Orang kata bercuti di Rome, Itali antara yang best dan memuaskan untuk menikmati pemandangan di sana.
Namun perlulah bersedia dan jaga-jaga dengan pickpocket, boleh dikatakan tak sedar pun kalau anda jadi mangsa. Kalau anda ada plan ke sana, jemput baca perkongsian daripada seseorang menerusi laman Backpackers Buddies Malaysia yang mana dia sendiri tak sangka kena pickpocket di Rome, Italy.
Bercuti di Rome
Sebelum ini pernah pergi Rome berdua dengan kawan setakat ini ok. Kali ke-2 pergi solo berlaku insiden tak diingini.
Sepanjang travel lebih sedekad, saya amat berhati-hati especially melibatkan beg. Bila travel, saya sering nasihatkan orang. Tolong jaga duit, wallet, passport. Jangan cakap dengan orang sebarangan. Buat bodoh sahaja. Pergi negara tertentu terutama kat Spain, France, Italy dan lain-lain memang terkenal dengan pickpocket yang begitu expert. Saya tahu taktik mereka sebab selalu baca. Kat YouTube pun ada cerita bagaimana mereka menjalankan tugas.
Berbalik kepada cerita kena pickpocket sepantas kilat.
Saya memang meletakkan beg di dada sepanjang masa (crossbody bag). Saya yakin selamat. Duit dan passport dalam beg. Dalam beg ada ruang lagi. Saya letak passport dan duit cash disitu. Duit cash dalam sampul surat.
Semasa menunggu lrt di stesen metro Colloseo, ada seorang perempuan bertanya. Dia bertanya arah ke stesen Policlinico. Saya bagitahu bahawa train yang saya tunggu sama dengan destinasi yang dia mahu tuju. Perbualan itu sepantas kilat dan hanya beberapa saat. Pendek saja ayat saya. Tak ada pun mesra. Nak kata dekat sangat, tak juga. Masa itu pun tak berapa sibuk. Saya lak mmg pegang beg kt dada saya hampir sepanjang masa.
Dia masuk train. Dalam train dia masih bercakap dan siap sebut ‘tq & nice to meet you’. Saya tak ada pun layan sangat. Dalam train pun bukan dekat sangat.
Tapi yang saya pelik, dia keluar next station. Bukan stesen yang dia sebut.
Masa keluar, rupanya ada 2 kawan dia yang lain. Time dia keluar tergesa-gesa. Muka dia sebenarnya macam takut-takut.
Tapi sampai saat itu, saya tak syak apa-apa. Sebab boleh dikatakan saya selalu pegang beg saya dengan erat.
Ads
Apabila tiba ke hotel, saya kemas barang. Saya keluarkan barang dalam beg. Tiba-tiba sampul surat yang berisi duit itu tak ada. Mana pula pergi?? Baru saya teringat kembali akan perempuan tersebut.
Nak tak nak kena terima. Ada hikmah. Ada juga rasa ‘bongkak’ saya sebab ada terfikir, tak mungkin saya kena pickpocket sbb selalu travel dan sangat hati-hati.
Sebenarnya sehingga sekarang, saya tak dapat nak fikir bagaimana dia boleh pickpocket. Saya tak keluarkan pun sampul surat itu langsung sepanjang travel kat Rome sebab tak guna currency. Cuma masa turun dari airport, saya dah siap-siap keluarkan duit euro.
Yang bertambah pelik, sampul surat itu berada di ruangan dalam cuma tak ada zip. Ruangan itu pula betul-betul kat dada saya.
Namun ada teori yang saya andaikan, zip beg tu terbuka sikit. Mugkin masa dia berbual itu, dengan tangan yang pantas dia guna alat penarik agaknya walau beberapa saat. Tak pun kawan dia. Mustahil boleh guna tangan sebab kami tak dekat. Itu tengok gambar macam ada kesan kena rentas kat dalam. Dari luar beg semua ok. Mungkin sempat ambil sampul surat. Nasib passport tak diambil sebab passport kat ruangan yang sama.
Apa pun kalau betul memang hebat dia buat kerja. Macam 10 saat sahaja.
Boleh jadi, dia dah ikut saya lama, mugkin masa saya buka beg, dia ternampak ada sampul surat kat satu ruangan. Orang expert, mungkin dia boleh agak itu duit. Mugkin juga beg saya tu dia dah kaji. Biasalah orang mahir mesti tahu benda begini.
Langkah Yang Perlu Buat Bila Jadi Mangsa Pickpocket
Ads
Saya pergi balai polis Termini Station buat laporan (supaya mudah claim insuran). Saya taip siap-siap selepas itu bagi polis dalam Italian dan English. Polis pun bagi kerjasama dengan baik. Bila dah settle, ada benda yang patut saya baiki.
1) Kalau saya pergi travel Europe musim sejuk, crossbody beg tu saya letak dalam jaket sepanjang masa. Kali ini saya letak kat luar. Ini kali kedua saya ke Rome. Masa itu memang beg dalam jaket winter.
2) Plan saya memang guna wise card, tapi tetap nak standby cash kalau apa-apa. Lepas duit itu semua hilang, perbelanjaan saya guna wise card je. A to Z. Beli benda 1 pound kat pasar raya pun mereka terima.
3) Dulu crossbody bag saya itu ada zip kat ruang dalam. Beg baru tak ada zip walau ada ruangan. Mungkin lepas ini utamakan beg ada zip kat dalam.
4) Dulu saya bawa cash, passport letak dalam singlet berzip macam yang umrah/haji. Memang saya sntiasa amalkan ini apabila travel terutamanya kalau pergi Europe. Kali ini saya tak buat macam itu. Nampaknya kena start semula.
5) Saya sebenarnya tak ready nak pergi Rome. Fikiran saya serabut hingga aspek keselamatan mungkin saya tak berapa endah.
Flight saya Abu Dhabi ke Rome delay 12 jam sampai saya terlepas flight ke Portugal. Rome hanya transit kat airport sahaja sebab memang sudah pernah pegi. Ikutkan saya dah siap plan tidur airport Rome sebelum naik next flight. Memang ada masa 6 jam self connecting. Tak sangka 12 jam pula flight delay dari Abu Dhabi.
Ads
Masa itu pula saya tengah pening nak susun balik iti. Hotel kat Rome pun walk in je. Akhirnya saya atur balik iti dan jumpe flight murah ke London lepas 2 hari.
Padahal dulu bukan main tegur orang kalau ada apa-apa masalah tetaplah jaga beg semua. Italy ni scammer/pickpocket memang teruk. Antara paling teruk dalam dunia.
6) Kadang-kadang dunia travel ini sukar dijangka. Tahap keyakinan saya amat tinggi tidak mungkin kena pickpocket. Akhirnya, kena jua.
Bila ada masalah, memang cuak. Lepas hilang, saya cuba tenang seketika. Tengok apa yang boleh buat.
Terbaca ada orang share kalau ada apa-apa kes, kena buat report tempat yang hilang kalau nak claim insuran. Jadi, saya buat.
Waktu travel jangan ada perasaan terlalu BONGKAK macam tak akan kena apa-apa. Memang terdetik dalam hati sebelum pergi, mustahil kena pickpocket sebab persediaan tip top dan kononnya sudah arif selok belok scammer pickpocket dan tak akan bercakap orang sebarangan kecuali kita sendiri yang terpaksa minta bantuan.
Saya pernah pegi India sorang-sorang tempat yang macam-macam kes, China pun sorang. Sekadar yakin itu perlu dan berdoa agar segala urusan kita dipermudah setelah kita berusaha.
Namun segala yang berlaku diluar kemampuan kita. Ada benda yang Allah nak tegur dan beringat. Baru tahu apa yang dirasa apabila kena begini. Selama ini baca pengalaman orang siap pakej cakap ini jadinya tak hati-hati. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati bercakap apabila orang kena musibah.
7) Saya terima ada sedikit kecuaian saya. (seperti yg disebut). Jadikan pengajaran dan panduan utk semua yang nak travel esp Europe. Teruslah melihat dunia. Jangan takut.
Lepas pulang ke Malaysia, saya claim insuran. Saya dapat semua duit yang saya hilang. Alhamdulillah. Syarat utama kena buat report dalam tempoh 24 jam tempat berlaku kejadian.
Begitulah cerintanya, awas ya kalau ke sana! Jangan terleka seminit pun kalau nak selamat daripada jadi mangsa pickpocket.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kadangkala kita sudah merancang awal untuk bercuti ke luar negara atau mana-mana destinasi yang memerlukan kita menaiki kapal terbang pada hujung tahun atau tahun hadapan.
Tup..tup mengandung pula. Alhamdulillah, rezeki daripada Tuhan! Tapi tiket kapal terbang sudah dibeli awal, segala tempahan hotel atau agensi pelancongan sudah selesai. Macam mana sekarang? Boleh ke ibu hamil naik kapal terbang?
Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiri tarikh due date. Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa.
Banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.
AirAsia
Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in. Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:
Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
Malaysia Airlines (MAS)
Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.
FireFly
Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:
Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.
Malindo Air
Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Kemalangan jalanraya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ada kemalangan yang membabitkan anda terjunam ke dalam air dan sekiranya kejadian ini berlaku, adakah anda tahu apa cara yang terbaik untuk menyelamatkan diri anda dengan kadar segera?
Jangan panik
Sangat penting untuk anda sentiasa kekal tenang, fokus dan simpan tenaga daripada teriak tak tentu hala. Bila anda dalam keadaan panik, sukar untuk anda berfikir dengan waras, seterusnya merancang jalan keluar dengan baik dan selamat. Jadi, kekal tenang walau apa jua keadaannya.
Buka tali pinggang keselamatan anda
Buka tali pinggang dahulu sebelum anda lakukan perkara-perkara lain seperti menyelamatkan harta benda anda. Tanggalkan segala aksesori yang ada di badan anda seperti jaket dan topi supaya anda dapat berenang dengan lebih baik.
Buka tingkap pintu kenderaan anda untuk keluar
Secara teori, ramai daripada kita menyangka buka pintu adalah satu jalan keluar yang baik tetapi dalam keadaan sebenar, cuba keluar melalui pintu kereta akan menyebabkan anda terperangkap lebih lama. Sebab, tekanan air menyebabkan anda sukar untuk membuka pintu berbanding biasa. Jadi, gunakan tingkap untuk keluar dari dalam kenderaan. Keluar segera sebelum kenderaan anda tenggelam lebih jauh ke dasar air.
Pecahkan tingkap sekiranya gagal membuka tingkap
Pecahkan tingkap kereta anda sekiranya tingkap kereta gagal dibuka dengan cara ketuk di mana-mana bahagian hujung atau bucu tingkap. Jangan ketuk di tengah-tengah tingkap. Ketukkan di bahagian hujung atau bucu lebih memudahkan kerja anda berbanding ketuk di tengah-tengah tingkap. Sebaiknya, sediakan alat untuk memecahkan tingkap di dalam kenderaan anda setiap masa. Alat ini sekarang mudah untuk didapati seperti di pasar malam atau boleh beli online.
Sekiranya anda travel bersama kanak-kanak, selamatkan yang tua dahulu
Pakar berpendapat bahawa anda perlu menyelamatkan kanak-kanak yang tua dahulu berbanding yang muda kerana mereka boleh membantu untuk menyelamatkan kanak-kanak yang lebih muda.
Satu lagi perkara tambahan, kesemua tips ini akan lebih berkesan sekiranya anda tahu untuk berenang dan memberikan peluang yang lebih besar untuk anda selamat daripada kemalangan yang berlaku. Bagaimanapun, walau tak tahu berenang, lebih baik kita bersedia untuk segala kemungkinankan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menghabiskan masa hujung minggu ini dengan berkelah di tepi pantai pun idea yang sangat menarik.
Selain bermandi-manda, siapa kata anda tidak boleh bergaya di pantai, sambil membiarkan bayu laut singgah ke muka. Inilah masanya untuk posing cantik sebagai kenang-kenangan saat bercuti. Elak fesyen yang janggal agar tidak menjadi bahan lawak pengunjung lain.
pakaianpantai
SANDAL
Pilih sandal yang selesa untuk berjalan di atas pasir jika anda menolak untuk berkaki ayam. Sandal bertali yang ringkas adalah paling cantik disarung pada kaki malah sandal juga mudah kering apabila terkena air.
TOPI
Pilih topi lebar bercorak floppy and striped yang comel ini. Corak belang yang semakin popular dan tepi topi yang luas memberi anda lebih perlindungan dari terkena cahaya matahari.
Scarf kepala juga sesuai jika digayakan dengan gaun maxi manakala topi fedora sesuai digayakan bersama singlet buat lelaki.
PARIO
Kain bercorak flora atau geometri ini bertujuan untuk menampakkan sisi feminin anda. Pemakaian yang ringkas iaitu hanya mengikat dari tepi pinggang sangat selesa dan mudah digunakan oleh anda yang suka kelihatan polos serta semulajadi.
CERMIN MATA
Kaca mata gelap merupakan aksesori yang perlu ada jika anda mahu berjemur. Kaca mata ini bukan saja berperanan sebagai satu fesyen tetapi melindungi penglihatan anda dari terus merasa pedih kerana panahan panas dan pasir berterbangan. Kaca mata lebar adalah pilihan tepat kerana lebih menarik.
SELUAR PENDEK
Tidak semua seluar pendek tampil bergaya untuk ke pantai. Seluar pendek berwarna ceria dan sama ada corak atau plain menjadikan anda seorang beach boy yang kacak dan menjadi tumpuan.
GAUN
Dikenali sebagai sundresses ini buat anda yang mahukan keseronokan dan keselesaan. Bukan saja berfabrik nipis yang mudah kering, ia juga ringan dan tampil comel buat gadis-gadis pantai.
Merakam keindahan pantai bukan terhad kepada kawasan sekeliling. Bagi menambah indahnya gambara yang diambil, sila jangan abaikan cara anda berpakaian. Jika sudah minat fesyen, ke mana saja anda pergi fesyen tetap utama. Jangan bataskan minat berfesyen anda walaupun anda sedang berjalan-jalan di tepi pantai!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...