Dream Forest Langkawi, tempat ini baru buka bulan Jun dan merupakan enchanted magical forest pertama di Malaysia.
Okay, vibes kat sini macam berada dalam avatar forest, cantik dan memukau.
Dream Forest Langkawi
Buka waktu malam sahaja dan laluan sepanjang 1.2km dalam rainforest dikelilingi dengan immersive technology, lighting, soundscape dan cerita hikayat lagenda Pulau Langkawi – Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa & Langkawi Giants.
Ads
Kalau nak berjalan sekitar ini, ambil masa sekitar 45 minit – 1 jam sebab anda akan leka tengok sekeliling yang dihidupkan dengan cahaya warna-warni.
Ads
Kawasannya wheelchair and stroller friendly, cuma kat bahagian exit kena angkat sikit sebab belum buat laluan turun untuk wheelchair & stroller, maybe they will improve it in the future. Ada tandas, surau dan small food & beverage stall, boleh makan marshmallow dekat unggun api.
Ads
Owh ya, tiket boleh beli direct di kaunter menerusi website dream forest pun boleh atau dekat klook dan redeem di kaunter.
Lokasi:
Dream Forest Langkawi owned by Tiara Jacquelina Ticket price : Boleh rujuk pada gambar Operating hours : 7pm-12am (daily) Closed : every Wednesday (except Public Holidays and School Holidays)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lukisan mural kisah rakyat dan identiti negeri Pahang menjadikan lorong belakang barisan kedai lama di Jalan Besar di sini yang sebelum ini kelam dan suram kini bertukar kepada suasana lebih ceria dan meriah dengan pelbagai warna selain dihiasi lampu bagi menghidupkan suasana waktu malam.
Semua itu merupakan hasil kerja 13 anak jati Pahang berusia antara 26 dan 52 tahun dikenali sebagai 'Projek 06', mengambil kod negeri di Jabatan Pendaftaran Negara yang bertungkus-lumus setiap hari sejak Disember 2020 bagi menyiapkan 'Kuantan Art Street' yang diharapkan akan menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Wakil kumpulan, Mohd Amer Farouk, 31, berkata, mural sepanjang 200 meter itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kuantan dinaik taraf sebagai bandar raya pada 21 Februari lepas.
Antara lukisan mural dipamerkan termasuklah lukisan kerbau hitam menarik pedati berisi hasil laut, diilhamkan daripada masyarakat nelayan di Pantai Beserah yang menggunakan khidmat haiwan itu sekitar tahun 70-an bagi memudahkan kerja.
Selain kerbau, turut mendapat perhatian ialah lukisan batik berwarna terang yang menggambarkan batik daripada teknik ikat yang popular di Cherating selain gambar aktiviti luncur ombak, memandangkan Pantai Cherating terkenal kepada peminat sukan lasak itu kerana ombaknya dikatakan boleh setinggi lima kaki.
Turut diabadikan di situ ialah paparan seorang lelaki memakai baju belang berwarna firus, putih dan hitam memasak burger dikenali sebagai Lan Burger, yang difahamkan membuka gerai burger pertama di bandar Kuantan pada tahun 1977, selain lakaran susuk tubuh tukang kasut khusyuk dengan kerjanya, panorama yang biasa dilihat di tepi-tepi kedai sekitar bandar di sini.
Ada juga gambar naga berwarna hijau iaitu lukisan yang paling sukar dihasilkan pada bangunan setinggi tiga tingkat yang mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan, diinspirasikan daripada kisah rakyat Naga Sri Gumum yang diceritakan 'menghuni' Tasik Chini di Pekan, kira-kira 84 kilometer dari bandaraya Kuantan.
Turut ada ialah gajah yang menjadi identiti negeri Pahang. Ada juga nombor 25000 yang menjadi poskod negeri Pahang selain gambar kerang gergasi menggambarkan Taman Kerang, sebuah kawasan rekreasi berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, yang popular dalam kalangan penduduk setempat. – Bernama. / Gambar : Pahang Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda gemar melawati denai hutan secara semula jadi ataupun ingin sesuatu yang lebih memuaskan?
Anda boleh cuba merentas hutan Taman Botani Kepong FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong, Kuala Lumpur. Selain itu cuba melalui jambatan baru yang ada di sini iaitu Jambatan Rimba (Forest Skywalk). Menjejakkan kaki di FRIM ternyata bukan hanya terasa damai di tengah-tengah rimbunan kehijauan tetapi pasti rasa takjub dengan susunan landskap perhutanan FRIM
Apa yang menarik mengenai produk baru di FRIM Forest Skywalk? Baca perkongsian Aziera Dianza yang telah pun merasai sendiri, berjalan di atas jambatan tinggi ini.
FOREST SKYWALK FRIM
Tarikan terbaru untuk pencinta alam. Jejantas Rimba FRIM di Taman Botani Kepong (KBG). Untuk ke Skywalk, dari tempat parking anda akan jumpa toilet. Ikut laluan pejalan kaki di sebelah toilet. Kena berjalan ke dalam sejauh 650m untuk ke Forest Skywalk.
(ramai yg sesat)
Jejantas ini berukuran 18-50m tinggi dan 250m panjang. Ia dibina dari bahan aluminium dan dikukuhkan dngn ‘guy wire’. So jangan risau.. Insha Allah stabil. Tapi perlu berhati2 dan ikut arahan yg diberikan. Diatas landasan pun perlu berjalan jarak2. So makan masa 30-40min kt atas. Di atas Menara Tinjau 50m, dapat melihat pemandangan sekitar KL. Tapi tiket menara limited. Sebab hanya 2 orang yang dibenarkan untuk berada di Menara dalam satu masa.
Waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut:
Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
3 Sesi
Tiket & Bayaran
Jangan lupa ikut SOP yg ditetapkn FRIM Frim Forest Skywalk Kepong Botanical Garden. Ayuh support industri pelancongan kita
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bentuk muka bumi di Perak memang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti semulajadi. Boleh dikatakan kawasan sekeliling di Perak masih menghijau dan seronok untuk diterokai.
Antara destinasi dan lokasi menarik untuk lakukan aktiviti nature di Perak:
Berkunjunglah ke Gua batu kapur yang menjanjikan pengalaman eksplorasi gua dan riadah yang menyeronokan. Pengunjung bakal menyaksikan dengan jelas keindahan struktur batu-batu kapur yang membentuk lima kebuk gua sejak ribuan tahun dahulu, walau terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengelakkan kepala terlanggar siling batu kapur dan stalaktit yang membentuk jeriji-jeriji batu sepanjang laluan kira-kira dua kilometer tersebut. Di mulut terowong ini, pengunjung dapat merasakan deruan angin yang menerobos masuk membuktikan terdapat satu lagi pintu di hujung gua tersebut.
Gua Tempurung yang dipercayai wujud sejak tahun 8,000 sebelum masihi ini sebenarnya mendapat nama dari rupa bentuknya yang menyerupai tempurung kelapa. Selain menjadi laluan dan tempat persembunyian komunis, gua ini dipercayai telah ditemui terlebih dahulu oleh seorang sami buddha yang menghuni kawasan tersebut sebagai tempat pertapaannya. Jejambat dan tangga yang dibina di dalam gua ini memudahkan pengunjung meneroka dengan selamat.
Taman Negara Royal Belum merupakan khazanah yang tidak ternilai serta mempunyai
unsur-unsur kepelbagaian biologi yang begitu tinggi dan perlu dipelihara untuk generasi
akan datang. Di sini terdapat beberapa keunikan yang menjadi tarikan pelancong antaranya kewujudan habitat haiwan, bunga pakma atau rafflesia, perkampungan
orang asli, pelbagai spesies burung dan aktiviti jungle trekking.
Jika memilih untuk melakukan aktiviti jungle trekking di sini, masa yang diperuntukan oleh juru arah adalah sekitar enam jam perjalanan sahaja. Pengalaman melakukan aktiviti ini pasti meyeronokkan dan padat dengan info mengenai rahsia alam di Royl Belum.
Bagi pengunjung yang mengidamkan sedikit keseronokan dalam percutian mereka, apa kata mencuba aktiviti lasak Whitewater Rafting lagi menyeronokkan di sepanjang Sungai di Perak seperti Sungai Sungkai, Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Keselamatan anda ketika mencuba aktiviti ini tidak perlu diragui, kerana kelengkapan keselamatan telah tersedia seperti pakaian wetsuit penuh, booties, fin dan jaket keselamatan.
Kepada peminat aktiviti Off Road anda boleh mencuba menggunakan laluan yang ada di Perak, iaitu Lasah dan boleh terus memandu sehingga sepanjang jalan melalui Gua Musang di Kelantan serta Cameron Highlands di Pahang. Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, tetapi berminat untuk mencuba aktiviti ini, jangan risau kerana terdapat kemudahan kereta disediakan beserta pakar-pakar pengendali kenderaan ini yang berpengalaman menemani sepanjang pemanduan yang mencabar.
Masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini di Perak ialah semasa musim kering antara Mac hingga Oktober. Tetapi bagi mereka yang ingin lebih cabaran, ada boleh mencuba aktiviti ini pada musim monsun iaitu nulan November hingga Februari.
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang...