Negara China memang terkenal dengan ciptaan pelbagai ‘benda menarik’ baik dari segi produk dan juga destinasi pelancongan. Sekiranya anda takut pada ketinggian, jambatan kaca yang ada di China ini bukanlah lokasi pilihan tepat untuk anda.
Dikenali sebagai The Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge, jambatan yang dibina sebagai laluan penjalan kaki yang dibina pada ketinggian 298 meter itu dianggap paling menggerunkan di dunia. Terletak di Zhangjiajie Grand Canyon jambatan ini memecah rekod jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia.
Jambatan yang menggayatkan ini terletak di antara dua tebing tinggi di taman negara Zhangjiajie. Kawasan pergunungan ini memang popular dalam kalangan pengunjung kerana pemandangan semula jadinya yang luar biasa.
Ads
Pengunjung berpeluang melihat pemandangan wilayah Hunan yang menakjubkan ketika berjalan di laluan sepanjang 429 meter itu. Pengunjung tidak perlu risau dengan keselamatan mereka kerana jambatan selebar 5.79 meter itu mampu menampung hingga 800 orang pada satu masa. Lantai kaca di laluan itu hanya setebal 6.3 sentimeter dan ramai pengunjung dilihat ‘takut-takut’ dan ada juga yang gayat apabila berjalan di atasnya. Tidak kurang juga ada yang ‘terkucil’ juga merangkak ketika berjalan dilaluan berkaca ini dek kerana takut akan ketinggian.
Ads
Ketahanan gelas kaca jambatan tersebut telah diuji dengan pelbagai cara sebagai bukti pembuatan lantai jambatan ini sangat kukuh dan selamat.
Ads
Laluan yang direka oleh arkitek dari Israel, Haim Dotan itu dengan mudah mengatasi jambatan Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat. Jambatan Grand Canyon Skywalk mempunyai laluan sepanjang 20.7 meter dan dibina pada ketinggian 218 meter.
Selepas menghabiskan perjalanan di laluan yang menggerunkan itu, pelancong boleh menguji keberanian mereka dengan mencuba terjunan bungee dan aktiviti flying fox dari struktur menakjubkan itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Hidupan Liar Langkawi merupakan lokasi ideal untuk membawa keluarga bersiar-siar. Di sini menempatkan pelbagai jenis binatang dan spesies burung dari seluruh dunia.
Antaranya adalah burung merak dan kakak tua. Pengunjung juga diberi peluang untuk memberi makan dan berinteraksi dengan haiwan yang ada di sini. Paling unik terdapat sebuah kolam yang menempatkan puluhan ikan koi yang makan menggunakan botol susu. Bunyi semacam pelik bukan? Tapi itu yang boleh anda lihat di sini. Di luar kawasan pintu masuk terletak sebuah lokasi khas untuk pencinta kucing. Anda boleh masuk dan bermain dengan haiwan comel ini sepuas hati.
Ketika ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiada kemasukan pelancong ke Langkawi mengakibatkan pelawat ke taman haiwan itu turun mendadak sekali gus memberi kesan kepada kos operasi. Seperti pusat reakreasi pelancongan lain, sumber utama pendapatan Taman Hidupan Liar Langkawi ini ialah menerusi jualan tiket masuk.
Mengikut jejak langkah Zoo Negara Malaysia, Taman Hidupan Liar Langkawi juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai program pengambilan haiwan angkat bagi menampung kos keperluan makanan haiwan di lokasi tersebut. Ada lebih daripada 10 haiwan untuk program haiwan angkat ini seperti ‘Sarip’ (rakun), Mingo’ (burung flamingo), ‘Leman’ (burung kakaktua) serta beberapa spesis haiwan lagi. Selain program pengambilan haiwan angkat, orang ramai boleh memberi sumbangan bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi juga bantuan seperti dedak dan sayur-sayuran.
Bagi menarik kehadiran pengunjung, Taman Hidupan Liar Langkawi juga kini memberi potongan harga tiket masuk pada kadar yang sangat rendah. Bagi warga Langkawi, tiket masuk dikenakan hanya RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak, tawaran ini sah hingga 30 November 2020. Bagi penduduk Kedah (luar Langkawi) dan Perlis pula tiket dikenakan RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman Facebook Langkawi Wildlife Park dan laman sesawang https://langkawiwildlifepark.com
Jom bantu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dilengkapi dengan kolam renang dan gelongsor air yang ‘seakan’ memanggil kanak-kanak untuk bermain air di sini. Resort yang dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi ini pasti menggamit anda dan keluarga untuk menginap dengan lebih lama. Apatah lagi dengan lokasinya yang berhampiran dengan pantai, pastinya masa untuk beriadah bertemankan dengan alam semula jadi dapat dimanfaatkan dengan baik. Hotel ‘kid’s friendly’ ini turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik buat anak-anak seawal usia empat hingga 12 tahun pada setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga enam petang. Antara aktiviti yang menarik yang diadakan adalah seperti Make a Puzzle, Fruit Stamping, Limbo Rock, Dugong Storytelling dan Sandcastle Building.
Di hotel ini juga terdapat Cool Zone di mana tetamu dapat menikmati dinding-dinding hasil lukisan tangan yang memaparkan haiwan akuatik dan binatang hanya terdapat di Sabah. Sambil si ibu dan bapa menikmati secangkir kopi, kanak-kanak dapat mengasah kreativiti melukis dan menghasilkan kraf.
Pada setiap hari Jumaat, The Coll Zone akan mengadakan parti bertema untuk kanak-kanak bermula dari jam enam petang hingga 10 malam. Apa yang menarik, kanakkanak turut boleh membantu para staf untuk melakukandokarasi sebelum memulakan parti. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti ice-breaking untuk kanak-kanak saling mengenali antara satu sama lain. Pelbagai juadah enak seperti sosej,spaghetti, pizza dan aiskrim disediakan bagi memeriahkan suasana.
Buat kanak-kanak, mengunjungi Genting Highlands pastinya menjadi keseronokan yang tidak terhingga. Bermula dari perjalanan menaiki kereta kabel yang mengambil masa kirakira 15 minit, kanak-kanak pasti tidak bosan untuk berjalan kaki ke ruang inapan dek kerana suasana persekitaran hotel yang sejuk dan dipenuhi banyak aktiviti. Hotel ini mudah diakses dari Kuala Lumpur menggunakan bas.
Ada sesetengah agen pelancongan menyediakan pakej dengan harga yang istimewa untuk perjalanan pergi dan pulang beserta inapan dan permainan di taman tema. Meskipun taman tema ‘outdoor’ telah ditutup bagi kerja menaik taraf, permainan seperti Rio Float, Reindeer Cruiser, Mini Train, Busy Bugs, Circus Ride, FunLand, Genting Bowl, Snow World, Vision City & Funtasy World Video Games Park masih dibuka seperti biasa.
Menikmati masa hujung minggu tanpa perlu pergi jauh? Maka Berjaya Times Square adalah pilihan yang tepat untuk menceriakan hari bersama anakanak. Menariknya, hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang di tingkat atas dan taman permainan untuk kanak-kanak.
Untuk menikmati kulinari yang enak, Big Apple Restaurant’s Kitchens dan Banquet Kitchens di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dianugerahkan sijil Halal oleh JAKIM. Hotel ini turut dilengkapi dengan Taman Tema Indoor yang terbesar di Malaysia ini lengkap dengan pelbagai permainan yang pastinya menyeronokkan.
Antara permainan yang harus dicuba seisi keluarga ialah Botanic Drive, Buddy Go Round, Crazy Bus, Dizzy, Izzy DNA Mixer, Fantasy Trail, Flying Bumble Bee, Honey Bump, Molly-Cool’s Swing, Oort’s Express, Robo Crash dan banyak lagi. Selain itu, kanak-kanak pasti teruja untuk menonton filem di Kid’s Theatre.
Resort dengan persekitaran mesra keluarga ini mempunyai akses yang mudah ke Dinosaur Water Alive Theme Park dan pusat membeli-belah yang terbaik di Johor Bahru. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sauna, panggung wayang MBO dan mini golf (Mission Golf). Untuk kanak-kanak, pastinya mereka akan teruja untuk bermain di kolam renang yang ditempatkan di tingkat atas hotel.
Sambil bermain air, anak-anak pasti teruja untuk melihat replika Dinosuar yang ditempatkan di Dinosuars Alive Water Theme Park. Selain memberikan keseronokan, mereka dapat memahami dengan lebih baik bagaimanakah hidupan purba ini hidup dan bergerak pada suatu masa dahulu. Replika ini didatangkan dalam pelbagai saiz. Antara yang mencuri tumpuan ialah Compsognathus yang berukuran 2 kaki dan Brachiosaurus yang berukuran 85 kaki! Semantara itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba permainan Banana Boat Float dan beberapa permainan yang lain.
Wilayah Satun satu daripada 76 wilayah yang terletak di Selatan Thailand. Wilayah Satun dengan Malaysia tidaklah jauh mana kerana hanya bersempadanan dengan negeri Perlis sahaja.
Ada apa di Satun? Ini ada perkongsian menarik daripada rakyat kita, Nur Aina Zulkifli yang berkesempatan bercuti ke wilayah ini bersama dengan keluarga tercinta. Kalau ada yang teringin nak buat ‘short vacay’ atau ‘weekend getaway’ ke Satun, Thailand, boleh follow trip percutiaan ini.
Hari ini kami berkesempatan untuk menjelajah daerah Satun (oghang utara panggil “Setoii”)
Perjalanan dari hatyai ke satun mengambil masa kira-kira hampir 3 jam untuk melihat bunga matahari bertempat di Khao Tanom, Thung Bu Lang, Thung Wa District. Dengan cuaca yang sangat baik kami menghabiskan masa disini untuk bergambar.
Kemudian kami dibawa untuk makan tengahari di Nava Seafood Pak Bara. Fuhhh..sedap betul makan kat sana ditambah dengan harga yang sangat berpatutan.. Mai satun pi cari kedai tu na hangpa…
Seterusnya kami dibawa ke PakBara View Point untuk sesi fotografi..last but not least kami singgah ke pasar malam (org utara panggil pasar = nat) yang terbesar di Satun nama dia “Nat Duson, Khuan Don” (nat ni buka Sabtu dan Ahad je)
Untuk merasai keenakan laksa siam dengan harga 30baht je..Memang healthy sangat sebab banyak betul ulam-ulaman yang dsediakan dan kuah hijau (lemak) campur kuah pedas. So rasa dia macam makan laksam cuma versi bihun..
Overall kami sangat berpuas hati dengan layanan dari @cikgujoesatun a.ka. Karlisa Travel dan in shaa allah akan repeat Satun untuk pusing pulau depa ( Koh Bulone) one day..In Shaa Allah..
We love Satun! @ Satun City – Thailand
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...