
Kalau pergi Langkawi dan anda nak jimat bajet boleh ke beberapa tempat ini yang pastinya berikan pengalaman menarik dan gambar pun cantik!

Sesuai untuk nature lover dan untuk keluarga yang anak ramai nak bercuti dengan bajet jimat, here we go! Jom baca perkongsian Puan DD yang mana dia pergi bersama suami dan anak tersayang ke Langkawi…
1. Royal Mangrove

Kami ambil private boat sebab ada anak kecil. Alang-alang kami pergi ramai, satu bot kecil boleh muat 8 orang. Yang pergi trip member member atau keluarga besar, boleh enjoy dengan pengalaman best ini! I booked kat Klook, RM266.75/8 = RM 33.40/pax.
I ambil yang 2 hours trip. Ada juga package snorkeling & private beach tetapi kami ambil yang paling short tour, sebab ada anak kecil. First, kami stop kat fish farm. Ada banyak ikan besar dan korang boleh bagi ikan makan. Nak pegang ikan pun boleh.
Kemudian eagle watching, lalu gorilla mountain, masuk crocodile cave & monkey area. Boleh masuk gua kelawar. Entrance RM2, bawak torchlight sesiap.
Last, view Kilim Geopark & Andaman Sea.
2. Gunung Raya

Nama sahaja gunung, tapi tak perlu hike pun. Naik kereta pun boleh sampai. View sunset lagi lawa actually tapi masing-masing nak sunset pantai, jadi kami naik sini time pagi. View awan kabus, sejuk atas tu, best!
3. Lepak pantai

Bertuah waktu kami pergi tak ada orang, betul rasa healing. Ada few coffee cafe dan restoran kat situ tetapi tak pack macam Pantai Cenang. Di sini more calm, quiet and boleh enjoy sea view dengan tenang. Ini baru real vitamin sea yang kita mahukan!
4. Crocodile Adventureland

Harga asal RM40, but always check out their website sebab selalu buat promo. Macam haritu, kami dapat Matta Fair promo, RM20/pax & boleh beli on the spot online kat situ. Kalau Klook kena at least 24hours before.
Jimat separuh harga kat situ. Di sini boleh memancing buaya, treetopia dan ada tarikan
dinasour. Bawa kids, enjoy sangat.
5. Underwater World

Waktu kecil mak ayah dah pernah bawa ke sini. Sekarang kita dah jadi parents, kita pula bawa anak tempat tempat macam ni. Best! Ada jellyfish, starfish, otters, shark dan kat sini boleh tengok deme bagi ikan dan penguin makan. Ini antara tempat wajib memang kena bawa anak-anak.
6. Air Terjun Temurun

Air terjun tertinggi kat Langkawi dan sesuai untuk riadah dengan keluarga. Boleh mandi kat sini, tetapi kami singgah tengok dan basah kaki sahaja. Ada tangga untuk ke sini, Smins
walks macam itu.
7. Fire show at Pantai Cenang

Bila malam, wajib lepak tengok pertunjukan api ni. Tak sure la hari-hari ada atau weekend sahaja tetapi sampai tengah malam.
8. Bonton Callery

Gallery ini tepi jalan dan cute ya entrance. Ada multiple studio space, mural walk, cafe and sometimes kat sini ada art exhibition, workshop and art talks. Oh! Kat sini ada cat shelter, buka setiap hari dari 11am-11pm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cuti-Cuti 2H1M Dalam KL Je. Banyak Benda Boleh Buat!

Hujung minggu adalah hari untuk diri sendiri atau bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Lupakan seketika ‘masalah dunia’ atau kerja yang tidak pernah habis, dan bawa diri anda keluar seketika sambil rehatkan minda.
Tiada idea lokasi seterusnya untuk ‘berjalan’? Anda boleh cuba cuti-cuti Malaysia di Kuala Lumpur pula. Jika anda orang luar bandaraya ini, bercuti di Kuala Lumpur juga merupakan penggembaraan yang menyeronokan. Manakala untuk penduduk tempatan atau yang menetap di Lembah Klang, cuba buat kelainan dengan bercuti dalam negeri sendiri! Syiok tau dapat bercuti di Kuala Lumpur!
Mencari tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi? Ini perkongsian trip 2 hari 1 malam oleh Eira Nasirah
KL TOUR 2D1N for triple ladies (20..8.2020)
Hi, kali ni Eira nak share trip santai dekat KL. Saje nak bawak adik-adik selepas PKP ni dah bape lame terperapkan. Rancangan awalnya nak ke Utara 5h4m satu family tp terpaksa batalkan sebab kes COVID di sana makin naik. So pilihan yang ade sempena bulan Merdeka ni eira layankan mereka naik KL and this is my 1st time drive kereta luar melaka and highways by my own car and only me can drive. So let’s start our journey..
Hotel
- Eira stay dekat Regalia Hotel. Hotel ni memang best kalau anda nak dapatkan view KLCC dan KL TOUR. Strategik sangat ni. Plus yang paling best die dekat dengan plaza sunway so korang ley excess stesen LRT dari situ tak jauh pon boleh je jalan kaki.
Pengangkutan
- For first eira dan adik-adik plan nak naik bas je nak gerak ke KL pagi tu sebab Eira bukan pernah drive highway sorang-sorang plus nak jalan kan tak mau penat drive nanti tak nak berjalan dah sebab letih. Tapi pagi tu sebelum gerak tetibe ayah tegur.
ayah : Pukul berape bas kakak?
eira : xbooking ayah. Kan tak tahu ayah hantar pukul berapa.
ayah : kalau macam tu drive je la. dah pukul berapa ni kang sampai dah panas
eira : boleh ke ayah?
ayah : pegi la jangan laju-laju jangan lebih 100km/h. hati-hati memandu.
eira : wahhhh best la. Boleh bawak beg banyak (beg sis kecik sebab tu jadi banyak. Beg sedang tak ada koyak dah) typical ladies
- Sampai KL kami park dekat area maybank tower, lepas tu travel jalan kaki and naik bus free purple line. 1st time tau. Untuk kalini Eira guna bas dan Kereta. Bas pilihan eira of course lah GO KL sebab FREE OF CHARGE. Jimat banyak wei dekat situ. Banyak tau route yang bas ni cover. Boleh refer Google untuk route bas GO KL ni. Dia ada 4 route yang diwakili dengan warna contohnya Purple Line, Blue Line, Orange Line dan Red Line.
Aktiviti
- Eira pergi tempat yang dekat dekat je sebab jalan kaki je Contoh macam Masjid Jamek, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Perpustakaan Negara, Petaling Street. Selepas tu kami naik bas GO Kl Purple Line pergi Fahrenheit88 and Pavilion. Rupa nya masa kami datang ad aktiviti hari kesenian so kami dapat la servinior sebab join aktiviti kat sane. Lepas itu dapat juga makan pop corn free and baucer All Dak daripada game tu.
- So lunch kami makan dekat All Dak puas hati sebab lame tak makan korean food kan. Kami juga beli ais cream macam dekat turkey 2 sampai lebam makan siap dia main2kan adik mase nak dapat ais cream 2 lagi lawak sey. Setle kami pon naik bas drop kat Menara Kl cadang nak masok KL Eco Park tapi dah tutup so tak dapat la bawak adik-adik naik jambatan gantung. penat je naik KL Tower tu dah la tinggi nak mati kalau pakai heel tak payah la naik baik ko naik keta teros sampai atas. Adik eira sampai melecet kaki die. Kami turun dengan sedih azam esok kite naik lg tapi tak dapat pon sebabnya jap lagi eira cerita.
- Jom sambung bace. Lepas tu kami pon cari kereta. Mane kereta wei? yang ingat dekat dengan maybank tower. Punya la cari jalan kaki je kau. 15 minit jalan baru jUmpa rupanya depan Bursa Malaysia. Surrender tak nak jalan lagi. So kite p check in bilik. 5 kali pusing baru jumpe jalan masok Regalia Hotel. Stress betol.
- Lepas tu solat ape semua. Lepas isya’ kami naik floor 37 kot (aq dah lupe laaa) layan skypool sampai lebam. Esok nya kami travel naik kereta pulak mula-mula jalan dekat Kampung Baru sarapan dekat kedai nasi lemak famous kat kampung baru lepas itu kami ke Muzium Tugu melawat Tugu Negara sebab semperna bulan merdeka nie kan kite bagi semangat patriotik sikit. Lepas tu aku bawak budak-budak nie masok Planetarium Negara and Muzium Polis.
- Sepatutnya nak singah lg Menara KL, Muzium Tekstil and Pintasan saloma. Tapi target nak kene sampai KLCC jam 10.30am so kite orang terpaksa gerak ke KLCC dan batalkan angan-angan tadi. Tapi rupenya budak-BUDAK nie kata dah pernah masuk Petrosains. Spoil betol. So aku sorg je yang excited hahaha.
- Lepas tu makan tengah hari then kite org pergi ke Aquaria KLCC kat sini semua jakun jumpe shark and dapat tengok penyu & ikan pari. Siap ad sesi feeding drpd talented scuba diver dlm TU lagi comel sangat. puas hati aq. Lepas TU again lupe mcm mane nak cari keta kat park. Jenuh oii. Masing-masing dah penat time ni. Semua kate jom la balik so tak jadi la ke tempat-tempat lain tu. Kami gerak balik Melaka dalam pukul 3 smpai Melaka dalam jam 5 petang.
EXPENSES for 3pax 2D1N
- Hotel: RM 87 per night
- Transportation: RM100
- Bas (Free)
- kereta ( RM 40 minyak RM60 TNG)
- MAKANAN for 3pax
- Lunch & Dinner first day AllDak : RM 46
- Breakfast second day Nasi Lemak : RM 17
- Lunch second day Texas KLCC : RM 30
- MEAL COST: RM 93
TICKET
- Petrosains KLCC = RM39.50
- Aquaria KLCC = RM82.00
- Planetarium Negara = RM32
- TOTAL = RM153.50 (Aku dapat tiket murah sebab book dekat Klook and guna baucer dari Digi apps reward) Sangat-sangat berbaloi & menjimatkan
TOTAL SPEND 2H1M FOR 3PAX = RM 433.50
Alhamdulillah semuanya masih dibawah budget aku.. siap sambong jalan di Melaka esoknye. Sebab total bajet RM500
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
3 Minggu Berkelana Di Bumi Eropah, Wanita Ini Kongsi Trip DIY Dengan Family, Drive 4000km Sepanjang Percutian. Semua Tempat Cantik Sangat!

Eropah negara yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Dapat bercuti dan berkunjung ke sana menjadi idaman ramai traveler.
Berkesempatan membawa ahli keluarga ke 6 negara Eropah, lengkap bersama ibu dan ayah pastinya ia sesuatu yang manis untuk dikenang. Apatah lagi bila memandu sendiri sepanjang perjalanan ke enam negara yang dilawati.
Memandu hampir 4,000 Kilometer di sana, membuatkan Nawal Yasmin Mat Noh ingin berkongsi trip keluarganya kali ini menerusi akaun Facebook Houseofsix.my dengan traveler yang lain.
Lengkap dengan itinerari di gambar dan juga perkongsian gambar-gambar cantik sepanjang percutian mereka, Nawal turut berkongsi maklumat penting untuk traveler yang ingin membuat trip DIY sepertinya.
Ikuti perkongsian wanita ini:
DIY Trip Drive Sendiri hampir 4,000km di 6 Negara di Eropah
Ok dah ready nak share our recent DIY road tour almost 4000km to 6 Countries (Switzerland, Paris, Belgium, Netherland, Germany & Austria) Total 8 of us including 4 kids and 2 senior citizen. hehe. Dah ready ke nak baca long post ni?
FLIGHT TICKET
Our 3 weeks tour start 3 Sep dari KLIA transit Abu Dhabi. Turun Geneva, Switzerland and flight balik dari Zurich. Naik Etihad. Kenapa Etihad? sebab tu yang paling murah jumpa. Return Ticket dalam RM2800. Kiteorg book ticket Mid Jun. Flight selesa, cabin crew semua baik baik. makanan pon sedap
CAR RENTAL
First 2 weeks kiteorg sewa 9 seater van dengan EuroCar. Pick up Geneva and return Munich, Germany. Cross border so ada extra charges. Process sewa kereta sangat senang except bab deposit tu leceh sebab nak kena ada credit card atas nama main driver. And both of us husband and wife takde credit card. So terpaksa buat my mom as main driver and kiteorg 2nd & 3rd driver (kena bayar extra lagi sebab my mom age limit lebih 65yrs and additional driver pon ada extra charges jugak) Rugi banyak dekat sini sebab end up my husband sorang je yang drive sbb sis kecut perut tak berani sebab left hand drive
CAMPERVAN
Last week dekat Europe kiteorg sewa campervan pusing Germany and Austria. Last week tu my sister join trip so sewa 2 campervan. Process nak sewa campervan ni Alhamdulillah sangat senang. Book dengan Anywhere camper melalui website motorhome republic. Die whatsapp tanya nak pick up dekat mana and handover dekat tepi jalan je. Die explain semua cara nak pakai. Ni our 2nd time naik campervan. Before ni dekat New Zealand.
Yang best part dengan anywhere camper ni sebab die tak perlu ada credit card pon. Deposit boleh pakai debit card. Company ni memang highly recommended. Service die sangat la bagus. Imagine last day nak return tu kiteorg rushing nak kejar train dari Munich ke Zurich, so kiteorg just pass kunci kereta kat tepi train station and lari kejar train, Dalam train baru sedar kunci storage campervan tu dlm pocket my husband. Terus whatsapp dia and kebetulan orang tu nak ke Zurich jugak, Pukul 11.30 malam die dtg hotel amik kunci tu without extra charges!
HOTEL & AIRBNB
Sis letak nama hotel and Airbnb dekat gambar ok. Siap dengan link and review skali recommended ke tak.
ITINERARY
Boleh check dekat last gambar. Ada complete itinerary sepanjang 3 minggu dekat sana.
WIFI
Kiteorg sewa pocket wifi dari Malaysia. Memang agak costly tapi berbaloi sebab laju je. untuk 51 countries 3GB RM35/day. kalau 8GB RM63/day. 1 device boleh share 5 user. Customer service pon sangat bagus and senang nak deal. first 2 weeks kiteorg pakai 3GB. last week tambah jadi 8GB. Semua upgrade melalui whatsapp sahaja.
Ps; kalau tak pegi Austria boleh amik yang package 13 countries je lagi murah. Sebab Austria tak termasuk dalam western Europe.
MAKANAN
Kiteorg masak sendiri. Bawak Thermomix sangat la membantu sebab dapat masak dengan effortless.. Dapat la lepas rindu craving masakan melayu. and jimat banyak sangat. Kiteorg satu family mmg sejenis kuat makan. Kalau makan luar hari hari memang nak nangis rasa. Satu kali meal je dekat RM500+ untuk 8 org. So sila la masak sendiri ye. Package kalau masak dengan Thermomix lagi berbaloi sebab effortless
TIPS
- Check weather. Avoid travel in between season. Kiteorg pegi end summer and balik autumn. Cuaca sangat la unpredictable. first week tu kejap panas terik, kejap windy and kejap hujan. dalam 1 hari cuaca berubah ubah mcm tu. Memang semua org batuk selsema kat sana. End of 2nd week pulak hujan je selalu. Dapat la merasa macam 3 musim Summer, Autumn and Winter Memang sejuk sangat temperature drop sampai 5c. 3x ulang alik primark beli jacket and baju tebal sket
- Driving tips based on kawan kawan share, kena ingat driver yang selalu dekat dengan divider. Sangat membantu. Tapi sis still takot nak drive
- Travel 6 countries in 3 weeks agak penat and terkejar kejar. Kalau boleh kurangkan ke 3-4 countries sahaja baru dapat explore betul2.
- Recommend untuk guna google map instead of Waze. Kat Europe, Waze tak berapa nak friendly user.
- Allow extra driving time. Contoh kalau google map kata 5 jam, tambah 1-2 hours dari tu. sebab banyak berhenti toilet, makan etc. and dekat Germany and Austria, kalau ada accident ke apa, jem die mmg standstill sepanjang 5-10km. Banyak kali nampak dekat opposite side. So mmg kena allow extra time.
FREQUENTLY ASKED QUESTION
- Negara mana paling berbaloi pegi?
Yang nak repeat lagi Belgium and Austria. Tak puas rasa sebab cantik and tenang sangat. Swiss dah 3x pegi so dah boleh move on dah sebab dah jumpa pengganti (Austria)
- Berapa cost minyak?
Bila tank dah 1/2 je memang terus isi.. 1/2 tank dalam EUR98.. dalam RM450. sepanjang 3 minggu kat sana, 5 atau 6 kali isi minyak.
- Berapa toll kat sana?
Yang sis ingat ada 2 toll je kalau tak silap. Dari Swiss ke France EUR31. lagi satu toll tak ingat tapi less than that.
- In between countries, kena chop passport ke?
Takde. Masuk negara lain mcm kita pegi shah alam je. ada signboard kecik je as indicator. Takde pintu gerbang macam kat Malaysia yang “Selamat datang ke Selangor” etc
- Mana lagi best drive or naik public transport?
Honestly, kiteorg prefer public transport sebab public transport dekat sana sangat superb. Dapat enjoy view boleh bergerak sana sini. Naik kereta 7jam mcm balik kampung la. penat sikit. Tapi this time sebab travel dengan parents skali so lagi selesa untuk dieorg. tak perlu heret bag semua. Tapi campervan tu sangat best especially dekat Austria sebab view die sangat cantik. MasyaAllah.
Semoga sharing ni bermanfaat untuk semua
for more videos and reels boleh tengok dekat IG ok
https://instagram.com/houseofsix.my?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Sumber: Houseofsix.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Intinerari Trip ‘Honeymoon’ Bali-Nusa Penida. Ini Cadangan Supir Best Untuk Anda

Tidak rugi memilih Bali, pulau popular di Indonesia yang merupakan destinasi percutian idaman. Bagi yang baru hidup berumahtangga dan sedang mencari tempat sesuai untuk berbulan madu, memilih Bali bakal menjadi kenangan manis anda dan pasanga di pulau dewata itu.
Ini ada cadangan itinerari sesuai buat anda yang ingin berbulan madu ke Bali. Perkongsian trip ini daripada Noona Seyra
Itinerary 5 Days 4 Night in Bali
Hi semua, ada yang bertanya trip Syira di Bali last week, Sharing is caring, so here you go.
Harap semua ini membantu untuk korang yang belum pernah ke Bali macam I first time. Banyak yang I survey and I rasa package supirbali.com yang murah sikit compare to others, and why I ambik package because before nak pergi ada jugak buat calculation sendiri, and plus minus lebih kurang je harga dia. So I decide ambik je la package tak pening fikir nak makan mana, and kalau korang ada iti sendiri boleh je deal, diorang akan atur, tak semetinya ikut package yang diorang bagi. So kalau ada sesiapa yang ada plan nak ke Bali tahun 2020 nie, I highly recommend supirbali.com harga utk per pax RM880/IDR 2.950.000 package all in tak termasuk flight ya. RM880 because include with Nusa Penida, and if you visit to Bali Nusa Penida is a must!! Kalau tak ke Nusa Penida and utk 5 hari bukan harga nie if not mistaken.
- Day 1 (Jumaat, 10 Jan 2020)
– 09.50am : boarding from KUL to DPS
– 1.30pm : touch down Bali
– 2.30pm: Airport Pickup Supir (Alfian) dah get ready tunggu kami di Gate Arrivals
– 3.00pm : Minta Supir bawak pergi lunch dulu sbb dah lapar, so dia bawak ke “Nasi Tempong bu Indra” (Sedap, sambal dia pedes amat)
– 4.30pm : Check in Hotel. Lepas check in rehat2 dulu kejap
– 5.30pm : Ambik grab ke La Plancha beach, dekat area sini memang banyak kedai utk lepak minum and tengok sunset (more to santai santai ya)
– 7:30pm : Ambik grab terus ke Starbucks Dewata (Kata supir Starbucks sini yg paling terbesar di Asia Tenggara) and kalau ke sini Dewata Ice Latte is highly recommended, especially coffee lover macam I
– 10.00pm : Gerak balik hotel jalan kaki sbb sebelah dgn hotel je
- Day 2 (Sabtu, 11 Jan 2020)
– 8.30am : breakfast di hotel
– 9.00am : Supir datang pick up
– 10.30am : Bali Bidadari Batik (kat sini korang boleh tgk mcm mana batik painting and boleh beli souvenirs jugak)
– 11.30am : Coffee Luwak di Alas Harum (kat sini dia akan cerita macam mana proses coffee luwak, and bagi korang try coffee and tea, I think yg nie termasuk dgn package tapi kalau nak try coffee luwak kena bayar asing ya)
– 12.20pm : Rice terrace field at Tegallalang Village (sini view cantik sgt, boleh naik swing and harga lain2 ikut ketinggian if im not mistaken) kalau nak yang paling murah IDR 100k
– 2.00pm : Lunch at Kintamani (while enjoying the view of Gunung Batur)
– 3.30pm : Ubud market (Kat sini banyak barang macam bag rottan bali, pakaian and souvenirs. Korang kena pandai tawar menawar ya.)
– 5.00pm : Tegunungan Waterfall (tapi tak turun sampai ke bawah, ambik gambar dari jauh je sbb dah letih naik turun di Rice Terrace awal2 tadi)
– 5.30pm : Gerak balik hotel
– 8.00pm : Candle Light Dinner di hotel (Yang ini Supir punya suprise I guess)
- Day 3 (Ahad, 12 Jan 2020)
Okay utk Day 3 Itinerary bertukar sbb masa tu tak brapa nak sihat, entah la makan apa yg silap so I get diarrhea
Supposedly ini itinerary kami hari tu
*DAY 3 (NUSA DUA-ULUWATU-JIMBARAN TOUR)
- 09.00 : Leave the hotel
- 10.00 : Water Sport Activities Nusa Dua area
- 13.00 : Lunch at Nusa dua area
- 14.00 : Pandawa beach
- 15.30 : Padang-padang beach
- 16.30 : Uluwatu temple
- 17.30 : Kecak & Fire dance and sunset
- 19.30 : Jimbaran beach Dinner fresh Grilled Seafood
- 20.30 : Back to hotel*
Tapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan so I deal dgn Supir last minute tukar plan, Alfian okay and setuju terus bawak kami ke tempat lain. So nie iti utk day 3
– 8.30am : breakfast di hotel
– 9.00am : Check out, Supir datang pick up, drop by farmasi dulu beli ubat
– 10.30am : Gerak ke Handara Gate, yg nie perjalanan agak jauh ye, 2 hours plus tak silap sbb I tido je dlm kereta
– 12.30pm : Lunch (Lupa nak tnya nama kedai)
– 1.50pm : Sampai di Handara Gate (kena beratur okay nak ambik gambar kat sini and kena bayar tapi semua dah all in dlm package and please bawak payung kalau nak datang sini sbb beratur tak ada bumbung ye, nasib Supir sediakan payung jugak)
– 2.35pm : baru dapat bergambar (every ticket per person cuma 5 minit sahaja, Alfian jugak yg tlg jadi photographer) Haha
– 2.50pm : Wanagiri Hidden Hill (the perfect spot in Bali, yang pandai posing boleh la datang sini)
– 3.30pm : Gerak je Jimbaran
– 6.15pm : Dinner at Blue Ocean Seafood (sambil tgk view sunset)
– 8.00pm : Hard Rock Bali (Kat sini Rock Shop Hotel and Rock Shop Cafe kedai lain lain ye)
– 9.00pm : Check in 2nd Hotel and rest
- Day 4 (Isnin, 13 Jan 2020) Nusa Penida
– 6.30am : breakfast di hotel
– 7.00am : Supir datang pick up
– 7.45am : Sampai Jetty untuk ke Nusa Penida
– 8.15am : Naik fastboat
– 9.00am : Arrived Nusa Penida (Turun boat dah nampak nama kita Supir dah siap tunggu)
– 10.30am : Diamond Beach (Timur Nusa Penida) kat sini korang boleh turun, kat bawah pun ada swing 200k kata Supir tapi kami tak turun, sbb mcm tinggi sgt (Siapa yg kuat boleh la turun sbb laut cantik)
– 12.15pm : Lunch (termasuk package jugak)
– 1.30pm : Kelingking beach (Barat Nusa Penida)
– 2.40pm : Broken beach & Angel Billabong (tempat nie dekat2 je, tapi korang kena hiking sikit nak tgk view yg superb! Cantik sgt Hilang penat hiking lepas tgk view. Haha
– 3.30pm : Gerak ke Jetty nak balik dah
– 4.10pm : Sampai Jetty (Boleh la lepak2 minum dulu sementara tunggu boat)
– 5.00pm : Naik fastboat
– 6.00pm : Sampai Jetty Sanur (Supir Alfian dah siap tggu)
– 7.00pm : Dinner di Wong Solo
– 8.15pm : Balik hotel (settle down)
– 9.30pm : Ambik grab lepak Starbucks Dewata before balik Malaysia
– 11.00pm : Balik hotel tidur
- Day 5 (Selasa, 14 Jan 2020)
– 9.00am : Breakfast hotel
– 12.00pm : Check out (Supir dah tggu kat bawah)
– 12.30pm : Krisna Ole ole Bali (kat sini boleh shopping souvenir, macam2 barang ada sini)
– 1.15pm : Kuta street (cari souvenir lagi)
– 2.00pm : Shopping dekat Outlet (Lupa nama tempat, tapi kat sini ada mcm2 brand surfing)
– 3.30pm : Lunch di Ayam tulang lunak Malioboro
– 4.40pm : Minta Supir hantar ke Airport
– 5.00pm : Sampai airport masa nie sedih pulak dah nak balik. Hahah. Lepak Airport sampai boarding, Airport pun ada Hard Rock Cafe and Rock Shop ya.
– 7.15pm : Boarding flight DPS-KUL
– 11.00pm : Touch down KLIA2
Korang tak payah risau, supir akan ikut kemana saja korang pergi, and diorang boleh tolong ambikkan gambar kita. Haha. Supir kami memang best Alfian namanya, Senang nak bawak bincang even tukar plan last minute, ajak kemana pun dia okay je.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!















































