
Bukan saja terkenal dengan bunga Sakura yang sedang berbunga lebat ini kala ini, Jepun sememangnya sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Dengan sisi bangunan pencakar langit hinggalah ke keindahan alam semulajadinya, Jepun antara destinasi pelancongan popular bagi rakyat negara ini.
Jika Mac dipenuhi dengan bunga Sakura, memasuki bulan April pula Jepun terkenal dengan Snow Wall setinggi 20 meter yang diukir sepenuhnya dengan tangan.
Perkongsian dari Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit berkongsi kisah menarik mengenai Snow Wall setinggi 20 meter ini.
Tateyama-Kurobe Snow Wall, atau dikenali sebagai “Yuki-no-Otani” sebenarnya adalah dinding salji yang boleh mencecah ketinggian 20m.
Tinggi kan?
Tapi benda ni tak hairan pun sebab Yuki-no-Otani ni pun terletak kat atas dekat Gunung Tateyama (2450m dari paras laut) di mana kawasan ni terima antara paling banyak salji di dunia.
Yuki-no-Otani ni panjang dia lebih kurang 500m. Menariknya, dinding salji ni sebenarnya man-made (buatan manusia). Diorang ambil salji dari kawasan sekitar dan kumpulkan kat situ kemudian ukir jadikan dinding tu.
Memang gigih la nak ukir salji tinggi 20m sebenarnya dan benda ni diorang buat setiap tahun. Sebab bila habis musim, dinding ni memang akan cair. Saljikan.
Jadi kalau berminat nak datang sini, waktu paling baik nak tengok snow wall tinggi 20m ni adalah pada tengah bulan April – tengah Jun. Sumber : Zunita Ramli
.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rupanya 10 Tip Geng Travel Kena Hadam, Supaya Percutian Jadi Lebih ‘Happening’

Memang seronok jika dapat mengembara ke seluruh dunia. Sambil melawat tempat orang dapat kutip pengalaman berharga.
Namun setiap kali mahu travel, kita juga perlu isi ilmu di dada dan pastikan beberapa perkara sebelum memulakan pengembaraan.
Perkongsian di laman sosial Facebook Detektif Kembara melalui page Travel Budget & Backpacker Malaysia Buddies memberitahu pengajaran berguna yang boleh kita jadikan panduan setiap kali pergi travel.
Tidak kiralah dalam beberapa perkara kecil hinggalah besar. Ini kerana kita tidak mahu ia boleh merosakkan mood percutian itu nanti.
My Travel Lessons
Memang bersyukur bila dapat mengembara ke merata rata tempat di seluruh dunia. Daripada satu pengembaraan ke pengembaraan yang lain kita belajar. Kalau nak senaraikan semua rasanya too many:
1) Right attire: pemakaian sangatlah penting terutama ke negara yang cuacanya sentiasa berubah ubah. Kita selalu fokus dekat baju & seluar sampai terlupa kasut. Kasut yang selesa amatlah penting untuk elakkan terseliuh, dapat blister dan sebagainya.
2) Check weather: double check weather forecast 1-2 days sebelum departure. Check terlalu awal mungkin tidak accurate. Bila sudah sampai check setiap hari sebelum mulakan perjalanan.
3) Choose the right destination & flight: pilihlah tempat yang sesuai dengan cara kita travel. Orang pergi India,kita nak pegi. Orang pergi Nepal kita nak pergi. Orang pergi Iceland kita nak pergi. Kalau kita travel banyak guna public transport, light,cheap hostel,nak attraction free, memang tak sesuai ke negara negara yang cost of livingnya mahal. Lagi satu about flight ticket. Survey betul betul guna search engine yang ada. Kalau beza kurang RM100 lebih baik book direct dgn Airline. Dah banyak kes book dengan search engine ini macam-macam masalah. Kalau dpt murah rm500 okaylah dengan headache dan risk yang ada.
4) Bawak Makanan: pack some light food yang boleh makan atau alas perut di mana mana seperti energy bars,peanuts, roti,biskut, instant ready to serve meal. Buat macam ini akan bantu kurangkan unnecessary cost seperti nak beli jajan dan sebagainya. Kalau sehari spend beli jajan RM50 kat luar negara sepuluh hari dah RM500. Kadang kadang variable cost macam ini kita tak perasan.
5) Plan route betul betul: Selalu bila nampak tiket murah kita terus grab tiket return. Kalau pergi negara kepulauan mcm NZ okaylah. Tapi kalau nak cover banyak negara mungkin lebih praktikal dan time efficient kalau book one way ticket. Kalau beza sedikit sangat tak payah berkira
6) Pilih tempat duduk yang strategik: Bila booking tempat duduk utamakan lokasi. Memanglah harga itu kritikal tapi kita bukan nak tempat yang sangat selesa sampai tidur lena nak bangun pun susah. Kita tengah travel bukan tengah duduk rumah. Kalau banyak brgntung pada public transport duduklah tempat dalam bandar. Masa yang dijimatkan berbanding kos yang lebih sedikit amatlah berbaloi.
7) Duit: Kalau boleh tak perlu bawak banyak cash. Gunakan kad kredit atau debit lebih selamat dan praktikal. Baca mengenai tempat yang nak dituju sama ada lebih baik cashless atau bawa cash. Lebih banyak cash kita bawak lebih tinggi risiko kita.
8) Gajet: Sekiranya tiada keperluan janganlah bawak terlalu banyak gajet. Handphone 2, kamera 2, Dji, Drone, Tripod, Laptop,tablet, itu menambahkan berat bagasi dan juga membataskan pergerakan. Bawak 2 telefon kalau risau berlaku kecemasan dan sebaginya sudah cukup. Sekarang banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk fine tune gambar.
9) Time & Activity: Ini antara paling kritikal yang ramai miscalculated. Itinerari masa spring janganlah digunakan kalau travel masa winter. Pergi Northern Europe pukul 2 pm sudah gelap. Kalau masa summer above artic circle tak gelap-gelap langsung. Selain itu, bagi extra masa in case ada delay flite,baggage, immigration dan lain-lain. Kalau sampai petang atau malam di tempat penginapan cukupla buat aktiviti yang light sahaja.
10) Bergambar: ini berkait dengan no 9. Pergi tiap-tiap tempat especially kalau pergi ramai kena buat jadual yang teliti dan terangkan jadual betul-betul. Dan yang ikut pegi rombongan hormatilah masa dan semua rakan rakan yang dalam trip itu.
Owh lupa, No 11) Jangan kedekut ilmu sebagai traveller. Lagi banyak kita kongsi inshaAllah lagi banyak ilmu kita dapat. Sedih juga tengak ada org kenakan charge untuk share booking platform yngg murah seperti hostel. com,agoda, trip. com dan sebagainya…..siap buat class lagi..benda itu satu sen pun tak ada…janganlah berkira sangat atas rezeki yang Allah dah bagi kat kita ini. Doakan kami dapat terus mengembara dan berkongsi pengalaman dengan semua.
Artikel Berkaitan:
Nak Stay Di Kundasang? Ini Info 58 Penginapan Resort, Homestay & Hostel Untuk Korang Pilih
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 FAKTA MOTO GP

Hampir 1 liter peluh semasa 45minit berlumba
Lebih-lebih lagi di Litar Sepang dalam keadaan panas. Suhu sekeliling sekitar 36 celcius manakala suhu litar mampu cecah hingga 50 celcius. Berat pelumba juga turun sekitar 1-2kg sekali perlumbaan.
Purata kelajuan 350kmj semasa berlumba
Kelajuan maksima sebuah motor MotoGp lebih kurang 350kmj. Kelajuan purata semasa memasuki corner sekitar 161kmj.
250 kuasa kuda
Kuasa sangat tinggi. Lebih laju dari kebanyakan kereta. 0-100kmj dalam masa 2.6saat. Lebih pantas pecutan awal berbanding F1. Memang perlu jadi pro untuk tunggang jentera ni.
Berat hanya sekitar 160kg
Dengan power- to- weight ratio yang tinggi, menjadikan jentera ini sangat berkuasa. Namun berat apabila memecut menjadi lebih kerana G-Force; maka setiap pelumba perlu latihan intensif di gym, berlari, motocross, supermoto, berbasikal, berlari, berenang dan lain-lain.
Hanya tujuh enjin dibekalkan pengeluar kepada satu pasukan
Enjin ini dikunci dan tidak boleh dibuka oleh mekanik pasukan sehingga ia diperlu guna pakai.
Sentuhan permukaan tayar sangat minima semasa corner
Masa ni, sentuhan tayar ke trek hanya sebesar kad kredit sahaja. Harga satu tayar RM5000.
Kulit kangaroo
Suit pelumba dibuat dari kulit kangaroo yang lebih fleksibel dan hanya setebal 1.2-1.4mm. Thermo plastic bahagian diguna pada pad lutut, siku dan bahu. Dibelakang pula ada macam bonggol, bahagian air minuman.
Sistem air bag
Setiap suit ada sistem air bag di bahagian atas badan yang akan mengembang automatik 4-5 cm apabila kemalangan.
