Beg Rosak Ketika Travel, Masalah Besar! Ini Cara Betul Pilih Beg Untuk Bercuti

Share

Pemilihan beg ketika bercuti sangat penting. Sebelum memilih beg apa yang perlu di bawa, semak dulu lokasi percutian anda. 

Libur pernah ada pengalaman melihat pelancong yang memilih untuk menginap di sebuah resort atas bukit terpaksa memikul bagasi beroda yang sangat besar dengan menaiki anak tangga yang curam. Tanpa dijangka, beg tersebut terjatuh kembali ke bawah lalu pecah dan segala barang di dalam terabur di atas tanah.

Terdapat pelbagai pilihan beg travel untuk mengisi barang di pasaran, adakah beg yang anda pilih sesuai dengan jenis percutian yang dirancangkan? Ketahui jenis-jenis beg dan kesesuaiannya mengikut jenis percutian anda

BEG DUFFLE

Sesuai untuk: Pendaki, pelajar kolej, budget traveller

Beg duffle tradisional bersifat ringan, mudah disimpan dan lebih mesra bajet. Beg jenis ini mempunyai ruang simpanan yang besar – sesetengah model menawarkan kapasiti sehingga 130 liter.

 

BEG DUFFLE BERODA

Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban

Beg duffle mempunyai ruangan utama yang besar dan boleh memuatkan peralatan kembara yang pelbagai bentuk atau saiz, di samping mempunyai roda yang memudahkan pergerakan.

BAGASI BERODA

Sesuai untuk: Perjalanan bisnes, lawatan keluarga, road trip, percutian urban

Binaan yang teguh dan saiz yang kompak direka untuk menangani sistem pengangkutan bagasi. Beg jenis ini juga selalunya mempunyai banyak poket dan ruangan khusus untuk toiletries, aksesori dan lain-lain.

BACKPACK BERODA

Sesuai untuk: Kembara, road trip

Backpack beroda mempunyai kelebihan dari segi keselesaan dan mobiliti. Ia boleh diseret atau disandang mengikut situasi, dan amat popular di kalangan pengembara dan backpackers.

TRAVEL PACK

Sesuai untuk: Pengembara yang mementingkan mobiliti

Backpack tanpa roda ini bersifat mesra perjalanan, terutamanya di laluan berbatu, tangga, dan kawasan tidak rata kerana ia disandang sepanjang masa. Kebanyakan beg jenis ini mempunyai rangka dalaman, strap bahu tersembunyi dan ciri-ciri keselamatan.

BEG LAPTOP

Sesuai untuk: Pelancong yang membawa laptop

Beg sandang belakang ini mempunyai ruangan berpad untuk melindungi laptop bersaiz 10-17 inci, selain mempunyai banyak poket untuk menyimpan kabel,wayar sambungan dan kertas kerja. Ia juga boleh menjadi tempat simpanan ekstra bagi barang-barang yang tidak dapat dimuatkan ke dalam bagasi utama.

EXTRA: BAGASI JENIS CARRY-ON

Sesuai untuk: Pelancong yang tidak membawa banyak barang, sangat mementingkan mobiliti atau tidak mahu membayar caj bagasi.

Semua jenis beg, dari bagasi beroda sehingga duffle, mempunyai saiz carry-on yang selalunya tidak perlu didaftar masuk. Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan beg carry-on yang bersaiz tidak lebih daripada 22 x 14 x 9 inci.

 

 

IKLAN