Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
Ads
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
Ads
DA NANG, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
Ads
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai suka bercuti namun setiap orang punya pandangan berbeza mengenai konsep percutian yang dipilih. Ada tak kisah dengan suasana hiruk pikuk, ada mahu bercuti di pantai, mendaki gunung dan lain-lain lagi. Tapi matlamatnya sama, iaitu bercuti.
Bagi yang masih mencari percutian yang mendamaikan, bolehlah buat pilihan ke Sementra Nature Resort yang terletak di Gopeng, Perak.
Terletak di Kampung Ulu Geroh, Ipoh, resort ini menawarkan kedamaian alam semulajadi saat menginap di sini. Malah saat berada di sini, bagaikan berada di alam fantasi kerana pemandangannya sangat indah kerana resort ini terletak di dalam hutan hujan Gopeng serta dikelilingi tasik. Tidak hanya kaya dengan fauna dan floranya, ia juga tempat istirehat bagi yang tidak terkejar-kejar dengan masa.
Menawarkan tiga jenis penginapan Larva, Puupa Semi D Chalet dan Mekar, resort ini menawarkan tiga jenis penginapan berbeza, juga dengan harga berbeza bermula dari RM380 ke atas. Malah reka bentuk setiap penginapan juga amat moden dan minimalis.
Yang ingin datang bercuti dalam jumlah tidak ramai, boleh ambil Larva Chalet yang memberikan pemandangan tasik. Tapi kalau datang beramai-ramai atau keluarga, boleh ambil Puupa Chalet yang mempunyai tiga katil. Namun kalau datang dalam jumlah besar, boleh ambil Mekar Chalet.
Apa boleh buat di sini? Aktiviti yang boleh dibuat termasuklah hiking selain menerokan Gua Tempurung. Bukan itu saja yang suka aktiviti lasak boleh lakukan water rafting selain Waterfall Abseiling. Lebih menarik Rama-Rama Gajah Brooke memenuhi resort ini yang menjadi antara tarikan saat bercuti di sini.
Pulau Jerejak yang terletak di Pulau Pinang dikenali sebagai ‘Alcatraz Malaysia’ kerana ia pernah menempatkan tahanan perang selain banduan suatu ketika dulu. Ada yang menganggap Pulau Jerejak adalah pulau yang menyeramkan kerana pernah dihuni oleh banduan yang dibuang negeri sebelum pusat berkenaan ditutup pada Ogos 1993.
Pulau ini juga pernah dijadikan pangkalan tentera laut British pada 1797 bertujuan melindungi bandar baharu Pulau Pinang, ‘Jamestown’ yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas sebelum dijadikan tempat menyaring pendatang yang datang ke tanah besar.
Tidak hairanlah sebahagian besar ramai yang masih ragu-ragu untuk ke sini meski pun telah digazetkan sebagai destinasi pelancongan. Penduduk tempatan Pulau Pinang juga ramai yang tidak pernah menjejakkan kaki ke destinasi itu meskipun hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot dari jeti di tanah besar.
Nah! Sekarang ini tidak perlu ragu-ragu lagi untuk ke sini, kerana pelbagai tarikan menarik tersedia di sini. Lebih-lebih lagi buat anda yang gemar merakam gambar kreatif atau berswafoto. Port-port ambil gambar seperti berada di luar negara.
Ini, antara individu yang telah menjejakkan kaki di sini. Jom lihat gambar yang dikongsikan mereka.
Tak boleh move on.. Lawa-lawa tempat di Pulau Jerejak Penang ni, port brgambar!
Masa: 6.30 pagi hingga 12malam
Lokasi: Jeti Pulau Jerejak Island Resort, Penang
Harga tiket feri: RM 20 seorang (pergi & balik)
Harga bilik: RM264 hingga RM4++
Dah sampai sini pastikan korang claim tiket feri tu untuk tebus air minuman kat sane. Air yg diberi pilihan hanya sirap ais & teh o ais sahaja (jadila tu basah tekak) Untuk ke sane, pastikan bawa makan, atau bekalan minuman. Harga disana mencekik darah skit woi. Yg penting pastikn bateri telefon korang penuh sebab sini top tempat bergambar lawa-lawa taw.
Naik bot laju di Jeti Pulau Jerejak 10 minit ja lebih kurang sampai sana dah, ada bot terus naik tak perlu tunggu lama-lama (masa nak keluar dari Jambatan Pulau Pinang , ambik lorong kiri, dalam 2/3 minit ada signboard Pulau Jerejak , masuk lorong kiri, jumpa trafficlight tu ambik kanan, lokasi jeti di sebelah kiri) berdekatan Queensbay Mall.
Harga tiket RM20 per person, (pergi dan balik)
Banyak tempat cantik nak bergambar:
Ladder To Heaven
Love Swing
Boleh tengok matahari terbenam, boleh dok sini sampai malam taw..nak bermalam pn boleh ada resort kt sini,kolam pn ada, bot last pukul 11 malam dari Pulau Jerejak ke jeti. Tempat luas , cantik dan menarik, boleh la nk jalan-jalan tu.
Jom cuti-cuti Malaysia Pulau Jerejak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bukan manusia sahaja yang terdedah kepada ancaman COVID-19, haiwan juga tidak terkecuali.
Berita sedih mengenai seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 tular selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.
Kes itu dilapor oleh ketua veterinari zoo tersebut, Paul Calle semalam. Harimau Malaya bernama Nadia berusia 4 tahun itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti COVID-19 daripada manusia.
Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.
“Kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom. Ini kali pertama kami tahu mengenai kes jangkitan manusia ke haiwan dan menjadikan haiwan itu jatuh sakit. Pihak zoo akan kongsikan kajian bersama zoo dan institusi lain dan berharap akan dapat pemahaman yang lebih jelas,” kata Paul.
Walaupun tiga harimau lain dan tiga singa turut mengalami batuk kering, namun hanya Nadia yang menjalani ujian COVID-19 kerana ia mengalami simptom paling teruk dan sudah mula hilang selera makan. Mereka mengelak daripada menguji harimau dan singa lain kerana tidak mahu meletakkan mereka bawah anestesia. Harimau dan singa lain tidak begitu kritikal buat masa ini.
Nadia dijangkiti COVID-19. Mungkin dijangkiti penjaga zoo.
Nadia menjalani ujian X-ray, ultrabunyi dan ujian darah untuk memahami penyakitnya sebelum menjalani ujian COVID-19 apabila melihat kepada situasi parah di bandar New York yang menjadi pusat penularan koronavirus di Amerika Syarikat. Harimau tersebut mula menunjukkan simptom pada 27 Mac. Sehingga kini, Zoo Bronx masih ditutup sejak pertengahan Mac.
Kajian setakat ini bagaimanapun masih tiada bukti menunjukkan COVID-19 boleh berjangkit dari haiwan ke manusia.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...