Melaka destinasi percutian kegemaran ramai tidak kira pelancong luar atau rakyat tempatan. Selain mendapat jolokan bandaraya bersejarah, Melaka turut terkenal dengan lokasi ‘makan’ yang popular. Tidak hairan Melaka sentiasa penuh dek kunjugan ramai terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.
Namun begitu, kadangkala seakan ‘bosan’ tidak tahu mana lagi ingin pergi tatkala berkunjung ke Melaka. Setiap kali ke Melaka, tempat yang sama ditujui. Jangan tidak tahu, Melaka sentiasa mempunyai produk pelancongan terbaru yang sentiasa hidup dari hari ke hari. Ini port baru yang tidak kurang menarik untuk dikunjungi sumber Melaka Kini
Vintage Night Market
Bagi peminat barang-barang rare dan unik, jangan lepaskan peluang ke Vintage Night Market yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad di Jalan Hang Tuah. Terdapat pelbagai barangan menarik yang dijual di sini terutamannya pakaian dan kasut.
Ghost Museum Melaka
Ads
Pelbagai entiti dan hantu-hantu yang terkenal dalam masyarakat Malaysia juga dunia dipertontonkan di sini. Cabar ketakutan anda dengan membelek setiap info dan jenis hantu yang dipamirkan untuk pengetahuan bersama. Harga tiket masuk RM28 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak/pelajar.
Melaka Bird Park
Taman burung ini bukan la yang baru tetapi telah ditutup seketika operasinya. Namun kembali dibuka pada September tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf. Landskap dalam taman ini begitu menarik dan pelbagai spesies burung boleh pengujung lihat di sini.
Ads
Pirates Island
Pirates Island merupakan taman tema air mini dalam resort. Paling menarik lokasi ini turut tersedia kemudahan penginapan selesa untuk keluarga bersantai juga berlibur terutama pada cuti hujung minggu atau cuti persekolahan.
Ads
Spring In The Ocean
Ia merupakan The Shore Oceanarium fasa kedua yang mana telahpun dibukan sejak 1 Disember lalu. Antara tarikan utama untuk fasa kedua ini adalah Oceanarium Aquarist Lab, ‘Ray Tunnel’ yang mempamerkan ‘Cownose Ray’ dan ‘Schooling Fish Tunnel’. Terdapat juga persembahan Music Sound of Sea’ yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre menggabungkan kombinasi muzik, lampu dan ‘LED Air Bubble Curtain’.
UK Fun Park
Terdapat lebih 20 permainan hebat menanti pengujung di UK Fun Park. Terletak di Pantai Klebang, ‘fun fair’ moden ini bakal menggembirakan malam hari anda dengan tawaran hadiah dan cenderahati menarik sselepas mencuba beberapa mainan yang ditawarkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sama ada anda perasan atau tidak, perbentangan belanjawan negara kebiasaannya akan dilakukan pada hari Jumaat pada bulan Oktober setiap tahun dan Belanjawan 2020 baharu sahaja dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan hari ini.
Pasti jutaan rakyat Malaysia yang menonton perbentangan Belanjawan 2020 ini di kaca tv atau telefon pintar masing. Bertemakan 'Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama', mari kita lihat keypoint Belanjawan 2020 membabitkan sektor pelancongan negara tahun hadapan.
1. Kerajaan Pusat akan meneruskan pemberian 50% hasil potongan cukai pelancongan kepada setiap Kerajaan Negeri untuk menyokong usaha Tahun Melawat Malaysia 2020.
2. RM1.1 bilion diperuntukan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di mana RM90 juta dikhaskan untuk meningkatkan kesedaran, promosi dan program sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
3. Sebahagian besar levi pelepasan yang dikenakan kepada penumpang ke luar negara menggunakan pengangkuan udara mulai 1 September 2019 akan diperuntukan kepada projek infrastruktur pelancongan.
4. Kerajaan mencadangkan insentif cukai disasarkan ke atas sektor kesenian dan pelancongan seperti berikut:
– Pengecualian cukai pendapatan kepada penganjur aktiviti kesenian dan kebudayaan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa yang diluluskan dan penganjur persidangan.
– Pelaburan baharu bagi taman tema antarabangsa diberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ditolak sehingga 70 peratus untuk lima tahun.
– Meningkatkan potongan cukai yang diberi kepada syarikat yang menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan di Malaysia daripada RM700 ribu sehingga RM1 juta setahun.
– Elaun Modal Dipercepatkan ke atas perbelanjaan bagi pembelian bas persiaran baharu jenis pemasangan tempatan dituntut sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.
– Pengecualian duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kenderaan pemasangan tempatan diberikan kepada pengendali pelancongan bagi pembelian kenderaan pelancongan baharu yang layak.
