as (2)

Semua orang tahu Alaska negeri paling utara di Amerika Syarikat terkenal dengan suhu sejuk di bawah paras beku, pemandangan gunung Alp bersalji dan pemandangan Aurora ketika malam. Tahap kesejukan Alaska jelas dapat dilihat apabila air tasik dan air tepian pantai beku dan boleh menjadi laluan kenderaan juga penduduk tempatan bermain papan luncur.
Penutup 2019 Yang Merisaukan: Alaska Semakin Mencair – Pakar Klimatologi

Namun ada berita mendukakan penghujung tahun 2019 ini, apabila Alaska dikatakan telah merekodkan suhu tinggi purata paling panas selepas setahun berdepan dengan cuaca ekstrem yang berubah-ubah. Zon di pesisiran barat Amerika Syarikat dan di sebelah Selat Bering itu telahpun berdepan musim panas yang teruk hinggalah boleh terjadi insiden kebakaran hutan yang dahsyat. Tidak ketinggalan isu kehilangan dataran ais di laut hinggalah hujan lebat pada musim sejuk sedangkan sebelum ini cuma mendapat salji.
Penutup 2019 Yang Merisaukan: Alaska Semakin Mencair – Pakar Klimatologi

Penutup 2019 Yang Merisaukan: Alaska Semakin Mencair – Pakar Klimatologi

Hidupan liar juga menderita akibat cuaca yang huru-hara. Burung-burung laut mati dalam jumlah yang banyak manakala mamalia marin juga tidak lagi hidup dengan selesa. Saintis percaya semua ini terjadi akibat daripada corak pemanasan berterusan. Alaska yang berdekatan dengan Artik menerima impak melampau berikutan kenaikan suhu dua kali ganda kadarnya berbanding keseluruhan planet Bumi, menurut para penyelidik.
Penutup 2019 Yang Merisaukan: Alaska Semakin Mencair – Pakar Klimatologi

Penutup 2019 Yang Merisaukan: Alaska Semakin Mencair – Pakar Klimatologi

"Walaupun dengan kehadiran cuaca sejuk secara tiba-tiba baru-baru ini, saya tidak dapat nafikan tahun 2019 tetap menjadi tahun yang paling panas dalam rekod,” ujar pakar klimatologi University of Alaska, Brian Brettschneider.

IKLAN

Info

IKLAN
IKLAN
  • Tahun paling panas Alaska adalah pada 2016, apabila suhu purata tahunan mencatatkan lebih daripada 0 Celsius. Itu adalah kali pertama suhu sudah tidak lagi berada di paras beku.
  • Pencairan pada musim bunga menyaksikan kesan pada sungai-sungai utama berlaku lebih awal daripada biasa, dan lapisan paling atas permafrost di Semenanjung Seward tidak lagi membeku sepanjang tahun.
  • Suhu musum panas sudah meningkat menjadi 32 darjah Celsius atau lebih di beberapa kawasan termasuk Anchorage, yang sudahpun dalam kemarau teruk. Kebakaran hutan memusnahkan kediaman, memaksa pemindahan dan mencemarkan udara selama berminggu-minggu.
  • Suhu laut yang meningkat pula membuatkan algae bertoksik membiak pantas di Laut Ahukchi di Artik.
  • Kehilangan bongkah dan dataran ais membuatkan permukaan laut menyerap lebih banyak suhu panas, mencetuskan kitaran termodinamik yang mengakibatkan siri kesan perubahan iklim di seluruh dunia.
  • Laut Bering menunjukkan isyarat jelas apabila populasi ikan ketara berkurangan dan bangkai-bangkai burung laut mencemari pantai.
Penutup 2019 Yang Merisaukan: Alaska Semakin Mencair – Pakar Klimatologi
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI