Melancong ke luar negara bersama anak kecil memang mengundang 1,001 cabaran terutama daripada aspek masa, persekitaran, pemakanan, pemakaian, kesihatan dan sebagainya.

Namun sebagai ibu bapa , semestinya segala persiapan awal telah dilakukan lagi-lagi jika percutiaan tersebut berlangsung di luar negara. Membawa anak kecil bersama-sama orang dewasa untuk melancong tidak patut dijadikan alasan percutian tersebut bakal mengundang ‘mala petaka’. Jika anda bijak mengaturnya, maka segalanya mengasyikan.

Ini ada tip dan panduan yang dikongsikan oleh Puan Darina Alwi yang baru pulang dari Jepun bersama suami dan anak-anaknya untuk percutian lebih 2 minggu. Diharap dapat membantu dan memudahlan famili diluar yang berminat meneroka negara Jepun bersama si kecil untuk percutian akan datang.

15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu!


Pengalaman kami bercuti ke Jepun (Tokyo, Kyoto dan Osaka) baru-baru ini banyak bezanya dengan sebelum ni. Jepun yang terkenal dengan negara matahari terbit ni memang cantik sangat rupanya. Memang bukan sekadar indah dari khabar. Tak rugi ok kalau kita bawa keluarga atau merancang bersama kawan ke sini. Banyak aktiviti yang takkan terhabis kita boleh lakukan di Jepun, tak kisahlah ke wilayah mana kita nak pergi tu.

15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu!  15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu!

Sis ke jepun bawa dua kanak-kanak berumur 3 dan 5 tahun. Jadi faham-faham lah aktiviti kami, banyak yang kami tak rancang nak buat, kebanyakan on the spot. Berbeza dengan kebanyakan yang kongsi itineri, aktiviti full dan jam 5 pagi dah mula mengembara. Kami tak kuat! Hehe

Kalau kita nak fully utilize percutian di Jepun, yes masa dan detail perjalanan perlu ada. Masa sangat pantas di Jepun, sebab malam dia cepat, pukul 5 dah Maghrib. Oleh itu kalau nak guna masa yg ada berhabis habisan, korang kena bangun seawal 4 am. Kalau ada anak, perlu tiada rasa belas kasihan la hehe, kena kejut diorang dan ada baiknya bawa stroller kecik ke mana-mana ok.

15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu!

Ok jom kita mulakan itineri makan2 kami selama 2 minggu ini yang mostly tak dirancang ni, free and easy katanya.

IKLAN

Hari 1

  • Tiba di Narita Airport hampir Maghrib. Ambil Skyline untuk ke penginapan yang terletak di Tsukiji. Aktiviti rehat je. Makan malam mi segera kat Family Mart je.

Hari ke 2

  • Breakfast di Tsukiji’s Outer Market
  • Sighseeing di Sensoji Temple Area
  • Lunch Shabu-shabu di Asakusa Nagomi.
  • Ambil angin di Ueno Park
  • Merasai pengalaman berspa di Oedo Onsen, Odaiba. Dinner di dalam Onsen ni, ada satu stall di foodcourt jual Tempura set tiada pork.

Hari ke 3

  • Day trip ke Fuji-san. Sampai tengah hari. Lunch pun kami grab je di Seven eleven store. Sempat ke Arakurama Sengen Park. Sedikit hiking dan ada juga bertangga. Pemandangan Cantik dari atas, dapatlah bayang Fuji juga.

Hari ke 4

  • Breakfast di Tsukiji market lagi
  • Ueno Zoo
  • Lunch di Ameyoko street, famous halal Nasi Ayam di situ. Tapi kami makan kebab
  • Ginza town di malam hari, jalan je sebab dekat dari hotel.

Hari ke 5

  • Breakfast di Tsukiji market lagi.
  • Menuju ke Ueno train station. Niat sebenar sebab nak makan ramen di Ayam-ya. Kali ke – 3 pergi Ueno Park
  • Menuju ke Disney hotel Resort. Aktiviti kemudian, rehat. Dinner Seafood Pizza di dalam hotel.

Hari ke 6

  • 1 day pass Disneyland. Tak pergi Disneysea sebab aktiviti kanak2 banyak kat Disneyland.
  • Lunch & dinner seafood pizza

Hari ke 7 (Wajib Refer Highlight of the trip)

IKLAN
  • Menuju ke Kyoto dengan Shinkansen
  • Merasai pengalaman di Yuzanso Ryokan. Dinner full course halal disediakan dan hanya ber Hotspring di dalam bilik sambil menikmati pemandangan Lake Biwa dari bilik.

Hari ke 8

  • Breakfast di Ryokan sahaja. Menuju ke hotel Resi Stay berdekatan Gion.
  • Lunch di Naritaya halal ramen.

Hari ke 9

  • Menaiki bas ke Arashiyama Park
  • Lunch di Yosiya Restaurant. Curry dia sedap. Surau juga disediakan.
  • Hiking ke Arashiyama Monkey Park.
  • 2+ jam Hozugawa River Cruise
  • Dinner di Mabrur Halal Dining

Hari ke 10

  • Menaiki bas ke Kinkakuji temple
  • Explore Higashiyama & sekitar Gion. Lunch di Curry Club Ruu. Sederet sahaja dengan the famous Starbucks cafe.
  • Dinner di Mabrur sekali lagi sebab anak suka naan situ. Koe Donuts antara yang sis nak highlight jugak, sedap!

Hari ke 11

  • Breakfast di Nishiki Market. Try Crab Grill dia, sedap!! Ada snoopy cafeshop dalam pasar tu, budak2 suka.
  • Gerak ke Osaka. Check in APA Hotel. Explore Namba. Anak2 excited ada butik Alice in the wonderland
  • Dinner di Luke Lobster. Beli Daifuku for dessert. Sedap sangat!

Hari ke 12

  • Menaiki train ke Nara. Spend time lama di Nara Park.
  • Menikmati autumn di Todaiji temple. Rusa di mana mana.
  • Lunch Kebab Meccha Doner
  • Tengok Mochi pounding di Nakatanido sederet kedai kebab tu. Mochi dia lemak secukup rasa. Tapi serbuk matcha tu banyak sgt.
  • Jalan area Namba, semata2 nak selfie dia Glico board.
  • Dinner di Yakiniku Zerohachi (Pastikan navigate yang halal dia ada dua branch) , makan fresh grilled meat sepuas hati. Pulang ke Namba dan beli sekali lagi Daifuku, takut termengidam balik kl nanti hehe

Hari ke 13

IKLAN
  • Menaiki train ke Osaka Castle sebelum pulang ke Tokyo.
  • Bermalam di hotel berdekatan Shibuya
  • Dinner di Ayung Teras, makanan Indonesia

Hari ke 14

  • Explore Shibuya dan Shinjuku.
  • Yoyogi Park
  • Dinner di Honolu Ramen Tokyo. Last Ramen ni paling power!

Hari ke 15

  • Pulang ke pangkal jalan

15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu!

Tips
Tips 1 : Install Google translate. Banyak kegunaannya.
Tips 2 : Pastikan luggage delivery arrangement antara hotel dibuat 2 hari sebelum tukar train.
Tips 3 : Download aplikasi Halal Navi untuk cari kedai makan halal dan tempat solat
Tips 4 :Tiket Disneyland harus dibeli awal kalau tak duduk dalam disney hotel. Kami bernasib baik duduk dalam Disney hotel mereka reservekan untuk residen. Di Disneyland, Fast pass sangat membantu kita untuk menaiki lebih ride . Tapi ride dewasa kebanyakan full. Tak cukup satu hari!
Tips 5: Shinkansen tiket, iaitu tiket Bullet train harus disimpan sehingga keluar dari train station, saya tertinggal dalam train, jadi kena beli semula hanya untuk exit!
Tips 6: Stamina sebelum ke sana perlu ada. Especially yang bawa anak kecil, bersiap sedia angkat stroller di certain train station yang tiada lif.
Tips 7: Sesetengah restoran tidak terima kredit kad. Sediakan cash yang cukup sebelum travel.

15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu!

Highlight of the trip :

  • Yuzanso Ryokan (HALAL), Otsu, Shiga. Jepun
  • Hotel yang terletak di daerah Otsu, berhadapan Lake Biwa. penginapan kami di sini hanya satu malam. Ia terletak kira2 40 minit dari bandar Kyoto, menaiki keretapi.
  • Tempahan dibuat termasuk sarapan dan makan malam. Walaupun kami berempat, tempahan makanan di buat hanya utk 2 org dewasa. Anak2 share je, sebab ade 7 hidangan (daging, sushi, ikan, seafood tempura) ! Mmg tak larat la nak makan sendiri. Baik share, jimat.
  • Selama di kawasan hotel, penginap digalakkan berpakaian Yukata, pakaian tradisi Jepun, yang mereka sediakan di dalam bilik.
  • Di dalam Ryokan ada public Onsen (hotspring), tapi kami tak berkesempatan untuk pergi sebab banyak berendam dalam bilik sendiri. Bilik lengkap dgn mini Onsen boleh muat 2 orang dewasa terletak di bahagian balkoni menghadap Lake Biwa. Subhanallah.
  • Semasa keluar makan malam, mereka akan siap kan tempat tidur di atas lantai (futon). Tilam, dan selimut gebu sangat!
  • Jujur, harga mmg agak mahal kalau termasuk sarapan dan makan malam, tapi kami aturkan bajet untuk tempah hotel murah di tempat lain. Nak rasa jugak pakej penuh penginapan tradisi Jepun, walaupun boleh tempah bilik, tanpa makanan.
  • Untuk maklumat dan tempahan, boleh lawat website hotel Yuzanso Ryokan

15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu! 15 Hari Travel Jepun Dengan Si Kecil. Why Not? Tip & Itinerari Ini Sangat Membantu!

Itu sahaja perkongsian sis untuk trip pertama kami di Jepun. Moga ia dapat membantu korang cari ilham untuk next vacay nanti.

Credit Photography: Hidir

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI