Ads

6 Travel Tips Barang Ringan & Kemas Beg Hasil Perkongsian Netizen

Isu beg berat dan terlajak weight limit di lapangan terbang memang selalu jadi nightmare buat pengembara. Oleh itu, travel tips sememangnya diperlukan dalam situasi ini.

Baru-baru ini, tular satu perbincangan di aplikasi Threads di mana seorang netizen bertanyakan tip bagaimana ingin travel dengan barang yang minimum dan beg yang ringkas.

Hasilnya, ramai yang berkongsi pelbagai petua sangat praktikal. Ini adalah tip praktikal yang boleh digunakan pengembara untuk plan anda yang seterusnya.

BACA JUGA: Patutlah Ramai Sanggup Beratur! Ini 5 Rahsia Kejayaan Oriental Kopi

1. Percaya Pada Fasiliti Hotel (Tinggal Syampu & Hair Dryer Dekat Rumah!)

Salah satu punca beg berat adalah disebabkan barang toiletries dan gajet dandanan diri yang besar. Oleh itu, elakkan membawa sabun mandi, syampu dan pengering rambut

Gunakan sahaja apa yang disediakan oleh pihak hotel atau homestay. Kebanyakan penginapan hari ini telah menyediakan kelengkapan asas ini. Kalau risau tak serasi dengan kulit atau rambut, cukuplah bawa pek travel size yang paling kecil.

2. Travel Tips Gunakan Teknik ‘Bentang & Visual’ Sebelum Sumbat Beg

Sebelum anda terus masukkan baju secara melulu ke dalam beg, cuba susun dan bentangkan semua barang atas meja, katil atau lantai.

Ads

Bila nampak semua barang di depan mata, anda akan lebih mudah untuk ‘tapis’ mana barang yang betul-betul wajib dibawa dan mana barang yang sekadar “manalah tahu nak pakai nanti” (yang akhirnya tak usik pun sampai balik).

3. Padankan Baju & Seluar Ikut Aktiviti (OOTD Planner)

Jangan main capai sahaja baju dari almari. Pastikan setiap helai pakaian yang dibawa sudah mempunyai pasangannya tersendiri mengikut tentatif aktiviti anda sepanjang trip.

Bila baju dan seluar sudah ditetapkan berpasangan dari rumah, anda tidak akan bawa baju ekstra yang akhirnya memenuhkan ruang beg sahaja.

4. Kasut Maksimum 2 Pasang (1 Pakai, 1 Simpan) Travel Tips

Isu paling kerap buat beg berat adalah kasut! Tips paling berguna adalah dengan memawa maksimum 2 pasang kasut sahaja.

Ads
  • Kasut Utama: Pakai terus di kaki semasa perjalanan (pilih yang paling selesa & sesuai untuk berjalan jauh, contohnya sneakers).
  • Kasut Kedua (Jika Perlu): Selipar ringkas atau sandal ringan untuk ke tandas/jalan santai.

Lagi bagus kalau anda hanya membawa satu pasang kasut sahaja sepanjang trip. Memang banyak sangat penjimatan ruang dan berat beg anda nanti.

5. Travel Tips Bijak Pilih Jenis Beg 

Ramai ingat beg kain lebih ringan, tapi sebenarnya beg luggage jenis keras (hard case) moden masa kini direka jauh lebih ringan dan kukuh.

Malah, jika anda jenis backpacking atau short trip gunakan sahaja beg galas sekolah atau laptop yang ergonomik. Sebaliknya, gunakan tote bag besar jenis kanvas atau kain yang kukuh. 

Ads

Beg jenis ini bukan sahaja ringan, malah tiada struktur besi berat yang menambah gram beg korang.

6. Melabur Untuk ‘Timbang Beg’ & Buat Post-Mortem Lepas Travel

Satu alat kecil yang sangat membantu ialah penimbang beg digital (portable luggage scale). Penimbang ini banyak dijual di platform dalam talian seperti Shopee dengan harga bajet.

Apabila ada alat ini, anda boleh timbang beg siap-siap di bilik hotel sebelum bertolak ke airport  tak ada lah isu panik kena bayar excess baggage.

Pastikan sepanjang mengemas beg, tengok barang atau baju mana yang anda langsung tak pakai sepanjang trip dan jangan lupa catat barang tersebut dan jangan bawa lagi untuk trip akan datang.

Travel dengan beg yang ringan bukan sahaja menjimatkan kos tambang beg, malah memudahkan pergerakan korang terutamanya bila perlu naik pengangkutan awam atau berjalan jauh.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Ini Wajah Baharu Dataran Pantai Morib Sesuai Untuk Destinasi ‘Day Trip’...

Pantai Morib kini berwajah baharu! Terokai 4 tarikan menarik, dataran dinaik taraf, lokasi sunset dan aktiviti santai untuk day trip hujung minggu.