
Isi Kandungan
ToggleSiapa yang ada bela haiwan kesayangan macam kucing di rumah mesti, risaukan nak keluar bercuti lama-lama? Risau takut nanti kucing tu nak makan apa, kucing tu boring ke tak, selamat ke kucing tu dan macam-macam lagi.
Kalau anda nak tahu, itu semua adalah separation anxiety dissorder (SAD) – anda tak boleh nak berpisah dengan sesuatu yang anda sayang dan dalam konteks cerita ini, haiwan kesayangan. Kalau berpisah, lagi-lagi untuk jarak waktu yang lama, anda akan mula resah, gelisah.
Bila dah resah, gelisah dan bermacam-macam lagi hal yang timbul dalam kepala otak tu, macam mana nak enjoy percutian kan? Anda bercuti nak enjoy, bukan nak fikir masalah dekat rumah. Tinggalkan semua benda dekat rumah, fokus dengan trip anda dan have fun.
Jadi, Libur nak share kepada pembaca especially yang bela haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, macam mana nak tinggalkan haiwan kesayangan anda dengan selamat dan anda boleh menikmati saat-saat indah matahari terbenam di ufuk pantai dengan tenang.
Tinggalkan haiwan kesayangan anda kepada pet hotel
Hubungi mana-mana pet hotel yang available untuk jaga haiwan kesayangan anda sepanjang masa ketiadaan anda di rumah. Pet hotel ni profesional dalam hal-hal menjaga haiwan kesayangan ni. Makan minum dia terjaga, mandi dia ada orang uruskan dan anda pun tak pening kepala nak memikirkan pasal haiwan kesayangan anda tu. Dalam pet hotel ada ruang tempat untuk haiwan anda bermain dan sebagainya. Tapi kekurangan bila anda hantar haiwan kesayangan ke pet hotel adalah kosnya. Siap sediakan wang secukupnya untuk bayar bil pet hotel bila anda dah balik daripada bercuti nanti.
Tinggalkan haiwan kesayangan anda pada keluarga atau kawan-kawan
Anda juga boleh tinggalkan haiwan kesayangan anda tu pada family members atau kawan-kawan anda untuk sementara sehingga anda balik daripada bercuti. Tinggalkan pada family members atau kawan-kawan ni mudah tapi mereka ni bukan profesional dalam bab-bab menjaga haiwan ni dan of course mereka pun ada hal lain yang perlu diuruskan seharian. So mungkin haiwan kesayangan anda tidak mendapat perhatian sepenuhnya compared to pet hotel. Kelebihannya, anda tak adalah perlu keluarkan belanja yang besar, cukup bawa bekal makanan haiwan kesayangan anda itu dari rumah dan tinggalkan di rumah family members atau kawan-kawan anda tadi.
Kalau nak tinggal dekat rumah juga, pakai food dispenser
Itu antara dua pilihan yang ada tapi Libur terfikir satu cara lagi kalau anda tak nak tinggalkan haiwan kesayangan anda di pet hotel atau di rumah family members atau kawan-kawan. Ideanya adalah pakai food dispenser dan set kan timing makan haiwan kesayangan anda siap-siap mengikut kesesuaian.
Jadi bila tiba waktu makan, haiwan kesayangan anda boleh makan tepat pada waktunya. Cuma.. Standby bekas najis siap-siap untuk haiwan kesayangan anda membuang. Ada banyak petua daripada geng-geng pencinta kucing tapi yang terbaik kalau kita dapat train haiwan kesayangan kita cara-cara untuk membuang najis supaya taklah bersepah-sepah bila kita balik nanti. Haha.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip 15 Hari Ke Utara Pakistan Famili Ini Macam Dalam Lukisan

Terpegun sebentar melihat foto kenangan percutian keluarga bahagia ini ketika di Utara Pakistan baru-baru ini. Terlalu indah destinasi ciptaan Tuhan bak dalam sebuah lukisan fantasi.
Panduan dan itinerari percutian indah keluarga ini dikongsikan di facebook Shazlyn Milleana dan mendapat perkongsian hampir tiga ribu orang.
Sedikit panduan untuk sesiapa yang ingin ke North Pakistan
1) Flight : Banyak airline yang boleh direct to Kl-Pakistan. Flight yang saya gunakan utk trip ini Thai airways dan transit di Bangkok.
2) Airport: Boleh pilih untuk turun di airport Lahore atau Islamabad. Tapi untuk lebih mudah ke North Pakistan, boleh pilih untuk turun di Islamabad. Saya turun di Lahore
3) Visa: Visa boleh dimohon secara online, https://visa.nadra.gov.pk/e-visa/newVisaApplication. Untuk rakyat Malaysia, Pakistan menawarkan dua jenis visa iaitu Tourist Visa or Visa on Arrival. Saya cadangkan untuk memilih Tourist Visa kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan e-visa ketika tiba di airport Pakistan.
4) Letter of Invitation: yang ini bagi saya sangat perlu kerana permohonan visa perlu dilampirkan surat ini dan perlu dibawa satu fotokopi sebagai simpanan semasa di sana kerana di airport Pakistan, pihak immigration meminta LOI. Untuk mendapatkan LOI, boleh minta daripada agent yang kita hire di Pakistan utk diemailkan kepada kita.
5) Masa untuk datang Pakistan: untuk melihat autumn di North Pakistan esp. Hunza Valley, masa yang terbaik utk melawat adalah pertengahan bulan Oktober sehingga awal November. Tetapi ada sesetengah area di North Pakistan contohnya Fairy Meadows waktu ini adalah winter season. Tidak digalakkan untuk datang ke Pakistan semasa winter kerana cuaca yang terlalu sejuk dan banyak tempat menarik ditutup seperti Fairy Meadows, Babusar top, Naran. Trip sy adalah pada 19/10/2019-2/11/2019.
6) Makan: Makanan di Pakistan Halal kerana penduduk mereka hamper 90% adalah Muslim. Jadi boleh cuba pelbagai makanan di sana. Satu kelebihan untuk turun di airport Lahore boleh buat food trip sekali.
7) Currency: Dicadangkan untuk tukar duit USD di Malaysia dan tukar Pakistan Rupee di sana sebab rate lebih murah di sana.
8) Transport: Saya cadangkan untuk mengambil private tour yang include kereta, driver, minyak, toll, dan hotel. Ia sangat memudahkan perjalanan daripada Lahore ke North Pakistan kerana perjalanan yang akan dilalui sangat Panjang. If direct perjalanan daripada Lahore- Hunza Valley, ia mengambil masa lebih kurang 20 jam perjalanan menggunakan kereta. Tidak dicadangkan untuk naik public transport jika ada anak kecil atau parents kerana public transport dekat sana bukan seperti di negara2 maju dan struktur jalan raya mereka tidak sebaik seperti di Malaysia.
9) Sesuai bawak anak kecil/ parents? : Banyak negara yang saya dah pergi, trip ke Pakistan satu trip yang sangat mencabar esp di Fairy Meadows. Saya cadangkan kalau ada anak kecil atau parents tidak digalakkan ke sana kerana perlu melalui jeep track yang sangat mencabar selama 2 jam setengah dan hiking or horse riding selama 2 jam untuk sampai ke atas. Tetapi ia sangat berbaloi dengan view yang superb. Kalau hanya ke Hunza valley, tak ade masalah dengan parents yg Bersama anak kecil.
10) Keselamatan: Keselamatan di sana bg saya selama tempoh 2 minggu sangat baik. Askar dan polis mereka sangat menjaga keselamatan pelancong yang datang. Banyak check point yang akan dilalui dan perlu serahkan fotokopi passport untuk diberikan pada mereka. Dicadangkan untuk membuat fotokopi passport yang banyak untuk memudahkan perjalanan di sana dan kadang2 ada agent yang bawa kita dah fotostatkan siap2. Askar/polis akan memastikan kita sampai di tempat yang kita nak tuju. Insyallah, Pakistan satu negara yang selamat untuk dikunjungi.
11) Cost: Sepanjang 15 hari di sana, RM 4500++ per person all in including flight
Saya share itinerary saya sepanjang di North Pakistan, Islamabad dan food trip di Lahore.
- 19/10 : tiba di lahore 11.30 pm
- 20/10: Lahore – Islamabad
– Breakfast & travel ke Islamabad (capital of Pakistan).
– Sightseeing Islamabad City, Faisal Mosque.
- 21/10: Islamabad- Besham (overnight)
- 22/10 : Besham – Fairy Meadows
– Travel ke Raikot Bridge, naik jeep ke Tatu (2 hrs offroad track)
– Horse riding ke Fairy Meadow's. (2 hrs)
- 23/10: Fairy Meadows
-Sightseeing & rehat2 sekitar fairy meadows village.
- 24/10: Fairy Meadows- Hunza Valley
– Turun balik ke Tatu (2 hrs horse riding) & Raikot (2 hrs jeep ride)
– Travel to Hunza (stay di area Gulmit)
- 25/10: Hunza valley
– Sightseeing di Karimabad Bazar, Altit & Baltit Fort, old village hunza, boating di Attabad lake.
- 26/10: Hunza valley
– Travel ke Khunjerab Pas (Pakistan – China) border melalui Passu Cones
- 27/10 : Hunza Valley -Rakaposhi view point
-Visit Hussaini brige, local village around Gulmit
- 28/10: Rakaposhi view point- Phandar Valley
-Travel to Phandar. Sightseeing Phandar valley, Phandar lake.
-Overnight at Gupis.
- 29/10 : Phandar Valley-Yassin Valley-Gilgit City
– Jalan2 di Phandar & Yassin valley
– Bermalam di Gilgit
- 30/10: Gilgit-Naran (overnight)
– Travel to Naran melalui Babusar top
- 31/10: Naran-Lahore
-Travel back to Lahore.
-Arrive in Lahore.
-Night stay at Lahore.
- 1/11: Lahore City
– Visit Lahore Zoo, Badshai mosque, Lahore Fort
– Jalan2 Cari Makan, Jalan2 di local Bazaar
- 2/11: Lahore-Kuala Lumpur
– Auriga Market, Jalan2 Cari Makan
– Flight to Kuala Lumpur (kembali ke reality)
*Untuk contact number agent di Pakistan, whatsapp +923009777366 (Mr.Bilal)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Panduan Mudah Untuk Periksa Kenderaan Sebelum Pergi Bercuti

Bila nak keluar bercuti ni, semestinya kita mengharapkan satu percutian yang menenangkan dan tak ada sebarang masalah. Everything is going smooth as planned.
Tapi tahu tak yang anda sebenarnya sedang bawa time bomb ? dalam percutian tu? Bila-bila masa bom tu boleh ‘meletup’ dan menjejaskan percutian.
@#$%^&.. Punah harapan nak snap gambar Instagram!
Time bomb ? yang saya maksudkan adalah kereta yang tidak diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalan untuk bercuti. Kenderaan yang tak diselenggara dengan baik akan membantutkan perjalanan sekiranya berlaku kerosakan di atas jalan raya. Kereta rosak, mood pun spoil.
So tanpa melengahkan masa, mari kita kongsikan panduan mudah bagaimana anda perlu check kereta sebelum memulakan perjalanan bercuti.
- Check bunga tayar dan angin tayar
Bunga tayar yang tidak elok akan membahayakan pemanduan sewaktu perjalanan, lebih-lebih lagi ketika jalanraya yang basah selepas hujan. Silap gaya, kereta boleh berpusing di tengah jalan. Angin tayar juga sangat penting. Tayar yang lebih atau kurang angin akan menyebabkan pemanduan tidak stabil dan tidak lancar seperti biasa.




- Minyak hitam dan minyak auto
Benda ni jarang orang ingat nak check sebab dah ada label dekat atas cermin depan tu kan? Sampai limit je terus pergi servis, tak gitu? Jangan macam tu kawan-kawan. Check juga minyak enjin sebelum memulakan perjalanan jauh sebab kita tak tahu sama ada enjin kita ada leaking atau tidak. Mana la tahu tiba-tiba ada leaking, masakk..

- Minyak brek
Minyak brek ni kebiasaannya tempoh penukaran dia tak sekerap minyak hitam tapi masih kena check juga ya. Minyak brek yang kurang akan memberikan cengkaman yang tidak sempurna pada cakera brek dan membahayakan pemanduan sekiranya anda perlu membrek secara mengejut.
- Minyak power steering
Check minyak power steering kalau-kalau ada kebocoran dan sebagainya. Minyak power steering yang kurang boleh mengakibatkan pemanduan tak selancar yang sepatutnya. Steering jadi berat.

- Air coolent
Periksa air coolent kereta anda berada di takat yang mencukupi. Jangan biarkan air coolent berada di paras rendah kerana ia akan menyebabkan radiator kereta anda kekurangan air dan gagal menyejukkan enjin. Enjin overheat, siap sedia la dua tiga ribu nak overhaul enjin kereta ya.

