Airasia.com menjalin kerjasama dengan Turkish Airlines bagi membolehkannya mengembangkan rangkaian penerbangan pan-Asia susulan jangkaan potensi peningkatan semula perjalanan udara antarabangsa.
Kerjasama itu juga membolehkan airasia.com memanfaatkan destinasi Turkish Airlines yang komprehensif dan mempunyai jaringan terbesar di dunia dari segi negara dan titik penerbangan antarabangsa oleh syarikat penerbangan global.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pihaknya mengalu-alukan peluang kerjasama itu termasuk mempromosi Turki sebagai pintu masuk utama ke Eropah apabila sempadan dibuka secara beransur-ansur pada tahun depan.
“Pada hari ini, airasia.com yang menawarkan produk perjalanan dan gaya hidup komprehensif juga merupakan platform terbaik untuk mempromosi tawaran pelancongan oleh Turki dan pasaran Eropah. Kami akan terus bekerjasama secara kreatif dengan pemain industri lain untuk menggalakkan permintaan perjalanan dan melengkapkan lagi tawaran produk kami untuk keperluan perjalanan dan gaya hidup dalam satu platform,” katanya.
Ads
Ads
Menerusi usaha memanfaatkan teknologi bersepadunya, airasia.com kini dapat menggabungkan inventori penerbangan Turkish Airlines dan penerbangan AirAsia serta menawarkan diskaun hebat.
Airasia berkata kerjasama itu dijangka dapat menghasilkan sinergi antara kedua-dua belah pihak melalui promosi destinasi secara bersama dengan matlamat untuk memanfaatkan pembukaan sekatan perjalanan antarabangsa akan datang. Para pelancong dan pengembara juga boleh menikmati kemudahan dan nilai hebat yang ditawarkan di seluruh ekosistem airasia.com seperti penerbangan, hotel dan aktiviti.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang bermula Julai ini.
Kerajaan Pulau Pinang akan mengetepikan caj hotel selama enam bulan berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember 2020, selaras dengan kebenaran merentas negeri.
Ia adalah usaha Pulau Pinang untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang.
Pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun. Pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.
Tak pernah saya bayangkan, ada juga manusia yang sanggup buat atau cipta perkara-perkara semacam ni. Tapi ya! Memang ada!
Eskalator paling pendek di dunia! Atau paling rendah, gunakan istilah yang mana sesuai dengan kehendak anda. Tapi yang penting, eskalator ini wujud dalam satu pusat membeli-belah di Jepun.
Eskalator ini berukuran 83.4 sentimeter dan berada di salah satu pusat membeli-belah di Kawasaki, Jepun. Saya berpendapat, mungkin eskalator ini dibina untuk kegunaan orang kelainan upaya di sana, memudahkan mereka untuk turun naik tangga yang hanya lima langkah di sebelahnya.
Apa pula pendapat anda? Nanti kongsikan bersama saya di ruangan komen Majalah Libur.
Walau apa pun, anda jangan terkejut yang eskalator ini pernah mendapat pengiktirafan Guiness Book of Records pada tahun 1991!
Jadi kalau anda travel ke Jepun, cuba tangkap gambar di mana lokasi eskalator ini berada. Boleh dijadikan kenangan dan bukti anda dah sampai ke Kawasaki, Jepun!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Minggu lalu, Malaysia telah menyekat kemasukan pemegang pas lawatan jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di negara berkenaan.
Terkini, kerajaan Malaysia tidak membenarkan pemegang pas lawatan jangka panjang dari 23 negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia berkuat kuasa serta merta.
Menurut senarai yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dalam hantaran di laman Facebook rasminya, negara terbabit ialah:
Amerika Syarikat
Brazil
India
Rusia
Peru
Colombia
Afrika Selatan
Mexico
Sepanyol
Argentina
Chile.
Iran
United Kingdom
Bangladesh
Arab Saudi
Pakistan
Perancis
Turki
Itali
Jerman
Iraq
Filipina
Indonesia
Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen. Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun pengecualian hanya diberikan bagi kes kecemasan atau urusan berkaitan hubungan dua negara, namun ia perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen.
image via google | pexels.com | sumber: bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...