Seperti yang kita maklum ada beberapa negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKPP Pemulihan (PKPP). Antaranya negeri Perak, Pahang, Perlis dan Terengganu.
Dan nampaknya bermula esok kerajaan setuju memberi kelongggan bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudyaan di kawasan ini.
Namun begitu menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, aktiviti berkenaan bagaimanapun masih tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Menurutnya, ia termasuk aktiviti pelancongan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang membabitkan pelancong asing tidak dibenarkan.
“Antara aktiviti dibenarkan di kawasan PKPB adalah produk tarikan pelancong seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi dan ekstrem.
“Begitu juga premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat budaya, pentas persembahan dan lain-lain serta taman tema dan pusat hiburan keluarga.
Ads
“Aktiviti berikut dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya dalam sidang media semalam.
Bagi kawasan PKPP, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan itu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Katanya, aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta termasuk majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, sambutan ulangtahun tidak dibenarkan di kawasan PKP manakala PKPB dan PKPP dibenarkan.
Ads
“Begitu juga seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, mesyuarat, pameran, perdagangan dan aktiviti berkaitan,” katanya lagi.
Dalam pada itu dalam posting di laman sosial Facebook, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, melalui menterinya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri turut menyeru kepada orang ramai untuk memulakan aktiviti pelancongan di kawasan setempat masong-masing dengan mematuhi SOP ditetapkan.
Buat rakyat Malaysia, Langkawi patut dimasukkan dalam senarai destinasi percutiaan anda. Selain menikmati keindahan alam semulajadinya anda turut menyumbang kepada sektor ekonomi negara ketika ini.
Tidak basah, tidak sahlah percutian anda di Pulau Lagenda ini. Di Pulau Langkawi terdapat banyak lokasi pantai menarik untuk singgah. Jika berada di sini, ambil masa untuk singgah ke semua lokasi pantai yang ada. Setiap pantai di Langkawi mempunyai keunikan dan tarikan yang berbeza tau.
Pantai Chenang
Pantai Cenang antara lokasi menerima kunjungan ramai apabila ke pulau legenda ini. Aktiviti pantai yang boleh dilakukan di sini sangat banyak dan meriah tidak kira siang atau malam.
Pantai Tengah
Jika berada di Pantai Cenang anda juga harus mengunjungi Pantai Tengah. Kedudukannya hanya bersebelahan dengan Pantai Cenang.Pantai ini dihiasi pasir halus dan landai, amat sesuai untuk mandi-manda. Lokasi ini membolehkan anda dapat melihat dengan jelas kehijauan Pulau Tepor.
Pantai Tanjung Rhu
Dalam kalangan masyarakat tempatan, Pantai Tanjung Rhu dikatakan memiliki persekitaran lebih mengagumkan berbanding Pantai Cenang. Anda erlu menikmati sendiri pengalaman itu apabila makan angin ke sini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah memancing.
Pantai Pasir Tengkorak
Mengikut legenda tempatan, suatu masa dulu terdapat raksasa laut atau air pusar yang menenggelamkan banyak kapal dan kemudian mencampakkan tengorak mangsanya di pantai ini. Dari situlah nama Pantai Pasir Tengkorak diambil. Kedudukannya yang agak jauh daripada kawasan tumpuan orang ramai menyebabkan pantai ini tidak begitu popular dalam kalangan pelancong luar. Secara langsung, ia menjadikan lokasi itu sebagai lebih eksklusif untuk pengunjung berehat atau menikmati keindahan alam dengan tenang.
Pantai Pasir Hitam
Pasir pantai di sini lebih gelap dan sedikit kehitaman jika dipijak. Ada yang percaya, hitam itu bukanlah pasir, sebaliknya berpunca daripada tanah sawah yang dibakar oleh petani pada tahun 1821. Pantai ini terletak empat kilometer di barat daya Pantai Tanjung Rhu. Anda hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari Langkawi Cable Car.
Teluk Burau
Kedudukannya agak tersembunyi kerana ia terletak di sepanjang pesisir barat Langkawi. Anda hanya mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Langkawi Cable Car sekiranya anda ingin ke sini. Pantai bersih dan cantik ini, mengadap Gunung Mat Cincang dan lokasi menarik lain sekitar Pulau Langkawi. Walaupun pesisir pantainya sepanjang dua kilometer, hanya bahagian tengah pantai itu dibuka kepada umum.
Datai Bay
Lokasi ini adalah pantai persendirian yang dikongsi oleh beberapa pusat peranginan lima bintang iaitu The Datai dan The Andaman. Sekiranya bernasib baik, anda mungkin berpeluang melihat sekumpulan ikan lumba-lumba yang sesekali muncul di kawasan laut Andaman yang terbentang luas.
Paradise Island
Paradise Island, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari. Antara pakej dan aktiviti yang disediakan adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat. ‘Pulau Syurga’ ini juga bersedia menerima tetamu yang ingin mengadakan majlis sambutan ‘istimewa’.
Pantai Pulau Tuba
Berlandskap indah, berpasir putih dan pulau disimbah cahaya mentari, Pulau Tuba sememangnya menjanjikan ketenangan sebagai destinasi percutian idaman. Di samping terkenal dengan pulau yang masih dara, di sini bermulanya kedamaian buat pengunjung yang sukakan percutian privasi jauh dari gangguan. Pulau Tuba hanya boleh diakses menerusi jalan laut terletak kira-kira 5km dari Jeti Kuah, pengunjung yang ingin ke Pulau Tuba perlu menaiki bot yang mengambil masa perjalan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada cuaca.
image via google | utusan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.
Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang.
Perkongsian daripada saudara Farouk Efandi Muhamad Darus ini sangat berlainan daripada trip ‘family camping’ yang lain. Dalam tempoh 12 hari, seorang bapa ini berjaya membawa keluarganya keluar berkhemah ke 10 destinasi berbeza di Malaysia dan Thailand. Cayalah! Nampak seronok sangat.
Saya kongsikan kembara kami sekeluarga yg sebelum nie anak-anak belum pernah merasai suasana bercamping yg sebenar. Bermula dr sy pinjam khemah member dan buka di laman rumah, anak-anak mula rasa teruja bila sy bertanya nak camping betul-betul ka dlm hutan, mereka dgn pantas menjawab nak-nak.
Akhirnya, dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang saya ada sebelum ini, saya mula menyelongkar peralatan/perkakas yg saya ada simpan dan kembali pergi ke kedai-kedai outdoor serta rajin membaca info, maklumat, tempat yang sesuai dalam group. Tanggal 21/12/2019 Sabtu bermulalah kembara kami sekeluarga selama 12 hari seluruh Malaysia dan sebahagian Selatan Thailand. Selain bercamping, kembara kami merangkumi sesi berjalan ke tempat menarik, bersejarah, bangunan unik, kawasan pelancong, memasuki gua, ziarah masjid dan apa saja aktiviti yang dirasakan perlu dicuba jika ia berada dilaluan kami.
Terima kasih banyak-banyak pada ahli group Family Camping Malaysia kerana sentiasa memberi maklumat/info yg berguna untuk ahli-ahli. Saya amat hargai kerana ia memang memberi banyak menafaat sepanjang penggembaraan kami.
Day 1 : 21/12/2019 Sabtu
Semenyih – Komenwel ecopark Rawang
SELANGOR
Day 2 : 22/12/2019 Ahad
Rawang – Risda Ecopark Ulu Slim
PERAK
Day 3 : 23/12/2019 Isnin
Ulu Slim – The Hill Rexaling campsite
Balik Pulau PULAU PINANG
Day 4 : 24/12/2019 Selasa
Balik Pulau – Jeram Sg. Sedim
KEDAH
Day 5 : 25/12/2019 Rabu
Sg. Sedim -Wang Kelian
PERLIS (Cros Border)
Wang Kelian – Pantai Ban Han Say yo
Satun THAILAND
Day 6 : 26/12/2019 Khamis
Satun – Pak Bara
THAILAND
(Menginap di Bara Resort : Recharge equipments dan mendobi)
Day 7 : 27/12/2019 Jumaat
Pak Bara – I-yerweng Yala/Betong
THAILAND
Day 8 : 28/12/2019 Sabtu
Betong – Pengkalan Hulu PERAK
(Cros Border) MALAYSIA
Pengkalan Hulu – RnR Banjaran Titiwangsa
PERAK/KELANTAN
Day 9 : 29/12/2019 Ahad
KELANTAN, TERENGGANU dan Payung Campsite Cherating PAHANG
Day 10 : 30/12/2019 Isnin
Cherating – Pantai Air Papan
JOHOR
Day 11 : 31/12/2019 Selasa
Pantai Air Papan – Pantai Puteri
MELAKA
Day 12 : 1/1/2020 Rabu
Pantai Puteri – Seremban
NEGERI SEMBILAN
**10 hari kami bermalam di khemah sendiri, 1 hari di hotel.
Bajet:
21/12 Sabtu
22/12 Ahad
23/12 Isnin
24/12 Selesa
25/12 Rabu
GUNA BATH Thailand
26/12 Khamis Thailand
27/12 Jumaat Thailand
28/12 Sabtu Thailand
GUNA RINGGIT MALAYSIA
29/12 Ahad
30/12/2019 Isnin
31/12/2019 Selasa
1/1/2020 Rabu
Jika anda tiada barangan outdoor, perbelanjaan peralatan anda akan sama banyak jugak seperti di atas. Tapi boleh beli secara berperingkat dan beli yg betul-betul perlu sahaja. Banyak Kenangan yg kami perolehi, semoga suatu hari nnt anak-anak bakal guna ilmu, pengalaman yg pernah di lalui.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
MUKADIMAH Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.
Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.
PERTAMA: MASA PERLEPASAN Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
KELIMA: TAYAMMUM Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)
KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
(Surah al-Taghabun: 16)
KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.
Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”
KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...