Port Dickson menjadi destinasi pelancongan paling popular bagi yang mahu menghabiskan percutian di tepi pantai.
Selain pantainya yang jadi tarikan, ada beberapa lagi tempat menarik di kawasan sekitar boleh kira lawati seperti Kota Lukut, Ostrich Farm dan juga Rumah Api Tanjung Tuan.
Jadi bagi mereka yang merancang bercuti ke sana, disenaraikan beberapa penginapan yang best sekitar Port Dickson.
1. VILLA 969
Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Boleh memuatkan sekitar 13 ke 20 orang termasuk kanak-kanak! Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor – mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor – pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.
Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.
Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson
2. HOMESTAY POOL KONTENA PORT DICKSON
Di Homestay Pool Kontena Port Dickson, anda boleh rasai pengalaman menginap di dalam kontena yang diubahsuai menjadi bilik tidur. Harga penginapan di sini juga sangat berpatutan.
Bagi yang suka bercuti style backpacker, di sini terdapat penginapan kabin dengan katil double decker yang jauh lebih murah harganya. Ada juga homestay kontena yang dilengkapi dengan katil king bagi yang datang bercuti dengan keluarga. Bagi yang suka berenang, tempat ini cukup sesuai buat anda kerana swimming poolnya yang sangat luas.
Ads
3. VILLA LOT 1638
Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direkabentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah senibinanya amat memukau!
Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.
Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan; di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson
4. HOMESTAY 133 VILLA
Banglo yang terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini juga tak kurang menariknya. Terdapat sebuah banglo dan sebuah chalet yang boleh anda pilih bergantung kepada keselesaan bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.
Dengan laman yang luas dan fasiliti yang lengkap, anda boleh berkaraoke, BBQ, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar dan selesa. Indoor games pun banyak disediakan seperti snooker, dart board, dan foosball. Mesti takkan bosan punya bila luangkan masa di sini!
Ads
Lokasi: 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson
5. THE COTTAGE HOME PD
Homestay ini pasti mengingatkan anda dengan suasana di overseas. Senibina homestay di sini cukup unik berkonsepkan cottage berwarna pastel. Ada juga pengunjung yang menyamakan pemandangan di sini dengan Amsterdam! Swimming poolnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak berenang. Di sini terdapat dua jenis penginapan iaitu banglo untuk penginapan 5 ke 6 orang dan studio unit untuk penginapan 2 orang. Kalau dah sampai sini, memang rugi kalau tak bergambar banyak-banyak!
Lokasi : NO1A & 1B Lot 3731, Kg.Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan
6. WIDAD VILLA
Untuk anda yang inginkan sebuah rumah percutian yang betul-betul berhadapan dengan pantai, Widad Villa pasti akan membuat anda tersenyum. Bayangkan, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah saja untuk bermandi-manda di pantai dan menyertai sukan pantai.
Bukan sahaja dekat dengan pantai, lokasinya juga cukup strategik dan berhampiran dengan pelbagai tarikan menarik seperti Hibiscus Walk, Extreme park (aktiviti paintball, ATV), Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Blue Lagoon.
Ads
Dengan laman yang luas, bayu laut, dan pemandangan pantai yang mengagumkan, anda tetap memiliki ruang privasi yang selamat dan selesa. Villa yang boleh menempatkan sehingga 50 0rang dalam satu masa ini cukup sesuai untuk dijadikan lokasi buat yang merancang untuk adakan Family Day dengan keluarga besar!
Lokasi: Lot 2672 Jalan Pantai Batu 12, Pasir Panjang
7. SERENITY @ PD
Senibina ala kolonial dengan beranda yang luas, siling yang tinggi, serta ruang bilik yang cerah dan berangin pasti akan memberikan anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jauh dari bandar, lokasinya yang dikelilingi kehijauan menyajikan ketenangan dan kedamaian daripada hiruk-pikuk kota.
Dengan laluan yang melalui hutan kecil dan terus ke pantai, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan bermain pasir di pantai. Selebihnya, biar gambar berbicara!
Lokasi: Bt 12 1/2, Jalan Pantai, Kg Teluk Pelanduk, Port Dickson
Bila sebut Cameron Highland, kita pasti terbayangkan rasa masam-masam manis buah strawberi yang menjadi produk tarikan di pusat pelancongan tanah tinggi ini. Tidak hanya strawberi dan nasi lemak strawberi, Cameron Highlands juga terkenal kerana udaranya agak sejuk. Ditambah ladang teh yang menghijau, bunga-bungaan yang pelbagai jenis, sayur-sayuran termasuk jagung Mutiara yang agak murah serta lain-lain lagi, kawasan peranginan tanah tinggi ini sentiasa menjadi tarikan pelancong untuk datang berkunjung.
Bagi yang rindukan suasana Cameron Highlands dan teringin makan buah strawberi segar, khusus untuk warga Negeri Sembilan, bolehlah datang berkunjung ke N.Z Strawberi Farm Tanah Rendah yang terletak di Palong 15, Jempol Negeri Sembilan. Kawasan ini dan sekitarnya merupakan Tanah Rancangan Felda bagi penanaman kelapa sawit sejak dahulu lagi.
.
.
.
Diusahakan oleh pasangan suami isteri, Muhammad Pilus Yusop dan isteri, Norzila Borhan, pokok strawberi hidup subur di kawasan tanah rendah ini seakan menyamai di tanah tinggi Cameron Highland.
Menariknya, orang ramai boleh melawat dan membeli benih pokok strawberi untuk ditanam di rumah masing-masing. Ada pelbagai spesis pokok antaranya seperti Japanese Sweet Charlie, Jumbo, Petaluna, Albion, Festival dan lain-lain. Bukan saja buahnya enak tapi orang ramai boleh menikmati nasi lemak strawberi yang dimakan dengan rendang ayam pada harga berpatutan bila datang berkunjung ke sini. Lebih best, aiskrim strawberi turut dijual di sini. Yummy.
.
.
.
Jadi, apa lagi, jangan lupa redah area ini untuk menikmati buah strawberi dan nasi lemaknya yang sedap.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila datang ke Pulau Pinang, anda boleh memilih Double Tree by Hilton Penang sebagai tempat untuk istirehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Pilih Double Tree by Hilton Penang
Kiranya ini lokasi terbaik untuk bercuti, berehat dan menikmati makanan serta boleh menikmati pemandangan indah di sekelilingnya dengan lautan.
Apa yang best, anda dapat menikmati pemandangan indah dari dalam bilik bertaraf premium itu. Sudah pasti hilang penat memandu seketika bila dapat beradu di bilik hotel yang mewah.
Selain menerima layanan yang baik daripada petugas, anda juga boleh santai-santai minum coklat panas di situ.
Bilik Yang Cukup Selesa
Bilik yang ditawarkan kepada pengunjung juga bersesuaian dengan bajet masing-masing termasuk yang bercuti bersama keluarga, untuk berbulan madu dan dapat memenuhi keperluan pengunjung yang datang menghadiri persidangan, mesyuarat dan acara lain.
Ada tiga lokasi menarik untuk menjamu selera khususnya bagi pengunjung yang mahu menghabiskan masa di dalam premis hotel itu sahaja yang mana Axis Lounge selalunya diminati pengunjung untuk bersantai pada waktu malam sambil menikmati hiburan di situ selain terdapat sudut permainan dalaman untuk mengisi masa lapang.
The Food Store pula menawarkan suasana santai untuk berbual sambil menikmati teh tarik, kopi, jus buah-buahan dan pelbagai makanan ringan yang dijual pada harga berpatutan.
Lebih menarik, terdapat juga hidangan untuk minum petang bersama makanan enak dengan pakej tawaran untuk menikmati hidangan menyelerakan bersama.
Makan Kitchen pula bersesuaian untuk mereka yang mahu menikmati hidangan bufet makan malam yang ditawarkan pada hujung minggu dengan masakan secara langsung daripada cef mengikut tempahan.
Makanan Banyak Pilihan
Seperti biasa restoran tersebut juga adalah tumpuan bufet sarapan pagi pengunjung yang menawarkan barisan makanan dan minuman yang menyelerakan bersesuaian untuk semua peringkat umur.
Kalau anda nak kelainan makanan tengahari, ada pakej lauk pauk ikan bakar dan beberapa menu berasaskan makanan laut juga.
Pendek kata, Double Tree by Hilton Penang terkenal kerana persekitarannya yang mesra keluarga dan kanak-kanak pastinya teruja menghabiskan masa di kolam renang. Bagi yang suka bersukan boleh mencuba segala peralatan lengkap yang disediakan di gimnasium.
Mak-mak nak masuk ke spa yang disediakan bagi hilangkan penat pun boleh. Jadi, jomlah mulakan percutian ke Penang pula!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda memang anak jati Kuala Lumpur, sebut sahaja bandaraya ini lokasi menarik yang terbayang dalam fikiran kita untuk terjah seperti kurang rencah. Jika tidak tahu ke mana hendak dituju pasti mati kutu, dan hanya lokasi tumpuan untuk membeli-belah dan makan-makan sahaja yang dijejak. Janganlah macam tu..Kuala Lumpur banyak lokasi baru yang menarik untuk lepak ok.
Adakah anda sedar tentang kewujudan mercu tanda baru di ibu negara menerusi projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life? Dulunya lokasi ini lebih dikenali sebagai tempat pemisah Sungai Klang. Lokasinya berada betul-betul di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, dan berhampiran pula Masjid Jamek. Lokasi ini juga menjadi jolokan sebagai Kolam Biru oleh penduduk tempatan.
River of Life adalah kawasan rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan. Lokasi ini juga turut menjadi tumpuan jurugambar tempatan dan asing untuk merakam foto ketika senja atau malam kerana ia mempunyai panorama yang sangat menarik.
Reka bentuk moden River of Life pastinya memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan dengan dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020. Selain itu, disekeliling lokasi ini dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan terjaga rapi..
Laluan pejalan kaki di sepanjang River Of Life boleh dipuji kerana bersih, mempunyai banyak papan tanda untuk pelancong selain menjadi destinasi terbaik bagi merakam gambar untuk menceritakan tentang banyak bangunan ikonik di Kuala Lumpur.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...