Bila Libur study semua cuti umum yang ada dekat negara-negara di rantau asia tenggara dan bila kami sampai ke negara Filipina, kami dapati ada cuti yang dikhususkan untuk sambutan revolusi rakyat.
Em? Revolusi rakyat dijadikan sambutan dan diberikan cuti? Ini menarik kerana jarang benda-benda rebel ni dijadikan sebagai satu benda baik dalam sejarah sesebuah negara, apatah lagi diberikan cuti.
Jadi kami pun selidik la.. Rupanya cuti ini diberikan bagi memperingati usaha rakyat menjatuhkan autokrat korup Ferdinand Marcos pada 1986.
Ferdinand Marcos ini adalah presiden ke-10 Filipina dan terkenal kerana kleptokrasi yang beliau lakukan.
Ohh.. patut la.. Okay bagi mendapatkan sedikit info berkenaan cerita ni, jom kita baca sedikit input yang kami dapat berkenaan hari cuti tersebut.
Ads
Sumber foto: newsinfo.inquirer.net
Ulang Tahun Revolusi Kekuatan Rakyat atau People Power RevolutionAnniversary diadakan pada 25 Februari setiap tahun di Filipina bagi memperingati demonstrasi aman yang berlaku pada tahun 1986 di Epifanio Delos Santos Avenue (EDSA) sehingga membawa kepada penggulingan pemerintah Filipina yang korup iaitu Presiden Ferdinand Marcos.
Nota kaki: Epifanio Delos Santos Avenue atau EDSA adalah jalanraya yang dijadikan tempat berhimpun sewaktu revolusi rakyat Filipina pada tahun 1986.
Ads
Sejak 2010, ulang tahun ini dijadikan cuti sekolah dan kedua-dua sekolah awam dan swasta di Filipina akan ditutup, sementara perniagaan tetap dijalankan seperti biasa. Pada tahun-tahun sebelumnya, 25 Februari dijadikan sebagai cuti umum. Sekarang, hari Isnin yang terdekat pada tarikh sambutan hanya dijadikan sebagai hari cuti untuk sekolah sahaja.
Sumber foto: opinion.inquirer.net
Untuk pengetahuan anda, revolusi ini turut dikenali sebagai Yellow Revolution kerana warna baju yang dipakai oleh penunjuk perasaan sewaktu turun berdemo di jalanraya Epifanio Delos Santos Avenue. Sambutan yang disambut hari ini adalah bagi memperingati usaha revolusi yang bermula sejak tahun 1983 dan tercetus apabila berlakunya pembunuhan senator pembangkang, Benigno Aquino Jr. Rakyat Filipina turut mempercayai bahawa pilihanraya presiden tahun itu telah disabotaj bagi mengekalkan Marcos ditampuk kuasa.
Ads
Selain itu, demonstrasi 1986 ini dianggap sebagai demonstrasi paling aman di dunia kerana rakyat Filipina berjaya menggulingkan seorang autokrat yang menindas rakyat tanpa pertumpahan darah.
Sumber foto: ffemagazine.com
Hari ini, sambutan tersebut turut dirayakan bagi memperingati sistem demokrasi yang berjaya dipulihkan di Filipina dan menjadi ‘revolusi yang mengejutkan dunia’. Nama Marcos sehingga saat ini kekal sinonim dengan rasuah, walaupun ada beberapa usaha dijalankan untuk membuang panggilan tersebut daripada sejarah.
Setiap tahun, orang ramai akan meraikan sambutan tersebut dengan berkumpul di EDSA dan memakai pakaian berwarna kuning. Selain daripada menghadiri konsert, ada di antara mereka akan turun ke gereja yang terletak di sekitar EDSA bagi menjalankan kerja-kerja amal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut percutian di pulau, destinasi yang bermain di kepala dah tentu Pangkor, Redang dan Tioman.
Namun ramai juga yang berkira-kira nak ke sini kerana faktor jarak dan perjalanan yang memakan masa.
Tapi lepas ini tiada masalah lagi kalau teringin nak ke tiga pulau ini walau pun pada hujung minggu kerana sudah ada penerbangan terus ke sini dengan pelancaran SKS Airways semalam.
Syarikat penerbangan terbaru di Malaysia ini memperkenalkan laluan jarak dekat ke tiga destinasi pulau popular di Malaysia, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman.
Semalam SKS Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor dalam satu majlis ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor.
Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato’ Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.
Info SKS Airways
SKS Airways menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Januari; Subang ke Pulau Redang mulai 31 Januari; ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.
Dengan pembukaan ketiga-tiga laluan ini, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapisiti harian penuh seramai 228 penumpang, SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala.
SKS Airways akan memulakan operasi dengan pesawat Twin Otter, yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik. Ia turut membolehkannya ia mendarat dengan selesa di landasan udara pendek.
Pesawat Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang ini sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya peluang cerah untuk geng travel melancong ke beberapa negara terpilih sekiranya pintu sempadan dibuka semula tidak lama lagi.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Berkata dalam satu sidang media, kerajaan mempertimbangkan membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan.
“Kini, kami di peringkat mengadakan rundingan dengan negara-negara seperti Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan dan New Zealand yang dikenal pasti sebagai kawasan Zon Hijau,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini hari ini.
Nancy Shukri melihat pembungkusan kuih muih tempatan mengguna kotak khas pada lawatan rasmi ke Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) hari ini. – Foto Bernama
Nancy berkata beliau menerima banyak permintaan daripada pemain industri pelancongan tempatan untuk mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan.
“Bagaimanapun, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut bersama kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan bahawa kebenaran itu diberikan untuk membantu meningkatkan sektor pelancongan di negara ini,” katanya.
Ditanya sama ada gelembung perjalanan zon hijau membantu meningkatkan sektor pelancongan, Nancy berkata: “Ya, malah bilik di hotel-hotel seperti Langkawi telah penuh ditempah. Jadi, ia merupakan inisiatif yang bagus khususnya untuk sektor pelancongan.”
Foto: Google
Sementara itu, Nancy turut menggesa pelancong dari zon hijau yang mengembara ke tempat lain supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam mengekalkan penjarakan fizikal ketika bercuti.
“Kita tidak mahu kes COVID-19 semakin meningkat apabila kerajaan meluluskan gelembung perjalanan zon hijau kerana akhirnya ia akan memberi kesan terhadap ekonomi khususnya sektor pelancongan di negara kita,” katanya.
Cuba bermalam di rumah pokok, bagi anda yang mencari ketenangan dan nak lari dari bisingnya kota di sini adalah tempat terbaik.
Hala terus ke Rainforest Tree House, Gunung Pulai, Jin Air Terjun, Kg. Sri Gunung Pulai, Kulai di Johor.
Rainforest Tree House
Tetapi anda yang nak ke sini, kena gigih sikitlah turun naik tangga kecil. Kalau nak keluar atau pergi toilet, jangan lupa bawa touch light atau head lamp.
Di situ jam 10.30 kena matikn lampu (risau kelkatu kerumun) lepas itu, boleh lah kira bintang-bintang yang bertebaran di langit sambil menyanyi.
Owh, ya! Anda boleh lalui port sungai juga bila ke sini. Boleh lah buat mandi-manda melepaskan penat hiking.
Join Aktiviti Hiking
Untuk aktiviti, boleh hiking kalau anda suka tetapi jika rasa malas, hanya nak santai dalam bilik itu pun silakan. Tapi rugi lah klu tak ikut naik atas.
Macam-macam akan ditunjuk sampai satu kawasan rata kat atas, ambil masa 5minit anda boleh lihat, dengar dan rasai persekitaran. Tenang.
Anda juga boleh layan sunset di lokasi berhampiran, memang cantik. Geng ootd memang puas lah ya masuk sini, banyak gambar boleh capture.
Dapat tengok pemandangan dari rumah atas pokok, rasa puas dan bahagia sekejap.
Jadi, bagi anda yang minat berdamai dengan alam semula jadi, ini tempat yang sesuai anda singgah bersama geng. Jangan lupa datang Kulai, Johor!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...