airasia

Semalam tular di sosial media apabila syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad mengeluarkan kenyataan bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi.

Rata-rata pemain industri pelancongan dan pengguna AirAsia bersimpati dengan nasib yang dialami semua kakitangan yang terlibat ketika ini. Semoga kalian tabah!
Buat Lebih 300 Kakitangan AirAsia Yang Dihentikan Perkhidmatan, Semoga Kalian Tabah!
Pengumuman pemberhentian itu difahamkan dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat dalam sesi taklimat bersama kakitangan syarikat berkenaan. Kesemua yang terlibat dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam. AirAsia Berhad juga menjanjikan pampasan kepada semua yang terlibat.

IKLAN

Situasi yang dihadapi AirAsia Berhad kini adalah amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi. AirAsia turut memohon maaf kepada kakitangan yang terlibat dan menegaskan, syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi.
Buat Lebih 300 Kakitangan AirAsia Yang Dihentikan Perkhidmatan, Semoga Kalian Tabah!
Pemberhentian tenaga kerja itu tidak hanya dilaksanakan oleh AirAsia Berhad malah di semua bahagian di bawah Kumpulan AirAsia. Dalam perkembangan berasingan, AirAsia X (AAX) turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja melibatkan tenaga kerja Malaysia dan asing, namun jumlah sebenar tidak diumumkan di dalam sesi taklimat yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail.

IKLAN

Pemberhentian itu dijangka melibatkan tenaga kerja setiap sektor termasuk operasi, pengurusan, kru dan juruterbang. Menurut sumber yang menyertai sesi berkenaan, AAX akan beroperasi menggunakan sekitar 15 ke 16 pesawat apabila sektor antarabangsa dibuka semula. Ia berbanding 32 pesawat yang dimilik AAX pada ketika ini. Sesi tersebut turut menjelaskan bayaran bonus dan insentif akan dimansuhkan namun bayaran gaji pokok akan dikekalkan termasuk elaun penerbangan,sektor dan bermalam.

IKLAN

Sumber: astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI