Ada berita baik untuk anda pengguna penerbangan dari Kanada. Sesiapa sahaja pengguna pengangkutan udara di Kanada bakal dan layak menerima pampasan jika mengalami kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi maksimum sehingga RM6550. Menarik bukan?
Ini adalah peraturan baru diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Marc Garneau. Langkah itu berikutan peningkatan jumlah aduan daripada penumpang disebabkan terkandas di landasan selama berjam-jam dalam pesawat, kerosakan dan kehilangan bagasi. Peraturan ini bertepatan kerana penumpang telah membuat bayaran yang sepatutnya untuk menaiki kapal terbang.
IKLAN
Bermula Julai lalu, syarikat penerbangan juga perlu menurunkan semula penumpang kapal terbang ke terminal jika kapal terbang tidak berlepas segera dan berada di landasan selama hampir 3 jam. Selain itu syarikat penerbangan juga perlu membayar pampasan kepada penumpang jika terlebih menerima tempahan iaitu sehingga C$2,400 (RM7,480). Bayaran pampasan sehingga C$2,100 (RM6,550) dikenakan jika hilang bagasi penumpang.
IKLAN
Pada 15 Disember 2019 pula, langkah-langkah tambahan memerlukan syarikat penerbangan membayar penumpang sehingga C$1,000 (RM3,120) untuk kelewatan dan pembatalan penerbangan selain menyediakan makanan, minuman, penginapan dan membuat tempahan semula penerbangan menggunakan syarikat pesaing, jika perlu.
IKLAN
Syarikat juga perlu menempatkan kanak-kanak dekat ibu bapa tanpa caj tambahan dan menetapkan standard baru untuk prosedur pengangkutan peralatan muzik. Undang-undang ini terpakai kepada penerbangan keluar masuk dan juga di dalam Kanada.
Setiap 8 Mac, dunia akan merainkan Sambutan Hari Wanita. Ia bagi menghargai usaha wanita yang banyak menyumbang bukan saja untuk negara malah wanita berperanan menjadi perintis kepada kemajuan generasi.
Bertemakan Wanita Bangkit Mendepani Cabaran bagi tahun 2021 ini, ada sesuatu yang cukup istimewa buat semua wanita hari ini khususnya untuk yang tinggal di negeri Perak.
Ini kerana taman tema air terkenal, Bukit Merah Lake Town Resort iaitu sebuah tempat pembelajaran, interaktif dan menghiburkan untuk seisi keluarga menawarkan penginapan istimewa buat wanita sempena Hari Wanita 2021 yang disambut hari ini.
Dengan harga promosi RM188 bagi bilik sahaja di Kampung Air (Seri Teratai Suite) bagi 2 hari 1 malam ia ditawarkan khas untuk wanita sahaja. Boleh tempah mulai hari ini sehingga 12 Mac 2021 dan voucher ini sah digunakan sehinga 31 Mac 2021 sahaja.
Ini bermakna, ia peluang istimewa bagi yang tinggal di Perak dan jika berfikiran positif yang pintu negeri bakal dibuka pada 19 Mac ini, bolehlah membuat tempahan ya. Maklumlah sudah lama berkurung, sesekali bercuti begini dapat meredakan fikiran.
Tapi kalau terlepas peluang ini, ada juga tempahan pakej bernilai serendah RM298 di mana ia merangkumi bilik penginapan, sarapan pagi untuk 2 orang, memancing dari balkoni, 2 tiket ke waterpark selain 2 tiket aktiviti Rekreasi (kayak atau berbasikal) pada harga ditawarkan.
Tapi kalau tak nak menginap, dapatkan harga istimewa RM35 untuk dua orang (belian di kaunter) untuk tiket kemasukan ke waterpark.
Jangan tunggu lama-lama, lagi pun dah bosan duduk rumahkan. Sesekali kena lakukan aktiviti luar dengan syarat jaga penjarakan fizikal ketika berseronok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Alhamdulillah ala kulli hal..Dah setahun lebih tak camping, last sekali Feb 2020..serba tak kena jadinya, cari barang-barang camping dalam stor, macam ada barang yang tak cukup, tapi bila loading barang dlm kereta, macam tak muat plak, dulu muat je
Kami pergi 4 orang, hajat asalnya nak pergi weekend tapi bila contact tuan tanah, katanye weekend booking dah penuh sampai akhir tahun ni, tinggal weekdays je..
Apa lagi, terus dipanggil untuk mesyuarat tergempar dengan family, akhirnya keputusan sepakat berjaya dicapai, camping weekdays pun weekdays lah, ayoh pun tengah cuti, kelas PDPR anak-anak kita buat kat campsite, bawak buku dan pakaian kelab sekali..
Lerrr patut laaa tak muat satu kereta. Kena pulak buat mesyuarat satu lagi, mcm mana ini tak muat satu kereta..namun begitu, keputusan berjaya juga dicapai, bawak satu lagi kereta, biar lah apa orang nak kata
Memandu dari Bangi ke D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat actually tak jauh pun, dalam 38km saja, tapi ambik masa dalam sejam jugak nak sampai.
Mungkin sebab kami bertolak awal pagi, kereta banyak kat jalan especially dari simpang depan Balai Polis Batu 9 Cheras ke Pekan Batu 18.
Memang dah plan nak check-in awal, kebetulan pulak tapak yang kami tempah tu tak ada booking hari sebelumnya, so boleh lah datang awal sket..
Tapak yang kami tempah ni Private Durian nama diberi, tapak paling hujung dan agak jauh dari kawasan letak kereta, peluh sampai ke peha jugak lah nak tarik wagon dan troli ke tapak.
Tapi tak ada hal, sebab tapak ini memang best, redup dengan payungan pokok-pokok kat situ, depan sungai, waktu malam paling best layan jiwa sambil pasang lagi S.Jibeng
Taknak cerita banyak, perkongsian kali ni lebih kepada gambar dan video sahaja..alhamdulillah semua berjalan lancar..eh jap, kat bwh ni info sikit pasal campsite:
Kemudahan: – Tempat Letak Kereta – Ada n percuma – Bayaran masuk – Percuma – Tempat Campfire & BBQ – Ada – Security – Ada..pintu masuk utama ditutup waktu malam, ada lampu waktu malam di sekitar tapak – Surau – ada, bleh memuatkan 30 org kot.. – Dewan – ada – Dorm – ada – Chalet – not in operation – Stream – best – Toilet – OK..toilet lelaki ada 2, tp tgh tambah lagi 2 unit. – Sinki – ada – Phone coverage (DIGI, CELCOM, Maxis ada tp kurg sket) – Jalan access berturap – ada sampai ke pintu masuk campsite – Elektrik – ada, cuma bawak extension cable je – Bayaran tempahan – 50%
Dunia kini sudah mula menerima hakikat keupayaan robot ketika teknologi semakin menjarah setiap sisi kehidupan manusia. Ia selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang semakin pesat dan berkembang ketika ini.
Robot bukan sahaja dicipta dan direka untuk industri teknologi, namun, pelbagai bidang telah mula mengambil tempat untuk mencuba kegunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini.
Menariknya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebuah robot menyerupai wajah manusia, lengkap dengan tangan, berupaya mengambil alih tugas manusia sebagai konduktor muzik dalam sebuah persembahan orkestra.
Diberi nama Android Alter 3, robot itu kelihatan seperti menari-nari dan membuat gaya tangan yang lincah seperti konduktor muzik manusia meskipun tidak berpakaian dan tidak bertongkat.
Bagi seorang komposer, Keiichiro Shibuya, semakin hari, robot semakin memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Bagaimanapun, baginya, situasi itu berbalik kepada kepada kita sama ada untuk memutuskan bagaimana teknologi kecerdasan mampu menambah baik pengalaman manusia dan android dalam karya seni.
Tugas robot android ini bukan sahaja mengawal tempo dan kelantangan muzik dalam persembahan itu, malah turut sama menyanyi. Persembahan orkestra ini telah dipertontonkan di sebuah bandar, Sharjah dalam satu acara, Sharjah Performing Arts Academy.
Namun kebanyakkan penonton yang hadir mengatakan tugas tersebut lebih baik dilakukan oleh manusia. Konduktor manusia adalah lebih baik berbanding robot. Sentuhan manusia seakan hilang. Ada juga berpendapat robot tersebut kelihatan menyeramkan.