Gua Tempurung merupakan gua kapur terletak di Gopeng, Perak mengambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.
Lokasi ini menjanjikan keunikan dan cabaran yang tersendiri berikutan struktur dalamannya yang berbeza membolehkan ekspedisi meneroka gua semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat aktiviti lasak mahupun pencinta alam semula jadi.
Bermula daripada laluan sempit hanya memuatkan seorang individu dalam satu masa kemudian beralih kepada ruang gua lebih besar membuatkan rasa gelisah mula berganti teruja. Setiap detik pengalaman di gua ini amat bermakna. Daripada mendaki hinggalah meranduk serta merangkak dalam anak sungai membuat pengunjung berasa saat itu begitu menyeronokkan. Paling menarik, pengunjung juga perlu menggelungsur daripada ketinggian lebih empat meter.
Gua Tempurung mempunyai lima kubah besar pada siling yang menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Di pertengahan gua ini terdapat stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Ads
Ads
Ads
Anda yang berminat ke sini dinasihatkan memasuki gua dengan jurupandu berpengalaman yang menerangkan peraturan dan ciri keselamatan ketika menjelajah gua. Khidmat jurupandu gua adalah perkara terpenting dalam meneroka gua bagi menjamin semua aktiviti yang dilakukan berjalan lancar dan selamat. Maka tidak salah kalau membelanjakan sedikit duit untuk memastikan aktiviti rekreasi diikuti lebih selamat.
Info Menarik!
Paparan objek mirip manusia dan haiwan di dinding gua berusia jutaan tahun ini mempunyai tarikan tersendiri. Sebagai contoh, potret wajah Monalisa pada dinding Gua Tempurung antara bakal memberi kejutan kepada pengunjung yang memasuki gua ini. Sama ada mahu percaya atau tidak, anda perlu menjejakkan kaki ke gua ini kerana lukisan yang terbentuk daripada hakisan batu kapur itu dianggap cukup terkenal sehingga diberi jolokan Potret Monalisa Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda suka jamu mata dengan kehijauan sawah pagi, kena lah datang Triangle Farm Cottage di Sekinchan. Mesti tenang lah bila tengok suasana di sini, nak bawa keluarga tersayang, memang sesuai sangat.
Bilik agak kecil. Tapi selesa untuk 2 orang. Triple room pun ada. Cuma kadang-kadang bila baring, terhantuk sikit di dinding sebab kedudukan katil dengan triangle shape tu dekat. Kena hati-hati di situ.
Tiada dalam bilik – TV dan air panas. Semua ni ada kat reception area. Wifi – connection ok. Sebab bilik berhampiran dengan reception. Even guna data sendiri pun kelajuan internet memuaskan.
Tandas di sini bagus. Air panas, air sejuk, wc semua berfungsi dengan baik.
Harga : RM98 (weekdays). Sarapan tidak termasuk. Kebersihan : Bagus.
Dari segi keselamatan, cukup bagus – in house guest akan dapat access card untuk bilik dan main gate.
Kemudahan di luar: Ada aktiviti basikal, inflatable pool, ada meeting room.
Jarak untuk pergi Restaurant Abah Ikan Bakar dalam 10min. Ke restaurant Lembah Bernam dalam 6 min. Padi box 4 min dan pasar jerami ban kenal dalam 10minit.
Nak rasa puas, kena pergi sendiri ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pusat beli-belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Hari Raya yang bakal menjelang. Pelbagai tema yang diketengahkan oleh pusat beli-belah ini tentunya akan menggamit suasana lebaran dan menarik kehadiran para pengunjung. Sekiranya anda memilih untuk “Pusing Selangor Dulu”; di sini disenaraikan 8 pusat beli-belah dengan hiasan lebaran yang indah untuk orang ramai kunjungi.
Paradigm Mall membawakan elemen sawah padi yang cantik dan menjadi tema untuk lebaran tahun ini! Kunjungi dan rasai suasana kampung yang unik dan beli-belah barang keperluan Raya anda di sini. Kongsikan perasaan kasih sayang anda dengan menyumbangkan pakaian terpakai yang masih elok dengan meletakkan ke dalam tong sumbangan yang terletak di Upper Atrium, Tingkat UG. Kain-kain ini akan digubah oleh Komuniti Tukang Jahit dan akan dihadiahkan kepada kanak-kanak oleh pihak MAKNA. Derma wang juga dialu-alukan untuk menjayakan program ini. Singgah ke kaunter Concierge, Tingkat G untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara sumbangan. Selain itu, kunjungi Vendor Raya mereka di tingkat UG untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dari kek, biskut raya, kurma, hamper, baju raya dan banyak lagi!
Jom singgah ke kawasan R&R Sunway Pyramid sempena musim perayaan ini! Nikmati suasana ceria dengan pelbagai aktiviti, hadiah ekslusif dan promosi yang menarik di Sunway Pyramid menjelang Hari Raya! Datang berbelanja di Sunway Pyramid dan singgah ke stesen R&R Lion di Orange Concourse, tingkat LG2 bermula dari 16 April hingga 30 Mei. Nikmati tawaran perayaan, beli barang keperluan Raya, berbuka puasa dengan pilihan lebih daripada 120 gerai halal, tebus hadiah dan rebut peluang untuk memenangi sebuah Proton X70!
Kunjungi Rumah Tradisional setinggi 35 kaki di 1 Utama Shopping Centre, dengan Tangga Melaka yang gah. Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, 1 Utama Shopping Centre telah mempersiapkan pengalaman pulang ke kampung dengan senibina 12 rekabentuk tangga yang berwarna-warni, serta hiasan yang menarik di seluruh 1 Utama Shopping Centre!
Aidilfitri menjelang tiba! Tahun ini, IOI City Mall menawarkan suasana kembali ke kampung untuk mengubati kerinduan anda pada orang yang tersayang di kampung halaman. Walaupun jauh di mata, namun dekat di hati. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kegembiraan Aidilfitri Sepanjang Zaman bersama IOI City Mall!
Kejutan menarik menanti anda di Setia City Mall! Bermula 16 April hingga 30 Mei, kunjungi Centre Court dan Kampung Batik gaya kampung tradisional yang dipenuhi dengan warna-warna menarik dari daun pisang hingga burung yang ramah berkicauan. Jangan ketinggalan untuk beli-belah persiapan perayaan anda di Setia City Mall; apa yang lebih menarik, di sini juga terdapat hiasan dinding batik yang memukau!
Bersempena Hari Raya tahun ini, Main Place Mall menjemput anda semua dan orang tersayang untuk mengunjungi Taman Manny di sini! Terdapat bunga-bungaan yang mempersona, dan jika anda bersabar, anda mungkin akan menemui beberapa rakan Manny bersembunyi di dalam hamparan bunga. Mari sama-sama raikan Hari Raya di Main Place Mall!
Salam Muhibbah Mesra Raya dari Da Men Mall. Mari bersama-sama menikmati dekorasi yang luar biasa, merasai seleksi makanan yang lazat, serta melibatkan diri dalam aktiviti menarik di Da Men Mall bagi menghargai di keunikan kebudayaan di Malaysia Syawal ini.
IOI Mall Puchong menjadikan bulan perayaan lebih bernostalgia tahun ini dengan hiasan rumah kampung yang diterangi dengan lampu dan ayam berwarna-warni di sekitar pekarangan North Court, IOI Mall Puchong . Mari kita mengenang kembali kegembiraan yang kita rasai semasa perjalanan pulang ke kampung. Walaupun tahun ini kita mungkin tidak dapat beraya seperti suasana sebelum ini, namun jangan ketinggalan untuk merakam saat-saat yang tidak dapat dilupakan di IOI Mall Puchong!
Dekorasi Hari Raya mampu meningkatkan suasana hari raya dengan konsep warna-warni dan pelbagai tema yang dibawakan oleh Pusat Beli-belah di Negeri Selangor. Kunjungi senarai di atas bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda dan jangan lupa untuk mengambil gambar! Disamping itu, adalah diingatkan kepada setiap pengunjung untuk patuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pelanggan harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi memastikan kesejahteraan para pengunjung terjamin.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terengganu antara destinasi pilihan bercuti rakyat Malaysia. Ramai sukakan makanan enaknya seperti keropok lekor, nasi dagang dan banyak lagi. Bukan itu saja, banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati seperti Jambatan Angkat / Drawbridge Kuala Terengganu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), pulau-pulaunya yang indah selain produk pelancongan batik dan songket yang boleh dijadikan cenderamata kalau bercuti ke negeri ini.
Bahkan ada banyak penginapan tepi pantai yang boleh dijadikan pilihan kalau bercuti ke Terengganu.
Bagi korang yang bakal ke Pantai Timur, dikongsi dari page Cuti-Cuti Terengganu, ada satu resort yang menjadi pilihan ramai kalau datang ke sini. Dikongsikan oleh Nazeera Edora, dirinya berkongsi pengalaman menginap di Chalet Anees yang betul-betul mengadap laut. Lebih best, sewaaanya cukup murah iaitu RM100 semalam sahaja. Jadi kalau ke sini, masukkan chalet ini sebagai pilihan menginap.
Baca perkongsiannya :-
Saya bukan owner tapi saya customer yang sangat puas hati dengan chalet ni. Kali ni memang saya mencari chalet betul-betul tepi laut. Cuma RM 100/malam untuk satu unit chalet.
Tak perlu payment untuk deposit. Cuma hubungi chalet dan bagi nama, nombor telefon. Pihak chalet akan “lockkan” untuk kita dan datang terus. Tak perlu pun security deposit ke apa. Bayar terus dan dapat kunci! Baik betul owner chalet ni.
Dan disebabkan berderet rakyat jelata, bawak tilam angin kerana chalet ni cuma ada bilik berserta katil king/queen/ 2 single. Jangan risau, ruang solat berserta sejadah disediakan.
Electric kettle dan cawan, towel dua helai dan sabun buku disediakan. BBQ set pun ada tau.
Di tangga chalet ada paip untuk bilas kaki. Bagus disediakan sebab kita balik dari pantai mesti kaki berpasirkan. Best sangat! Buka pintu nampak laut. Parking kereta pun sebelah chalet.
Chaletnya pun dekat dengan Lapangan Terbang Terengganu, dekat dengan warung-warung celup tepung. Dalam chalet pun ada gerai tau. Malam-malam lapar boleh tapau makan.
Sebelah chalet pun ada jual burger kalau lapar malam-malam.
Cuma diingatkan pantainya dalam. Tak sesuai untuk mandi. Celup kaki pun jangan. Sebaiknya bawak joran sebab memang port best untuk memancing.
Lokasi :-Chalet Anees, Kg Tanjung Gelam Mengabang Telipot 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan berada di satu kawasan yang langit malamnya tidak pernah sunyi. Bukan kerana lampu bandar, bukan juga pesta cahaya buatan manusia, tetapi kerana panahan...