Pasti ada di antara kita tak sabar nak pergi bercutikan. Apa kata kali ini pilih resort mewah atas air yang bukan saja memukau mata memandang tapi suasana juga pasti seronok kerana berada atas air. Bagi yang bercadang cuti di Malaysia, ini senarai 10 resort atas air yang best untuk pergi bercuti.
Ads
Pangkor Laut Resort :- Terletak di Pulau Pangkor, untuk ke lokasi ini perjalanan botnya 15 minit sahaja dari Marina Island Pangkor. Semua aktiviti boleh dilakukan termasuk snorking dari lokasi ini.
Avani Sepang Gold Coast :- Terletak di Bagan Lalang, resort ini antara pilihan dekat bagi mereka yang tinggal di KL dan Selangor. Menyaksikan matahari terbenam antara kenangan indah di sini.
Avillion Port Dickson : Port Dickson antara destinasi percutian popular di Malaysia. Nak lari dari hiruk pikuk kota, boleh port di sini sebab segalanya ada.
Mabul Water Bungalows Resort : Bila sebut Pulau Mabul antara lokasi menyelam terbaik di Malaysia, jangan lupakan Mabul Water Bungalow ini. Ia menjamin keseronokan saat bercuti di sini.
Sipadan Kapalai Water Village Resort :- Sabah sememangnya terkenal dengan pulau yang cantik. Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah ini cukup menarik kerana ia terpisah jauh dari daratan. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, diving dan snorkeling. Warna laut membirunya membuatkan percutian tersangat best.
Berjaya Langkawi Resort :- Jika resort lain terletak atas air, Berjaya Langkawi Resort juga begitu tapi ia ditambah dengan ksegaran hutan hujan yang mengelilinginya kawasan sekelilingnya. Selepas puas berenang di laut boleh buat jungle tracking dengan bantuan pandu arah. Kata orang, lepak atas laut best, lepak atas darat pun best.
Gayana Eco Resort :- Masih di Sabah dan kali ini terletak di Pulau Gaya. Di kelilingi lautan luas dan membiru, untuk ke lokasi ini memerlukan korang menaiki feri disediakan iaitu dari Terminal Feri Kota Kinabalu. Banyak aktiviti air boleh dibuat disini termasuk berkayak, snorkling dan pelbagai aktiviti lain.
ST Regis Langkawi :- Ini antara resort mewah yang ada di Langkawi. Bagi yang menyukai panorama, boleh saksikan matahari terbenam dari sini malah banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini.
Grand Lexis Port Dickson :- Ini antara lokasi percutian popular tambahan lagi ada diskaun hingga ia menjadi viral semasa PKP kerana ramai datang bawa periuk belanga di hotel mewah ini. Kolam renangnya yang cantik pasti korang berpuas hati saat mandi manda di sini.
Lexis Hibiscus Port Dickson :- Nak kolam renang ada privasi sendiri, inilah port cuti boleh pilih. Lebih best setiap bilik ada tempat bilik stim dan saunanya sendiri dan ia diakui antara hotel terbaik di Malaysia.
Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor selepas PKPB berakhir:
MAEPS AGRO TOURISM PARK, SERDANG
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
SELANGOR FRUIT VALLEY, KUALA SELANGOR
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA, KEPONG (FRIM)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
KUAN WELLNESS ECO PARK, KUALA LANGAT
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
Perlis sebuah negeri yang kecil dan terletak di utara semenanjung. Walaupun kecil tetapi banyak tempat menarik boleh dilawati di sini.
Dan melihat trend terkini, pihak pelancongan di Perlis turut mengambil kesempatan memperkenalkan tarikan terbaru bercuti di negeri Indera Kayangan ini.
Sedang mempromosikan Semi Glam Camping, di mana aktiviti perkhemawan ini ditawarkan dengan pelbagai kemudahan menarik.
“𝗦𝗘𝗠𝗜–𝗚𝗟𝗔𝗠 𝗖𝗔𝗠𝗣𝗜𝗡𝗚” 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦
Kini, muncul satu lagi trend terbaru dalam sektor perkhemahan iaitu “Glamourous Camping” ataupun dikenali sebagai “Glamping” yang begitu digemari oleh golongan muda yang serba trendy dan moden.
Glamping hadir dengan suasana perkhemahan biasa dan konvensional namun menawarkan kemudahan dan layanan yang lebih baik seperti pakej penyediaan khemah, makanan dan lain-lain di lokasi perkhemahan yang sangat indah dan cantik.
Pelancong yang memilih untuk berkhemah dengan konsep ini tidak perlu lagi membawa peralatan perkhemahan. Pihak penyedia perkhidmatan akan menyediakan segala fasiliti perkhemahan untuk anda menikmati perkhemahan ala “hipster dan glamping” ini.
Perkhemahan ini tidak lengkap tanpa tawaran aktiviti outdoor yang fun dan menarik seperti BBQ dinner, night trekking dan jungle trekking, cave exploring, team building, camp fires, bermain pelbagai jenis fun games untuk dewasa dan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja turut dilakukan , berendam dan mandi sungai, cycling dan berkaraoke dengan pemandangan dan suasana alam semulajadi yang begitu mendamaikan!
Kini pihak Histourism – History & Tourismtelah penyediakan pakej “perkhemahan semi glamping dan hipster” kepada anda semua dan ianya merangkumi semua peringkat umur.
Pakej termasuk penyediaan khemah, makanan, guide untuk eksplorasi gua, surat kebenaran polis, jabatan hutan serta insurans. Bagi anda yang berminat dengan aktivi-aktiviti outdoor, hubungi pihak mereka sekarang untuk info-info yang lebih lanjut dan menarik.
Ramai pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht = RM12.71) kepada ekonomi tempatan sempena cuti panjang.
Kebanyakan pelawat dari Malaysia dilaporkan menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.
Secara keseluruhannya, seramai 20,000 pelawat dari Malaysia telah bercuti di wilayah selatan Thailand pada cuti panjang hujung minggu lepas iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Antara kawasan tumpuan pelancong Malaysia ialah di Pantai Samila, Bandar Lama Songkhla dan Pasar Terapung Khlong Hae di Wilayah Songkhla.
5 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla
Khlong Hae Floating Market
Hatyai cukup terkenal sebagai salah satu syurga makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan unik.
Pasar Terapung Khlong Hae merupakan destinasi yang cukup unik dan wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Hatyai.
Majoriti penjual di sini berada di dalam sampan di tebing sungai dan pelanggan hanya perlu berjalan di kawasan jambatannya untuk membeli.
Bukan sahaja di dalam sampan malah turut terdapat gerai jualan di kawasan daratnya. Antara yang terlaris di sini adalah minuman yang di jual di dalam bekas tembikar dan buluh!
ASEAN Night Bazaar
ASEAN Night Bazaar merupakan pasar malam terbesar yang beroperasi pada jam 4.30 petang hingga 10 malam.
Di sini anda bakal rambang mata melihat barangan jualan yang jarang dilihat di tempat lain! Semestinya pelbagai makanan Hatyai yang viral boleh di dapati di pasar dua tingkat ini.
Antaranya Fruit & Vege Shaped Mung Bean (Luk Chup), Bamboo Sticky Rice, Thai Coconut Pudding, Thai Grilled Banana, Thai Coconut Ice Cream dan banyak lagi.
Selain gerai makanan, di sini turut mempunyai kedai yang menjual pakaian, beg, peralatan hiasan dan barangan kraftangan.
Hatyai City Municipal Park
Taman Perbandaran Hatyai ini terletak di Jalan Kanchanawanit dan sekitar 6km dari pusat bandar di Lebuhraya Hat Yai-Songkhla.
Taman ini merupakan kawasan rekreasi yang popular dalam kalangan warga tempatan dan pelancong.
Di sini terdapat pavilion, kandang burung, gerai makanan, patung Raja Rama V, kuil Brahman, patung jed Guan-yin serta Dewi Cina.
Antara tarikan pelancongan berdekatan dengan taman ini adalah Hatyai Science and Astronomy Center (Astronomical Observatory), Hatyai Ice Dome dan Hatyai Cable Car.
Samila Beach
Majoriti pelancong yang bercuti di Hatyai pasti akan meluangkan masa untuk mengunjungi Samila Beach bagi merakamkan memori dengan sebuah patung.
Samila Beach mempunyai sebuah patung Ikan Duyung Emas yang menjadi tarikan utamanya serta sebagai mercu tanda pantai tersebut.
Mengikut penduduk setempat, patung duyung yang dibina pada tahun 1966 ini mempunyai kisah legendanya di mana seorang nelayan pernah melihat puteri duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam.
Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol (Steel Pagoda)
Hatyai turut kaya dengan beberapa buah pagoda yang mempunyai senibina yang unik dan sering dijadikan spot pelancong untuk bergambar.
Salah satu daripadanya adalah dikenali Steel Pagoda kerana senibinanya yang berasaskan besi tahan karat.
Pagoda yang dikelilingi dengan loceng dan gong ini dikatakan yang paling unik di dunia! Menjelang waktu senja, lampu-lampu mula menyinari bahagian luaran pagoda ini.
Jadi anda boleh berkunjung pada waktu malam untuk menyaksikan keindahannya yang dilimpahi cahaya.
5 Tempat Menarik Di Krabi
Railay Beach
Berpasir putih, air laut yang cukup jernih kebiru-biruan, dikelilingi pula dengan bukit-bukit batu kapur, bayangkanlah keindahan Railay Beach yang terletak di Krabi Town ini. Untuk menuju ke pantai indah ini anda perlu menaiki bot kerana pantai ini dipisahkan dari kawasan lain dengan bukit batu kapur.
Apa yang menarik di hutan ini adalah kekayaan flora dan faunanya yang unik, manakan tidak, Thung Teao Forest Natural Parkadalah hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain.
Untuk meneroka kawasan rimba ini anda perlu menggunakan laluan semula jadi yang berkepanjangan sekitar 2.7 km. Apa yang menarik di dalam hutan ini adalah air terjunnya, namun tarikan yang paling terkenal di hutan ini adalah kolam kristalnya.
Klong Thom Hot Springs
Sambil berendam anda boleh memejamkan mata dan merelakskan fikiran bertemankan bunyi indah alam semulajadi.
Air kolam ini turut memiliki banyak ruang-ruang kolam lain yang terhasil secara semulajadi, kalau anda datang ke sini, pilihlah yang mana yang menarik hati anda, terasa seperti berada di tab mandi rumah sendiri pula.
Namun begitu, kawasan kolam ini agak meriah dikunjungi, oleh itu, anda disarankan untuk datang ke sini sekitar pukul 7.00am ke 8.00am dan 4.00pm ke 5.00pm untuk menikmati mandian dengan lebih tenang.
Koh Panyi (Kampung Terapung Muslim)
Koh Panyi merupakan perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Di sini anda dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga yang paling penting sekali kedai makan.
Bagi anda yang dah seharian berjalan tu, mailah ke Koh Panyi untuk menjamu selera, sedap-sedap juga makanan di sini.
Yang menariknya lagi tentang Koh Panyi ini adalah kawasan bermain bola sepaknya yang juga terapung di atas air, memang unik!
Koh Lanta
Koh Lanta terdiri daripada beberapa buah pulau namun yang paling terkenal adalah Koh Lanta Yai yang memiliki air laut yang tenang dan pemandangan yang begitu mengasyikkan.
Di sini anda boleh menyelam untuk melihat panorama dalam air yang agak jelas.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak di kawasan paya bakau yang terdapat berdekatan pulau.
Tup Island
Air yang cetek, penuh dengan ikan yang cantik, Tup Island adalah destinasi yang cukup ideal bagi anda yang datang bersama keluarga.
Bersnorkeling di sini memang bestlah! Pemandangan di kawasan sekitar pantai juga tidak mengecewakan, sangat menyejukkan mata.
Namun begitu, disebabkan ramai yang memiliki fikiran yang sama bahawa Tup Island ini adalah pulau yang cukup mempesonakan, jadi agak sibuk dengan kedatangan pelancong terutama pada musim cuti.
Maya Bay
Sebuah kawasan perairan teluk yang mampu membuat anda sekeluarga terlentang di pasir kerana begitu terpesona dengan keindahannya.
Dikelilingi oleh tebing-tebing tinggi di sekitarnya, di dalam kawasan teluk ini terdapat beberapa buah pantai yang kecil dengan pasir putih dan air laut yang jernih.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...