Perak antara negeri yang juga mempunyai pelbagai destinasi menarik untuk diterokai, selain perjalanan yang tidak berapa jauh dari ibu kota.
Selain itu tempat makan best juga banyak boleh dicari di sini dan salah satunya adalah Nasi Bamboo Sg Klah yang begitu viral.
Mana tanya setiap kali melihat posting di laman sosial Facebook, boleh lihat orang beratur panjang untuk merasai keenakan makanan disajikan d sini.
Perkongsian Detektif Kembara memberi pilihan lain untuk jalan-jalan dan cari makan di Perak.
Jalan Jalan & Cari Makan Perak Sungkai-Bidor-Tapah-Gopeng
Kadang kadang ramai yang tak larat nak drive jauh jauh daripada KL dan cuti pun tak banyak. Just guna cuti masa weekend. Jadi boleh cuba area ini. Dalam 1.5 jam dah boleh sampai.
Area ni pun sebenarnya memang banyak tempat tempat menarik yang boleh singgah. Kalau dapat trip 3h2m tu just nice. Ini antara tempat tempat yang korang boleh singgah kalau lalu area tersebut:
1- Nasi Bamboo Sg Klah (better reserve)
2- Noordin Nasi Kandar (surrr, nak kari kepala ikan better call dulu,ayam bawang pun layann)
3- Tasik Temoh
Ads
4- Capati Corner Cheese Nan viral (kena sabar beratur sebab kalau order naan memang kena queue)
5- Refarm Leisure (bayar RM5 seorang jd okla nak tengak haiwan, kalau nak mandi jadi RM10,nak tidur kenaa sewa chalet)
6- Kelapa Leleh Kampar
Ads
7- Warung Pak Samah
8- Lake Sahom Valley (duduk area ini best)
9- Kampar Agacia (agak run down & overhyped spot untuk insta)
10- Nasi Buluh Kampar
11- Tasik Cermin
12- Gua Tempurung (datang awal 9am tak ramai org)
Sejak beberapa tahun yang lepas, berlibur secara backpacker menjadi pilihan kebanyakan orang. Ia lebih mudah dan tidak membuang masa terutamanya jika percutian sendiri atau bersama teman-teman. Keluarga pun ada yang berlibur cara begini. Entri kali ini memberi empat tip menjadi backpacker buat yang baru bermula.
*Tinggal di hostel atau dorm
Ramai yang berpendapat untuk bermalam di hostel atau dorm hanya sesuai untuk golongan muda. Mungkin ada rasakan yang hostel atau hotel bajet di luar negara sama seperti yang ada di Malaysia. Sebenarnya tidak kerana banyak pilihan hostel atau dorm yang berkualiti baik di luar negara. Anda hanya perlu lebih rajin untuk mencari maklumat tentang tempat penginapan begini. Sesetengah daripanya pula menyediakan perkhidmatan dobi, dapur, wifi, dan banyak lagi. Taklah teruk sangat kan?
*Tak perlu bawa banyak barang
Anda pasti pernah melihat backpacker yang membawa beg besar mereka berjalan-jalan kan? Sebenarnya beg saja yang besar, barang di dalamnya tidaklah banyak mana. Itulah tip untuk menjadi backpacker. Bawa barang yang perlu saja. Lebih banyak anda dapat kurangkan barang untuk dibawa, ia lebih baik. Tidaklah sakit belakang terpaksa bawa beg berat-berat.
*‘Sediakan payung sebelum hujan’
Sebelum mengembara ke luar negara, anda harus banyak membuat research tentang destinasi itu. Jangan pergi tanpa ada pengetahuan tentang tempat yang mahu dikunjungi. Jika pergi tanpa persediaan, anda akan mudah sesat dan ada potensi ditipu orang tempatan. Sentiasa sediakan beberapa pelan untuk back up sekiranya ada masalah yang timbul.
*‘Malu bertanya, sesat jalan’
Sesuai dengan perumpamaan ini, jangan malu untuk bertanya jika anda tidak tahu jalan. Banyakkan bertanya untuk mengelakkan masa terbuang kerana sibuk mencari jalan. Buat rugi saja! Selain peta atau maklumat yang anda dapat melalui internet, anda boleh berkongsi pengalaman dengan backpackers lain jika bermalam di hostel atau dorm. Secara tidak langsung, anda dapat mempelajari perkara baru.
Sebenarnya sama ada anda bercuti secara mewah atau backpacker, persediaan awal harus dibuat. Jangan main redah saja untuk mengelakkan anda kehabisan wang, masa, dan tenaga untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan. Paling penting, utamakan soal keselamatan ya! Selamat berlibur!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tenang, hijau dan nyaman di The Dusun, Negeri Sembilan. Keindahan alam dan kawasan di sekitar tempat ini memang memikat hati untuk bermalam di sini.
Sejuk tempatnya, dengan pokok-pokok sekeliling buat emosi teduh dan rasa tenang.
Nak mandi-manda pun memang syok sebab tiada gangguan, lagi pun tempatnya cantik.
The Dusun menawarkan pemandangan indah dan Hutan Simpan Berembun yang terletak di eko resort kecil di kebun durian.
Ini antara suasana di dalam rumah di sini, luas dan boleh muat ramai, jadi jangan risau jika mahu datang dengan keluarga besar atau kawan-kawan rapat.
Sesuai bagi anda yang ingin menghayati panorama alam semula jadi dari atas bukit secara privasi. Owh ya, anda juga akan dapat menikmati suhu yang lebih sejuk dikala malam.
Di sini anda boleh merehatkan minda melihat pemandangan dari rumah The Dusun, cantik dan cukup meredupkan mata memandang.
Kalau kena musimnya, ada buah durian juga di sini. Boleh layan makan buah-buahan.
The Dusun
3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
“Duduk di Mekah tetapi kenapa tak buat haji setiap tahun. Kenapa?” Ini persoalan biasa yang sering ditanya oleh orang luar kepada penduduk di Mekah dan secara peribadi admin sendiri juga ingin mengetahuinya.
Jawapan kepada pertanyaan itu sudah pun dijawab oleh seorang wanita dan telah dikongsikan di laman sosialnya. ‘Keistimewaan penduduk Makkah sepanjang musim haji’. Artikel ini disiarkan dengan kebenaran Puan Masnira Ramli, rakyat Malaysia yang kini menetap di tanah suci bersama keluarga tercinta.
Episod 1. Ya ada episod sebab macam panjang sangat nak letak dalam satu status sahaja.
Baiklah, sepanjang musim haji kan sempadan tanah haram Makkah akan di kawal ketat. Siapa sahaja yang boleh melepasi sempadan ini?
Ha, ni yang saya nak cerita panjang ni. Penduduk tetap Makkah ada dua kategori iaitu memang penduduk tempatan (rakyat saudi) dan juga pemegang iqamah (resident visa) macam kami ni yang merangkumi rakyat luar yang datang sama ada belajar dan bekerja di Makkah.
Jadi, untuk pemegang iqamah, kalau di iqamah memang dah tertulis beralamat di Makkah tidak ada masalah.
Masalahnya adalah kepada iqamah bekerja yang bukan beralamat Makkah. Ya, ada pekerja yang pejabat utama mereka bukan terletak di Makkah, jadi kebanyakkan iqamah mereka akan diletakkan alamat pejabat utama tersebut seperti di Jeddah atau Riyadh. Mereka- mereka ini memerlukan bukti yang mereka menetap di dalam Makkah. ?
Macam mana nak buktikan?
Agak complicated lah juga. Boleh kata hampir tiap-tiap tahun berubah dokumen yang diperlukan. Kalau dahulu beberapa tahun lepas khabarnya boleh hanya buat pengesahan dengan menunjukkan alamat rumah yang kita tinggal dan pengesahan tuan rumah dah cukup.
Tahun lepas dan tahun ni perlu surat yang dikeluarkan oleh syarikat yang kita bekerja lengkap dengan cop polis dan beberapa pengesahan lain dari barisan pertahanan & gabenor. ?phew.
Paling selamat untuk penduduk tetap Makkah yang berstatus begini adalah tidak keluar dari Makkah sehinggalah habis musim haji. Jadi, selamat lah dari bersoal jawab dengan polis di sempadan kalau dokumen tidak lengkap. Silap haribulan tak dapat balik rumah sendiri! Haha
Nampak tak? Betapa eksklusifnya tanah haram Makkah ni sepanjang musim haji. Sebab nak jaga tanah haram ini untuk tetamu-tetamu Allah sahaja. Rakyat saudi sendiri jika tidak menetap di dalam Makkah, tetap juga tidak akan dapat melepasi sempadan tanah haram/halal ini.
Bolehkah penduduk Makkah buat haji tiap-tiap tahun?
Dahulu pernah sahabat arab saya (orang tempatan Makkah) beritahu saya,
Kita penduduk Makkah, Buat je haji tanpa perlu daftar. Yang perlu daftar dan dapatkan permit hanyalah orang-orang dari luar.
Sejujurnya, perjalanan haji saya sebelum-sebelum ini ketiga-tiganya merupakan ‘haji koboi’, haji tanpa berdaftar. Bahasa lebih brutalnya adalah haji illegal tanpa permit sah haji.
Itu lah ibadah haji yang biasanya di lakukan oleh orang-orang tempatan di sini. Bila tidak berdaftar, bermakna tiada khemah ataupun penempatan untuk golongan seperti di Arafah dan Mina. Maka, berteraburlah kami mencari ‘spot’ untuk berwukuf. Bawa sendiri segala keperluan yang senang untuk dibawa seperti, tikar, khemah dan juga makanan ringan. (Saya pernah kongsi lebih detail tentang ini di dalam buku saya ‘Embara Kasang Diselimuti Oasis’ dalam bab yang paling akhir.)
Apakah risikonya?
Sejak kerajaan Saudi lebih tegas dalam isu membanteras golongan-golongan ‘haji koboi’ ini, tindakan tegas di ambil jika tertangkap. Berisiko besar untuk di denda, dihantar pulang terus ke negara masing-masing dan di haramkan terus untuk masuk ke negara saudi!
Tetapi, khabarnya tahun sebelum-sebelum ini, tiada sebarang ‘spot check’ dibuat di border arafah. Polis hanya check secara random di Mina. Namun, jika tertangkap golongan haji koboi ini, mereka tidak terus mengenakan tindakan disitu, cuma mereka mengambil nombor ‘iqamah dan thumb print’. Mungkin tindakan akan di ambil selepas selesai ibadah haji.
Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penduduk makkah menunaikan haji?
Adil dan saksama. Cara terbaik adalah secara berdaftar. Untuk mendapatkan permit kami boleh mendaftar secara online dan memilih pengurusan haji yang kami mahu.
Kelebihannya perjalanan haji akan lebih teratur dan lengkap dengan facilities seperti jemaah- jemaah lain. Dengan mendapatkan permit haji, kami juga boleh memilih pakej-pakej dari kelas ekonomi sehingga ke khemah vvip. Untuk tahun ini harga bermula dari SR 3.5 k sehingga ke SR 11k.
Kelemahannya adalah, permit ini layak di mohon 5 tahun sekali sahaja. Dan juga terdapat kuota yang telah ditetapkan. Siapa lambat, makan terkuburlah harapan untuk melakukan ibadah haji. Cuba lagi tahun hadapan! ?
Jadi, apakah jawapan tepat untuk soalan bolehkah penduduk Makkah buat haji tiap-tiap tahun?
Jawapannya, BOLEH. Jika secara illegal dan 5 tahun sekali jika secara berdaftar.
Kita sambung cerita tentang haji koboi lah kan. Lebih mencabar dan menarik perjalanan ceritanya. Kalau haji dengan permit ni lebih kurang sama sahaja dengan jemaah haji lain.
Tapi tapi jangan salah sangka, saya kongsi bukan tujuan untuk menggalakkan.. hanya sekadar berkongsi pengalaman. Kerajaan saudi kini lebih tegas dalam mengawal jemaah haji.. jadi saya tidak berani lagi untuk mengambil risiko besar dengan mengerjakan haji cara begini. Lepas ni kalau nak buat haji lagi, InshaAllah saya akan pilih cara yang lebih selamat.
Ok, berbalik kepada tajuk, kenderaan bertasreeh.
Biasanya bermula 8 zulhijjah, kenderaan persendirian TIDAK DIBENARKAN masuk ke kawasan yang terlibat dengan kerja haji seperti di kawasan Arafah, Mina dan kawasan-kawasan terdekat. Kalau boleh masuk pun pasti tidak akan ada selera nak bawa kereta ke kawasan itu. Boleh stuck dengan jammed berjam2.. Bayangkan bas-bas yang membawa berjuta jemaah juga akan melalui jalan yang sama!
Jadi, bagaimanakah jemaah-jemaah haji koboi ini mahu ke Arafah, Mudzalifah & Mina?
Caranya adalah dengan mengambil sebarang kenderaan awam yang mempunyai tasreeh (permit) untuk melalui kawasan-kawasan ini.
Ada beberapa tempat pick up yang boleh digunakan untuk mengambil kenderaan-kenderaan ini. Ianya berupa bas, van atau pun pick-up truck.
Yang biasa kami ambil adalah dikawasan Ajyad berdekatan dengan Masjidilharam. Pagi 9 Zulhijjah, biasanya di kawasan Masjidilharam sudah lengang apabila semua jemaah sudah berada di Arafah.
Jadi, ketika ini ramai rakyat tempatan datang ke Masjidilharam untuk mendapatkan kenderaan bagi memasuki Tanah Arafah. Ketika ini lah kita dapat melihat wajah sebenar rakyat tempatan Makkah.
Pada waktu ini juga kenderaan-kenderaan yang berpelekat ‘tasreeh’ ini ‘mengetuk’ harga. Yang saya ingat harga untuk seorang lebih kurang sr 50-200 jika menaiki bas. Harga juga mengikut tempat duduk yang kita pilih. Contohnya dalam bas harga 150, atas bumbung 50.. yang duduk atas bumbung pandai-pandai lah jaga diri! Silap haribulan boleh meninggal dunia dalam ihram ataupun meninggalkan kain ihram. Doa banyak2 agar perjalanan lancar dan mudah serta dilindungi dari sebarang keburukan..
Begitu juga dengan van atau pun coaster. Kalau berdiri di bahagian luar belakang van/coaster atau duduk atas bumbung murah lah sikit bayarannya. Kalau duduk di dalam dengan aircond lebih mahal.
Nak naik motorsikal pun boleh. Tetapi risikonya lebih tinggi kerana kebanyakkannya adalah menunggang secara haram. Boleh jadi kena kejar dengan polis atau penunggang motor akan meninggalkan kita di mana-mana sahaja jika tidak dapat melalui jalan tersebut. Ketika ini akan terasa seperti bayar mahal, destinasi yang mahu dituju tidak sampai. Maka, berjalan kaki lah kita dengan penuh sabar sambil menahan diri dari menyumpah seranah untuk menghabiskan saki baki perjalanan.
Paling istimewa apabila kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan yang bakal keluar ketika musim haji sahaja..contohnya kenderaan pick up yang agak uzur, kereta-kereta lama, malahan lori kambing/unta pun diguna pakai untuk membawa manusia.. dan semuanya akan penuh serta berbayar. Penuh yang padat dan segala ruang di isi dengan baik sekali. Di dalam, diluar, dibumbung malahan di dalam boot kereta akan di manfaatkan sebaik mungkin…
Semuanya hanya dengan niat yang satu… iaitu HAJI MABRUR.
Ada yang bertnya, orang Makkah buat haji tak melontar kah? Kami melontar. Kami buat semua rukun haji. Habis tu, tak ada khemah di Mina, mabit di mana?
Kami homeless. Eh ‘tentless’
Ok ok, cerita nya begini.. pada 9 Zulhijjah selepas wukuf, kami ke Mudzalifah.. dari Mudzalifah kami boleh pilih sama ada untuk ke Jamrat melontar dahulu ataupun ke Masjidilharam untuk Tawaf dan Saie haji dahulu.
Naik apa? Balik semula ep 3 (kenderaan bertasreeh) ikut rezeki kita.. sama ada naik public bas, naik teksi, lori kambing atau naik kenderaan 2 kaki. Baca: jalan kaki.
Selepas bertahalul awal (selepas melontar atau tawaf saie) atau yang lagi ekstrem melontar dulu lepas tu terus ke Masjidilharam untuk tawaf & saie.
Saya selalu memilih untuk tawaf dan saie dahulu.. masa saie tu sudah terlalu penat setelah seharian, masa saie sangat stuggle. Rasa macam nak merangkak dia punya penat tu. Selesai hampir Subuh pada pagi hari raya Aidiladha..(10 Zulhijjah)
Kemudian kami pulang ke rumah untuk berehat..
Petang sebelum maghrib hari tersebut kami pun memulakan perjalanan untuk melontar (kalau belum) dan mabit di Jamrat.
Dari rumah ke Jamrat. Biasanya kami bawa kereta sendiri. Tapi parking jaaaaauhhhhhhhh dan berjalan lah sehingga sampai ke Jamrat.
Bekalan yang di bawa adalah tikar lipat, makanan, minuman… paling istimewa bawa juadah raya. (Kan hari raya).. sanggup ya bawa juadah raya dalam beg pack.. bawa lebih boleh kongsi dengan jiran sebelah tikar..
Maka bermabitlah kami di Jamrat.. pandai-pandai lah cari tapak nak bentang tikar. Salah tapak nanti kena ligan dengan polis..
“Tariq… tariq ya hajj’ kata polis menggunakan speaker kereta polis. Sirent polis pun dipasang..
Selepas 6 jam.. (kiraan jam bermula tatkala kaki melangkah masuk ke kawasan Mina di Jamrat,biasanya selesai dalam jam 2,3 pagi.. kami pun pulang ke rumah.. berehat… dan esoknya kami melontar dan mabit lagi.. begitulah..
Saya lihat ada juga kumpulan jemaah yang datang dengan pakej haji tidak mengambil khemah di Mina.. mereka tinggal di hotel di kawasan Aziziah dan mabit di Mina seperti kami. Selepas 6 jam, mereka akan pulang ke hotel untuk berehat.
Lebih selesa kerana tidak perlu tinggal dalam khemah di Mina. Cuma kekurangannya adalah perlu berjalan jauh, tidak ada tempat yg tetap untuk mabit.. dan agak sukar untuk ke tandas.. pandai-pandai lah minum untuk keperluan sahaja sepanjang 6 jam tu.
Jom kita tengok anggaran jauh perjalanan itu supaya gambaran cerita saya itu sampai dengan jelas.
Okay, tengok pada gambar peta yang saya share tu. Itu anggaran secara kasar sahaja.
Dari Afarah ke Mudzalifah jaraknya lebih kurang 9.1km. Kalau berjalan kaki memerlukan masa lebih kurang 1jam 50minit untuk sampai.
Kalau naik kenderaan kurang lah sikit penatnya. Tetapi waktu nak sampai boleh jadi akan lebih panjang kerana kesesakkan lalu lintas. Paling cepat sampai kalau naik motor! Ada berani?
Dari Mudzalifah ke Jamrat pula jaraknya lebih kurang 5.6km dan mengambil masa 1jam 10min jika berjalan kaki.
Dan dari Jamrat ke Masjidilharam agak dekat lebih kurang 3-4km sahaja. 40minit jalan dah sampai masjidilharam. Part ini memang ramai yang memilih untuk berjalan sebab ada disediakan terowong pejalan kaki. Jalan ramai-ramai tak terasa jauh pun. Sedar-sedar kaki dah melecet dan betis dah berdenyut.
Ibadah haji dan berjalan jauh ini sangat berkait rapat. Susah nak elak dari kena berjalan jauh ni. Melainkan ambil pakej vip. ? jemaah muasasah kita berjalan 7km sehari dari khemah di Mina ke Jamrat ketika membuat rukun haji melontar.
Untuk perkongsian terakhir tentang tajuk ini, saya nak cerita tentang perkara yang kami sebagai expat (di Makkah) tidak boleh lakukan sepanjang musim haji. Jika didapati bersalah, kami boleh dikenakan tindakan undang-undang, saman paling kurang 10k, penjara dan juga dihantar terus pulang.
Selain dari mengerjakan haji secara tidak berdaftar, ada beberapa perkara lagi yang salah di sisi undang-undang.Saya letak ianya dibawah tajuk ‘keistimewaan’ jugalah sebab istimewanya kami ini kerana dilindungi oleh undang-undang. Perlu sentiasa ambil tahu dan menjaga nama baik negara.
Ianya adalah:
Jom kita study sikit jenis-jenis visa apa yang dikeluarkan oleh kerajaan saudi tetapi menghalang mereka untuk memasuki Makkah ketika musim haji. Ianya adalah:
1) Business / Commercial Visa.
2) Tourist Visa.
3) Employment Visa.
4) Family Visit Visa.
5) Government Visit Visa (kecuali atas urusan rasmi di dalam Makkah)
6) Residence Visa (kecuali yang menetap di Makkah)
7) Student Visa (kecuali yang belajar di university di dalam Makkah)
Baiklah saya akhiri tajuk ini di sini ya.. InshaAllah saya sambung dengan tajuk-tajuk lain pula.. semoga bermanafaat untuk semua!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...