Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular di kalangan masyarakat negara kita. Lebih-lebih lagi di negara kita sendiri terdapat banyak pulau yang cantik dan pernah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Bila bercakap tentang percutian ke pulau, pastinya kita akan terus terbayang pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti menyelam seperti snorkeling, jet ski dan pelbagai sukan air yang lain.
Semua aktiviti sukan air itu adalah antara aktiviti wajib untuk dilakukan apabila kita bercuti ke pulau. Tak sah kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti membabitkan air. Paling tidak atau paling koman sekalipun adalah aktiviti mandi-manda di pantai berhampiran tempat penginapan.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan kepada kita, pastinya pelbagai kelengkapan seperti baju renang dan barang keperluan lain yang kalis air akan kita bawa.
Jadi apakah barang kalis air yang perlu kita bawa itu? Mari kita baca perkongsian mengenai barang-barang tersebut.
Casing waterproof telefon pintar
Ads
Masa sekarang, dah banyak syarikat pengeluar jenama telefon bimbit memperkenalkan produk mereka yang mempunyai ketahanan kalis air. Sebagai contoh Apple dan juga Samsung yang memperkenalkan Iphone X dan Galaxy S10. Kedua-duanya mempunyai ketahanan kalis air IP68. Walau bagaimanapun, anda tidak seharusnya meninggalkan casing waterproof sewaktu bermain aktiviti air di kawasan pulau kerana air laut terdiri daripada air masin yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi. Oleh demikian, pastikan anda bawa bersama casing waterproof untuk memastikan simpanan telefon anda selamat daripada terkena air masin laut.
Jam GPS
Jam GPS ini juga merupakan antara alat yang berbaloi untuk anda bawa bersama sewaktu bercuti ke kawasan pulau, lebih-lebih lagi kepada anda yang aktif dengan aktiviti sepanjang masa. Dah banyak jam yang canggih dan murah kini berada di pasaran. Kelebihan yang ada pada jam sebegini adalah anda boleh gunakan jam tersebut pada bila-bila masa sahaja tak kira apa jua keadaan, malah jam ini juga mempunyai ketahanan kalis air tidak kira air tawar mahupun air masin. Jadi sewaktu anda bermain aktiviti air di pulau, anda tidak perlu risau jam anda akan rosak atau sebagainya.
Ads
Beg kalis air
Beg ini adalah antara kelengkapan yang paling penting sekali. Pastikan anda cari beg yang betul-betul kalis air untuk anda menyimpan barang-barang berharga anda di dalamnya untuk dielakkan daripada terkena air sepanjang masa berada di air. Contohnya ketika anda sedang melakukan aktiviti seperti island hopping atau snorkeling, anda boleh simpan barang berharga seperti wallet, telefon, pakaian kering, makanan dan sebagainya di dalam dan tidak risau bawang-barang tersebut akan basah.
Kasut air
Ads
kasut air atau water shoe adalah barang keperluan yang bersifat pilihan atau optional. Jika anda mahu kaki anda sentiasa selamat daripada sebarang bentuk elemen luaran yang boleh merosakkan kaki, ana boleh bawa kasut ini bersama-sama sewaktu melakukan aktiviti air di pulau. Ada banyak jenis kasut air di pasaran dan kalau boleh pakai la bersama ketika ke pulau kerana permukaan kasut air ini lebih melekat ketika anda sedang memanjat tebing batu dan sebagainya.
Speaker mudah alih
Ini adalah benda wajib yang akan saya bawa sekiranya saya ke pulau. Sambil mandi, anda boleh bergembira melayani lagu-lagu kegemaran menerusi alat pembesar suara ini! Antara produk terbaru yang kini berada di pasaran adalah Ultimate Ears Waterboom yang mempunyai sambungan Bluetooh dan Wi-Fi.
Jadi itu adalah antara barang yang saya cadangkan untuk anda bawa bersama ketika bercuti ke kawasan pulau. Ada banyak lagi cadangan lain tapi itu antara yang utama untuk saya ketengahkan. Insha-Allah ada masa lain lagi akan saya cadangkan barang-barang yang lain pula.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penggunaan dron masa kini seakan menjadi satu trend bagi pelancong terutama mereka yang mahir dalam penggunaan gajet dan fotografi dalam siri pengembaraan yang dipilih. Ia satu khabar yang baik dalam industri pelancongan dan fotografi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Cuma, sejak akhir-akhir ini, sering kedengaran kisah yang membabitkan penyalahgunaannya sama ada membabitkan kes di dalam dan luar negara. Penggunaan dron secara meluas telah banyak mendatangkan ancaman, pengintipan dan juga mampu membunuh. Di Malaysia sendiri ada akta yang diperuntukan untuk salah laku penggunaan dron.
Undang-Undang Penggunaan Dron Di Malaysia
Penggunaan dron termaktub bawah Civil Aviation Regulation 2016 (CAR 2016) atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 bawah Kaedah 140 hingga 144.
Bagi pengendali dron yang melanggar undang-undang, hukuman bawah Peraturan 206 (3)(a) atau 206 (3)(b) CAR 2016 boleh dikenakan iaitu individu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat yang didapati bersalah pula boleh didenda tidak lebih RM100,000.
Bagi dron yang digunakan untuk mengambil gambar atau merakam video, ia tertakluk Akta.
Rahsia Rasmi 1972 bawah Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 iaitu Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat.
Pengendali dron yang ingin menjalankan kerja mengambil gambar atau video dan kerja ukur perlulah memohon permit bagi menjalankan aktiviti.
Sekiranya pengendali dron melakukan kesalahan dengan mengambil gambar di kawasan larangan dan sensitif tanpa permit, pengendali boleh disabitkan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 bawah Seksyen 4 iaitu larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu kawasan larangan yang membolehkan hukuman iaitu dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun.
Pengguna yang menerbangkan dron di kawasan sensitif yang digazetkan, mereka boleh didakwa bawah Seksyen 7 iaitu larangan membawa perkakasan fotografi yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Jepun Perketat Syarat Baru Penggunaan Dron
Di Jepun pula, indidividu yang mengendalikan dron tidak kira warganegara atau pelancong luar, anda perlu mengikut peraturan baru yang diperkenalkan. Undang-undang pengendalian dron telah diperketatkan hingga melaksanakan hukuman penjara buat pesalah. Dewan Rakyat meluluskan undang-undang baru itu, susulan siri kemalangan membabitkan peranti terbang berkenaan meningkat.
Jepun juga berdepan isu berkait penerbangan dron oleh pelancong di kawasan sesak atau tumpuan pelancong asing seperti Kyoto. Ia boleh membahayakan keselamatan.
Pada tahun 2017 di Jepun, sebuah dron bersaiz industri diterbangkan pada satu festival robot di bandar Ogaki di tengah Jepun dan sepatutnya menjatuhkan gula-gula kepada kanak-kanak kecil. Bagaimanapun, peranti yang dikendalikan oleh individu berkelayakan mencederakan enam orang selepas terjatuh ke tanah dari ketinggian 10 meter.
Antara undang-undangnya:
Tindakan menerbangkan dron seberat 200 gram dalam keadaan mabuk boleh menyaksikan pesalah didenda sehingga 300,000 yen (RM11,520).
Tindakan melakukan aksi berbahaya menggunakan dron seperti membuatkannya menjunam pada sudut berbahaya juga boleh menyebabkan seseorang itu didenda sehingga 500,000 yen (RM19,200).
Jepun meluluskan beberapa undang-undang untuk mengharamkan penerbangan dron di lokasi Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan fasiliti Tentera Amerika Syarikat selain melarang penggunaan peranti kawalan jauh itu di Pejabat Perdana Menteri dan istana.
Bagi wanita yang stylo dan aktif, Garmin Fenix 5s kini hadir dengan 3 varian warna; Rose Goldtone, Frost Blue dan Pink Meringue. Tali jam boleh ditukar ikut warna kegemaran anda.
