Bermula 29 Mei sehingga 23 Jun 2017, V E Hotel & Residence (V E Bangsar South) mengalu-alukan kehadiran bulan mulia ini dengan berbagai-bagai jenis hidangan enak dari negara Arab serta tempatan bagi mengetengahkan cita rasa unik Malaysia di restoran mereka, The Straits Estate.
Di The Straits Estate, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yang enak, hasil pertembungan budaya kedua-dua rantau berkenaan. Sajian menu istimewa ini disediakan oleh pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia.
Chef Unaver yang berasal dari Sabah akan mempamerkan kepakarannya dalam menyediakan masakan Arab serta kecintaan beliau terhadap masakan tradisional Malaysia dalam aneka sajian bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar’ (Bazar Negeri Selat & Arab) tahun ini.
Hidangan pembuka selera seperti Hummus, Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku Dengan Udang Kering, Serunding Ayam dan Daging dan banyak lagi boleh anda nikmati.
Kemudian, rasailah hidangan utama Arab yang padat dengan aroma seperti Lamb Shank Tagine, Ouzi Kambing, Kebab dan Shish Taouk, Shawarma Ayam (makanan jalanan yang klasik) dan Sup Harira yang berkhasiat (sup tomato dan kekacang).
Ads
Pengunjung juga boleh menikmati masakan Melayu seperti Kambing Golek dan Ayam Golek yang diperap dengan resipi tradisi Kelantan, Kari Kawah Kepala Ikan Ala Melaka dan Ayam Percik Terengganu yang dipanggang hingga sempurna. Selain itu anda boleh memuaskan selera makanan laut yang dibakar seperti Ikan Tenggiri Bakar, Ikan Pari, Ikan Tongkol, Ikan Cencaru dan banyak lagi.
Pemanis mulut seperti Pancuran Coklat dengan pelbagai kondimen, Tart Laici Rangup, Kek Mousse Strawberi atau hidangan manis tempatan seperti Bubur Serawa Nangka, Pengat Pisang, aneka kuih-muih Melayu melengkapi juadah berbuka puasa anda.
Bermula 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa di bawah promosi “Early Bird Savings”. Manakala pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi menikmati potongan harga sebanyak 20%: Harga biasa RM128 bagi dewasa, Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1,288 atau RM1,588 semeja.
Usahlah bersedih. Mahu atau tidak kita harus terima Hari Raya Aidilfitri tahun ini hanya boleh disambut di rumah sendiri sahaja.
Memandangkan penularan wabak Covid-19 masih berleluasa, Kerajaan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan tentang larangan aktiviti rentas negeri dan daerah sehingga 7 Jun ini. Maka dengan itu, rata-rata umat Islam tidak dapat menyambut Syawal di kampung halaman mereka. Agak suram seperti tahun sebelumnya, namun anda masih boleh menyambut lebaran bersama ahli keluarga dan kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan anda. Di sini, Tourism Selangor menyenaraikan 6 cara menjadikan perayaan Syawal tahun ini lebih bermakna seperti tahun-tahun terdahulu di samping orang tersayang:
Laungan Takbir
Takbir Raya by Harian Metro
Ketibaan Syawal yang penuh berkat harus disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat islam. Dikala tempoh pandemik, laungan takbir Aidilfitri boleh dilaksanakan bersama ahli keluarga yang berdekatan dan diketuai oleh ketua keluarga di kediaman masing-masing. Dengan hanya melaungkan takbir raya di rumah, ia juga menggambarkan kesyukuran atas kemenangan dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan.
Solat Sunat Aidilfitri bersama Keluarga
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah by meed_baron
Sering kali kita lihat kemeriahan lebaran di mana umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan berbaju raya, namun ianya berbeza tahun ini. Walaupun sesetengah masjid dibuka tetapi tidak semua berpeluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dek kerana kekangan SOP hari raya. Usah sedih kerana anda masih boleh melaksanakan amalan sunah ini di kediaman anda bersama orang tersayang serta rakan-rakan yang berdekatan. Niat untuk menunaikan ibadah sunah ini adalah lebih utama.
Bergaya dengan Baju Raya
OOTD Raya by Yulia Fajrin
Sudah menjadi kebiasaan untuk seluruh umat Islam menyarung baju tradisional berbagai gaya pada pagi raya. Walaupun ziarah Hari Raya adalah dilarang semasa tempoh PKP, ianya tidak menghalang anda untuk memperagakan baju raya bagi meraikan kemenangan Ramadan. Di samping itu, pohonlah kemaafan sesama ahli keluarga secara fizikal mahupun maya dan duit raya usah dilupa!
Nikmati Hidangan Aidilfitri
Juadah Raya by Maskulin
Menikmati hidangan yang pelbagai serta kuih raya merupakan aktiviti yang sentiasa dinanti-nantikan sewaktu Aidilfitri. Lemang, ketupat dan rendang merupakan menu utama untuk dijamah semasa Hari Raya. Tidak lupa juga, variasi kuih raya mampu memeriahkan lagi suasana Syawal. Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan tradisional Negeri Selangor seperti Nasi Ambeng, Sate dan Pecal. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan tradisional Negeri Selangor, anda boleh layari https://selangor.travel/the-state-of-selangor-a-home-to-gastronomical-delights/.
“Snap Snap” Gambar Raya bersama Keluarga
Baju Raya by Master Printiing Studio
Sudah cantik dan segak berbaju raya, jangan ketinggalan untuk mengambil gambar. Jadikan raya tahun ini sebagai kenangan kerana ia juga merupakan sambutan raya yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Cari sudut-sudut terbaik di kawasan rumah anda untuk sesi fotografi raya bersama keluarga, atau jangan lupa ambil paparan skrin telefon bimbit semasa anda membuat panggilan video di pagi Syawal!
Dream Now, Travel Later
Poster PSD
Larangan rentas daerah dan negeri mungkin menjadikan suasana lebaran terasa agak suram pada sesetengah orang. Namun begitu, ini lah masa nya untuk anda “Dream Now, Travel Later”. Manfaatkan waktu terluang anda dengan menonton video-video terkini di laman YouTube rasmi Tourism Selangor seperti video-video promosi Kempen #PusingSelangorDulu, serta video-video VR dan Aerial View Experience melibatkan 9 buah daerah di Negeri Selangor. Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor diwww.selangor.travel bagi mendapatkan inspirasi untuk anda rangka perjalanan anda ke Negeri Selangor pada suatu masa kelak. Selamat menonton!
Tourism Selangor berharap, 6 cara ini mampu menceriakan suasana Hari Raya anda di rumah meskipun ada yang jauh dari kampung halaman. Syawal 2021 mungkin berbeza, tetapi ia pasti tetap memberikan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Gunakan inisiatif atas talian untuk berhubung dengan saudara-mara dan rakan taulan tahun ini.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Kredit: Selangor Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cottage percutian mampu milik dalam hutan, anda wajib singgah ke Istana Sangkut, Chatel, Laloh Kuala Krai.
Di sini anda akan dapat melihat permandangannya amat jarang dilihat di Tanah air semenanjung, Istana Sangkut merupakan extreme park berkonsepkan cottage di tepi tasik/lubuk yang penuh dengan pelbagai aktiviti untuk keluarga dan peminat sukan extreme.
Ada 6 biji cottage berbentuk U dan V yang sangat luas dan selesa untuk didiami.
Harga pula serendah RM60 semalam termasuk sarapan pagi di cafe berkonsepkan buluh.
Sangat santai sambil menikmati permandangan lubuk yang berwarna biru hujau yang sangat asyik!
Bila musim daun getah luruh, hutan sekeliling akan menjadi kuning. Terpesona melihatnya nanti.
Aktiviti Yang Anda Boleh Cuba
– Tinggal semalaman dalam Cottage
– Mandi air terjun/lata air biru
– Makan ikan pekasam fresh yang dibuat disini
– Aktiviti lasak sekurangnya flying fox
– Jungle trekking
– Water Confident/ Crossing
– Four Wheel experience dan survival cooking
Dari segi kemudahan pula, bilik mempunyai katil queen dan double. Bilik air di luar dengan surau pondok di tepi air terjun.
Makanan semua murah dan senang nak dapat.
Sebenarnya lokasi ini sesuai jika anda datang bersama keluarga kerana jeramnya luas dan cetek.
Eh, tetapi kalau nak buat team building pun cun kerana pelbagai aktiviti ada.
LOKASI
Istana Sangkut, KG CHATEL, LATA REK, KUALA KRAI.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Waktu yang ideal untuk kembali masuk ke pulau-pulau sekitar Terengganu adalah dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. Pulau-pulau disekitar Terengganu boleh dilabelkan antara yang paling indah dan menarik di negara ini. Apa lagi, anda boleh mula merancang awal untuk ke pulau-pulau sekitar Terengganu ini dengan segera.
Terletak 21 km dari pesisir pantai Terengganu anda boleh memilih untuk bercuti ke Pulau Perhentian yang terbahagi kepada dua bahagaian pulau iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Perhentian Kecil lebih digemari oleh ‘orang bujang’ kerana lokasinya yang lebih seronok untuk berhibur. Tetapi jika anda ingin membawa keluarga bercuti di Perhentian Kecil, tidak menjadi satu masalah. Ini perkongsian daripada Azwandi Kamarudin yang membawa keluarganya menginap di Perhentian Kecil.
Meh saya ceritakan sedikit pengalaman ke Pulau Perhentian selepas PKP/B berakhir ni.
JETI KUALA BESUT
Pulau Perhentian terletak di Kuala Besut, Terengganu yang bersempadan dengan Pasir Puteh, Kelantan. Nak ke Jeti Kuala Besut, boleh naik flight ke Kota Bharu. Dari Airport KB, boleh ambil teksi/grab ke Jeti Kuala Besut. 1 jam perjalanan sahaja. Untuk trip kali ini, saya bersama keluarga bergerak dari kampung halaman saya di Pengkalan Kubor menuju ke Jeti Kuala Besut selama 1jam setengah. Negara dunia dah jejak, Perhentian yang dekat tu juga belum pernah pergi. Akhirnya…
BOAT TRANSFER
Setakat yang saya cari, harga biasa boat transfer untuk pergi balik ialah RM70/orang. Kalau ramai, mungkin boleh dapat RM60/orang. Beberapa hari lepas saya ada terbaca kisah seorang akak ni dapat harga RM50/orang boat transfer. Terus saya guna servis speedboat ni yang diuruskan oleh Awatif Cafe.
Waktu operasi bot yang diuruskan Awatif Cafe seperti berikut ;
Pergi : Bila-bila masa bermula jam 9am hingga 3.30pm.
Balik : Hanya tiga masa yang telah ditetapkan sahaja iaitu jam 8am, 12pm dan 4pm.
Deposit : RM20/orang dibayar sebelum tarikh pergi.
Perjalanan mengambil masa 30-45minit.
Tips tambahan :
Untuk anak muda yang berjiwa kental, tak ada masalah untuk naik speedboat. Kalau untuk orang tua, kena berhati-hati juga sebab kelajuan speedboat ni boleh tahan. Tercabut pinggang.
Kalau takut dengan hempasan bot, sila duduk dekat dengan pemandu bot. Kalau duduk di hujung bot, boleh sakit pinggang terutamanya untuk orang-orang tua. Lambungan botnya macam naik spaceshot.
PENGINAPAN
Pulau Perhentian ni terbahagi kepada dua, Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kebiasaannya, Perhentian Besar sangat sesuai untuk famili kerana lebih tenang manakala Perhentian Kecil untuk muda-mudi. Untuk trip kali ini, saya datang dengan famili tetapi memandangkan pelancong tak ramai musim Covid19 ni, saya memilih untuk menginap di Perhentian Kecil. Di Perhentian Kecil pula, ada beberapa kawasan penginapan. Anda boleh pilih nak menginap di Long Beach atau Coral Bay. Kami sekeluarga memilih untuk menginap di Mimpi Perhentian Resort, Long Beach.
Kenapa?
Resort ini baru dibuka.
Lokasinya paling dekat dengan jeti Long Beach.
Family friendly.
Kemudahan yang lengkap dengan kolam renang.
Ada bilik mengadap laut.
Bilik berhawa dingin.
Mahal? Ya, agak mahal. Menurut pekerja di resort tersebut, resort ini kebiasaannya pilihan pelancong asing. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Tetapi impak Covid19, resort ini ditutup kepada pengunjung sejak PKP dan resort memberikan harga promo kepada tetamunya. Kesemua bilik berhawa dingin dan ada dua pilihan bilik iaitu Ocean View atau Hill View. Semestinya kadar bilik Ocean View lebih mahal. Ketika PKPP ini, tiada buffet breakfast disediakan tetapi resort akan meminta kita memilih menu pilihan yang telah disediakan.
MAKANAN
Di sepanjang Long Beach, terdapat banyak gerai makan dibuka. Harga mungkin dua kali ganda dari harga di tanah besar. Maklumlah, nak bawa semua bahan mentah ke pulau ini, bukannya senang. Saya ambil contoh, nasi goreng berharga dari RM10-RM20. Yang mahu menikmati bbq, kebanyakan gerai menyediakan bbq pada waktu malam.
AKTIVITI
Seperti kebiasaan pulau, pasti ada pakej snorkeling, island hopping dan sebagainya. Pulau Perhentian sangat terkenal dengan aktiviti menyelam. Memandangkan ini trip dengan famili untuk santai-santai sahaja, kami tak ambil pun pakej tersebut. Cukuplah dengan mandi laut di hadapan resort dan dapat melihat ikan yang sangat banyak berdekatan jeti.
Aktiviti lain yang kami lakukan:
TREKKING KE CORAL BAY – Mengambil masa dalam 15-20 minit ke Coral Bay untuk melihat sunset. Namun sayang, sewaktu kami pergi, awan tebal menutupi sang matahari.
HIKING KE KINCIR ANGIN – Untuk orang biasa macam kami, pendakian mengambil masa 20 minit. Hanya 5 minit pertama perlu lebih-lebih berhati-hati kerana sedikit curam. Namun pendakian seterusnya sangat mudah kerana sedikit landai. Pakailah kasut yang sesuai. Setibanya di sana, anda boleh melihat pemandangan yang sangat cantik dan perlu menuruni tangga besi. Tapi sayang, tempat yang boleh dijadikan tarikan pengunjung tidak diselenggara dengan baik dan boleh menyebabkan kemalangan. Isu keselamatan perlu dititikberatkan oleh pihak berwajib. Banyak tangga yang sudah berkarat dan tidak diganti. Namun, anda tidak perlu sampai ke tangga ini untuk menikmati kecantikan pulau. Cukuplah sampai ke kincir angin tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...