Urban Tree of Malaysia. Tedapat angklung di dahan yang berbunyi apabila ditiup angin

 

Daya Tarikan Berpaksikan Alam
Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Johor Bahru, Ibrahim International Business District (IIBD) meliputi kawasan seluas 250 ekar yang disempadani oleh Jalan Tun Abdul Razak di Timur, Jalan Seri Lalang di Utara, Jalan Ayer Molek di Barat dan Persiaran Tun Sri Lanang di Selatan. Melangkah masuk ke kota metropolis ini mencetus pelbagai emosi: sebagai sebuah hab komersial dan korporat, kepesatan dan keceriaannya jelas terserlah, disulami warisan masa lepas dan budaya masa kini, selain diwarnai kehijauan yang mencergaskan pusat bandaraya ini.

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia
Lokasi Ibrahim International Business District (IIBD)

 

Kelestarian berilhamkan Senandung Alam
Urban Tree dibina dari keluli tahan karat – menyerupai bentuk Pokok Meranti Johor yang gah namun diancam kepupusan, dengan dahan-dahannya berbentuk daun dan angklung. Apabila bayu bertiup, muzik indah terhasil , mendendangkan ‘Senandung Alam’. Sebuah puisi dengan nama yang sama telah dicipta sempena memperingati matlamat penting IIBD ini:

Dengarlah suara Alam yang bercerita,
Tentang alunan lagu, irama angin kala Bumi bermula.
Tentang Karya teragung yang kini menjauh pilu dan merana,
Yang membangkitkan keresahan di jiwa.
Hilangkah sudah pengajaran hidup paling berharga?
Umpama menghilang di angin lalu, membawa pergi irama dan lagu.

Berdiri megah setinggi 20 kaki, daya tarikan utama yang terletak di Laman Monumen Sultan Abu Bakar yang indah dan berprestij ini ialah  Urban Tree pertama, Arca Eko (Eco Cornerstone) IIBD.  Arca Eko ialah peringatan kepada manusia untuk menghargai keajaiban dan keindahan alam serta  mencerminkan pemuliharaan warisan alam Johor menerusi reka bentuk yang menyerlah. 

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia
Urban Tree of Malaysia. Tedapat angklung di dahan yang berbunyi apabila ditiup angin

Serpihan kaca pecah telah diterapkan dalam bahagian dasar arca selebar 20 kaki, yang berkilauan apabila dipancar sinar mentari, bagi mengiktiraf keindahan bahan kitar semula. Selain daripada kilauan yang dihasilkan, ia menekankan komitmen positif terhadap alam sekitar demi kelestarian masa depan IIBD.

 

IKLAN

Perjalanan bermula di Titik Sifar
Terletak di hujung paling selatan Semenanjung Malaysia, Kilometer Sifar adalah titik mula lebuhraya yang menghubungkan seluruh negeri dari Johor Bahru. Sepanjang laluan pejalan kaki  Jalan Ibrahim, anda boleh meninjau pemandangan Selat Johor dan Singapura di seberang tambak.

 

Kunjungan istana
Lawatan ke Johor Bahru tidak lengkap tanpa persinggahan ke kawasan istana. Di bahagian barat menghadap tambak Johor, Masjid Sultan Abu Bakar tersergam indah. Terbina di atas bukit dengan pemandangan saujana Selat Johor dan Singapura, masjid ini mengetengahkan kepelbagaian sentuhan seni bina neo-klasik gabungan pengaruh Inggeris-India.

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia
Laman monumen Sultan Abu Bakar

 

Dari masjid, pengunjung boleh berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke Istana Besar Abu Bakar, satu lagi bangunan agam seni bina Victoria yang didirikan atas perintah oleh Sultan Abu Bakar.  Istana diraja ini dikelilingi oleh seni taman serba indah, menempatkan sebuah muzium diraja dengan koleksi alatan diraja yang mengagumkan. Di bahagian belakang, ada laluan yang menuju ke pintu gerbang Taman Botani Zahara, Taman Botani Diraja.

IKLAN

 

Nikmati keindahan alam sambil menjamu selera
Apabila bersiar-siar di sepanjang Jalan Dhoby, anda tidak akan terlepas pandang Flowers in the Window, kafe bertema bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan hijau. Di samping mempunyai taman sendiri di ruang belakang, kafe ini menawarkan konsep menu segar, dengan hidangan roti ‘sourdough’, kek buatan sendiri, makanan tradisional dan juga minuman yang mengandungi khasiat herba.

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia
Kafe flowers in the window

 

The Ice Cream Project (TIP) dianggap sebagai gerai aiskrim paling tua di JB Old Town.  Ia merupakan satu-satunya kedai aiskrim di bandaraya ini yang mengguna pakai kaedah nitrogen cecair. Kedai ini mudah dikenal pasti dengan buaian tergantung di luar premis.

IKLAN

 

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia
The Ice Cream Project

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia The Ice Cream Project

 

Daya tarikan dan keindahan di Barat Daya
Memasuki pintu gerbang Barat Daya ke IIBD, Jalan Ayer Molek akan membawa pengunjung ke Laman Monumen Sultan Abu Bakar. Kawasan ini terdapat Monumen VOA yang memaparkan jata negeri yang ditempatkan di atas pancutan air; dan Birds of Paradise, nama timangan kepada enam struktur berbentuk berlian yang mirip burung-burung berterbangan di udara. Pada waktu malam, struktur ini serta bahagian-bahagian lain laman dilimpahi lampu untuk memaparkan simfoni cahaya indah, menarik penduduk menikmati keindahannya.

JCorp Perkenal Urban Tree of Malaysia
Monumen VOA

 

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI