Turut dikenali sebagai Kingdom Of Norway, Norway merupakan sebahagian daripada wilayah Scandinavia dan salah satu negara yang paling bergunung-ganang di Eropah. Juga terkenal dengan fjord iaitu lembah sempit yang terbentuk oleh glasier dan dikelilingi gunung-ganang.
Berpeluang bercuti ke negara Norway ketika musim panas baru-baru ini menjadi kenangan indah buat pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zyafwan Razali dan isteri Azneeza.
Trip selama 10 hari sembilan malam itu menyajikan pemandangan indah yang dirakam sepanjang perjalanan dalam pemanduan di sana.
Turut berkongsi itinerary dan juga beberapa tip untuk yang ingin ke sana, jom ikuti dan nikmati gambar-gambar yang dikongsi oleh pasangan ini ketika percutian mereka di Norway.
Summer in Norway 2022
Dah seminggu balik ke alam realiti baru sempat nak share. 10D9N in Norway. Wishlist came true
Seram mula-mula nak jejak kaki ke Negara scandinavian ni. Takut poket bocor .Nak-nak lagi time summer ni. Peak season semua pun jadi mahal. Tapi dah kata wishlist, kita redah jela.
Ok some info:
Internet : Hello 1010 simcard (Pakej Europe 30 days 30GB. Tapi boleh guna dekat luar UK 12GB je. Cukup sangat nak guna google map & on Joox ke spotify time driving tak nak bagi boring). by the way, ada 1 sim spare(beli lebih) valid till september..boleh pm
IKLAN
Method of Transport : Rental Car (Europecar). Kitorang sewa volkswagen golf, tapi dapat Toyota Corolla.(nasib baikk sebab..emmmm)
Driving dekat Norway ni memang kena ada kesabaran. Speed limit mostly 40-80km/h. Kecuali highway. Pishang betul. Boleh tertido kalau co-pilot kat sebelah tak function. Jalan ke some attractions pun sempit. Ada yang boleh muat satu kereta je. Dah la drive tepi-tepi lereng gunung dia tu. Seriau jugak
Minyak kereta dia boleh tahan mahal. RON95 dia around RM12 seliter. Full tank Toyota corolla tu ada lah dalam RM600. Tips nak isi minyak, isi dekat area bandar lagi murah. Kawasan kampung & pekan mahal sikit.
Cash/ Cashless : Better tak payah tukar cash banyak-banyak. Guna la credit card ke, big pay ke. Dekat Norway ni almost everything cashless. Supermarkets, pam minyak, toll, ferry. Kitorang end up bawak balik cash and tukar balik NOK tu pada Ringgit sebab banyak guna Credit card je.
Camera : Iphone 13Pro
IKLAN
Ok ni summary trip kitorang for 10 days. Kitorang road trip santai je. Tak habis pusing norway pun especially the northern part. Kalau banyak masa, tips kitorang, jangan la rushing sebab on the way ke mana-mana banyak view yang superb korang boleh stop by untuk enjoy & bergambar. So dalam itinerary bawah ni, ada yang kitorang tambah along the road trip.
Day 1: Arrival at Oslo (Overnight)
Day 2: Oslo – Notodden – Mjonoy – Haukelifjell – Latefossen – Vossevengen (Overnight)
Day 3: Vossevengen – Skjervfossen – Bergen (Overnight)
Persoalannya nak repeat tak? Of course nak, tapi maybe nak explore northern part and Lofoten pulak. Or Aurora hunting. Hehe. Okay, enjoy the photos guys.
Till Next Trip,
Zyafwan & Azneeza.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya ada berita buat kaki travel. Bagi mereka yang sudah menerima dua vaksin Covid-19 kini dibenarkan merentas negeri.
Bukan sahaja boleh merentas negeri tetapi juga malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.
Beliau berkata, sijil akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.
“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini, tanpa halangan pihak berkuasa.
“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya semalam.
