Hutan Lipur Kuala Woh terletak 13 kilometer dari Pekan Tapah di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Terletak di jalan lama dari Tapah-Cameron Highlands, keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram sungai yang begitu mendamaikan.
Hutan Rekreasi Kuala Woh yang juga terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tapah ini menyediakan denai penerokaan hutan yang lengkap sekali gus menawarkan perjalanan dan pengembaraan menarik. Di kawasan jeram air terjun, pengunjung dapat melihat kehijauan pokok-pokok di sekelilingnya. Pokok yang ada dianggarkan lebih puluhan tahun dan berfungsi sebagai teduhan untuk mengelakkan cuaca panas terutama kepada orang ramai.
Uniknya jeram di sini bercampur dengan air panas semula jadi. Bagi yang ingin merasai kehangatan airnya boleh berendam di kawasan kolam air panas. Anda boleh merasai kepanasan pasir di dasarnya. Bagi yang mahu merasai kesejukan air, boleh memilih untuk berendam di kawasan bersebelahan kolam air panas sama ada di kira atau kanan sepanjang jeram.
Bukan saja lokasi berkelahnya cukup mengujakan tetapi juga destinasi percutian alam ini kaya dengan keindahan flora dan fauna mempesona. Kehadiran rama-rama Rajah Brooke’s yang hidup bebas di dalam habitat semula jadinya dan gabungan air sungai Batang Padang serta air panas semula jadi di Lubuk Merbau melengkapkan percutian alam di Hutan Rekreasi Kuala Woh ini.
Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.
Kemudahan asas seperti dewan terbuka, kafe, chalet, pondok rehat, tandas, tapak perkhemahan dan tapak caravan turut disediakan bagi menjamin keselesaan pengunjung. Dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang, bayaran sebanyak RM2 dan RM1 untuk kanak-kanak dikenakan. Bagi perkhemahan dan bermalam pula, anda perlu berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mirage Resort Pulau Besar, Mersing Suasana Macam Pulau Klasik
Pulau Besar atau turut dikenali sebagai Pulau Babi Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing, Johor. Pulau Besar sebelum ini dikenali oleh peminat selam skuba yang kerap memilih untuk melakukan aktiviti selaman disekitar pulau ini.
Namun hari ini Pulau Besar semakin dikenali oleh individu yang hanya ingin datang bercuti di kepulauan daerah Mersing. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang begitu indah terletak berhampiran pulau ini. Walaupun Pulau Besar agak kecil, terdapat beberapa resort untuk dipilih dan jangan tidak percaya ada resort yang memiliki kemudahan padang golf 18 lubang. Jika ingin suasana yang sedikit klasik, anda boleh memilih resort berkonsep ala kampung.
Nak tahu apa yang best di Pulau Besar? Ini perkongsian sumber daripada Cik Kiah & Joe Haraza
Memandangkan sebelum ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni plan nak try pulau belah Johor pulak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda seekor pun binatang itu kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!
- Perjalanan dari Kl ke Mersing makan masa dalam 5 jam. Sampai je Jetty Mersing, boat akan bawak kami ke Pulau tu dalam pukul 12.30 tengahari.
- Naik boat dari Jetty ke pulau plak ambil masa 30 minit . Dekat la jugak dengan daratan kalau ombak tak besar time tu.
- Resort yang Yah stay nama dia Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ni agak privacy dan tak crowded sebab nya hanya ada 4 resort je kat sini. Yah pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review kat Tripadvisor lepastu dia murah sikit dari resort lain. Cam biasa la sebelum book kena la survey dulu review baik ke tak baik.
- Apa yang best Mirage Resort ni lebih kepada konsep Kampung Style. Memang macam balik kampong la duk sini. Pastu sini chill2 dan tak crowded sangat dengan orang. Staff pun memang sangat friendly dan jaga kami dengan baik sepanjang dekat sini
- Untuk pakej pulak Yah amek 4D3N cottage A Frame types hanya RM620 per person. Nak pergi 2 atau 3 hari ke takda masalah cuma kalau kat pulau wajib g 4 hari sebab takut tak puas kalu kejap sangat.
- Semua harga pakej tu dah termasuk:
– Accommodation (air-cond)
– Return speed boat (Mersing – Resort – Mersing)
– 2 Breakfast + 1 Lunch + 2 Dinner (3D2N)
– 3 Breakfast + 2 Lunch + 3 Dinner (4D3N)
– Welcome Drink
- Banyak je aktiviti yang boleh buat dekat pulau ni antara nya, naik basikal keliling pulau, berkayak, snorkeling, memancing, jungle trekking dan berootidi. Yang rasa nak bercuti tapi tak nak bersesak ramai orang tu sini lah tempat yang paling sesuai.
Happy holiday dalam new norma dan patuhi SOP yang ditetapkan ok.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
New Zealand Lokasi ‘Favourite’ Buat Aktiviti Ekstrem Untuk Korang Yang Berani
Bagi anda yang hobinya kembara dan menikmati keindahan alam, tidak akan rugi datang ke New Zealand lagi-lagi jika anda penggemar aktiviti lasak. Jangan lupa mencuba aktiviti berikut bagi melengkapi percutian anda.
Bungee jumping
Bungee jumping di Jambatan Kawarau, Queenstown, satu lokasi bungee jumping popular yang tertua di New Zealand beroperasi sejak 1988, Di New Zealand salah satu kegiatan yang asyik dilakukan di sana adalah bungee jumping.
Tentu saja buat anak muda, aktiviti ini menjadi kemestian terutama buat mereka yang suka aktivit lasak. Tempat main bungee jumping yang terkenal di sana ialah di Kawarau Bridge. Di Kawaru Bridge anda bakal melompat dari ketinggian 43 meter. Bagaimana rasanya, yang pasti akan jantung berdegup kencang. Jangan tutup mata kerana pemandangan Sungai Kawaru yang airnya biru sungguh memeprsonakan.
Shotover-jet
Queenstown boleh dikatakan syurga bagi pencinta aktiviti lasak. Kali ini anda perlu cuba menikmati keindahan iaitu bermain-main dengan arus deras sungai.
Shotover adalah sungai sepanjang 70 kilometer dengan air jernih namun deras yang berasal dari Souther Alps. Di sepanjang kiri dan kanan sungai ialah tebing batu yang tinggi menjulang dengan pepohonan dan semak-semak di sana-sini. Sungai ini kemudian menyatu dengan Sungai Kawarau yang beraliran tenang.
Satu boat bisa dinaiki 13 orang, termasuk pengemudi. Penumpang harus berhati-hati kerana bot akan memutar 360 darjah dengan kecepatan tinggi. Air memercik muka dan rambut hingga basah. Bot berzig-zag di antara batuan sungai dengan deras sekali.
Canyoning
Canyoning ialah olahraga ekstrem menuruni gunung dan menaiki tebing dengan teknik single roof atau yang lebih dikenal rappelling dan ascending di air terjun. Pada dasarnya peralatan yang diperlukan untuk bermain Canyoning sama dengan peralatan yang dipergunakan untuk memanjat tebing.
Skydiving
Ini ialah aktiviti yang tidak asing lagi di Queenstown. Hampir semua yang datang menjadikan ini sebagai bucket list mereka. Cuba bayangkan melihat ke semua pemandangan Queenstown daripada ketinggian 12,000 kaki sekali gus pada kelajuan 200km/hr terjun bebas?
White Water Rafting
White Water Rafting menajdi tarikan pelancongan di Lembah Rangitata. Ia memberi pengalaman pengembaraan yang menyeronokkan, bersama-sama dengan latar belakang Edoras .Berakit di Sungai Rangitata ialah salah satu perkara yang paling unik dan menarik dilakukan di New Zealand.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anda Wajib Cuba Ambuyat Dan Nasi Katok Kalau Melancong Ke Brunei
Brunei Darussalam, salah satu negara jiran kita di Kepulauan Borneo dan berkeluasan 5,765 kilometer persegi. Kalau nak dibandingkan, keluasan Brunei ni hampir-hampir dengan keluasan Negeri Sembilan. Kepada anda yang nak travel ke Brunei, boleh practice ronda-ronda Negeri Sembilan dulu ambil mood, hehe.
Okay tapi bukan itu yang nak Libur fokuskan dalam artikel ni. Libur nak fokuskan mengenai tips and trick untuk anda yang ada perancangan ke Brunei Darussalam. Sekalipun Brunei mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Malaysia, jangan pula anda sesuka hati melanggar peraturan di sana ya. Alamatnya tak balik Malaysia la nanti.
Jadi, tanpa melengahkan waktu, jom kita ambil tahu apa yang perlu kita buat sekiranya ingin travel ke Brunei Darussalam.
Jangan pandang rendah dengan Brunei walaupun dia hanya berkeluasan 5,765 kilometer persegi
Ramai orang yang datang melancong ke Brunei hanya ambil masa sehari atau dua hari. Rugi sebenarnya sebab ada banyak tempat yang anda boleh lawati di sana. Sehari dua di Brunei, Taman Negara Ulu Temburong pun anda tak sempat pergi. Libur cadangkan ambil masa antara tiga ke empat hari untuk melancong di Brunei. Brunei adalah satu negara yang sangat menarik dan jangan rushing untuk balik rumah.
Rakyat Brunei adalah masyarakat yang sangat ramah sewaktu anda travel di sana
Rakyat Brunei adalah antara masyarakat yang peramah di dunia dan mereka juga sukakan pelancong datang ke negara mereka. Boleh dikatakan di setiap jalan, akan ada yang menyapa anda sekalipun mengucapkan perkataan ‘hi’ sahaja. Rakyat Brunei juga suka travel, jadi siap sedia sekiranya mereka berkongsi kisah travel mereka kepada anda.
Walaupun undang-undang syariah di Brunei tidak terpakai untuk semua, tapi anda perlu berhati-hati
Brunei adalah negara yang menggunakan undang-undang syariah dan undang-undang syariah tidak terpakai kepada yang bukan beragama Islam. Walaupun begitu, kepada anda yang bukan beragama Islam, tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja di sana. Begitu juga kepada yang beragama Islam. Jaga pemakaian dan sentiasa berpakaian sopan sekalipun anda jauh dari rumah. Cuba jaga nama baik Malaysia sewaktu anda berkunjung ke sana. Perbuatan yang bertentangan dengan syariah boleh jadi viral dan membuatkan anda terkenal di Malaysia.
Brunei adalah negara yang bosan sekiranya anda ada niat untuk berparty
Hanya orang yang membosankan sahaja yang cepat bosan. Ramai orang rasa Brunei ini bosan sebab tiada apa-apa aktiviti yang anda boleh lakukan di waktu malam. Tapi cuba anda buka jiwa dan minda anda untuk menyelami budaya masyarakat Brunei, mesti anda akan merasai keseronokkannya. Di Brunei, anda tidak boleh berpakaian yang mendedahkan aurat seperti berseluar pendek. Tidak ada kelab malam di sana dan tidak ada satu kedai pun yang menjual minuman alkohol. Walau bagaimanapun, anda yang minum minuman alkohol boleh minum tuak bersama masyarakat Iban di daerah Temburong sewaktu persa menuai. Itu sahaja. Aktiviti malam masyarakat Brunei pada waktu malam hanyalah minum kopi di kedai kopi atau restoran sehingga pukul 11 malam kerana kedai tidak lagi beroperasi selepas waktu itu.
Bagaimana cara berpakaian yang sesuai di Brunei?
Kepada yang bukan muslim, tidak perlu untuk anda try-hard berpakaian menutup litup seperti kawan-kawan muslim anda yang lain. Cukup sekadar anda berpakaian yang tidak menjolok mata. Baju biarlah di bawah paras lengan dan kain pula biarlah di bawah paras lutut. Kepada lelaki, seeloknya anda berseluar panjang ketika keluar bersiar-siar menikmati keindahan negara Brunei Darussalam.
Elakkan bercakap soal politik bila anda berada di sana
Hati-hati bila bercakap tentang Brunei lebih-lebih lagi berkaitan Sultan mereka. Perkara ini adalah perkara sensitif dan ada tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya anda menyinggung perkara berkenaan Sultan Brunei. Jadi, lebih baik anda elakkan daripada berbual soal politik di sana lebih-lebih lagi jika anda ada perkara-perkara kritikal yang ingin dibualkan. Ingat, Brunei tiada hak kebebasan bersuara.
Pengangkutan awam tidak selalu digunakan di sana
Sekiranya anda travel ke sana dan tidak memandu kenderaan, adalah elok sekiranya anda boleh merancang perjalanan anda terlebih dahulu. Ada bas dari lapangan terbang ke pusat bandar, tapi kekerapannya tidak banyak dan bas akan bertolak tepat pada waktunya. Kebanyakkan tempat-tempat menarik di Brunei boleh diakses dengan hanya berjalan kaki sahaja dan sekiranya jarak tempat yang anda tuju itu jauh, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi sahaja. Lebih berbaloi sekiranya anda boleh menginap di kawasan pusat bandar kerana anda boleh menjimatkan kos untuk menaiki teksi di sana. Untuk menggunakan perkhidmatan teksi, download aplikasi Dart atau Grab. Aplikasi ini akan memberikan lokasi anda, jumlah kos dan pemandu teksi akan mengambil anda di lokasi yang diberikan.
Brunei juga adalah syurga makanan
Rakyat Brunei juga adalah pencinta makanan dan anda jangan tinggalkan negara Brunei tanpa mencuba beberapa menu makanan tempatan tatkala travel di sana. Anda perlu cuba ambuyat dan street food Brunei apabila berkunjung ke night market. Makanan laut di sana fresh dan cukup rempah ratusnya. Sekiranya anda travel ke sana, cuba makanan laut mereka. Antara menu makanan lain yang dicadangkan adalah Nasi Katok.
Jangan lepaskan peluang ke Taman Negara Ulu Temburong
Walaupun hasil utama negara Brunei adalah petroleum, kerajaan mereka turut mementingkan usaha untuk penjagaan alam sekitar bagi melindungi alam semulajadi mereka yang kaya dengan flora dan fauna ini. Dan untuk pengetahuan anda, Brunei antara negara yang mempunyai hutan hujan dara yang terbaik di dunia. 60% daripada keluasan negara ini masih ditutupi hutan hujan dan masih belum diteroka oleh manusia. Walapun hanya sebahagian sahaja kawasan Ulu Temburong yang boleh dilawati orang awam, itu sahaja sudah cukup memuaskan bila melihat keindahan alam semulajadi di sana.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI