Seronok dapat bercuti ke Langkawi beramai-ramai dengan keluarga tersayang. Tinggal pula di homestay atau private villa yang boleh muatkan semua orang. Baru lebih ukhwah nak bonding dan buat aktiviti bersama-sama.
Baisel Villa yang boleh memuatkan sehingga 12 orang termasuk kanak-kanak ini terletak di Langkawi dan mempunyai ruang yang selesa dan cukup luas.
Mempunyai 3 bilik tidur dengan ruang tamu yang luas, villa ini dilengkapi dengan smart tv, android box, wi-fi dan penghawa dingin.
Setiap bilik juga dilengkapi dengan Katil yang besar dan selesa untuk anda menginap sepanjang berada di sini. Dua bilik utama ada access terus ke kolam renang. Anak-anak mesti paling seronok.
Bisel Viila ini juga berada dikawasan dusun dan menyajikan pemandangan yang cukup cantik tatkala matahari terbit. Terdapat banyak pokok buah buahan di sekeliling Villa, antaranya berbagai jenis durian hampir 40 pokok matang yang telah menghasil buah seperti D99, Ceni, Kampung Premium, Durian Kahwin dan Durian Kampung.
Ads
100 anak pokok durian Musang King, IOI dan Duri Hitam. Terdapat juga pokok buahan lain seperti Manggis, Rambutan, Pulasan, Nangka Madu dan Dokong. Kalau nak datang sini time musim buah yang dijangka pada bulan Mac, nantikan pakej istimewa yang akan dikeluarkan tak lama lagi.
Ini antara yang korang boleh dapat bila menginap di Baisel Villa:
PROMO RATES : until 31/12/22
*RM800* per night normal day
*RM1000* per night Public Holiday/School Holiday
One private villa with pool.
Villa capacity: 10-12 people only (including children)
Pool depth: 4ft
BBQ Grill
*LIVING ROOM*
* Spacious, clean and comfortable
* 7 seater sofa
* Smart TV 50″
* Android Box
* Wi-Fi unlimited
* Dining table set
* Air Condition
Ads
*MASTER BEDROOM*
* 1 King size bed
* 1 Sofa bed for 1 adult / 2 child’s
* Air condition and ceiling fan
* Bathroom
* Bath towel provided
* Access to pool
*2ND BEDROOM*
* 1 King size bed
* Air condition and ceiling fan
* Bathroom
* Bath towel provided
* Access to pool
*3RD BEDROOM*
* 3 Single size bed
* Air condition and ceiling fan
* Sharing bathroom
* Bath towel provided
New Zealand adalah sebuah negara yan sangat cantik dengan pemandangan semula jadi dan menjadi impian setiap pelancong untuk datang ke sini.
Namun untuk sepanjang tahun 2021, impian untuk ke sini terpaksa ditangguhkan kerana sempadan New Zealand mungkin ditutup hampir sepajang tahun dengan pegawai kesihatan menilai pelaksanaan vaksin global.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, kemunculan penularan komuniti pertama dalam tempoh lebih dua bulan pada hujung minggu lalu menunjukkan masih wujud bahaya ditimbulkan Covid-19 kepada sebuah negara yang dipuji atas tindak balasnya mengawal Covid-19.
Katanya, kerajaan tidak akan membuka semula sempadan negara yang telah ditutup secara efektif untuk semua orang kecuali warga yang kembali sejak Mac lalu, sementara wabak itu masih menular di seluruh dunia.
“Memandangkan risiko yang terdapat di seluruh dunia dan ketidakpastian pelaksanaan vaksin global, kita mungkin menjangkakan sempadan akan terus ditutup sepanjang tahun ini,” katanya kepada wartawan.
Namun, Ardern berkata, New Zealand akan terus melakukan gelembung perjalanan dengan negara-negara kepulauan Australia dan Pasifik, yang juga sebahagian besar berjaya mencegah atau mengawal virus berkenaan.
Rancangan untuk membuka gelembung perjalanan pada akhir bulan Mac menimbulkan tanda tanya ketika Australia menangguhkan perjalanan tanpa kuarantin untuk warga New Zealand sebagai tindak balas terhadap kes penularan komuniti terbaru.
Ardern mengatakan bahawa kes itu – seorang warga New Zealand berusia 56 tahun yang baru pulang dari Eropah – “terkawal” dan mengkritik Australia kerana mengenakan semula kuarantin untuk warga New Zealand.
Usia bukan penghalang seseorang itu untuk melihat keindahan dunia. Apa yang penting keinginan dan semangat untuk melihat negara orang.
Seperti yang dilakukan seorang nenek berusia 90 tahun yang telah melancong keliling dunia dan berkongsi perjalannnya di laman Instagramnya. Seperti kata pepatah ‘ its never too late to travel.
Jadi mengambil kesempatan masih sihat dan bertenaga, wanita yang dikenali sebagai Babushka telah melancong secara solo walaupun usianya sudah lanjut.
Babushka telah memuat naik beberapa keping foto ketika melancong ke seluruh dunia. Antara negara yang dikunjunginya ialah Vietnam, Istanbul, Israel dan Russia.
Ayuh, lihat foto-foto menarik yang dikongsi olehnya.
Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.