Wah! Siapa sangka Malaysia tersenarai sebagai top 3 negara paling dilawati di Asia! Tapi itulah hakikatnya selepas kaji selidik dijalankan oleh World Travel Monitor (WTM). WTM adalah satu organisasi yang melakukan tinjauan secara tahunan dan memantau jumlah perjalanan keluar/masuk disamping tingkah laku perjalanan pelancong di semua pasaran utama pelancongan seluruh dunia.
Selain itu, portal tempahan perjalanan, Agoda, turut mencatatkan Kuala Lumpur (KL) dan Malaysia sebagai bandar dan negara ketiga yang paling banyak ditempah di Asia. Tiga negara yang berada dalam senarai teratas selain Malaysia adalah Jepun di tempat pertama dan Thailand di tempat kedua.
Dalam kaji selidik yang sama, bandar KL juga dinamakan sebagai bandar ketiga paling banyak dikunjungi di Asia seterusnya mengatasi destinasi bandar yang lain seperti Hong Kong, Osaka, Taipei, Seoul, Singapura, Bali, dan Pattaya.
Mengambil faktor kepelbagaian, keramahan dan kemesraan budaya rakyat Malaysia sebagai tarikan, laporan itu juga mendapati Malaysia sebagai destinasi nombor satu bagi rakyat Singapura di rantau Asia Pasifik.
Untuk pengetahuan pembaca, tahun 2018 menyaksikan rakyat Malaysia lebih memilih untuk travel di dalam negeri di destinasi tempatan yang popular seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Ipoh, Cameron Highlands, Kuching dan Kuantan. Bagi destinasi luar negara, rakyat Malaysia lebih suka pergi ke Thailand dan Indonesia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rice Paddy Art, Lokasi Unik Ini Diiktiraf World Largest Rice Paddy Art Oleh Guinness World Record
Bila sebut sawah padi, pasti terbayangkan negeri di utara terutama Kedah yang mendapat julukan negeri Jelapang Padi. Tiupan angin yang sepoi bahasa, ditambah saat padi menguning, suasana ini pastinya menggamit suasana indah yang sukar dilupakan.
Jika sebahagian rindukan suasana nyaman sawah padi, di Jepun lebih advance kerana petani menanam padi berlainan warna hingga menjadi hasil hasil seni yang amat unik dan menjadi tumpuan pelancong ke daerah Gyoda, Saitama. Lebih membanggakan hasil seni di Rice Paddy Art ini diiktiraf sebagai World Largest Rice Paddy Art Oleh Guiness World Record.
Baca perkongsian Zunita Ramli dalam “CatatanZunitaDiJepun” yang dirinya banyak berkongsi info menarik dari negara ini.
Pernah tengok sawah padi berwarna-warni?
Rice Paddy Art atau disebut sebagai “tambo āto” adalah seni sawah padi yang berasal dari Jepun di mana beberapa jenis padi yang berlainan warna ditanam untuk membentuk corak dan imej tertentu.
Dekat Jepun, ada lebih 100 lokasi tawarkan Rice Paddy Art dan yang paling besar ada di Gyoda, Saitama. Dengan keluasan 27,000 meter persegi, lokasi ni dinobatkan sebagai “World Largest Rice Paddy Art” oleh Guinness World Record. Memang besar lah. Hehe.
Yang menarik pasal padi dekat Gyoda ni, ia ditanam secara sukarela (volunteer) oleh orang situ tau, sebab diorang nak promosikan Gyoda kepada pelancong luar.
Tapi seni padi ini ada masa musim panas je lah, dan masa paling cantik (peak) untuk tengok Rice Paddy Art ni pada bulan September, kalau di Gyoda.
.
#CatatanZunitaDiJepun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kehilangan Raja Sutera Thai, Jim Thompson Di Cameron Highland Sehingga Kini Masih Misteri
Jim Thompson atau nama penuhnya James Harrison Wilson Thompson merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat. Walaupun Thompson memiliki empayar kain sutera Thai di Bangkok, tetapi namanya juga terkenal di Cameron Highlands. Misteri kehilangan warga Amerika Syarikat itu masih kekal membelenggu tanah tinggi itu sehingga hari ini.
Dia yang turut mendapat gelaran Raja Sutera Thai membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera Thai lewat tahun 1950an dan 1960an. Jim Thompson dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syarikat pada 21 Mac 1906 dan pernah berkhidmat dengan Tentera Amerika Syarikat dalam bidang perisikan ketenteraan. Jim Thompson dilaporkan hilang pada 26 Mac 1967 di Cameron Highlands. Jim Thompson masih belum ditemui sehingga kini dan kehilangannya telah menjadi suatu misteri.
Cameron Highland Saksi Kehilangan Jim Thompson
Berpuluh-puluh teori timbul ekoran kehilangan Thompson pada petang 26 Mac 1967. Namun, ramai penduduk Cameron Highlands lebih percaya bahawa Thompson sebenarnya menghilangkan diri dan menukar identitinya agar tidak dikenali dan kemudian pulang ke Amerika Syarikat. Jika dia mati di dalam hutan, mustahil tiada satupun cebisan mayat dijumpai sedangkan ribuan orang telah mencarinya pada masa dia dilaporkan hilang.
Ada juga laporan yang mengatakan orang awam telah ternampak kelibat Thompson di Amerika Syarikat selepas dia dilaporkan hilang di Cameron Highlands. Namun tiada pengesahan dibuat sehingga kini
Misteri Thompson telah menyebabkan Cameron Highlands menjadi tempat yang terkenal di dunia. Bukan sedikit pasukan mencari yang dikerah dan yang turun membantu untuk mencari Thompson sejurus selepas kehilangannya pada 1967 itu.
Maka tidak hairan, sehingga hari ini masih ramai pelancong yang obses mengenai misteri itu datang ke Moonlight Bungalow kini dikenali sebagai Jim Thompson Cottage untuk melihat sendiri tempat terakhir Thompson dilaporkan dilihat sebelum dia hilang.
Bilik terakhir sebelum Jim Thompson hilang ketika menginap di banglo ini adalah di bilik ketiga yang bersebelahan tangga ke ruang atas. Kali terakhir dia dilihat sebelum hilang tanpa jejak kira-kira pukul 4 petang pada 26 Mac 1967. Keadaan bilik masih tidak berubah kecuali perabot yang telah ditukar untuk dijadikan penginapan tetamu.
Jim Thompson datang ke Cameron Highlands bersama Constance Mangskau pada 24 Mac 1967 dan menginap di Moonlight Bungalow bersama-sama pemilik, Dr. Ling Tien Gi dan isteri, Helen Ling rakyat Singapura. Terdapat dua laluan yang dikatakan telah dilalui Thompson sebelum dia hilang di dalam hutan berdekatan.
Ada yang kata semasa sedang treking, Thompson menuju ke Lutheran Mission Bungalow.
Selepas dilihat berada di situ, Thompson tidak lagi kelihatan selepas itu.
Saudagar Sutera Thai Berjaya
Jika masih hidup, umur Jim Thompson kini adalah 113 tahun. Kehilangannya juga ada dikaitkan dengan berbagai kisah dan teori, sama ada pengkhianatan, jenayah mahupun kisah-kisah mistikal. Semasa Perang Dunia Kedua, Jim Thompson telah direkrut oleh William Joseph Donovan dan dilantik sebagai pegawai bertauliah di dalam Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) di mana pada tahun 1947 jabatan tersebut telah dibubarkan dan dikenali sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Thompson yang fasih berbahasa Perancis telah menjalankan beberapa misi berbahaya di Perancis sewaktu pendudukan tentera Jerman. Selepas kemenangan di Eropah (7 Mei – 8 Mei, 1945), Thompson telah ditukarkan ke Sri Lanka. Dia dalam perancangan untuk ditempatkan di Thailand apabila tentera Jepun menyerah kalah dalam bulan Ogos – September pada tahun yang sama yang sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua. Thompson tiba di Thailand beberapa minggu selepas pihak Jepun menyerah kalah dan Thompson ditugaskan untuk menyelia pejabat OSS di Bangkok.
Setelah menamatkan khidmatnya bersama Tentera Amerika Syarikat, Jim Thompson kembali ke Amerika untuk membawa isterinya ke Thailand. Bagaimanapun isterinya enggan mengikutnya ke Thailand dan akhirnya mereka bercerai.
Thompson kembali ke Bangkok seorang diri, kemudian Thompson bekerja bersama beberapa orang pelabur Thai dan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947. Walaupun dia telah meninggalkan bidang ketenteraan dan perisikan, namun ramai yang mengesyaki Thompson masih melakukan kerja-kerja penyamaran untuk CIA.
Semasa Perang Vietnam, kawan rapatnya (juga merupakan rakannya di dalam OSS) iaitu General Edwin Black menjadi ketua operasi Tentera Udara Amerika Syarikat di Laos dan berpengkalan di Thailand. Thompson menumpukan sepenuhnya untuk menggiatkan semula industri kecil menenun sutera menggunakan tangan, yang merupakan kemahiran yang diwarisi oleh wanita Thailand selama berkurun bagaimanapun ia sudah tidak lagi popular.
Thompson menemui kaum Cham yang beragama Islam, mahir dalam menenun sutera di kawasan Bankrua berhampiran Bangkok dan membekalkan mereka dengan alat-alat untuk menenun, mewarna dan bantuan teknikal. Thompson juga dikatakan membantu beribu-ribu penduduk miskin Thailand keluar daripada belenggu kemiskinan. Dia dikatakan memberikan sebahagian daripada saham-sahamnya dalam Thai Silk Company kepada penduduk-penduduk miskin ini.
Jim Thompson House, Bangkok
Jim Thompson House tersenarai sebagai 10 tempat wajib dilawati jika ke Bangkok, Thailand. Rumah Jim Thompson ini memang cantik kerana berunsur Thai dan campuran budaya asia selain menghadap sebatang sungai. Semasa hayat Jim Thompson, dia telah membeli 6 buah rumah tradisional Thailand dan dirangkumkan menjadi sebuah kediaman yang besar untuk didiami.
Selepas kehilangan Thompson, Thai Silk Company telah memindahkan operasinya ke Khorat, sebuah bandar yang menjadi pengkalan operasi untuk Tentera Di Raja Thailand. Rumah Jim Thompson di Rama 1 Road, Bangkok kini dijadikan sebagai muzium yang menempatkan beberapa ukiran dan hasil seni daripada Thailand yang dikumpul oleh Jim Thompson.
Jim Thompson juga dikenali sebagai pengumpul barang-barang seni. Pengunjung boleh datang meninjau rumah peninggalannya yang kini dijadikan muzium setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Sumber: thepatrionts |utusan
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia
Daya Tarikan Berpaksikan Alam
Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Johor Bahru, Ibrahim International Business District (IIBD) meliputi kawasan seluas 250 ekar yang disempadani oleh Jalan Tun Abdul Razak di Timur, Jalan Seri Lalang di Utara, Jalan Ayer Molek di Barat dan Persiaran Tun Sri Lanang di Selatan. Melangkah masuk ke kota metropolis ini mencetus pelbagai emosi: sebagai sebuah hab komersial dan korporat, kepesatan dan keceriaannya jelas terserlah, disulami warisan masa lepas dan budaya masa kini, selain diwarnai kehijauan yang mencergaskan pusat bandaraya ini.
Kelestarian berilhamkan Senandung Alam
Urban Tree dibina dari keluli tahan karat – menyerupai bentuk Pokok Meranti Johor yang gah namun diancam kepupusan, dengan dahan-dahannya berbentuk daun dan angklung. Apabila bayu bertiup, muzik indah terhasil , mendendangkan ‘Senandung Alam’. Sebuah puisi dengan nama yang sama telah dicipta sempena memperingati matlamat penting IIBD ini:
Dengarlah suara Alam yang bercerita,
Tentang alunan lagu, irama angin kala Bumi bermula.
Tentang Karya teragung yang kini menjauh pilu dan merana,
Yang membangkitkan keresahan di jiwa.
Hilangkah sudah pengajaran hidup paling berharga?
Umpama menghilang di angin lalu, membawa pergi irama dan lagu.
Berdiri megah setinggi 20 kaki, daya tarikan utama yang terletak di Laman Monumen Sultan Abu Bakar yang indah dan berprestij ini ialah Urban Tree pertama, Arca Eko (Eco Cornerstone) IIBD. Arca Eko ialah peringatan kepada manusia untuk menghargai keajaiban dan keindahan alam serta mencerminkan pemuliharaan warisan alam Johor menerusi reka bentuk yang menyerlah.
Urban Tree of Malaysia. Tedapat angklung di dahan yang berbunyi apabila ditiup angin
Serpihan kaca pecah telah diterapkan dalam bahagian dasar arca selebar 20 kaki, yang berkilauan apabila dipancar sinar mentari, bagi mengiktiraf keindahan bahan kitar semula. Selain daripada kilauan yang dihasilkan, ia menekankan komitmen positif terhadap alam sekitar demi kelestarian masa depan IIBD.
Perjalanan bermula di Titik Sifar
Terletak di hujung paling selatan Semenanjung Malaysia, Kilometer Sifar adalah titik mula lebuhraya yang menghubungkan seluruh negeri dari Johor Bahru. Sepanjang laluan pejalan kaki Jalan Ibrahim, anda boleh meninjau pemandangan Selat Johor dan Singapura di seberang tambak.
Kunjungan istana
Lawatan ke Johor Bahru tidak lengkap tanpa persinggahan ke kawasan istana. Di bahagian barat menghadap tambak Johor, Masjid Sultan Abu Bakar tersergam indah. Terbina di atas bukit dengan pemandangan saujana Selat Johor dan Singapura, masjid ini mengetengahkan kepelbagaian sentuhan seni bina neo-klasik gabungan pengaruh Inggeris-India.
Dari masjid, pengunjung boleh berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke Istana Besar Abu Bakar, satu lagi bangunan agam seni bina Victoria yang didirikan atas perintah oleh Sultan Abu Bakar. Istana diraja ini dikelilingi oleh seni taman serba indah, menempatkan sebuah muzium diraja dengan koleksi alatan diraja yang mengagumkan. Di bahagian belakang, ada laluan yang menuju ke pintu gerbang Taman Botani Zahara, Taman Botani Diraja.
Nikmati keindahan alam sambil menjamu selera
Apabila bersiar-siar di sepanjang Jalan Dhoby, anda tidak akan terlepas pandang Flowers in the Window, kafe bertema bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan hijau. Di samping mempunyai taman sendiri di ruang belakang, kafe ini menawarkan konsep menu segar, dengan hidangan roti ‘sourdough’, kek buatan sendiri, makanan tradisional dan juga minuman yang mengandungi khasiat herba.
The Ice Cream Project (TIP) dianggap sebagai gerai aiskrim paling tua di JB Old Town. Ia merupakan satu-satunya kedai aiskrim di bandaraya ini yang mengguna pakai kaedah nitrogen cecair. Kedai ini mudah dikenal pasti dengan buaian tergantung di luar premis.
The Ice Cream Project
Daya tarikan dan keindahan di Barat Daya
Memasuki pintu gerbang Barat Daya ke IIBD, Jalan Ayer Molek akan membawa pengunjung ke Laman Monumen Sultan Abu Bakar. Kawasan ini terdapat Monumen VOA yang memaparkan jata negeri yang ditempatkan di atas pancutan air; dan Birds of Paradise, nama timangan kepada enam struktur berbentuk berlian yang mirip burung-burung berterbangan di udara. Pada waktu malam, struktur ini serta bahagian-bahagian lain laman dilimpahi lampu untuk memaparkan simfoni cahaya indah, menarik penduduk menikmati keindahannya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI