Berita

Bagi Merancakkan Semula Sektor Pelancongan Domestik, Boleh Rentas Daerah Di Negeri Zon Hijau

Share

Dah dengar pengumuman terkini tadi? Mesti ramai yang daripada negeri atau daerah berstatus hijau melonjak gembira bukan?

Bagi merancakkan semula sektor pelancongan domestik, kerajaan membenarkan penduduk di negeri zon hijau untuk merentas daerah bermula 22 November 2020 (Ahad) ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah di negeri zon hijau tidak memerlukan kebenaran daripada polis. Kelonggaran bagi membolehkan sektor pelancongan yang terjejas teruk kembali rancak selepas mengambil kira cadangan dikemukakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

  • Individu yang tinggal di negeri zon hijau, namun bercuti di negeri zon hijau lain dan perlu merentasi negeri zon merah wajib mendapatkan kebenaran daripada polis. Individu tersebut perlu mengemukakan bukti dan senarai aktiviti serta lokasi percutian supaya dibenarkan melalui negeri zon merah.
  • Selain itu, kebenaran polis juga diperlukan bagi penduduk negeri hijau yang bercuti di daerah hijau, namun negeri berkenaan masih dikategorikan sebagai negeri merah.

Maklumat terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Apa pun jangan lupa jaga SOP ok! Jom cuti-cuti Malaysia~

image via google  Sumber: Bernama

IKLAN