Laksa mempunyai berbagai versi di negara kita. Ada Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan dan banyak lagi. Laksa Utara juga merupakan salah satunya, dan berbeza dengan ‘Asam Laksa Penang’ yang turut menjadi kegilaan.

Asam Laksa Penang Diiktiraf Antara Makanan Paling Enak Di Dunia

Asam laksa sangat terkena di negeri Pulau Pinang merupakan variasi laksa yang tidak menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya. Bahan utama dalam penyediaan kuah asam laksa ialah isi ikan yang direbus dan diperasa dengan asam gelugur. Variasi laksa ini ‘diserikan’ dengan pelbagai jenis sayuran seperti nanas, timun, daun pudina dan bawang besar. Warna kuah lebih kemerahan dan pekat berbanding kuah variasi laksa yang lain.

Asam Laksa Penang Diiktiraf Antara Makanan Paling Enak Di Dunia

Dek rasa yang lazat dan boleh diterima oleh seluruh penduduk dunia, saluran berita antarabangsa CNN baru-baru  ini menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia ini diiktiraf antara yang paling enak di dunia. CNN menggambarkan asam laksa sebagai ‘hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda’.

Asam Laksa Penang Diiktiraf Antara Makanan Paling Enak Di Dunia

Asam Laksa Penang berada di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.
Tempat pertama diungguli kari Massaman dari Thailand, manakala tempat kedua dan ketiga diisi masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan, pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico). Selain Malaysia dan Thailand, masakan dari Jepun dan China turut disenarai, iaitu sushi dan Peking Duck, masing-masing di tangga keempat dan kelima.

Tahniah Asam Laksa Penang, tahniah orang Penang!

Asam Laksa Penang Diiktiraf Antara Makanan Paling Enak Di Dunia

Kalau nak buat sendiri, ini resepi mudah sajian Asam Laksa Penang sumber daripada Majalah Rasa

  • Bahan-bahan:
    1kg ikan kembung
    20 ulas bawang merah
    20 cili kering
    100g udang kering
    10 keping asam keping
    5 ulas bawang putih
    4 batang serai
    10 cawan air
    10 tangkai daun kesum
    2 batang bunga kantan | Belah dua
  • Bahan Lain:
    1 Kg mi laksa
    5 Biji telur rebus | belah 4
    Hirisan salad, nanas, daun pudina, bawang besar, cili api, timun dan limau kasturi.
  • Cara Memasak:
    Rendam Mi laksa selama 1 jam dan kemudian rebus sehingga lembut dan toskan.
    Kisar tulang ikan, kemudian tapiskan .
    Kisar ikan, bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering.
    Masak bahan-bahan yang dikisar didalam periuk dan masukkan asam keeping, air, daun kesum, bunga kantan, garam, dan gula secukup rasa, masak sehingga kuah pekat.
    Hidangkan laksa penang dengan ulam, nanas, daun pudina, telur rebus, dan limau kasturi.

Asam Laksa Penang Diiktiraf Antara Makanan Paling Enak Di Dunia

image via google

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI