Kecoh sebelum ini apabila netizen memperkatakan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkemungkinan akan ditukarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang.
Penukaran nama itu susulan penularan dokumen yang memaparkan isu dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim bagi penjenamaan semula nama KLIA. Menerusi dokumen itu, penjenamaan itu supaya mencerminkan lokaliti lapangan terbang tersebut yang terletak di daerah Sepang.
Ads
Keperluan ini adalah seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa di luar negara yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan tersebut. Sehubungan itu, cadangan nama yang dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (Sepang International Airport).Dokumen itu turut memaparkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.
Ads
Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor. Lapangan terbang antarabanga yang terkenal sering menggunakan lokaliti sebagai namanya, contohnya adalah Narita atau Haneda di Tokyo, Incheon di Seoul, Suvarnabhuni di Bangkok, Baiyun di Guangzhou, Pudong di Shanghai, Schipol di Amsterdam dan sebagainya.
Namun, sebenarnya belum ada keputusan muktamad berhubung cadangan penjenamaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada nama baru Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA). Isu ini cuma pernah disebutkan dalam MMKN (Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri), setakat ini tiada apa-apa yang telah diputuskan.
Ads
Kalau dilihat pada komen-komen netizen, rata-rata tidak bersetuju dengan penukaran nama tersebut kerana melibatkan kos yang tinggi untuk penjenamaan semula.
Istimewa buat pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Johor, kini anda boleh menikmati kemudahan parkir secara percuma mulai 12 tengah hari hingga 2 petang dan dari 6 petang hingga 8 malam sepanjang minggu, sehingga 31 Julai, 2020.
Menurut pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), tawaran tersebut adalah sebahagian usaha untuk menarik pengunjung tempatan serta membantu perniagaan peruncit dan pengendali makanan dan minuman yang menghadapi tempoh kelembapan sejak beberapa bulan lepas. Menerusi usaha itu, pihaknya berharap dapat menggalakkan lebih banyak permintaan terhadap perniagaan runcit serta makanan dan minuman di LTAS sementara jumlah penumpang mulai meningkat.
Pengunjung layak mendapatkan kemudahan parkir secara percuma itu menerusi sebarang pembelian tanpa nilai minimum dari mana-mana peruncit atau kedai makanan dan minuman di LTAS. Pengunjung boleh mengesahkan tiket parkir dengan mengemukakan resit sebagai bukti pembelian di Kaunter Informasi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai .
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kini menempatkan 24 jenama runcit serta 16 kedai makanan dan minuman citarasa tempatan dan antarabangsa sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah, makan dan minum yang selesa untuk para penumpang dan masyarakat setempat.
Setiap pengunjung yang datang ke sini wajib mendaftar bagi tujuan penjejakan kontak melalui imbasan kod QR, memakai penutup hidung dan mulut serta pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki lapangan terbang.
Sebanyak 150 kartun unik bertemakan ‘Cintai Warisan Kita’ hasil karya pelukis dari pelbagai negara dipamerkan di Pameran Kartun Antarabangsa Malaysia 2020 yang sedang berlangsung di Balai Seni Lukis Kelantan.
Kartun yang dipamerkan itu merupakan karya terpilih daripada 400 karya yang dihantar oleh kartunis dari 44 negara dalam pertandingan menerusi laman web sebelum ini. Karya seni kartun dilihat mampu menaikkan imej Kelantan di mata dunia apabila kartunis dapat menterjemahkan warisan dan budaya negeri itu dengan unik selain menepati hasrat kerajaan negeri dalam memelihara warisan dan budaya Kelantan.
Setiap peserta mengirim penyertaan melalui laman web pertandingan, dan para pemenang sudah diputuskan oleh juri pada Julai lepas. Daripada jumlah itu hanya 150 karya yang dipilih untuk dipamerkan di Balai Seni Kelantan sehingga akhir bulan ini.
Tempat pertama dimenangi oleh peserta dari Indonesia Iaitu Jilet Kustana, 53, peserta kedua dari China iaitu Liang Weichi, 46, dan tempat ketiga dimenangi oleh Makhmudjon Eshonqulov, 62, dari Uzbekistan.
Jika berkelapangan, ambil masa untuk melawat dan melihat sendiri hasil kreatif ini. Pameran ini sedang berlangsung dari 1 Ogos sehingga 30 September 2020. Program pameran ini merupakan hasil usahasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Balai Kartun Rossem.
image via FB Balai Seni Lukis Kelantan | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Salah satu sebab orang nak travel ni adalah kerana makan. Makan dan minum. Terbukti dalam kajian yang orang – lagi-lagi rakyat Malaysia ni memang travel untuk makan.
Kalau satu-satu tempat tu ada makanan yang sedap, confirm! Confirm beratur nak pergi makan.Tapi dalam sedar tak sedar, hasil makanan atau minuman di negara kita ni pun pernah dinobatkan antara yang terbaik di dunia.
Betul, tak kan lah Libur nak membongak pula kan?Kalau tak percaya, anda boleh teruskan bacaan ni. Tak payah Google, Libur sendiri ceritakan kepada anda apakah minuman yang pernah diiktiraf sebagai minuman terbaik dunia tu.
Menurut CNN Travel, terdapat 50 minuman yang tersenarai antara minuman paling sedap di dunia, dan salah satu daripadanya ialah minuman daripada Malaysia.
Berada dikedudukan ke-6 daripada 50 minuman paling sedap, air mata kucing menjadi pilihan dunia sebagai minuman paling sedap untuk diminum.
Buah mata kucing, atau nama saintifiknya Euphoria malaiense, mempunyai nama sedemikian kerana buahnya seakan-akan mata kucing. Buah mata kucing mempunyai saiz sedikit dan ada juga memanggil ia sebagai buah longan.Pokok mata kucing dikatakan mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah.
Disebabkan kandungan antioksidan buah ini sangat tinggi, ia dikatakan sesuai bagi wanita hamil dan bijinya juga dikatakan boleh mengubati gigitan ular.Daripada 50 senarai minuman tersedap di dunia ini, tempat pertama adalah milik air kosong. Ya, air kosong berada ditempat teratas dan pertama dalam 50 senarai minuman paling sedap di dunia.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...