Antara ciri hebat Fenix 5s ialah heart-rate monitor di pergelangan tangan dan bagi mereka yang aktif dalam sukan larian, hiking, berenang, berbasikal atau golf. Mod catatan rekod harian maka sesuai dipakai setiap hari secara santai atau mod sukan. Model ini juga datang dengan permukaan kaca kalis calar; Sapphire.
Fenis 5s kalis air sehingga 100m dalam. Hadir dengan navigasi terbina dalam dengan ciri 3-axis kompas, gyroscope, dan barometric altimeter. Ditambah pula dengan sokongan GLONASS bagi pengesanan lebih baik di kawasan lebih mencabar seperti gunung atau hutan tebal.
fēnix 5S mampu bertahan hingga 9 hari dalam mod smartwatch, 12 hari mod GPS, dan 28 jam dalam mod UltraTrac™ dengan heart rate monitor dibuka.
Harga Frost Blue dan Pink Meringue RM3,149.00 manakala RM3,499.00 bagi Rose Goldtone.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Beg adalah peneman dan pembantu paling setia sewaktu kita keluar travel. Beg akan bawa apa sahaja kelengkapan dan keperluan ke mana sahaja yang kita pergi.
Tak kisah apa jenis travel trip yang kita buat seperti business trip, backpack trip, leisure trip, hiking atau trip ke pulau, pemilihan beg perlu disesuaikan mengikut keadaan kerana setiap rekabentuk dan saiz mempunyai kelebihan serta kekurangan mengikut keadaan.
Ada empat perkara yang kita perlu tahu sebelum pemilihan beg untuk travel:
1. Jangka masa percutian Adakah kita akan bercuti untuk jangka masa yang lama atau trip percutian kita hanya memakan masa selama sehari? 2. Pengangkutan apa yang digunakan Menaiki kapal terbang? feri? kereta api? berbasikal? menaiki kereta? jenis beg biar bersesuaian dengan kenderaan yang kita naiki. 3. Tahap kesukaran percutian Adakah percutian kita akan statik di satu tempat atau kita akan hopping ke tempat-tempat yang lain. 4. Aktiviti apa yang dilakukan Adakah sesuai membawa luggage empat segi beroda mendaki gunung?
Di sini ada beberapa contoh beg dan kesesuaian untuk digunakan:
RollingLuggage
Sesuai untuk: Travel jangka masa lama
Siapa yang rasa nak ‘lari’ dari rumah, wheeledsuitcase macam ni sesuai sebab boleh bawa perkakas rumah bersama. Ciri-ciri beroda, mempunyai pemegang dan permukaan luaran yang keras menjadikan ianya versatile dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Backpack / Beg Sandang
Sesuai untuk: trip adventure
Backpack sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup travel yang aktif. Selalunya backpack dicipta dengan bahan yang tahan lasak dan pemakaiannya cepat selain mudah dipikul dan dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk pelancong yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Beg Duffel
Sesuai untuk: Trip santai
Duffelbag sesuai untuk orang yang suka bersukan atau mempunyai hobi sewaktu travel trip mereka. Walaupun ia tidak fleksibel seperti wheeledsuitcase atau dibuat untuk trip lasak seperti backpack, beg duffel ini sesuai untuk perjalanan kasual di luar bandar atau pulau. Reka bentuk silinder yang ringkas dan saiz yang pelbagai menjadikan beg ini boleh dijadikan beg sampingan bagi pakaian dan item yang lebih kecil jika beg utama anda penuh.
Beg Day-Pack
Sesuai untuk: Kawasan urban dan mahukan beg yang kecil
Beg kecil ini mempunyai ruang yang selamat untuk melindungi komputer riba anda sekiranya dibawa sewaktu travel, ditambah dengan poket yang banyak untuk menyimpan kabel, peralatan, botol air, snacks dan kerja kertas. Selain daripada itu, anda boleh gunakan untuk trip yang tidak lebih daripada sehari. Malah, beg ini kecil dan boleh dibawa masuk ke tempat duduk dalam penerbangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...