Kita mulakan hidup kita seharian dengan kerja, kerja dan kerja. Bangun pagi, mandi dan bersiap ke tempat kerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang kerja lebih masa. Kerja yang tak pernah habis. Selepas tu, kita akan ulang benda yang sama keesokkannya.
Tapi, adakah kita sedar yang hidup kita sebenarnya lebih daripada itu? Di usia muda inilah masa yang terbaik untuk kita mencuba sesuatu yang baru, mencari pengalaman yang baru. Justeru, ini enam sebab kepada kita perlu keluar travel pada usia muda.
Jadi lebih berdikari
Apa yang pasti, pergi travel memerlukan anda untuk menjadi berdikari. Segala keputusan anda yang akan putuskan. Makan di mana, pengangkutan apa yang perlu digunakan dan macam-macam lagi. Anda diletakkan di dalam situasi dunia sebenar yang memerlukan anda untuk menjadi seorang street smart, seorang yang mampu menyelesaikan masalah dengan praktikal.
Ketika mengembara, anda akan menghadapi pelbagai masalah dan anda akan belajar untuk menjadi peka dan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling yang anda tidak biasa. Penyelesaian masalah dan berfikir di luar kotak adalah skil yang bakal anda pelajari semasa mengembara.
Ads
Belajar mengurus kewangan
Kadangkala bila travel, kita juga akan belanja lebih daripada belanjawan. Di sinilah titik tolak di mana perlu membuat keputusan apa yang patut anda kurangkan atau lebihkan dari segi perbelanjaan.
Sebelum mengembara pula, anda akan belajar untuk buat belanjawan perjalanan. Ketika mengembara, anda akan belajar bagaimana untuk belanja tidak lebih daripada apa yang anda rancang.
Ads
Lebih yakin
Mungkin kadang kala kita takut untuk keluar dari zon selesa. Namun, setelah melakukannya, anda akan berasa mengunjungi tempat baru bukanlah sesukar yang disangka. Keyakinan tidak boleh dipelajari. Ia hanya boleh dipupuk melalui praktikal. Sekiranya anda takut lemas dalam air, anda belajar berenang. Sudah pandai berenang, anda lebih yakin. Begitu juga dengan hidup. Mengembara mampu memupuk keyakinan anda untuk membuat keputusan tentang hidup anda.
Mempunyai masa, tenaga dan kurang komitmen
Nabi Muhammad S.A.W. juga menggalakkan kita untuk menuntut ilmu sampai ke negeri (negara) China. Yakni, ilmu itu di mana-mana. Mengembara juga suatu proses menuntut ilmu. Di usia muda, anda masih belum mempunyai komitmen atau tanggungjawab. Mungkin anda punya komitmen, namun masih belum berat. Bagi yang sudah berkahwin, tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Makan minum mereka, tempat tinggal dan sebagainya. Masa tidak akan kembali. Muda hanya sekali. Jadi, anda yang masih muda, gunakan masa yang ada untuk belajar tentang ilmu kehidupan melalui pengembaraan.
Ads
Berfikiran lebih terbuka
Ketika mengembara, anda akan berjumpa dengan macam-macam jenis orang, pelbagai perwatakan. Ambil peluang ini untuk bercakap dengan masyarakat tempatan, anda boleh belajar sesuatu daripada mereka. Setiap tempat ada keunikannya yang tersendiri, penuh dengan budaya yang mampu mempengaruhi dan mengubah pemikiran anda.
Adalah sangat bagus untuk menerokai tempat-tempat baharu dan melihat sendiri bagaimana ia mengajar anda tentang erti kehidupan dan tentang diri anda. Ilmu yang kebanyakan tidak digunakan pun dalam kehidupan kita. Mengembara mengajar kita tentang banyak perkara yang berguna untuk kehidupan kelak.
Lebih pengalaman dan memori berharga
Bahagian yang paling menarik tentang pengembaraan adalah cerita-cerita yang anda boleh kongsikan dengan bakal majikan anda, rakan sekerja, pasangan hidup, anak-anak mahupun cucu anda suatu hari nanti.
Ketika mengembara, anda berjumpa ramai orang di tempat baharu, merasai pengalaman berjalan di kota asing. Cabaran-cabaran yang dilalui. Memori seperti inilah yang anda akan ingat sampai bila-bila.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak tidur berlangitkan bintang dengan view yang awesome? Kat Sabah korang boleh dapat semua tu!
Penginapan glamping memang jadi pilihan ramai pengembara masa kini. Selain nak lebih dekat dengan alam, keunikan yang ada pada setiap glamping yang ada juga antara faktor ia dijadikan pilihan.
Tullynaw Glamping yang terletak di Kota Belud, Sabah merupakan tarikan baharu yang boleh korang explore bila bercuti ke Sabah. Nak rasai sendiri pemandangan indah matahari terbit dan pengalaman perkhemahan glamor, inilah tempatnya.
Tinggal di khemah yang selesa dan nikmati secawan kopi hangat dikelilingi oleh alam semula jadi dan cuaca sejuk apabila anda bangun dengan matahari terbit yang indah! Ini adalah tempat yang anda boleh menyelami diri dan mencari ketenangan diri.
Mempunyai dua dome yang eksklusif, Tullynaw Glamping menyediakan Parking percuma dengan akses internet yang baik, tandas, katil yang selesa, kelengkapan memasak dan juga tempat bbq untuk yang menginap di sini. Fasiliti lain juga turut disediakan untuk memastikan keselesaan setiap pengunjung yang menginap di sini.
Paling best korang akan dihidangkan dengan pemadangan gunung dan alam yang indah serta udara segar secara percuma!
Sebelum ‘terbang’ ke destinasi pilihan, sudah tentunya anda perlu melakukan persiapan terlebih dahulu agar semuanya berjalan lancar. Sekiranya ingin melancong ke Korea, terdapat beberapa tips pergi Korea boleh dijadikan panduan untuk anda.
Tips yang dikongsikan oleh Elisa Zamri di bawah ini menitikberatkan 5 perkara penting yang anda perlu ikut. Barulah imigresen bagi masuk!
Tip Pergi Korea, Patut Anda Tahu
Kebelakangan ini nampak macam ramai yang tak lepas. Jadi, saya nak kongsi pengalaman sendiri ketika berada di imigresen Korea. Ini adalah pertama kali saya ke Korea.
1. Imigresen titik beratkan pendapatan sesiapa sahaja yang masuk. Dekat K-ETA kita ada letak pendapatan berapa, mungkin atau tidak ini menjadi satu point untuk pihak berkuasa tengok.
Tapi kalau nak tipu, nanti dia tanya tunjuk bukti tapi tak boleh kemukakan pun jadi masalah. Jadi jujur sahajalah.
2. Sampai malam di Korea menjadi peranan imigresen akan lepas banyak sebab pegawai paham tetapi pegawai boleh jadi grumpy juga sebab mengantuk.
Suami saya dapat yang garang tetapi semuanya ok.
3. Tak kisah pesawat apa, pastikan jaga penampilan. Tak perlu pakai baju mahal-mahal cukup sekadar kemas sahaja. Jangan bawa banyak hand carry. Plastik-plastik tak berkenaan semua tak perlu.
Yang perempuan cukup bawa beg tangan dan lelaki 1 begpack sahaja.
4. Itinerary and details. Please bincang dengan group dulu sebelum pergi. Cash tak perlu banyak. Jika ditanya, jawab sahaja menggunakan kad.
Saya print semua and letak macam ini. Kalau dia perlukan sebarang dokumen, dia boleh ambil.
5. Kalau boleh cakap Korea, cakap la Korea. Orang Korea sangat baik dan saling hormat menghormati.
Haa… jangan sesekali pergi serbu ya! Pastikan anda buat kajian dan membaca dulu sebelum datang dan kalau ada niat nak jadi PATI di sana, batalkan niat itu.
Semoga bermanfaat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda memang minat dengan camping, memang sesuai datang pacak khemah di JiwaCamp, Sungai Pandan Waterfall.
Dengan bunyi semula jadi unggas binatang dan sungai yang amat tenang, boleh buat nyenyak lena di sini.
Hah, kat sini malam tidur memang tak ada nyamuk. Tapak khemah yang besar dan bersih. Kemudian plugpoint dari jam 7.00 pagi sampai 7 malam berdekatan dengan khemah.
Paling best, sungai mesra alam untuk budak-budak berhadapan tapak berlian. Jadi mak ayah boleh healing tenang ribut jiwa dan anak-anak selamat bermain.
Banyak aktiviti untuk anak-anak yang disediakan. Owh ya, kalau suka lepak-lepak minum, di dalam campsite ada kedai kopi jiwa menyediakan sarapan dan kopi.
Malam ada busking, yang minat muzik memang layan. Cuma yang sukar, bab line telefon. Kalau YES lepas, line yang lain memang tak dapat. Jadi kena bersedia untuk putus dengan internet kejap.
Sebarang masalah boleh berurusan dengan pihak pengurusan yang cukup bagus akan membantu anda sepanjang perkhemahan.
Yang nak merasa suasana berkhemah dengan keluarga tersayang, boleh datang sini, ya!
Lokasi:
Campsite terletak di Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...