Negeri Kelantan sememangnya terkenal sebagai ‘serambi mekah’ dan negeri Che Siti Wan Kembang itu dijangka akan menerima ramai pelancong menjelang Ramadan ini. Akan meriah dan padat la negeri itu dengan kehadiran pelancong tak lama lagi.

Tapi persoalannya, mengapa Kelantan dan kenapa kedatangan pelancong dijangka akan meningkat menjelang Ramadan?

Ini kerana, pengisian keagamaan yang dianjurkan di negeri ‘serambi mekah’ itu menjadi daya penarik untuk pelancong hadir dan mengalami sendiri keindahan yang ada di sana pada bulan Ramadan.

Nak Rasa Suasana Ramadan Yang Berbeza? Jom Datang Ke Negeri ‘Serambi Mekah’ Kelantan Ramadan Ni!

Nak Rasa Suasana Ramadan Yang Berbeza? Jom Datang Ke Negeri ‘Serambi Mekah’ Kelantan Ramadan Ni!

IKLAN

Ada banyak aktiviti keagamaan akan diadakan seperti solat terawih, ceramah dan kuliah malah ada program yang bertujuan untuk memberi kemahiran membaca dan taranum Al-Quran terutamanya di Madinah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-V.

Tahun ini akan memberikan lebih sentuhan istimewa di Madinah Ramadan apabila ada beberapa ustaz yang akan tenaga pengajar dan memberikan tunjuk ajar dalam program daurah demi meningkatkan keupayaan dan pemahaman Al-Quran kepada setiap orang yang hadir.

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun pada bulan Ramadan, akan ramai orang yang datang, bukan sahaja dari Kelantan, malah dari negeri-negeri lain akan hadir di Madinah Ramadan untuk mengambil peluang melakukan ibadah sewaktu bulan puasa.

IKLAN

Nak Rasa Suasana Ramadan Yang Berbeza? Jom Datang Ke Negeri ‘Serambi Mekah’ Kelantan Ramadan Ni!

Nak Rasa Suasana Ramadan Yang Berbeza? Jom Datang Ke Negeri ‘Serambi Mekah’ Kelantan Ramadan Ni!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sendiri berkata bahawa negeri itu pernah memenangi Anugerah Produk Pelancongan Terbaik Asia Pasifik 2013 dan pelancong tidak datang ke Kelantan semata mencari kepuasan hiburan semata-mata, sebaliknya mereka itu datang untuk merasai nikmat puasa di sini.

IKLAN

Pelancong yang datang bukan sahaja dari negeri yang berjiranan dengan Kelantan, malah ada pelancong keagamaan yang datang dari Singapura. Suasana meriah menjelang Ramadan di Kelantan adalah satu produk pelancongan unik yang tidak terdapat di negeri-negeri lain sehingga ada pelancong yang membuat tempahan hotel selama sebulan.

Jadi kepada anda yang ingin merasai suasana bulan Ramadan yang berbeza daripada tempat anda, boleh rancang percutian ke Kelantan semasa bulan yang mulia ini. Ianya mesti satu rancangan percutian yang menarik kerana selain melancong, kita juga dapat menunaikan ibadat dalam masa yang sama, bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, kan?

Nak Rasa Suasana Ramadan Yang Berbeza? Jom Datang Ke Negeri ‘Serambi Mekah’ Kelantan Ramadan Ni!

Sumber: Sinar Harian

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI