Jollibee merupakan francais makanan segera popular di Filipina bakal membuka 100 cawangan restoran di seluruh Malaysia termasuk lebih separuh cawangannya di Sabah dan Sarawak.
Jollibee pernah dinobatkan sebagai antara 5 restoran makanan segera terbaik di dunia. Setakat ini, Jollibee berada pada tangga ke-11 dalam carta. Restoran makanan segera Jollibee telah mempunyai lebih daripada 1200 cawangan di seluruh dunia.
Jollibee telah membuka cawangan pertamanya di pusat membeli-belah Centre Point Sabah pada Disember tahun lepas. Mereka membuka cawangan di Sabah disebabkan segelintir penduduk di sana merupakan orang Filipina dan cawangan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selain sajian istimewa Chickenjoy, Jollibee juga terkenal dengan Jolly Spaghetti iaitu pasta bersama sos tomato dan daging dihiasi dengan toping keju. Manakala Yumburger iaitu daging burgernya diperbuat daripada 100 peratus daging lembu tulen.
Anda tidak perlu risau tau tentang status Halal, kerana cawangan Jollibee di Malaysia telah menyesuaikan menu bebas daripada bahan yang diperbuat daripada daging khinzir dan dalam proses mendapatkan sijil halal JAKIM. Jollibee juga turut membuka cawangan di negara-negara Muslim lain seperti Brunei, UAE dan Arab Saudi.
Info
Mengapa mereka baru membuka cawangan di Malaysia sedangkan negara Filipina dekat dengan Malaysia? Sebelum ini, Jollibee pernah membuka cawangan di Malaysia pada tahun 1990-an namun terpaksa ditutup akibat krisis kewangan 1997.
Sumber: Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Train To Gua Musang. Trip ‘Hiking’ Santai Hujung Minggu Di Bukit Gua Musang, Kelantan
Gua Musang, Kelantan terkenal dengan pemandangan banjaran bukit hijau dan batu kapur.
Destinasi ini sering kali menjadi lokasi idaman si peminat alam untuk beriadah dan bersantai. Paling menarik ada stesen kereta api lama dan baru di daerah yang terbahagi kepada dua iaitu bandar Gua Musang lama dan Bandar Baru Gua Musang. Terletak di pinggir bandar itu, landasan kereta api baru beriringan dengan jalan raya dua hala. Stesen kereta api baru lebih hampir dengan bandar lama iaitu kira-kira satu kilometer. Ini disebabkan stesen kereta api baru ini dibina tidak jauh daripada stesen kereta api lama di bandar lama.
Stesen kereta api Gua Musang milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad), menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Tren tempatan dari Tumpat tamat di Stesen kereta api Gua Musang. Jika anda ingin menjelajah ‘alam hijau’ Gua Musang, boleh menggunakan perkhidmatan kereta api ini.
Baca perkongsian daripada saudara Firdaus Razali
Hiking santai-santai hujung minggu masuk Bukit Gua Musang depan stesen KTMB Gua Musang, kami pakai guider abam & akak APM bayar Rm5 seorang yang turut serta. View pagi sepanjang perjalanan sangat menarik. Korang boleh cuba merasai sendiri keindahan alam buat kenangan terindah anda.
- Trip kami bermula dari Wakaf Bharu, Pasir Mas & Tanah Merah dengan menaiki KTMB laluan tempatan.
- Jam 4am (mengikut stesen, jadual stesen boleh rujuk web KTMB) kami berkumpul di stesen.
- Tambang RM8 untuk wakaf Bharu, Rm7 untuk pasir mas sehala. Tiket boleh dibeli di dalam keretapi, kaunter tak buka lagi.
- Tren datang tepat jam 4.20am. Tren terus menuju ke Pasir Mas, Tanah Merah seterusnya Kuala Krai dan Gua Musang. Peserta lain pun ada yang naik di stesen-stesen lain.
- Sampai stesen Gua Musang jam 9.55 am, hampir 5 jam setengah perjalanan tu.
- Mula hiking jam 10.45 am, guider kami abam-abam dan sistur JPAM untuk masuk gua dan hiking sampai ke puncak.
Trip santai-santai je, pastikan keselamatan diri anda.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19
Pandemik COVID-19 telah merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes positif melepasi angka empat juta dengan angka korban melebihi 285,000 orang.
COVID-19 tak kenal mangsa! Dalam kalangan itu juga tidak terkecuali mereka yang dikenali ramai, termasuk pegawai tertinggi kerajaan, personaliti sukan, dan juga selebriti. Antaranya ialah pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri, pelakon dan penyanyi Rita Wilson, pelakon Britain Idris Elba, pewaris diraja Britain Putera Charles, penyanyi Pink, dan penyanyi opera Placido Domingo.
Individu ternama lain yang dijangkiti COVID-19 sehingga April 2020:
Pemimpin & Pasangan
- Putera Charles: Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 pada 25 Mac di Scotland. Susulan itu, The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.
- Boris Johnson: Perdana Menteri United Kingdom yang berusia 55 tahun didapati positif COVID-19 pada 27 Mac 2020 selepas mengalami simptom selama beberapa hari.
- Sophie Gregoire Trudeau: Isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie Gregoire Trudeau diuji positif COVID-19 pada 12 Mac. Bagaimanapun, gejala yang dialaminya dikategorikan sebagai gejala ringan dan dikenakan tempoh pengasingan diri sehingga disahkan pulih pada 29 Mac.
- Olga Lyubimova: Menteri Kebudayaan Rusia didapati positif virus pada 6 Mei. Lyubimova mempunyai gejala ringan namun masih meneruskan tugas dengan bekerja dari rumah, melakukan perbincangan di atas talian, kata setiausaha akhbarnya Anna Usacheva.
- Franck Riester: Awal minggu ini, Menteri Kebudayaan Perancis memberitahu bahawa dia hanya kekal berada di rumahnya di Paris setelah disahkan positif COVID-19. Untuk itu, Perancis melakukan penutupan sebahagian kawasan bagi memeriksa penyebaran COVID-19.
Golongan Selebriti
- Tom Hanks and Rita Wilson: Bintang ternama Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson disahkan positif jangkitan COVID-19. Kedua-dua pelakon itu dijangkiti virus pembunuh berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock ‘n roll, Elvis Presley di Australia.
- Olga Kurylenko: Pelakon Perancis yang membintangi filem James Bond “Quantum of Solace” mengumumkan dirinya positif COVID-19 pada 15 Mac selepas menjalani ujian saringan.
- Idris Elba: Pelakon terkemuka Hollywood Idris Elba mengesahkan beliau positif jangkitan COVID-19. Dalam satu muat naik di laman Twitter, bintang dari United Kingdom itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom.
- Daniel Dae Kim: Aktor yang popular menerusi drama bersiri penyiasatan Hawaii Five-O, Daniel Dae Kim disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Kim menerusi akaun Instagramnya pada 19 Mac.
- Pink: Pada 3 April, penyanyi popular Hollywood, Pink mendedahkan dia dan anak lelakinya, Jameson telah disahkan positif COVID-19. Namun selepas membuat ujian kali kedua, dia dan Jameson telah mendapat keputusan negatif dan sembuh dari jangkitan virus tersebut.
Atlet & Jurulatih Pasukan
- Kenny Dalglish: Legenda Liverpool Kenny Dalglish didapati positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit berkenaan, kata keluarganya.
- Mikel Arteta: Pada 12 Mac, pengurus kelab Arsenal, Mikel Arteta menjadi yang pertama dalam Liga Perdana Inggeris diuji positif COVID-19.
- Paulo Dybala: Penyerang bola sepak Juventus dan Argentina telah diuji positif COVID-19 meskipun tidak mempunyai sebarang gejala.
- Blaise Matuidi: Pemain tengah Juventus dan Perancis disahkan positif, lapor kelab Serie A yang berpangkalan di Turin dalam satu kenyataan pada 17 Mac.
- Jason Collins: Pada 24 Mac, Collins, yang bermain 13 musim Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dari tahun 2001 hingga 2014 dan telah menghabiskan tujuh tahun lebih bersama Brooklyn Nets.
Dalam ratusan ribu angka yang terkorban akibat pandemik itu, ada juga insan dari industri seni, dunia bola sepak dan pemimpin yang meninggal akibat COVID-19. Personaliti/ individu terkenal yang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19:
- Alan Merrill: Penulis bersama dan penyanyi asal lagu “I Love Rock ‘N’ Roll”, Alan Merrill meninggal dunia pada 69 tahun akibat jangkitan COVID-19 pada 29 Mac.
- Dolors Sala Carrio: Ibu kepada jurulatih kelab bola speak Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas dijangkiti COVID-19.
- Antonio Vieira Monteiro: Pengerusi unit Portugis Santander, bank terbesar di Sepanyol, menjadi mangsa korban kedua COVID-19 di Portugal selepas meninggal dunia akibat COVID-19 pada 18 Mac.
- Ken Shimura: Pelawak terkenal Jepun, Ken Shimura dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Tokyo akibat COVID-19 pada petang 30 Mac. Ken meninggal dunia pada usia 70 tahun, lapor stesen berita NHK.
- Pape Diouf: Bekas presiden kelab bola sepak Perancis Olympique de Marseille di antara tahun 2005 hingga 2009 meninggal dunia kerana COVID-19 pada 31 Mac di Senegal, di mana dia memegang dua kerakyatan.
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
LARANGAN ‘SELFIE’ DI MASJID AL-HARAM & MASJID NABAWI
Arab Saudi melarang pengunjung dari merakam gambar dan video di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.
Menurut Jeneral Direktorat Akhbar dan Maklumat Arab Saudi, keputusan melarang rakaman foto dan video di Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah telah diambil oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi pada 12 November 2017 lalu.
Larangan ini, berkuat kuasa tanpa mengira objektif, termasuk kepada wakil-wakil media, telah dikenakan bagi melindungi dan memelihara tapak suci, kata kenyataan itu. Larangan itu juga terpakai kepada kawasan sekitar masjid.
Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan memelihara tempat-tempat suci, menghalang gangguan terhadap jemaah lain dan menjamin ketenangan ketika melakukan ibadah.
“Sekiranya berlaku pelanggaran larangan itu, alat yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil,” kata kenyataan itu.
Hal ini mungkin ada kaitan dengan gambar seorang lelaki Israel di Masjid Nabawi yang dimuat naik di Twitter dan menyebabkan kemarahan terhadap Arab Saudi.
Sumber dari media Turki www.dailysabah.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI