Hujan tanpa henti yang telah menimpa di beberapa buah negeri seperto Selangor, Melaka dan Pahang telah menyaksikan kejadian banjir yang cukup luar biasa berlaku.
Di Lembah Klang, beberapa kawasan seperti Shah Alam, Klang dan Hulu Langat di antara yang paling teruk terkesan. Begitu juga dengan beberapa lokasi di Pahang seperti di Karak dan Bentong. Kejadian banjir lumpur juga turut dilaporan berlaku dan menyaksikan kemusnahan yang agak ketara.
Salah satu lokasi peranginan yang terjejas ialah Chalet Booby Eco Camp di Bentong, Pahang. Memetik laporan Astro Awani, kejadian banjir lumpur tersebut turut menyebabkan seramai 35 orang telah terkandas.
Foto JBPM Pahang
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, menerima laporan kejadian tersebut pada Sabtu jam 10.40 malam dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan Gombak ke lokasi kejadian dengan bantuan dari Pasukan STORM Negeri Pahang.
Ads
Pada jam 4.09 pagi Ahad, pihak bomba telah menemui 32 orang termasuk lapan kanak-kanak berada dalam keadaan kesejukkan dan tidak berani untuk berada di dalam chalet kerana bimbang akan ancaman arus sungai yang deras.
Kerja-kerja menyelamat telah dijalankan dan tamat pada pukul 8:30 pagi namun setelah dilakukan ‘head count’ (kiraan) pihak bomba mendapati tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak telah hilang.
Ads
Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa diteruskan dengan bantuan tiga ekor anjing pengesan dan tujuh anggota Unit Pengesan dalam jarak 300 meter radius dari kawasan kejadian.
Seramai 22 anggota terlibat dalam kerja menyelamat yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Genting Highlands, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusri Abdullah Sani.
Ads
Operasi menyelamat di sambung semula pada hari ini.
Semoga mereka semua selamatlah hendaknya.
Kredit: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kenaikan harga tiket penerbangan membebankan orang ramai sejak kebenaran merentas negeri di benarkan untuk memulakan pergerakan ke destinasi jauh. Ada syarikat penerbangan mengenakan harga melebihi 300 peratus sangat meresahkan ramai rakyat Malaysia.
Kenaikan harga tiket penerbangan bukan sahaja membebankan guru dari semenanjung untuk kembali bertugas di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, ibu bapa yang mempunyai anak ditawarkan melanjutkan pengajian di pusat pengajian di Sabah dan Sarawak turut terbeban dengan kenaikan itu.
Kerajaan terpaksa menegur syarikat penerbangan dan ada yang memberi reaksi positif. Antaranya Malaysia Airlines Berhad bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar. Hasil perbincangan antara Kerajaan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAB:
Tarikh penempahan bermula dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai sehingga 30 November 2020.
Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines. Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer.
Diharap syarikat-syarikat penerbangan lain akan turut serta dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan. Bolehlah rakyat kita cuti-cuti dalam negara dengan senang hati tanpa terbeban dengan caj tambang pengangkutan udara yang terlalu tinggi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Sembilan memperkenalkan ‘Waghih Mart, platform baharu yang merupakan aplikasi jualan juadah berbuka puasa dalam talian, bagi menggantikan bazar Ramadan.
Aplikasi jualan itu membolehkan peniaga dan penjaja meneruskan perniagaan mereka ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama pintar bersama Webhaus Technologies Sdn Bhd (Webhaus) dan diselaras oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, serta dikendalikan secara bersama oleh Webhaus, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri mengikut lokaliti masing-masing.
Sebagai pengenalan, keutamaan adalah ditumpukan kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan yang telah berdaftar dengan PBT pada tahun lalu kerana mereka telah faham bagaimana operasi penyediaan makanan mengikut standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selain telah berdaftar dan mematuhi syarat-syarat PBT. Bagaimanapun aplikasi itu juga dibuka pendaftarannya kepada peniaga baharu sekiranya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Waghih Mart menjadi saluran alternatif kepada platform jualan sedia ada yang telah diguna pakai oleh peniaga sejak PKP berkuat kuasa pada 18 Mac lepas seperti Facebook, Telegram dan juga WhatsApp. Apa yang membezakan platform ini dengan platform lain adalah ia memastikan pengusaha makanan dan penghantar makanan berdaftar mematuhi syarat-syarat kawalan kesihatan dan juga dari segi faktor keselamatan ditetapkan.
Waktu operasi pengusaha makanan bermula 8 pagi sehingga 8 malam dan tempahan makanan juga boleh dibuat sehari lebih awal manakala waktu operasi untuk penghantar makanan pula bermula 2 petang sehingga 8 malam.
Pengguna platform ini sama ada daripada kalangan pengusaha makanan, penghantar makanan atau pembeli dinasihat untuk sentiasa mematuhi panduan keselamatan makanan ketika penyerahan makanan seperti pemakaian penutup mulut dan hidung, sentiasa mengekalkan jarak sosial dan kerap mencuci tangan sebelum dan selepas penghantaran.
Tiga kumpulan sasar utama iaitu pengusaha, penghantar dan juga pembeli dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pengguna aplikasi ini kerana platform ini bukan sahaja terpakai sepanjang bulan Ramadan dan tempoh PKP sahaja malah ia boleh terus digunakan pada bila-bila masa.
Waghih Mart turut terbuka kepada penjualan dan pengedaran bahan asas masakan, produk pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, serta produk daging dan ternakan.
Pengusaha dan penghantar makanan boleh mendaftar secara percuma di platform Waghih Mart bermula 27 April 2020 melalui pautan https://www.waghihmart.xyz manakala pendaftaran bagi pembeli pula boleh dibuat bermula 2 Mei 2020.
Amerika Syarikat akan menyekat kemasukan pesawat-pesawat penumpang syarikat China ke negara itu tidak lama lagi. Berita ini pasti memberi sedikit kesukaran buat kedua-dua warga negara ini.
Arahan ini adalah yang terkini dalam peningkatan ketegangan di antara negara China dan Amerika Syarikat. Sekatan Washington ke atas empat syarikat penerbangan dari China ini bermula 16 Jun 2020. Keputusan ini dicapai selepas Beijing gagal meluluskan penyambungan penerbangan United Airlines dan Delta Airlines pada awal minggu ini ke China. Delta Airlines dan United Airlines sebelum ini menggantung penerbangan ke China akibat COVID-19.
Namun, pada ketika itu, syarikat China masih meneruskan penerbangan ke AS 20 kali seminggu pada Februari. Kekerapan ini ditingkatkan kepada 34 kali seminggu pada Mac. United Airlines dan Delta Airlines sebelum ini berharap dapat menyambung penerbangan mereka ke China pada Jun. American Airlines pula bercadang untuk menyambung penerbangan pada Oktober.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...