5. Perkhidmatan kereta api funikular ke Bukit Bendera Pulau Pinang dijangka mencecah dua juta penumpang setahun dan melebihi kapasiti. Kerajaan akan menyumbang kepada pembinaan sistem kereta kabel baharu ke Bukit Bendera dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, di mana kos tambahan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
6. Kerajaan akan memperuntukkan RM5 juta kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) untuk menyokong galeri seni visual dan penganjur pameran seni. Selain itu, RM10 juta akan diperuntukkan kepada Think City untuk memelihara budaya dan warisan bandar.
7. Kerajaan juga akan menganjurkan Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 sebagai mengisi program VMY2020 untuk memperkukuh kedudukan utama Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan di rantau ini.
– Pelancongan perubatan adalah sektor yang berkembang pesat di Malaysia, di mana ia telah meningkat 17 peratus setiap tahun dari 2015 hingga 2018. Pada tahun 2018, sektor ini telah menjana pendapatan RM1.5 bilion daripada 1.2 juta pelancong kesihatan.
8. Untuk mempromosikan lagi pelancongan kesihatan, Kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan kesihatan di ASEAN untuk onkologi, kardiologi dan rawatan kesuburan.
9. permohonan e-visa telah pun diperkenalkan kepada 10 buah negara, termasuk China dan India. Bagi memudahcara proses pengeluaran visa, ejen pelancongan berlesen di bawah MOTAC dibenarkan untuk menghantar permohonan secara berkelompok sehingga 100 orang setiap transaksi melalui sistem eNTRI dan eVISA.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand memang sudah terkenal dengan keindahan pulau dan pusat hiburan bertaraf dunia. Pantai di Pattaya antara pantai yang tidak kurang popular di Thailand. Pengunjung akan terasa damai dan tenang melihat pasir yang memutih dan angin laut yang menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang jernih.
Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, Bandar peranginan yang dulunya cuma perkampungan nelayan berubah menjadi pusat pelancongan sekitar tahun 60-an dan sehingga kini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan.
Di Malaysia, menu Nasi Goreng Pattaya sangat dekat dihati kita. Mungkin ramai beranggapan menu tersebut berasal dari Pattaya. Tanggapan itu silap! Orang Pattaya sendiri tidak tahu akan kewujudan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Tidak percaya? Cuba tanya kepada penduduk tempatan.
Pattaya terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong. Pattaya dikelilingi laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, bersantai, dan memancing. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan rekreasi air lain.
Di sini juga, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan. Sama seperti destinasi lain yang berhampiran lautan luas, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dan segar. Sebut apa sahaja menu yang mahu anda jamah, semua ada di, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ.
Pendek kata, di Pattaya apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi rebutan ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Jika ingin beristirehat, segeralah ke pusat urutan atau spa traditional yang menawarkan khidmat urutan Thai yang terbaik dengan harga berpatutan.
Lebih mengujakan, di Pattaya turut mempunyai taman tema air yang menyeronokakan untuk seisi keluarga. Cartoon Network Amazone mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan taman tema air pertama di dunia yang membariskan pelbagai watak dalam siri Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, Ben10 dan Adventure Time. Terdapat 10 zon bertema untuk diterokai sebelum jantung anda mengecut saat merasai sendiri keseronokan bermain rollercoasters air yang cukup curam. Rasai juga pelbagai tunggangan menyeronokkan selain bersantai di taman permainan aqua dengan pelbagai permainan air yang berbeza-beza.
Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya pada setiap hari di pentas utama sambil beralun santai di ombak buatan yang menyeronokakan. Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network Amazone terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, Cartoon Network Amazone juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Kalau datang ke Thailand tidak sah rasanya jika tidak melihat persembahan gajah atau melihat gajah dari jarak dekat. Di Pattaya, anda boleh membawa keluarga ke Nong Nooch Botanical Gardenkala yang terletak di Chonburi. Anda pasti teruja melihat persembahan bersahaja si gajah yang berbakat seperti bermain bola, berbasikal, menari dan sebagainya. Tarian klasik Thai yang mempesonakan, pertunjukan tinju dan gendang antara yang menarik untuk dirasai saat berkunjung ke Nong Nooch Botanical Garden ini. Tidak hanya itu, taman yang memenangi banyak anugerah ini juga merupakan lokasi kepada beberapa bunga yang paling luar biasa selain memiliki landskap haiwan cukup mengagumkan.
Di taman ini juga, anda berpeluang melihat sendiri lebih 670 spesies orkid termasuk orkid hibrid yang sangat cantik.
Untuk menghayati kesenian dan senibina Thailand, singgah sebentar ke Sanctuari of Truth di Pattaya. Dari jauh, anda boleh lihat senibina kayu yang tersergam indah di tepian pantai setinggi 100 meter gah berdiri. Bangunan ikonik ini hasil kraf masyarakat Thai mengunakan kayu sejak dari tahun 1981 dan belum siap sepenuhnya hingga sekarang. Ramai pelancong beranggapan ianya merupan sebuah kuil, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan binaan yang dibina oleh pemiliknya semata-mata untuk menunjukkan seni kraf orang Thai.
Pengunjung yang datang ke sini akan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dengan terperinci tentang binaan tersebut. Selain itu, cuba aktiviti menunggang gajah atau menaiki perahu mengelilingi Sanctuary of Truth ini. Anda akan dapat lihat pelbagai struktur ukiran kayu menarik dari pelbagai posisi dan sudut.
Jika dari Malaysia, boleh terus ambil penerbangan ke Pattaya.
Atau alang-alang berada di Bangkok, anda boleh memilih menggunakan pengangkutan darat samada bas, van atau kereta sewa dari Bangkok.
Cuba keenakan masakan Halal tempatan yang begitu menyelerakan di Restoran Amir Halal Foods. Menu cadangan Sup Daging!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesiapa yang berkeinginan nak pergi ke Bali, Indonesia mestilah kena ambil tahu serba sedikit mengenai sosio budaya masyarakat di sana. Baru betul dipanggil kaki travel sejati!
Jadi entri ini Libur ingin kongsikan kepada anda mengenai Hari Raya Nyepi. Mesti anda tak pernah dengarkan mengenai Hari Raya Nyepi ni kan?
Hari Raya Nyepi ni kalau anda nak tahu, ia adalah sambutan tahun baru bagi masyarakat Hindu di sana. Kan majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu, jadi Hari Raya Nyepi ini adalah salah satu perayaan yang penting untuk mereka.
Asal usul Hari Raya Nyepi ini adalah daripada aliran ajaran agama Hindu dan mengikut kepada takwim Saka yang bermula sejak tahun 78 masihi lagi.
Sesuai dengan namanya, ‘nyepi’ ini diambil daripada perkataan sepi, sunyi atau senyap
? ? ?
Kenapa kena sunyi dan senyap pula? Ha sebabnya, tujuan utama sambutan Hari Raya Nyepi ini adalah untuk memohon kepada tuhan agar menyucikan Buwana Alit (alam manusia) dan Buwana Agung (alam semesta).
Tak ada bas, teksi, beca atau apa sahaja termasuk penerbangan! ? ? ? ✈️
Jadi sepanjang perayaan dijalankan, semua aktiviti harian akan dihentikan sama sekali termasuk la perkhidmatan awam seperti pengangkutan malah penerbangan! Cuma perkhidmatan hospital sahaja yang dikecualikan. Yela kalau dah sakit pening nanti mana nak cari doktor kan kalau bukan hospital?
Hari Raya Nyepi ini akan berlangsung dalam beberapa fasa sebelum acara kemuncaknya. Ianya terbahagi kepada empat iaitu Melasti, Tawur Kesanga, Nyepi dan, Ngembak Geni.
Proses spiritual dalam usaha mensucikan alam semesta daripada segala kekotoran dan kejahatan dari perbuatan jahat selama setahun yang dipenuhi iri hati, nafsu, amarah dan pelbagai lagi sifat negatif manusia.
Upacara ini akan dianjurkan oleh pihak kuil dengan membawa segala bawang kelengkapan suci ke pantai atau denai kerana air laut atau air denai dianggap suci yang dipercayai boleh membersihkan segala pencemaran dalam diri manusia dan alam semesta.
Fasa ini akan memfokuskan kepada penyelarasan daripada lima unsur alam dan diri manusia. Dengan adanya penyelarasan itu, manusia akan dibantu dengan suasana kondusif untuk bermeditasi di fasa seterusnya. Fasa ini akan dilaksanakan sehari sebelum hari Nyepi.
Diibaratkan macam belunkas dalam kepompong kerana mereka akan mengasingkan diri di fasa ini. Fasa ini adalah fasa kemuncak di mana penganut hindu akan bermeditasi merenungi diri, berevaluasi, imbas kembali dan berinteraksi kepada diri sendiri dalam usaha untuk memperbetulkan semula jalan hidup. Selain itu, fasa ini akan dilaksanakan dengan melakukan empat disiplin dalam kehidupan iaitu mengawal sifat marah,
Menyepi diibaratkan bagaikan kepompong yang mengisolasi diri. Tahapan ini merupakan kegiatan utama nyepi yang intinya merupakan renungan, evaluasi, kilas balik, serta intropeksi diri.
Nyepi dilaksanakan dengan melakukan empat rukun iaitu
Ini adalah fasa yang terakhir di mana penganut hindu akan saling bermaaf-maafan dengan semua orang yang mereka jumpai dengan redha dan tulus ikhlas.
Ha lebih kurang macam tu la Hari Raya Nyepi yang disambut di Bali, Indonesia. Ada apa-apa persamaan atau perbezaan tak dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri di negara kita?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...