[VIDEO] LIBUR ke Melaka naik Luxe Motorhomes. Trend cuti yang popular di luar negara kini di Malaysia. Jalan jauh time malam paling best! Tidur,masak,sembang²,mandi,update FB/Insta semualah. Selesa & relaks!#libur #luxmotorhomes #jalanjalan #melaka #visitmalaysia #dekatje
Malaysia menyaksikan perkembangan drastik dalam citarasa pemilihan kenderaan. Dari kereta sedan, kereta berkuasa tinggi, kereta klasik, kereta koleksi bertaraf rare, SUV ,MPV,pacuan empat roda off road, campervan mahupun caravan. Tiada halangan dalam memiliki kenderaan pilihan yang dianggap simbol peribadi pemilik.
Kini, satu lagi kategori yang baru masuk pasaran Malaysia; MOTORHOME. Di luar negara, motorhome sudah lama popular. Industri pembuatan dan pemilikan motorhome amat besar khususnya Amerika, Eropah, Australia, Russia serta beberapa negara maju Asia seperti Jepun, Korea dan China.
Konsep motorhome Konsep motorhome adalah bercuti sambil memandu kenderaan bersama kabin yang dilengkapi ruang asas di rumah. Kabin dilengkapi dapur, sinki, sistem air untuk membasuh dan mandi, bilik tidur yang boleh diubah menjadi tempat duduk dan ruang simpanan barang, sumber kuasa elektrik, penghawa dingin, set barbeku, gelombang ketuhar, televisyen dan peti ais. Semuanya tersedia lengkap untuk kegunaan harian.
Perjalanan ke Melaka Saya berkesempatan menaiki motorhome. Melihat pada saiz, ia lebih kurang saiz lori ais. Besarlah sedikit dari kereta biasa saya. Saya agak, cara pemanduan lebih kurang van atau lori kecil, namun silap. Pemanduan seperti memandu kereta biasa walaupun berada di antara trafik yang agak sibuk. Transimisi automatik boleh diubah kepada manual 6 gear jika inginkan lebih kuasa dan rasa kawalan penuh. Dari Shah Alam, melalui jalan biasa untuk ke lebuhraya, motorhome tidak berhadapan isu saiz besar. Mitos pertama terhapus.
Sebelum mulakan perjalanan ke Melaka. Atas kepala driver tu katil untuk 2 orang. Tak percaya?
Perjalanan semakin santai ketika di lebuhraya. Keadaan jalan yang baik dan rata, di tambah pula suasana dalam kabin yang selesa dan redup, cepat sahaja saya mahu terlelap. Sambil itu saya dan rakan setugas membelek peralatan dan berbincang sedikit untuk mulakan tugas kami.
Berhenti seketika di RnR, motorhome diparkir di kawasan kenderaan berat. Banyak sahaja parkir kereta namun sengaja diparkir situ kerana hampir dengan kedai. Motorhome menjadi perhatian dan beberapa orang datang bertanya. Sepanjang perjalanan, ramai pemandu dan penumpang memperlahankan kenderaan mereka bersebelahan kami. Mereka kagum melihat motorhome. Ada yang merakam dan melambai kepada kami. Kami tersenyum. Terfikir, mungkin suatu hari ramai yang ingin memiliki motorhome.
Tiba di Melaka, motorhome melalui jalan kampung yang lebih kecil dan berliku. Awalnya, saya skeptikal dengan kemampuan Fiat Ducato ini melalui jalan kampung, namun sekali lagi saya silap. Ia tiada masalah mendaki jalan naik dan turun curam. Pengendalian juga cekap ketika melalui selekoh panjang dan agak sempit. Difahamkan, enjin bersesaran 2.3 liter turbo diesel menghambur keupayaan 150 hp dan memiliki tork yang tinggi, memacu berat kabin keseluruhan dengan mudah. Dilengkapi juga sistem brek cakera besar di kesemua tayar untuk prestasi berhenti yang padu.
Singgah sebentar solat di Masjid.
Model ini ialah Benimar Mileo 313. Panjang keseluruhan motorhome ini 5.99m, lebar 2.3m dan tinggi 3.2m menjadikan ia model popular di Britain. Kabin direka pasang oleh Benimar, syarikat dari Sepanyol manakala casis dan enjin oleh Fiat Ducato.
Berehat di pantai Lokasi pertama di Melaka, kami berhenti untuk makan tengahari di Nasi Kambing Kat Kubur. Pelik nama restoran ini tapi saya ikutkan saja. Perut pun dah lapar. Nasi kambing sini sangat sedap. Nasi kambing hinggalah ke cendol tapai. Semuanya sedap dan percuma, sebab orang belanja.
Selepas makan tengahari, kami ke Pantai Klebang. Tiba sekitar jam 3 petang, matahari terik namun angin bertiup selesa. Waktu ini, saya sudah sedikit resah sebab cuaca terik. Rakan foto pula gembira kerana bagus untuk pencahayaan gambar. Motorhome dipandu terus dapatkan parkir di sedikit teduhan pokok ru. Suasana dalam kabin ketika motorhome dalam mod parkir; SELESA. Semua tingkap dan ruang udara di atas motorhome dibuka. Angin pantai meniup masuk dan kami enak bersantai dalam kabin. Televisyen dihidupkan dan kami menonton seketika. Santai dan terhibur.
OTW ke Pantai Klebang. Panas terik tapi tiada masalah.
Beberapa minit selepas itu Encik Haffnee; CEO Wta Ventures Sdn Bhd melakukan demo membuka kanopi di sisi motorhome. Sangat mudah dan ringkas. Cukup hanya seorang diperlukan. Kerusi dan meja dipasang yang tersimpan dalam ruang simpanan belakang dikeluarkan dan terus tersedia lengkap untuk bersantai minum,makan atau apa saja anda fikirkan bersama rakan atau keluarga. Yang paling utama, melihat pemandangan pantai dan ditiup angin. Ini terbaik! Lebih baik jika kenderaan ini memang milik sendiri.
Seorang sahaja untuk setup kanopi. Mudah dan cepat.
Di badan luar motorhome, ada beberapa lagi ruang petak yang berfungsi. Ruang gas masak, sumber kuasa untuk cas kabin, ruang buang kumbahan, ruang petak untuk air dan dua ruang pintu untuk meletak barang yang sangat luas di belakang. Lebih hebat, bertukar menjadi katil untuk tidur. Ruang itu sahaja boleh diletak bermacam-macam isian besar. Saya semakin kagum.
Di ruang atas atap motorhome, dilengkapi panel solar sebesar meja makan kecil. Solar, seperti kita semua tahu, memberi kuasa tambahan untuk kegunaan dalam kabin. Kelengkapan solar ini sangat perlu, kerana Malaysia memiliki pancaran matahari yang kuat. Hal ini menjimatkan penggunaan elektrik tradisional. Sia-sia jika tidak mengaplikasikan sumber yang ada.
Motorhome dilengkapi beberapa bateri berprestasi tinggi. Ada dua bateri di bawah setiap kerusi pemandu dan penumpang. Sebuah lagi bateri di ruang enjin. Tidak pasti apa spesifikasinya, namun Encik Haffnee menerangkan ia bateri yang tahan lama.
Saya notis satu kelebihan kabin ini. Walau di bawah panas terik, kurang atau boleh dikata tiada rasa bahang panas di badan luar kabin. Saya yakin kerana material berbeza diguna pakai berbanding kereta biasa dari aluminium atau besi yang panas dan juga cat warna putih yang memantul panas bahang matahari.
Sekali lagi motorhome menarik perhatian pengunjung di pantai. Ramai datang bertanya dan bergambar kenangan. Saya tersenyum. Mereka tidak tahu saya cuma tumpang motorhome ini sahaja. Berkemas kembali, semudah memasang perkakas bersantai, mudah juga kami mengemas masuk barangan tadi. Kami terus ke Klebang Coconut Shake Antarabangsa. Sekali lagi jalan sempit, namun tiada masalah untuk akses masuk dan parkir. Semuanya OK. Coconut shake sedap.
Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka untuk berehat dan bermalam. Difahamkan, resort ini menyediakan kemudahan parkir motorhome, caravan dan campervan. Ada disediakan sumber kuasa bagi pengecasan elektrik kabin, pengisian air paip dan tandas awam bagi membersihkan sisa kumbahan.
Encik Haffnee berkata “Terdapat 5 caravan parks di Malaysia. Dua di Johor (KW Caravan Park di Pontian & Desaru Caravan Park) dan tiga lagi “motorhome-friendly resorts” seperti Tanjung Bidara Beach Melaka, Umang-umang Chalet Melaka & Natasya Riverside Resort yang menyediakan fasiliti parking, tandas untuk pembuangan sisa kumbahan.”
Bermalam dalam motorhome Pengalaman bermalam dalam motorhome memang dinantikan. Setelah senja menutup tirai siang, suasana dalam motorhome lebih selesa dan privasi. Di ruang pemandu, hanya kelihatan lampu-lampu meter dan panel elektronik berwarna oren menyala. Di dalam kabin pula lain suasananya. Lampu kekuningan redup dipasang, terus mengingatkan saya pada keadaan dalam bilik hotel, cuma sedikit kecil. Selesa dan rileks. Jika ditutup terus lampu kabin dan mulakan perjalanan jauh pasti lebih seronok sambil menonton televisyen, bermain kad, saidina atau berbual-bual dan gelak ketawa dengan keluarga dan rakan. Rakan saya berangan pasti sempurna jika ada Playstation 4. Mungkin. Saya yakin, ini antara potensi utama untuk memiliki motorhome. Segalanya tentang waktu dan pengalaman yang menyeronokkan.
Di atas kepala pemandu, ada satu ruang tidur muat untuk dua dewasa. Luas. Ruang kerusi makan dan kerja diubah menjadi katil cukup untuk dua dewasa. Di bahagian belakang atas dan bawah pula, muat bagi seorang dewasa setiap katil. Kesemuanya cukup enam orang dewasa dalam suatu masa. Boleh juga menjadi lapan orang termasuk dua kerusi pemandu dan penumpang. Ini pendapat sayalah.
Menariknya dalam kabin ini, saya berasa selesa dan privasi walau ruang minimal. Saya tentukan samada memasang penghawa dingin kabin atau kipas biasa. Saya fikir, jika di Cameron atau Genting Highlands, pasti tidak perlu penghawa dingin. Ruang udara di bahagian atas memastikan udara masuk dan keluar. Setiap tingkap ada tirai privasi dan menghalang kemasukan nyamuk atau seranggana jika anda ingin membuka sedikit cermin tingkap pada malam atau siang hari.
Rumah dalam kereta Saya sempat mandi dan masak dalam kabin. Masak ringkas sahaja. Kari kambing paket dan mee Maggi. Sekadar merasai pengalaman sebenar. Ringkasnya, memang macam dirumah. Dapur ada tiga ruang masak. Bukan guna tong gas kecil, tapi tong gas seperti di rumah! Dibawah dapur pula ruang untuk barbeku, sebelahnya sinki basuhan, ruang atas dan bawah kabinet dapur. Sebelah sinki, ada peti ais besar lengkap dengan ruang pembeku. Atas peti ais pula ada mesin ketuhar. OK. Semua lengkap. Saya tiada rungutan pada kabin setakat ini. Bilik mandi,saya rasa seperti dalam bilik mandi hotel! Selesa, mewah dan privasi. Pakaian saya digantung dalam almari di belakang kerusi penumpang. Saya anggar boleh muat 15-20 baju jika digantung. Luas bukan?
Kami ke Bandar Melaka pula. Sekali lagi melalui jalan kampung dan kemudian masuk kawasan padat trafik. Di tengah bandar bersejarah Melaka, jalan sempit dengan kenderaan parkir dikiri kanan jalan. Sekali lagi, motorhome tiada masalah melaluinya. Sekali lagi juga kami jadi perhatian di kawasan popular pengunjung.
Selesai sesi foto ringkas di bandr Melaka, kami bergegas untuk makan tengahari asam pedas Melaka Hajjah Rahmah di Bukit Katil. Sangat sedap sekali lagi sebab orang belanja. Dah kenyang, kami terus bergerak pulang ke Shah Alam.
Perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat. Berada dalam motorhome pada waktu ini memang mengujakan. Saya di ruang kabin bersama rakan foto, berbincang projek video, foto dan penulisan bakal kami hasilkan. Ruang meja penuh dengan kamera, laptop, handphone, GoPro dan alatan foto/video lain. Kami seperti dalam pejabat bergerak. Sambil melayari internet, dan mengemaskini beberapa kerja. Ada soket dan USB untuk mengecas barangan elektronik kami. Kami menggunakan Wi-Fi bergerak, namun saya yakin boleh dimuatkan Wi-Fi didalam kabin ini.
Menariknya, penggunaan bahan api motorhome ini pada kadar menjimatkan. Mungkin kerana menggunakan diesel. Dari hari pertama perjalanan, minyak pada paras penuh, dan pada waktu sampai semula ke Shah Alam, minyak pada bawah sedikit separuh tangki. Satu faktor kelebihan yang boleh diambil kira.
Ringkasnya, ini satu pengalaman baru. Saya andaikan mereka yang gemar aktiviti luar, pengembaraan, dan percutian dengan motorhome pasti ingin milik kenderaan ini. Alasan utama memiliki motorhome adalah pada nilai momen dan pengalaman bercuti bersama rakan mahupun keluarga. Selain itu, kemampuan motorhome menyediakan kemudahan seperti berada di rumah. Saya beruntung dapat merasai pengalaman menaiki motorhome secara percuma. Jika saya kaya, saya pasti beli satu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Semporna ada banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja termasuklah pulau Bum-bum, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.
Semporna Banyak Pulau Menarik, Datang Sekali Seumur Hidup Pun Berbaloi
Patutlah ‘kaki travel’ seperti Nazrin Rahman menyifatkan Semporna sebagai destinasi wajib dicuba walau sekali dalam seumur hidup.
“Tempat yang korang kena cuba sekali dalam seumur hidup. Jangan rasa takut sebab apabila korang dah datang, susah gila nak move on bila balik.
“Sebab apa aku cakap susah nak move on? Laut, pemandangan, makanan dan pengalaman yang diperoleh di situ memang tidak akan dirasai di tempat lain,” ciapnya ringkas.
1. View matahari terbit, terbenam
Lokasi penginapan mempunyai banyak spot untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam mahupun terbit.
2. Penginapan
Berkonsepkan penginapan atas air, pastinya pemandangan yang disajikan tersangat cantik.
Terutama sekali bilik yang menghadap Bohey, air lautnya memang jernih sehingga nampak ke dasar.
Paling best, bila-bila masa sahaja boleh terjun ke laut dari bilik yang disewa.
3. Makanan
Sabah juga terkenal dengan makanan laut yang murah dan segar. Kalau lobster, memang akan rasa kesegaran dan kemanisan isinya.
Anda boleh makan sebanyak mana yang mampu kerana pelbagai jenis makanan laut tersedia. Tak perlu ‘catu’ dan yang penting tidak membazir.
4. Aktiviti
Kalau ke Semporna, aktiviti yang ‘wajib’ dilakukan adalah snokerling.
Mana tidaknya, karang yang terdapat di sini semuanya cantik serta pelbagai bentuk dan warna sehingga dapat jolokan ‘One of the best coral in the world’.
Jangan khuatir kalau tak reti berenang ya, sebab pemandu pelancong akan beri tunjuk ajar kepada anda.
Lokasi snorkeling adalah Pompom, Timba Timba, Mataking, Sibuan dan Matabuan.
5. Bohey Dulang
Anda dapat melihat pemandangan yang cantik dari bahagian atasnya. Kira-kira 700 meter untuk mendaki.
Bagi kaki Instagram, setiap sudut ingin diabadikan.
6. Star gazing
Bimbang alami waktu malam yang membosankan? Jangan risau sebab anda akan terpukau apabila melihat ke langit. Ribuan bintang menanti tatapan anda.
Kalau bernasib baik, tahi bintang akan kelihatan. Bolehlah feeling seperti cerita Meteor Garden tu.
7. OOTD
Mereka yang gemar OOTD (outfit of the day) boleh singgah di Water Bungalow Resort. Bentuk binaan chalet di sini mengagumkan dan kelihatan mewah.
Pastikan bawa baju vogue yang mencukupi ya!
Tak perlu ‘keberanian’ kalau pergi secara solo sebab Semporna pastinya destinasi pelancongan yang selamat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!