Padat dengan komputer
Lebih 500 saluran perolehan data pada motor. Semua dikawal ECU. Boleh rekod masa pusingan, gear, suhu enjin, tayar dan lain-lain.
Berbasikal
foto: naikmotor.com
Ramai pelumba kekal fit dengan berbasikal dan kekal dalam keadaan terbaik.
Pelumba perlu lupakan kemalangan
Kemalangan semasa berlumba boleh jadi ngeri, namun mereka dilatih supaya lupakan dan kawal emosi dan terus fokus pada perlumbaan seterusnya.
Valentino Rossi tidak menang sebarang gelaran Juara Dunia sejak 2009
Menang tujuh kali gelaran dunia memang paling banyak setakat ini. Namun sejak 2009, tidak pernah menang. Paling hampir pada 2016 di tempat kedua. Kini Rossi berumur 38 tahun, pelumba paling tua dalam MotoGp.
Pelumba Sepanyol menang gelaran dunia sejak lima tahun lalu
Sejak 2012 hingga 2016, Marc Marquez dan Jorge lorenzo dari Sepanyol mengungguli gelaran juara dunia.
Pengeluar jentera dari Jepun menang semua gelaran sejak 1974
Yamaha, Honda, dan Suzuki banyak memenangi gelaran pengeluar. Hanya 2007 menyaksikan Ducati menang gelaran dunia dengan Casey Stoner. 42 gelaran pengeluar dimenangi oleh pembuat dari Jepun.
Lean Angle
Ketika corner, pelumba akan merendahkan badan dan motor sehingga 64 darjah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Caj Perantauan Tidak Munasabah: Enam Tip Kurangkan Caj Perantauan Antarabangsa

Isi Kandungan
TogglePerkongsian artikel ini adalah daripada Consumer Forum Of Malaysia (CFM), sebuah persatuan yang mewakili semua pihak yang berkaitan, termasuk pihak yang terbabit dengan “bekalan dan permintaan” dalam industri komunikasi dan multimedia di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Bayangkan, anda sedang menikmati percutian anda dengan tenang. Perjalanan penerbangan anda ke lokasi percutian lancar. Servis hotel sangat memuaskan. Makanan amat menyelerakan dan tempat-tempat dilawati sangat menarik.
Tiada yang mengganggu fikiran untuk memuat naik gambar percutian di Instagram dan berkongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan di Facebook. Dalam perjalanan ke tempat menarik anda tersesat jalan.
Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana anda boleh gunakan Google Maps pada telefon pintar anda. Ketika bersantai, anda melayari YouTube untuk menghilangkan kebosanan.
Balik dari percutian, anda menerima kejutan. Bil telefon anda melambung tinggi ketika penggunaannya semasa bercuti di luar negara.
Bil telefon lagi tinggi daripada bil shopping
Kosnya lebih tinggi berbanding kos anda membeli belah! Perkara itu yang kerap berlaku kepada ramai pengguna iaitu caj perantauan yang memeranjatkan.
Caj perantauan dikenakan apabila anda membuat panggilan, menghantar SMS dan data ketika berada di luar negara. Dalam situasi ini, mungkin ramai yang masih menganggap syarikat telekomunikasi telefon mudah alih anda mempunyai perjanjian dengan syarikat telekomunikasi luar negara yang akan menukar rangkaian secara automatik untuk mengakses internet dan membuat panggilan tetapi dalam masa yang sama caj yang dikenakan sama seperti syarikat telekomunikasi tempatan. Walhal, bil sudah melambung tinggi.
Langkah yang paling bijak untuk mengelak perkara ini berlaku ialah dengan mematikan tetapan data perantauan pada telefon anda. Cara itu adalah yang paling tepat untuk anda menikmati percutian tanpa memikirkan kos lain selepas pulang bercuti.
Untuk mengelak bil telefon anda mencecah ratusan atau ribuan ringgit semasa bercuti di luar negara, ikuti beberapa tip yang diberi daripada pengembara berpengalaman:
Dapatkan kad sim tempatan
Sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang, dapatkan kad SIM penyedia perkhidmatan tempatan di negara berkenaan dengan pakej yang bersesuaian dengan anda. Kebanyakan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej unik kepada pelancong.
Anda boleh mendapatkan kad SIM di kedai-kedai yang terdapat di balai ketibaan lapangan terbang atau di kedai-kedai serbaneka negara tersebut. Penggunaan kad SIM tempatan lebih menjimatkan kerana anda akan dikenakan kadar caj tempatan.
Menggunakan telefon pintar yang boleh memuatkan dua kad SIM adalah sangat efektif pada waktu itu kerana anda boleh menggunakan kedua-dua kad SIM pada satu peranti.
Fahami kadar
Jika anda tidak mempunyai terma khusus dengan syarikat telekomunikasi anda tentang kadar tetap perantauan antarabangsa atau pakej data perantauan tidak terhad, anda perlu memantau dan mematikan tetapan data perantauan pada telefon mudah alih anda buat sementara waktu.
Namun, anda boleh dikenakan caj dan mungkin bil telefon anda boleh mencecah jumlah yang tinggi walaupun anda tidak mengakses internet, membuat panggilan dan menghantar pesanan. Ia bergantung kepada terma syarikat telekomunikasi anda.
Tidak menjawab panggilan ketika anda di luar negara juga boleh dikenakan cak kerana ia akan dihantar ke negara asal sebagai peti mel suara. Beberapa syarikat telekomunikasi juga akan mengenakan bayaran walaupun anda menjawab panggilan masuk.
Untuk mengelak dikenakan bayaran walaupun dalam jumlah yang sikit, anda boleh menghentikan perkhidmatan peti mel suara dengan memaklumkan syarikat telekomunikasi anda.
BERBUAL SECARA PERCUMA
Jika anda perlu mengakses internet, gunakan servis WiFi percuma di café atau restoran sambil menikmati hidangan atau secawan kopi.
Ada hotel yang menyediakan WiFi percuma di ruang legar hotel. Anda boleh berbual secara percuma menerusi pelbagai aplikasi media sosial. Anda boleh membuat panggilan menerusi Skype.
Aplikasi WeChat pula boleh digunakan untuk berbual gaya ala walkie-talkie dan panggilan video percuma. Aplikasi WhatsApp yang digunakan ramai pengguna pada masa ini juga mempunyai servis sembang suara.
Cuba cari tempat yang mempunyai servis WiFi percuma di lokasi percutian anda.
NYAHAKTIF DATA ATURAN APLIKASI
Sesetengah aplikasi mengemaskini secara automatic menggunakan data telefon mudah alih anda dan caj akan dikenakan. Langkah terbaik ialah dengan menyekat penggunaan data anda.
ANDROID
Bagi peranti yang menggunakan Android, klik pada Aturan > Penggunaan Data. Anda boleh melihat jumlah data aplikasi yang digunakan dan boleh mengehadkan data untuk kemas kini bagi setiap aplikasi. Untuk selaraskan pilihan anda, klik Aturan > Akaun. Anda boleh melihat aplikasi yang diselaraskan dan boleh menghentikan penyelarasan tersebut kerana ia akan menggunakan data telefon anda.
iOS
Bagi peranti menggunakan iOS 7, hanya beberapa aplikasi yang melakukan kemas kini. Untuk semua peranti menggunakan iOS sehingga iOS 7, semua aplikasi boleh dimuat semula dan dikemas kini walaupun tidak digunakan. Untuk menyahaktifkan data Latar Belakang App Muat Semula (Background App Refresh), klik Aturan > Umum > Latar Belakang App Muat Semula (Settings > General > Background App Refersh). Anda boleh menghentikan semua aktiviti Latar Belakang App Muat Semula atau aplikasi terpilih sahaja.
MUAT TURUN APLIKASI PETA LUAR TALIAN
Muat turun peta lokasi yang anda rancang untuk lawati sebelum percutian anda. Cara itu lebih jimat kerana anda tidak perlu menggunakan data telefon untuk mencari arah lokasi atas talian.
Beberapa aplikasi peta luar talian secara percuma boleh dimuat turun. Anda juga boleh menggunakan Google Maps untuk menyimpan peta lokasi tertentu. Untuk menyimpan peta kawasan tersebut, anda perlu zum masuk ke kawasan yang dicari, buka tingkap carian di dalam Google Maps dan taip OK maps untuk menyimpan peta tersebut.
PANTAU PENGGUNAAN DATA
Jika anda menggunakan data ketika anda di luar negara, setiap kilobait tunggal akan dikenakan caj melainkan anda melanggan pakej data perantau tanpa had. Anda harus pastikan penggunaan data anda tidak melebihi had.
Untuk memantau penggunaan data anda, muat turun aplikasi seperti 3G Watchdog (bit.ly/1m5YfdB) untuk Android dan Data Usage (bit.lyXqcWCJ) untuk iOS. Kedua-dua aplikasi ini dapat membantu anda untuk memantau dan mengehadkan penggunaan data bagi setiap aplikasi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI