Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, insurans yang diambil boleh memberikan bantuan segera kepada anda.
Pandang sebelah mata tentang jumlah yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan insurans tetapi pandang dengan lebih serius apakah kita mempunyai cukup simpanan dan bantuan lain sekiranya ada apa-apa kecelakaan berlaku terhadap diri kita? Sekiranya tidak, maka ambillah perlindungan insurans. Sediakan payung sebelum hujan.
Jadi, dalam perlindungan insurans perjalanan atau takaful perjalanan, apakah perkara-perkara utama yang berada di bawah perlindungan mereka? Sekiranya anda semak ke semua laman web yang menyediakan insurans atau takaful perjalanan, anda akan dapati terlalu banyak kelebihan atau benefit yang bakal anda nikmati sekiranya sesuatu terjadi terhadap diri anda.
Ini perkara yang paling utama lebih-lebih lagi kepada anda yang sedang dalam perjalanan yang jauh. Dapatkan insurans atau takaful perjalanan yang melindungi anda daripada status perjalanan yang dibatalkan seperti pembatalan penerbangan dan sebagainya.
Ada pelbagai sebab sesuatu perjalanan boleh dibatalkan sama ada di pihak anda atau di pihak pemberi perkhidmatan sebagai contoh masalah kesihatan, kecederaan atau kematian diri sendiri, keluarga atau teman seperjalanan. Selain daripad itu, kejadian bencana alam juga boleh menyebabkan sesuatu perjalanan atau penerbangan dibatalkan dan anda boleh membuat tuntutan insurans atau takaful sekiranya perkara itu terjadi.
Semak dengan teliti polisi insurans atau takaful yang anda ambil, tapi pastikan polisi pembatalan perjalanan ini termasuk dalam perjanjian insurans atau takaful.
Ads
Polisi bantuan kecemasan perubatan luar negara
Ini benda penting yang selalu dilepas pandang dan tak diteliti dengan baik. Ramai orang beranggapan bahawa semua polisi insurans atau takaful peribadi memberikan bantuan kecemasan perubatan semasa anda berada di luar negara.
Dalam negara, ya, insurans atau takaful peribadi memberikan bantuan perubatan kecemasan kepada anda, tetapi tidak semasa anda berada di luar negara. Sebab itu, anda perlu mendapatkan insurans atau takaful perjalanan untuk hal tersebut. Jadi pastikan anda dapatkan insurans atau takaful perjalanan yang memberikan polisi bantuan kecemasan perubatan semasa anda berada di luar negara.
Selain daripada itu, sekiranya anda bercuti di tengah laut menaiki kapal juga mempengaruhi sesuatu polisi insurans atau takaful yang anda ambil. Jadi pastikan anda membuat semakkan yang teliti.
Polisi ini membolehkan anda dipindahkan dari hospital di luar negara ke hospital dalam negara tanpa perlu menanggung kos perpindahan yang amat tinggi.
Ads
Ini kerana, prosedur perpindahan membabitkan pesakit yang cedera dan dalam keadaan cemas ini melibatkan perpindahan melalui udara dan ubat-ubatan, lebih-lebih lagi dari luar negara ke dalam negara. Kos ambulance, penerbangan, pengangkutan ke hospital, staf perubatan dan ubat-ubatan boleh mencecah lebih ratusan ribu ringgit.
Polisi kehilangan, kelewatan bagasi atau penerbangan
Polisi ini nampak macam remeh tetapi amat membantu sekiranya ianya terjadi. Ada polisi yang akan memberikan anda pampasan sekiranya bagasi anda hilang daripada pesawat. Selain daripada hilang, ada sesetengah polisi yang memberikan perlindungan sekiranya bagasi anda dicuri atau dirosakkan.
Ada juga polisi yang akan memberikan pampasan sekiranya bagasi anda terlewat tiba dari masa yang ditetapkan atau penerbangan anda terlewat dan sebagainya. Pampasan yang diberikan tidak bernilai penuh dengan apa yang ada dalam bagasi anda, tetapi pampasan yang diberikan membolehkan anda mencari pakaian ganti sementara menunggu bagasi anda tiba dengan selamat.
Bagi polisi untuk kelewatan penerbangan pula, pampasan yang layak anda terima adalah membabitkan tempat penginapan untuk menunggu penerbangan seterusnya dan juga makan anda selama anda berada di lokasi yang terkandas.
Ads
Polisi bantuan perhubungan 24 jam seluruh dunia
Polisi ini sangat membantu kerana mereka menyediakan staf yang akan memberikan bantuan kepada anda 24-jam di mana-mana sahaja lokasi anda di dunia sekiranya anda memerlukan apa-apa bantuan daripada mereka.
Sama ada anda terlibat dalam kecemasan, kemalangan, kehilangan, kelewatan dan sebagainya, anda boleh hubungi mereka untuk tahu apa tindakan seterusnya dan apa yang perlu anda lakukan di situ dan di ketika itu.
Bantuan panggilan 24 jam ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda boleh dapatkan lokasi hospital yang berdekatan dengan lokasi anda, membuat tuntutan pampasan, memohon bantuan kewangan dan sebagainya. Selain daripada perkara yang membabitkan nyawa, perkara-perkara lain seperti kelewatan bagasi, kehilangan visa atau pasport juga boleh menggunakan talian bantuan 24 jam ini.
Selain daripada lima polisi yang wajib ada dalam perlindungan insurans atau takaful anda, ada beberapa polisi tambahan lain yang boleh anda tambah untuk memberikan perlindungan maksimum seperti insurans nyawa, insurans lokasi merbahaya atau aktiviti merbahaya, insurans kemalangan kenderaan sewa, dan insurang kecurian dan kehilangan harta benda.
Pastikan anda semak dengan teliti apakan polisi yang ada dalam insurans atau takaful anda dan, pastikan anda dilindungi sebelum pergi bercuti terutamanya keluar negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
1. Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
2. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
3. Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
4. Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
Foto: Beautifulterengganu.com
5. Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
6. Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
7. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.
8. Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
9. Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
10. Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
11. Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
12. Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
13. Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
14. Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum ini undang-undang untuk melancong ke Arab Saudi sangat ketat. Pelancong asing tidak dibenarkan sama sekali untuk menempah bilik berlainan jantina. Begitu juga penduduk tempatan terutama wanita dilarang untuk bebas melancong seorang diri.
Terbaru, Arab Saudi akan membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing berkongsi bilik hotel tanpa membuktikan hubungan mahram selepas melancarkan visa pelancongan baru bagi menarik pelancong. Satu lagi perubahan baru adalah wanita termasuk rakyat tempatan juga dibenarkan menyewa bilik bersendirian.
via CNN Saudi couple traveling_1570515462084.jpg.jpg.jpg_39492794_ver1.0_1280_720.
Tindakan itu dilihat memudahkan wanita yang mengembara bersendirian selain membolehkan pasangan yang tidak berkahwin menginap bersama ketika ke negara itu. Perkara itu dilaporkan akhbar Okaz dan disahkan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.
“Semua rakyat tempatan diminta menunjukkan pengenalan diri atau hubungan sesama mereka apabila mendaftar masuk ke hotel. Ini bagaimanapun tidak diperlukan untuk pelancong asing. Semua wanita termasuk dari Arab Saudi juga boleh menginap bersendirian asalkan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar masuk,” katanya.
Arab Saudi bulan lalu membuka pintunya dengan visa pelancong dari 49 negara dalam pada ia cuba memperkembang sektor berkenaan seterusnya mempelbagaikan ekonominya selain daripada pengeksportan minyak. Susulan itu ia turut membenarkan pelancong dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, sebaliknya hanya perlu memastikan berpakaian sopan. Alkohol masih diharamkan.
Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?
Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.
Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.
Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.
Tapi Kenapa?
Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.
Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.
Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...