Ini antara pengalaman pergi Lata Lawin di Gerik. Seronok kalau dapat hiking trip di Gunung Alai, Gerik, Perak.
Dihembus angin sepoi-sepoi bahasa, anda boleh bertenang dengan suasana hijau di kawasan ini. Yang penting murah, sesuai anda yang nak bawa anak-anak. Tidak lah perlukan bajet yang besar.
Turun daripada Gunung, boleh mandi-manda di Lata Larwin bagi menghilangkan rasa sakit sendi atau urat selepas hiking.
Parking dekat sini luas dan dikenakan bayaran RM3. Tempat yang sesuai untuk keluarga beriadah kerana kemudahan yang disediakan.
Yang minat bercamping boleh pacak khemah di bawah pondok secara percuma. Keluarga pun boleh berkelah di sini.
Kemudahan tukar pakaian disediakan untuk memudahkan pengunjung mandi selepas berendam dalam air sungai.
Nak merasa berdamai dengan alam semula jadi, datanglah sini ya! Mandi sungai, syok lah waktu musim panas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel Theme Park yang dahulunya dikenali sebagai Hotel Highlands merupakan hotel tertua dibina di Resorts World Genting pada tahun 1970-an. Namanya telah ditukar menjadi Hotel Theme Park selepas taman tema dibina bersebelahan dengannya.
Sejak ia ditutup pada tahun 2013, Hotel Theme Park melalui proses menaik taraf supaya ia boleh membuat kemunculan semula dan memberikan pengalaman baharu kepada para tetamu yang dahagakan keseronokan.
Hotel tersebut kini dikenali sebagai Hotel On The Park bersesuaian dengan Taman Tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dibina bersebelahannya. Ia memiliki rekaan struktur lama, berinspirasi bentuk kotak, berkonsep retro dan bercirikan reka bentuk industri.
Pihak resort berusaha mencari jalan bagi membolehkan lebih ramai tetamu menginap, tanpa melibatkan sebarang perubahan pada struktur hotel dan masih mengekalkan jumlah bilik yang sama iaitu sebanyak 448. Kawasan lobi seluas 8,000 kaki persegi dihiasi dengan tiang replika cawan-cawan teh gergasi. Kerusi gergasi turut disediakan untuk para tetamu duduk ketika menunggu giliran mendaftar masuk.
Tetamu juga berpeluang merasai sendiri pengalaman menakjubkan ketika berada di dalam cermin berilusi mirip cerita klasik Lewis Carrol – Alice In Wonderland. Tetamu pasti tertarik dengan beberapa keping cermin berwarna-warni yang memberikan kesan cahaya spektrum menarik ketika melaluinya.
Bertemakan warna hijau dan bintik polka serta lukisan abstrak telur Easter, tandas awam Hotel On The Park kelihatan lebih menarik dan unik. Tanda arah sekitar kawasan hotel semuanya menggunakan tulisan tangan. Terdapat seni lukisan bergaris dengan pelbagai imej menarik serta karakter kartun di sekitar kawasan hotel.
Bilik tetamu
Koridor yang menghubungkan kedua-dua sayap hotel turut dilukis dengan permainan ting ting bagi membolehkan kanak-kanak bermain dengannya. Limpahan cahaya lampu ilusi berwarna-warni turut menghiasi ruangan koridor. Nombor-nombor bilik pula dicat tangan di atas lantai di hadapan setiap pintu. Sebelum ini setiap bilik hanya boleh memuatkan antara dua hingga tiga orang tetamu pada satu-satu masa. Bagi menampung jumlah tetamu yang dijangka meningkat apabila Taman Tema Twentieth Century Fox World dibuka kelak, pihak Resorts World Genting menggandakan jumlah tetamu yang bakal menginap di dalam satu bilik dengan menjadikan katil sebagai ciri utama.
Kebanyakan bilik dilengkapi katil gaya tatami, gabungan dua katil kelamin yang mampu menampung sehingga empat orang tetamu. Katil bertingkat bersaiz kelamin juga disediakan bagi membolehkan seramai enam tetamu berada di dalam satu bilik. Katil bertingkat direka untuk menempatkan kanak-kanak di bahagian atas supaya membolehkan ibu bapa berehat tanpa gangguan anak-anak.
Bahagian bawah katil bertingkat turut berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Ruang di bahagian ini boleh digunakan untuk menyimpan bagasi. Terdapat juga sebuah peti besi disediakan dalam ruang laci. Pakaian pula boleh digantung pada tombol-tombol disediakan di atas lukisan almari.
Televisyen pula digantung pada dinding dihiasi karya seni membuatkan ia seolah-olah berada di dalam kabinet TV. Bagi menggantikan langsir mahal dan berat, bidai gelap dengan lukisan tangan bercorak berwarna putih digunakan untuk satu karya seni asli pada setiap bilik.
Terdapat juga empat suit berbulan madu disediakan di hotel ini. Ia terletak di bahagian sayap menghadap kawasan lembah Genting yang menawarkan panorama indah hutan gunung semulajadi. Kesemua suit tersebut direka untuk memberikan empat tahap romantis sama ada untuk memikat si gadis, melamar, perkahwinan dan berbulan madu. Kesemuanya memiliki rekaan dekorasi unik, bergaya dan perhiasan tersendiri.
Terdapat sebuah outlet makanan dan minuman pantas yang mesra keluarga disediakan di kawasan lobi iaitu Eatopia. Ia menawarkan beberapa menu menarik termasuk pelbagai pilihan roti, tortilla, pita, pasta, nasi lemak, sushi dan minuman sejuk serta panas.
Ternyata menginap di hotel ini memberi pengalaman baru buat anda sekeluarga ditemani suasana sejuk di tanah tinggi memberi keselesaan yang berpanjangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebanyak 60 spesies haiwan dari dalam dan luar negara antara tarikan kepada pengunjung yang singgah ke Mini Zoo Menara Kuala Lumpur. Bukan semata-mata melihat sahaja tetapi keunikan di sini juga orang ramai boleh bermesra dan memegang haiwan dari beberapa spesies serta memberi makanan yang disediakan.
Berpeluang mengikuti trip dari pihak pengurusan mini zoo ia nyata pengalaman menyeronokkan buat penulis. Sebenarnya ramai yang masih belum tahu adanya mini zoo yang boleh dikunjungi di tengah kota raya selain Zoo Negara.
Buat pengetahuan ramai, haiwan yang di pamerkan di sini adalah dari pelbagai negara dan ada juga baka tempatan. Bukan sahaja anak-anak yang seronok, golongan dewasa pun akan puas hati.
Tidak hanya melihat haiwan tetapi aktiviti yang boleh dilakukan di sini lebih kepada pembelajaran. Di setiap ruang yang menempatkan haiwan akan ada kakitangan yang ditugaskan untuk memberi penerangan.
Menurut Penolong Pengurusnya, Elliey Chong, sejak dibuka 2015, kehadiran pengunjung sangat menggalakkan dan paling ramai kita terima adalah pelancong luar negara.
“Mungkin lokasinya yang bersebelahan dengan Menara KL jadi memudahkan pelancong untuk terus masuk ke sini.
“Istimewanya juga, pihak kita turut mempamerkan monyet putih yang menjadi tarikan utama pengunjung. Spesies monyet putih ini jarang ditemui dan hanya di tempat tertentu sahaja boleh dijumpai.
“Konsep tangkap dan lepas ikan terutama kepada kanak-kanak yang ingin mengembalikan nostalgia di kampung juga disediakan. Mereka diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut,” katanya.
Mesra pengunjung
Bagi memudahkan orang ramai yang datang, pihak pengurusan turut menyediakan kemudahan yang selesa. Antaranya kafe dan kedai barangan cenderamata.
Untuk yang ingin berehat seketika anda boleh memilih kawasan rehat sambil menikmati pemandangan hutan simpan Bukit Nanas. Dengan suasana tenang diiringi bunyi kicauan burung perjalanan yang mengambil masa satu jam di kawasan zoo itu tidak terasa penatnya.
Tidak hanya konsep hutan terbuka, terdapat juga beberapa jenis haiwan yang diletakkan di kawasan tertutup sesuai dengan habitatnya. Jadi pengunjung boleh singgah di kedua-dua tempat ini.
Selain itu, pengunjung yang ingin mengambil gambar dibenarkan berbuat demikian selain khidmat jurufoto yang disediakan. Keterujaan pengunjung pasti berganda apabila dapat melihat sendiri keakraban arnab, sulcata tortoise, aldabra tortoise dan guinea pig dalam satu kawasan sama.
Kebanyakan haiwan di sini konsepnya dilepaskan secara bebas bagi yang tidak berbahaya. Jadi usah terkejut jika melalui kawasan yang haiwannya begitu jinak dan manja dengan pengunjung.
Justeru bagi yang masih tercari-cari tempat sesuai membawa ahli keluarga, lokasi ini antara salah satu tempat menarik selain berpeluang melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari Menara KL.
INFO
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam (Isnin hingga Ahad)
Bayaran masuk:
Dewasa (RM32)
Kanak-kanak (RM27)
Warga emas (RM27)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...