- Air Bateri
Bab penjagaan air bateri ni selalu menjadi masalah kerana selalu terlupa nak check air bateri tu ada ke tak ada. Kalau sesiapa yang rasa macam malas nak check selalu boleh pakai bateri sel kering tapi tak sebegitu tahan lama dan mahal berbanding sel basah. Sel basah murah dan tahan lebih lama tetapi kena selalu check air bateri, takut-takut kering. Sebelum memulakan perjalanan jauh tu check dahulu bateri. Tak adalah nanti kereta tak boleh nak start. Kan dah mengganggu mood percutian, betul tak?

- Air wiper
Periksa takat air wiper kereta anda. Air wiper ni tak ada lah mengganggu mana-mana komponen kereta yang penting sekiranya habis, tapi bila burung dah berak atas cermin kereta, satu kerja jugak nak bersihkan kalau air wiper tak ada, betul tak?



- Periksa lampu
Okay bahagian ni pun penting. Periksa kesemua lampu kereta anda seperti lampu depan, fog light, lampu signal kiri kanan, double signal, lampu brek lebih-lebih lagi lampu brek ketiga. Yang ini banyak kereta yang mati. Lampu kereta yang menyala bukan sahaja melancarkan pemanduan anda tetapi menyenangkan orang lain untuk kekal alert dengan kenderaan anda. Safety first ya!

- Periksa tayar spare
Tayar spare ni kesian dia, duduk terperuk dekat belakang bonet tu tak ada siapa kisah. Tapi bila tayar bocor ke apa, mula menggagau cari dia dekat belakang. Haha. So, periksa juga tayar spare ya kawan-kawan. Check tekanan angin dan bunga dia sekali. Bak kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan.

- Periksa recovery tools kereta anda
Last but not least, periksa peralatan untuk menukar tayar kereta anda. Mesti ada jack, besi pemutar jack tu, triangle hazard dan, pembuka lug nut tayar. Jack tu kalau rajin di minyak kan sikit supaya lancar bila kita nak gunakan sewaktu menukar tayar. Pastikan semua peralatan tersebut berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan anda.
Itu sahaja 10 panduan mudah penjagaan kereta untuk anda sebelum memulakan perjalanan jauh untuk bercuti.
Tip bonus, sediakan juga first aid kit atau fire extingusher, just in case..
Okay? Pastikan kereta dalam keadaan baik dan selamat bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
From Penang to Kuantan With Love. Trip Berbeza Untuk Percutian Hujung Tahun Anda!

Isi Kandungan
ToggleHujung tahun adalah bulan yang sering dinantikan oleh individu yang gemar bercuti dan berjalan-jalan. Mana tidak, jika anda bujang waktu ini la masanya peluang yang ada ‘dipaksa rela’ oleh majikan untuk habiskan cuti tahun yang berlambak. Bagi yang berkeluarga, hujung tahun adalah waktu yang mudah untuk bercuti kerana anak-anak diberikan cuti wajib persekolah sebelum masuk ke tahun baharu.
Jika bajet percutian anda dan masa yang ada, hanya terhad untuk percutian dalam negara sahaja, jangan risau ok! Malaysia pun tidak kurang menariknya destinasi yang ada untuk dikunjungi dan bercuti. Kali ini cuba kreatif sikit.
Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, lajak sedikit percutian anda ke Pahang terus. Begitu juga sebaliknya!. Jika anda membuat keputusan bercuti di Pahang, terus sambung percutian seterusnya di Pulau Pinang pula. Rasa buang masa dek fikirkan jarak perjalanan yang agak jauh dari utara ke pantai timur dan sebaliknya? Sekarang semuanya dah senang la!
Terbang Dari Penang Ke Kuantan Dengan Firefly
Percutian indah dan eksklusif tidak kira samada di Pulau Pinang atau di Pahang sudah pasti mampu memuaskan hati pengunjung dan soal pengangkutan tidak menjadi masalah kerana Firefly menawarkan pernerbangan empat kali seminggu iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dan sebaliknya.
Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit sahaja menggunakan pesawat jenis ATR72-500. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my
Apa Ada Di Pulau Pinang?
Pulau Pinang yang berada di nun utara Semenanjung Malaysia terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara. ‘Penang’ juga merupakan panggilan biasa yang kerapkali di gunakan mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Antara lokasi pilihan pelancong termasuklah pusat bandar Georgetown.
Royale Chulan Penang
Percutian di Georgetown tidak lengkap sekiranya pengunjung tidak mengambil peluang untuk bermalam di Royale Chulan Penang. Menariknya lokasi penginapan ini terletak di antara lokasi yang paling strategik iaitu berada di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia memudahkan pengunjung untuk bergerak ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Pulau Pinang dengan akses yang cukup mudah. Royal Chulan Penang juga terletak berdekatan dengan terminal feri dan pelabuhan Pulau Pinang.
Sebahagian daripada hotel ini adalah bangunan warisan yang dibina pada tahun 1892 dan telah dibaik pulih dengan indah. Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sewajarnya menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan percutian serba lengkap untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan ketika berada di Pulau Pinang.Untuk tempahan layari www.royalechulan.com
Aktiviti Di Pulau Pinang
- Street Art Di Lebuh Armenian – Bagai tidak sampai ke Pulau Pinang, jika tidak berkunjung ke lorong-lorong di sepanjang Lebuh Armenian. Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri tarikan karya seni orang tempatan iaitu lukisan mural di dinding dan diinovasikan dengan imej bantuan sebenar. Dahulu kewujudannya hanya satu, kemudian terus bertambah, seterusnya di komersilkan menjadi destinasi wajib dikunjungi pelancong. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di mural Lebuh Armenian seperti Kids On Bicycle, Kid on Chair, Old Motorcycle, Minions, Skippy Cat, Bruce Lee, Magic dan banyak lagi.
- Dark Mansion Museum – Merupakan muzium 3D Glow in the dark yang menggunakan warna kesan cahaya khas agar pengunjung boleh menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Terdapat lima konsep berlainan iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Rakam sebanyak mana foto kenangan anda berlatar belakangkan efek cahaya dan warna yang pelbagai di Dark Mansion Museum ini.
Pahang Negeri Mesra Pelancong
Percutian di Pahang yang terkenal dengan sejarah Mat Kilau tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan tradisi berasaskan ikan patin. Pahang mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh diteroka antaranya Sungai Lembing, Pekan, dan Cherating.Jom teroka destinasi menarik di Pahang!
- Sungai Lembing – Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang. Sesi lawatan di muzium ini pasti memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Sungai Lembing dengan kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Pelbagai khazanah, replika dan artifak menarik berkaitan dengan aktiviti perlombongan bijih timah terdapat di sini. Jika ingin merasai pengalaman sebenar melombong, mulakan penerokaan menaiki kereta api atau lokomotif, kenderaan yang mengangkut bijih timah sejauh 80 meter. Ia kemudian diikuti dengan berjalan kaki sambil melihat pelbagai maklumat berkenaan terowong yang disediakan pada dinding.
- Air Terjun Sungai Pandan – Terletak di Kuantan, air terjun ini juga dikenali sebagai Air Terjun Panching oleh penduduk setempat. LOkasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan.
- Pusat Tenunan Pulau Keladi – Pekan sememangnya terkenal dengan hasil tenun yang bukan saja halus pembuatannya tetapi juga menawarkan pelbagai jenis corak dan fabrik menarik. Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap. Hasilnya yang cantik itu boleh dibeli secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan.
- Bazaar Serambi Teruntum – Lokasi membeli-belah ini menjadi tarikan pengunjung yang mencari produk hasil keluaran negeri Pahang. Terdapat pelbagai pilihan premis kedai yang menampilkan produk tempatan termasuk makanan tradisional, kraftangan, tekstil dan hasil laut. Produk wajib untuk anda dapatkan di sini seperti sambal hitam, pes sambal tempoyak, puding diraja, dan kain tenunan.
- Kelip-kelip Sungai Cherating – Lokasi ini memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
- Pusat Santuari Penyu Cherating – Penyu, hidupan yang makin pupus. Namun, jika ingin melihat penyu yang comel anda boleh berkunjung ke pusat ini. Pelbagai pendekatan dan promosi dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong antaranya dengan mengadakan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut pada waktu petang.
Royal Chulan Cherating Villa
Jika memilih bercuti di Cherating, menginaplah di Royal Chulan Cherating Villa menjadi tarikan bertaraf antarabangsa kepada kawasan pelancongan di Pahang yang begitu popular dengan keunikan pantainya. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan ramai di pantai Cherating membuatkan anda tidak perlu menghabiskan masa jika ingin melawat kawasan sekitar. Pilihan makanan lazat yang dihidangkan, kemudahan penginapan yang lengkap serta layanan mesra staf hotel pasti membuatkan penginapan anda lebih bermakna. Untuk tempahan layari www.royalechulan-cherating.com
Jom cuti-cuti Malaysia!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI