Pemilihan kasut sangat penting ketika hiking, pilih tapak kasut yang memang khusus untuk anti-licin dan berpemukaan untuk grip setiap langkah anda.
Pemilihan baju juga memainkan peranan penting ketika mendaki. Elakan memilih baju seperti cotton dan beraltitude tinggi kerana ia tidak menyerap peluh. Sebaiknya guna baju khas untuk hiking
yang ada ciri compression yang bagus.Sebelum pergi hiking, periksa dahulu ramalan cuaca semalam, ini kerana ia akan menentukan perjalanan anda dan track sebenar anda. Jika hujan, mungkin akan becak, berlumpur dan licin. Jadi anda bersedia mental dan fizikal untuk mendaki.
Untuk mengelakkan otot menjadi kejang, sebelum memulakan pendakian anda dinasihatkan melakukan senaman sekurang-kurangnya 10-15 minit.
Elakan makan nasi lemak dan benda berat kerana bimbang anda akan pancit nanti. Sediakan makanan seperti energy bar dan air isotonik untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh.
Ketika anda ingin bergambar di puncak atau sebagainya, jangan lupa untuk pentingkan aspek keselamatan.
Bila memulakan perjalanan, jangan lupa untuk membaca sebarang surah atau Bismillah serta berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Malah harus diingat ya ketika di dalam hutan kamu perlu menjaga adab percakapan jangan celupar, takbur dan riak.
Terakhir, anda digalakkan sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu pentingkan masa untuk sempai ke puncak dengan segara sehingga mengabaikan aspek mental.