
Jaraknya tidak sampai 5 km. Malah kalau menyertai acara larian, masanya cuma beberapa jam sahaja. Tapi lain pula halnya dengan keunikan dua buah pulau Rusia Ke Amerika Syarikat mengambil jarak masa 21 jam lamanya.
Seorang pengguna aplikasi TikTok menjadi tular selepas menceritakan tentang sebuah lokasi cukup unik di dunia melibatkan dua pulau yang memiliki perbezaan zon waktu selama 21 jam walaupun jarak memisahkan kedua-dua pulau itu hanya 4.8 kilometer (km).
Lapor Mirror, dua pulau yang terletak bersebelahan itu dinamakan sebagai Big Diomede dan Little Diomede.
Kepulauan Diomede dipisahkan oleh Garis Tarikh Antarabangsa yang melalui Lautan Pasifik dan kedua-dua pulau itu tidak berkongsi hari yang sama.
Ini bermakna Pulau Big Diomede mempunyai perbezaan waktu hampir sehari awal berbanding jirannya, Pulau Little Diomede meskipun terletak bersebelahan di Selat Bering antara kawasan tanah besar Alaska dan Siberia.
Big Diomede terletak dalam sempadan Rusia manakala Little Diomede pula di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS).
Jambatan ais yang terbentuk antara kedua-dua pulau pada musim sejuk membolehkan pengunjung melakukan perjalanan jarak pendek merentasi kepulauan dan melalui zon waktu yang berbeza.
Secara teorinya, individu boleh berjalan kaki dari Rusia ke AS malah perjalanan juga dapat dilakukan menerusi aktiviti perahu layar, kayak atau berenang.
Kepulauan itu dinamakan sempena tokoh Saint Diomede dan ditemui oleh seorang pelayar warga Denmark-Rusia, Vitus Bering pada 16 Ogos 1728.
Dilaporkan, orang asli masih tinggal di Little Diomede yang mempunyai populasi sekitar 110 penduduk manakala Pulau Big Diomede pula kini hanya menempatkan unit tentera. Sumber: Utusan Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rindukan Kopi Veitnam, Tak Perlu Pergi Jauh. Layan Je Cong Caphe, NU Sentral Port Best Buat Coffee Lover!

Sebelum datangnya virus Covid-19, Vietnam menjadi destinasi paling popular di kalangan pelancong.
Selain untuk membeli belah kerana dikatakan syurga kain, negara ini juga sangat terkenal dengan keenakan kopinya.
Tidak lengkap pergi sana tanpa menikmati keenakan kopi Vietnam yang rasanya lain daripada yang lain.
Jadi bagi mereka yang rindukan kopi Vietnam tidak perlu pergi jauh. Korang boleh cuba layan di Cong Caphe yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Paling senang excess dari KL Sentral. Bukan saja menawarkan kopi Vietnam paling sedap, juga menyediakan Cococnut Milk dengan Coffee Smoothie yang memang sangat enak dan sedap.

Anda boleh boleh mencuba Vina-Cano Watermelon yang sanget menyegarkan. menu ini adalah kombinasi Black Coffee dan juga jus tembikai yang dikisar.

Jadi bagi penggemar kopi pastinya tak akan menyesal datang ke sini kerana boleh cuba merasai keenakan minuman yang disediakan tanpa ragu-ragu.

Malah tempatnyan yang sangat cozy dengan susunan dekorasi rak buku vintage menjadikan sport terbaik untuk melayan OOTD. Tempat ini juga sesuai untuk hang out bersama keluarga dan juga BFF.
Sumber: Ridz Sha Via Backpackers Buddies Malaysia
Artikel Berkaitan:
Peminat Di Barcelona Saksikan Konsert Tanpa Penjarakan Sosial Selepas Buat Ujian Calitan Ekspres
Menginap Di Rumah Hipster Tarikan Terbaru, Jika Korang Layan Staycation Port Dickson
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Tawaran Pakej Murah Daripada Sunway Ni Korang Kena Grab Cepat! Berbaloi. Ada Pakej Penginapan, Berhibur, Membeli-Belah & Makan-Makan

Dalam usaha meningkatkan kembali sektor pelancongan, Sunway telah melancarkan pakej pelancongan menarik di destinasi popular mliknya untuk anda semua pilih. Jangan lepaskan peluang menarik ini!
Sunway Velocity
Pusat beli-belah Sunway Velocity memperkenalkan pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' menawarkan penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di Sunway Velocity Hotel, satu set baucar tunai makan dan beli-belah bernilai minimum RM50 di Sunway Velocity Mall dan pakej saringan kesihatan asas di Sunway Medical Centre untuk seorang dengan harga bermula RM338.
- Pengunjung juga boleh menikmati pakej 'STAY & SHOP' pada harga bermula RM168 yang menawarkan penginapan 2H1M di Sunway Velocity Hotel untuk dua orang dan baucar tunai makan dan beli-belah di Sunway Velocity Mall.
- Jika anda hanya mahukan saringan asas dan baucar tunai makan dan beli-belah sahaja, anda boleh memilih untuk mendapatkan pakej 'SCREEN & SHOP' pada harga bermula RM220.
- Pengunjung yang melanggan mana-mana pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' juga layak menerima diskaun 30 peratus di kedai-kedai terpilih dan separuh harga untuk destinasi-destinasi lain seperti Aquaria KLCC (harga asal RM71) serta Sunway Pyramid Ice.
Pakej 'STAY, SCREEN & SHOP' boleh didapati sehingga 31 Disember 2020 di www.sunwayhotels.com/sunway-velocity.
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Pusat beli-belah Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur turut melancarkan pakej 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited!' buat julung kalinya dan menawarkan potongan sebanyak 50 peratus untuk keluarga yang mahu meneroka lokasi-lokasi menarik di sekitar ibu negara.
- Pakej 'STAY-Kawtim, MakanUnlimited!' merangkumi penginapan 2H1M untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (bawah 12 tahun) termasuk sarapan, bufet tanpa had dan baucar tunai bernilai RM100 daripada kedai-kedai terpilih di Sunway Putra Mall.
- Makan tanpa had turut menawarkan 25 menu ala carte istimewa termasuk pilihan daripada juadah Melayu, Cina, India, Barat dan juadah kegemaran vegetarian serta pilihan menyelerakan untuk kanak-kanak boleh dinikmati tanpa had selama 8 jam bermula 12 tengahari di Coffee House.
- Pakej 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited!' dijual pada harga RM238, boleh ditempah sehingga 31 Ogos ini dan boleh digunakan sehingga 27 Disember depan termasuk hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Pakej ini boleh ditempah di www.sunwayhotels.com/sunway-putra/offers/stay-kawtim-makan-unlimited
Sunway City Kuala Lumpur
Sunway City Kuala Lumpur terdahulu melancarkan kempen pertama Ke Sana Ke Sini Ke Sunway pada Julai lalu dan kini kembali selepas sambutan hangat daripada orang ramai. Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! menawarkan penginapan 3H2M di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel dan tiket ke Sunway Lagoon untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta baucar bernilai RM50 yang boleh digunakan di Sunway Pyramid Mall. Pakej Ke Sana Ke Sini Sunway LAGI! boleh didapati pada RM499 di www.sunway.city/kesanakesini dan boleh digunakan sehingga 30 November 2020 depan.
Sunway Lost World of Tambun
Sunway Lost World of Tambun turut menawarkan diskaun terhad sebanyak 40 peratus untuk pakej Staycation istimewa yang merangkumi penginapan 2H1M di Lost World of Tambun Glamping atau Malayana Floating Villa termasuk sarapan, tiket masuk ke taman tema untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket masuk ke taman malam untuk satu malam. Dapatkannya di www.sunwaylostworldoftambun.com/staycation
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Periksa 10 Panduan Lengkap Keselamatan Ini, Sebelum Terbang Ke Langkawi Dengan AirAsia

Isi Kandungan
ToggleSelain melalui jalan darat, pengunjung yang mahu ke Langkawi boleh pergi dengan penerbangan yang ditawarkan, antaranya AirAsia.
Dalam hal ini AirAsia memberi jaminan faktor kesihatan dan keselamatan penumbang menjadi keutamaan syarikat berkenaan.
Malah syarikat penerbangan tambang murah itu turut membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan tetamu terbang dengan selesa dan selamat.
Ini termasuk sistem daftar masuk yang mudah dan pantas serta membolehkan pelanggan memuat naik dokumen kesihatan dan vaksinasi mereka untuk pengesahan segera melalui AirAsia Super App sebelum ke lapangan terbang.
AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi termasuklah dengan menugaskan hanya kru penerbangan yang telah divaksinasi sepenuhnya untuk mengendalikan pesawat.
Manakala ciri-ciri keselamatan pesawat itu sendiri seperti sistem pengudaraan dan penapis berkuasa tinggi yang digunakan di dalam kabin juga menjamin udara yang paling bersih untuk para tetamu.
Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk menjamin perjalanan yang lancar:
1. Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan
Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan untuk ke Langkawi dan destinasi lain. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.
2. Semua tetamu perlu mendaftar masuk secara kendiri
Langkah ini adalah untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ia boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan.
Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.
Sila ambil maklum:
A. Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
B. Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.
3. Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang
Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.
4. Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan
Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.
Berikut adalah beberapa tip bagi anda mendapatkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lancar bersama AirAsia.
1. Manfaatkan airasia Super App sepenuhnya
Bagi yang belum memuat turun aplikasi ini, disarankan berbuat demikian sekarang. Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang anda akan perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.
Jika anda membuat perjalanan berkumpulan atau bersama keluarga, sila pastikan setiap tetamu mempunyai airasia Super App pada telefon pintar mereka. (Psst… Inilah aplikasi bagi anda mendapatkan tawaran promosi perjalanan terhebat dan menikmati pelbagai perkhidmatan lain untuk gaya hidup anda.)
2. Cetak tag bagasi melalui kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang dan daftar masuk bagasi secara kendiri
Jika anda mempunyai bagasi daftar masuk, jangan lupa untuk membuat pra-tempahan dalam talian semasa membeli tiket penerbangan atau sehingga 4 jam sebelum penerbangan anda untuk menikmati penjimatan terbaik.
Selepas mendaftar masuk secara kendiri, anda boleh mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda untuk mencetak tag bagasi di kiosk dan kemudian mendaftar masuk bagasi secara kendiri.
3. Pelepasan secara berperingkat
Untuk memastikan kelancaran dan meminimumkan sentuhan sesama para tetamu dan dengan kru kabin, perlepasan akan dilakukan dari barisan belakang (Zon 2), diikuti dengan barisan tengan (Zon 3) dan akhir sekali barisan hadapan/Hot Seats (Zon 1). Proses turun dari pesawat juga akan dibuat secara berperingkat setiap 3 barisan.
4. Terus berhubung dengan AirAsia WiFi semasa penerbangan
Kini anda boleh merujuk menu sajian Santan, katalog Bebas Cukai, majalah penerbangan, serta menikmati kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri. Dengan internet berkelajuan tinggi kami, anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan mengakses perkhidmatan airasia Super App yang lain semasa penerbangan.
5. Pembayaran tanpa sentuhan
Semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian dan transaksi kad kredit/debit.
Sumber: Mstar
Artikel Berkaitan:
Ini Senarai Hotel Murah Sekitar Pekan Kuah Langkawi, Untuk Yang Ada Bajet Terhad
Gaya Mewah & Lebih Privasi. Ini 12 Resort Tepi Pantai Paling Best Untuk Staycation Di Langkawi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI