukan dipelihara. Walau apa pun pengalaman menaiki feri sememangnya cukup menarik sambil menikmati pemandangan indah Port Philip Bay.
MENYUSURI MILLIONAIRE’S WALK
Turun dari Cruise kami dibawa ke Sorrento. Kawasan elit yang menempatkan rumah-rumah serba mewah menghadap laut yang terkenal dengan nama Millionnaire’s Walk. Menyusuri laluan ‘Millionnaire’s Walk’ melalui kawasan belakang rumah-rumah mewah yang indah sambil melepaskan pandangan ke laut lepas memang melekakan. Bunga-bunga liar yang menghiasi laluan menjadikan suasanan sangat indah.
ARTHURS SEAT EAGLE (GONDOLA RIDE)
Sorrento dan rumah mewah kami tinggalkan untuk ke Arthurs Seat Eagle, salah satu lokasi perlancongan wajib datang di Melbourne. Menaiki gondola berkonsep terbuka memang lain daripada yang lain. Dari ketinggian gondola bermula, kita akan dapat melihat pemandangan indah Mornington Peninsula dan Port Philip. Oh ya dari gondola juga kita boleh nampak sayup jauh di sana bandar Melbourne. Jika membawa keluarga dan anak-anak, pastinya pengalaman akan menjadi antara memori terindah buat mereka.
MEMANJA DIRI DI PENINSULA HOT SPRINGS
Hot Spring, Kolam air panas mungkin akan memberikan gambaran pertama yang biasa-biasa bagi orang kita. Tetapi segalanya amat berbeza di sini. Dalam cuaca yang sejuk 11’C, kami dibawa untuk memanjakan diri di Peninsula Hot Spring . Bukan kolam air panas biasa. Bagi saya ia sangat istimewa. Dengan lanskap yang indah, sangat berbaloi dikunjungi apa lagi kolam air panas ini telah memenangi anugerah ‘ Best Natural Hot Spring and Spa’ .
Menyediakan lebih 50 kemudahan dan pengalaman spa, anda boleh pilih kemudahan mandi dari kolam air panas, reflexology walk, Turkish hamam, dan kolam di atas bukit dengan pemandangan 360′ darjah Mornington Peninsula. Bukan itu sahaja, ada juga kemudahan seperti geothermal pool, ice cave, sauna, kafe, pentas untuk majlis-majlis rasmi dan wellness centre.
Apa yang boleh saya katakan kawasan ini menjanjikan pengalaman paling istimwa dan kerana itulah walau hujan turun renyai-renyai, kami tetap tidak mahu melepaskan peluang menikmati pengalaman mandi di kolam air panas dan masuk ke gua ais. Jika berpeluang, anda juga patut mencuba kerana bakal menjanjikan pengalaman yang sangat best!
Penisular Hot Spring kami tinggalkan untuk ke penginapan seterusnya. Rye Hotel yang mengetengahkan konsep suites yang mengeliling kolam menyediakan bilik yang sangat luas dan selesa apa lagi bila perlu duduk sendirian. Selesai mandi, kami bersiap lagi untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Intercontinental, Soreento.
MAKAN MALAM DI DI THE ATRIUM
Masuk ke ruang dalam The Atrium at Intercontinental, Sorrento. yang serba mewah sememangnya sangat menarik. Hiasan dalam yang moden memberikan mood yang lebih segar dan mengujakan.
Kami terus ke meja yang telah disediakan. Memilih menu dan makan dengan penuh khusyuk. Maklum sahaja kalau lepas berendam, perut pastilah menjerit kelaparan. Semua makanan sedap dan saya memilih hidangan ikan salmon. Segar dan sedap sekali. Selesai makan malam kembali ke hotel untuk berehat.
Malam itu kami tidur cepat kerana awal pagi kami perlu bertolak ke Melbourne. Esoknya kami bersarapan di hotel. Segar selepas menghirup secawan kopi dan bersarapan ala-barat. Kami kemudian bergerak kembali ke Kota Melbourne.
Apa aktiviti dan lokasi kami seterusnya? Jangan lupa ikuti catatan siri ke-3 menampilkan keseronokan menjelajah kota Melbourne. Menyaksikan teater Harry Porter di Princess Theatre Melbourne. Juga menyusuri sepanjangan jalan-jalan yang dihiasi bangunan cantik sehinggalah ke lorong-lorong seni yang menampilkan lukisan hebat dan luahan rasa anak-anak seni sehingga menjadi antara lokasi street art terbaik di dunia.
Catatan: Ida Abd Aziz
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berikutan dengan fasa PKPB sekarang, sudah semakin banyak kegiatan sosial dan perniagaan telah dibuka semula. Namun larangan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.
Akan tetapi bagi yang tinggak dinegeri yang sudah berada dalam zon hijau atau PKPP, gelembung pelancongan telah diperkenalkan oleh Majlis Keselematan Negara. Tapi anda yang tinggak di Lembah Klang serta Selangor amnya, tidak perlu risau.
Anda boleh luangkan masa hujung minggu nanti dengan staycation di beberapa hotel dan resort menarik di Selangor. Kali ini LIBUR ingin kongsi 5 hotspot staycation menarik!
Terletak di Cyberjaya, Cyberview Resort and Spa menawarkan suasana yang cukup menenangkan kepada pengunjungnya. Dengan persekitaran yang menghijau serta taman yang cantik, anda juga boleh menikmati perkhidmatan spa dan jakuzi. Malah, anda juga boleh berjalan-jalan di Taman Tasik Cyberjaya yang terletak berdekatan.
Jika ada bajet lebih sikit dan ingin menikmati staycation pada peringkat premium, Royal Chulan Hotel di Damansara mampu memuaskan hati anda. Ia dikelelingi dengan hotspot hiburan menarik berdekatan seperti KidZania, IKEA, Chocolate Museum dan Kota Damansara Community Forest.
Jika selama ini anda hanya nampak ketika melalui Lebuh Raya Persekutuan, mungkin sekarang adalah masa sesuai untik anda mengunjunginya. Hotel 5 bintang ini menawarkan pelbagai fasiliti menarik termasuklah Kids Club untuk hiburan anak-anak. Ia juga mempunyai ruang gimnasium dan pelbagai jenis restorang seperti Jepun, Cina dan banyak lagi.
Jika anda mencari staycation yang tenang dan lari dari hiruk-pikuk bandar Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA boleh menjadi jawapannya. Terletak berhampiran dengan KLIA, ia mempunyai 333 buah bilik dan suite dengan rekaan yang moden dan cukup selesa. Antara hotel paling tenang di Selangor!
Kedudukannya cukup strategik dan berdekatan dengan beberapa buah pusat membeli belah seperti Paradigm Mall, Sunway Pyramid dan Empire Subang. Bertaraf 5 bintang, lokasi ini mungkin menjadi staycation paling bermakna buat anda dan keluarga pada tahun ini.
Detik 12 malam ketika tiba perayaan Chap Goh Mei, langit dihiasi percikan bunga api yang cantik. Ketika itu, ramai yang membuat hantaran di laman sosial masing-masing suasana ketika itu umpama 'perang di langit malam'.
Rakyat Malaysia hidup dalam pelbagai kaum, maka suasana perayaan sebegitu saban tahun sudah sebati dalam kalangan kita. Namun ada juga masih tidak mengetahui mengapa malam tersebut begitu istimewa ketika sambutan Tahun Baru Cina.
Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud 10, Goh adalah lima dan Mei pula adalah malam. Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...