Andai berhajat ke Singapura, jangan ketinggalan melawat tempat-tempat popular malah menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negara. Libur berkongsi lokasi wajib anda kunjungi. Biarpun Singapura kecil, namun memiliki tempat pelancongan yang pelbagai, unik dan menarik.
Sentosa Island
Sentosa Island ini ialah pulau yang berbeza dari Pulau Singapura. Di sini terdapat hiburan dan keseronokan antara lain pantai, tempat hiburan, restoran dan lapangan golf.
Akses menuju ke Sentosa Island ini ialah menggunakan kereta gantung (Sentosa Skyride). Anda dapat menikmati pemandangan kota Singapura dari kereta gantung ini.
Merlion Park (Mermaid and Lion)
Patung Merlion berada di 1 Fullerton Rd, Singapura, Merlion Park ialah taman awam yang boleh diakses oleh siapa pun. Di sinilah terletaknya Patung Merlion tempat tumpuan pelancong untuk bersantai sambil mengabadikan kenangan berlatar belakangkan patung ini.
Patung Merlion berbentuk ikan duyung dengan kepala singa ini, dianggap sebagai ikon Singapura yang paling terkenal. Suasana malam, pemandangan lebih menarik dengan pancaran cahaya lampu yang gemerlap.
Orchard Road
Ads
Ramai pelancong berkunjung Orchard Road kerana lokasinya yang strategik. Jalan Orchard ini sudah terkenal bagi pelancong asing dan menjadi pusat membeli-belah buat mereka yang melancong ke negara ini. Tempat popular di sini ialah Lucky Plaza serta mall Ion Orchard.
Marina Bay Sands
Ketika ini ramai pelancong ingin mengabadikan memori dengan latar belakang Marina Bay yang berlokasi di Sands 10 Bayfront Avenue, Singapura, selain Patung Merlion. Latar belakang Marina Bay Sands melengkapi diri bahawa anda sedang berada di Singapura.
Marina Bay Sands ini terdiri dari tiga buah bangunan yang dihubungkan dengan bangunan mirip kapal sehingga tempat ini kelihatan unik. Di dalam Marina Bay Sands terdapat ribuan hotel, gedung membeli belah, kasino, teater, restoran, kelab malam, ruang kesenian juga taman.
Uniknya, terdapat kolam renang terpanjang ukuran 150 meter di ketinggian 200 meter dengan pemandangan kota Singapura. Pada malam hari ada pertunjukan “Wonder Full—Light & Water Spectacular” berupa laser, efek, dan cahaya.
Universal Studios Singapore
Ads
Universal Studios terletak di Sentosa Gateway, Singapura. Terdapat banyak restoran dan kios yang menjual pelbagai cenderahati unik khas Universal Studios. Untuk menikmati setiap permainan di Universal Studios Singapore anda perlu membeli tiket masuk. Jangan lupa berselfie di depan ikon Universal Studios berupa bola dunia yang berputar,di pintu masuk.
Jurong Bird Park
Jurong Bird Park merupakan taman burung terbesar seluas 20 hektar berlokasi di Jurong Hill, Singapura. Terdapat pelbagai spesies burung dari seluruh dunia dan burung langka dunia.
Ada dua jenis pertunjukan burung di Jurong Bird Park yaitu Kings of the Skies Show dan High Flyers Show. High Flyers Show dikatakan lebih menarik, burungnya lebih lucu.
Masjid Sultan
Ads
Masjid yang berlokasi di Muscat Street, Singapura, Kampung Glam ini ialah masjid pertama dan tertua di negeri Singapura. Masjid Sultan ini sampai saat ini tetap menjadi salah satu tarikan pelancong. Awalnya masjid ini dibangun pada tahun 1826, oleh masyarakat Jawa yang merantau menjadi pedagang di Singapura. Masjid ini memiliki keunikan kerana kubah emas serta interiornya yang indah.
Arab Street
Arab Street merupakan area perpaduan antara Melayu dan Timur Tengah. Terdapat kafe kecil yang menjual teh tarik, namun juga tempat yang menjual murtabak. Bagi pelancong muslimboleh datang ke Kampong Glam Cafe yang menyajikan menu halal.
Haji Lane
Lokasi jalan paling trendi di Singapura, itulah kata yang tepat untuk menggambarkan suasana di Haji Lane. Haji Lane merupakan jalan kecil tidak jauh dari Arab Street dengan suasana santai. Jalan kecil di sini sangat menarik dihiasi grafiti. Anda boleh menemui rumah kedai Cina yang berusia lebih dari seratus tahun.
Bangunan ini tetap rapi dan terjaga serta dicat warna-warni. Bangunan sepanjang jalan Haji Lane ini dimanfaatkan sebagai kafe, restoran kecil dan butik-butik lokal Singapura.
Ramai pelancong mengunjungi jalan ini menjelang malam ketika kafe mulai dibuka. Banyak produk tekstil antaranya kain sifon, sutera dan pelbagai kain warna-warni dijual sepanjang trotoar. Selain itu anda juga boleh membeli wangian, permaidani bahkan Batik Indonesia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda nak ke Melaka musim cuti sekolah kali ini, anda boleh masukkan 5 lokasi ini dalam senarai wajib singgah.
Bukan hanya tema air dan zoo tapi ada pelbagai tarikan menarik kepada pengunjung termasuk tapak bersejarah, hidangan kulinari, dan pelbagai pilihan pelancongan.
Bagi anda yang mempunyai anak, Melaka adalah destinasi paling tepat untuk anda pergi melancong. Jom tengok 5 destinasi menarik bila bawa anak-anak anda untuk ‘day trip’.
1. A’Famosa
Kubu Portugis abad ke-16 ini merupakan bangunan Eropah tertua di Asia Tenggara. Terokai kawasan kubu, panjat Santiago Gate untuk melihat permandangan yang cantik dan belajar tentang zaman penjajah Melaka.
2. Muzium Maritim & Muzium Tentera Laut
Muzium ini menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk meneroka sejarah maritim Melaka melalui replika kapal Flor de la Mar yang terkenal dan pengunjung akan memahami kepentingan Melaka sebagai pusat perdagangan maritim di masa lalu.
3. Rumah Mamee
Di sini, kanak-kanak diajar membuat makanan kegemaran mereka sendiri selain boleh melihat karakter kegemaran mereka. Malah, mereka juga boleh bergambar dengan Mamee Monster.
4. Wonderpark Melaka
Wonderpark Melaka menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua tetamu. Buat masa ini, menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom.
5. Malaysia Heritage Studios
Malaysia Heritage Studios membolehkan pengunjung menghayati atau merasai perasaan berada di sekitar sesuatu kawasan dengan lebih seronok kerana berbentuk ‘immersive’ dan interaktif. Pengunjung juga dapat lihat karakter atau makhluk lagenda Malaysia seperti Sang Kelembai, mawas, Gajah Mina, semberani, naga Tasik Chini yang menggunakan teknologi animatronik.
Jadi kalau anda nak bawa anak-anak ke Melaka, ini antara 5 destinasi i yang bakal memberikan pengalaman berbeza kepada anak-anak anda.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau nak bagi pengalaman bercuti yang mewah pada keluarga tersayang, datanglah Ke Atas Villa di Ayer Keroh, Melaka ini.
Penginapan berkonsep villa peribadi ini menyediakan beberapa banglo dan pelbagai kemudahan dalam sebuah kawasan yang berkeluasan 20,000 kaki persegi.
Kelebihan Atas Villa Melaka
Penginapan dan seluruh villa ini bukan sahaja dihias dengan rekaan yang tampak mewah, elegan dan modern, malah juga dilengkapi dengan kelengkapan yang berkualiti tinggi.
Atas Villa menjanjikan pengalaman serba mewah bagai kelas atasan atau di-Raja. Dengan bilik-bilik yang dihias indah, keselesaan di sini bukanlah suatu persoalan.
Anda juga disediakan dengan kolam renang peribadi, bilik game yang lengkap dengan PS4 dan meja pool, dan banyak lagi.
Tempat mandi manda memang besar ya, ada dua kolam besar. Memang puas kalau datang dengan keluarga yang besar. Cantik tempatnya.
Buat pengetahuan anda, Atas Villa juga menyediakan perkhidmatan sewaan untuk events seperti Majlis perkahwinan atau sambutan istimewa.
Serius cantik! Ada swimming pool, 6 bilik tidur, 19 katil, 7 bilik air, snooker, PS4, ruang untuk bbq. Kira lengkap percutian anda sekeluarga jika staycation sini.
Jadi, bagi anda yang rasa ada plan nak ke Melaka, boleh booking sini awal-awal. Baru puas nak buat family day pun. Lengkap nak main apa kat sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rakyat di Malaysia jarang berpeluang untuk melihat kelibat ikan lumba-lumba bermain-main di depan mata dek kerana spesies ini jarang berada diperairan negara kita. Jika ada pun tidak mudah untuk dilihat kecuali kita berada di tengah lautan.
Kehadiran ikan lumba-lumba di perairan Port Dickson merupakan saat emas bagi orang ramai apabila berpeluang melihat sendiri aksi spesies marin itu, sekali gus merakamkan kejadian itu seperti yang tular di laman sosial.
Port Dickson merupakan destinasi pelancongan popular untuk aktiviti beriadah dan sukan air di Negeri Sembilan. Kehadiran sekumpulan ikan lumba-lumba tersebut di pantai peranginan tersebut di kawasan perairan Tanjung Tuan pastinya sesuatu yang sangat istimewa.
Foto: Pinterest
Rakaman berdurasi 43 saat itu, memaparkan aksi sekumpulan empat ekor ikan lumba-lumba berenang di perairan Tanjung Tuan dan ia dikongsi menerusi akaun Facebook ‘N9 INFO TRAFFIC’ serta mendapat ribuan ‘like’, ratusan ‘share’ dan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Fenomena itu adalah biasa bagi golongan nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS). Ikan lumba-lumba spesies itu memang biasa dijumpai di perairan Malaysia dan adalah spesies mamalia marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.
Kewujudan ikan lumba-lumba itu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan nelayan ketika berada di laut. Bagi nelayan kewujudan ikan lumba-lumba itu sudah biasa diihat dan apabila orang awam ternampak buat pertama kali mungkin mereka agak terkejut dan teruja melihat ikan lumba-lumba di permukaan air. Kali terakhir ikan lumba-lumba itu dilihat di laluan kapal kargo di perairan Tanjung Tuan pada bulan Disember tahun lepas. Ikan-ikan lumba suka mengekori kapal sebab suka bermain alun di depan kapal.
Tidak dinafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini memberi kesan baik terhadap alam sekitar. Ia menunjukkan dengan ketiadaan aktiviti perikanan rekreasi, aktiviti penangkapan ikan yang tidak bertanggungjawab, aktiviti rekreasi air di Port Dickson dan ketiadaan orang ramai maka hidupan marin itu yang selalunya berkeliaran jauh akan lebih berani menghampiri kawasan pantai.
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan berharap agar tiada pihak yang mengganggu haiwan berkenaan kerana ia merupakan haiwan marin yang dilindungi bersama paus, dugong, penyu, yu gergaji, yu sirip putih besar, yu tukul dan pari manta.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...