Rakyat Malaysia khususnya penduduk Melaka berpeluang menamakan anak kambing gurun jantan yang baru dilahirkan di Zoo Melaka menerusi Program Menamakan Anak Serow yang dianjurkan selama sebulan bermula Julai 2020 ini.
Kambing gurun spesies Sumatran Serow atau Capricoris Sumatraensis itu adalah kelahiran pertama selepas kira-kira 15 tahun pasangan induk haiwan berkenaan berada di Zoo Melaka. ‘Si Comel’ yang dilahirkan pada 8 Jun lepas merupakan mamalia yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand dan Indonesia itu adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Anak kambing gurun jantan itu dijangka menjadi daya tarikan terbaharu bagi Zoo Melaka dan setakat ini di situ telah mempunyai lima ekor kambing gurun iaitu dua pasang dewasa dan seekor anak. Justeru, Zoo Melaka mengalu-alukan penyertaan penduduk dalam atau luar Melaka memberi nama yang bersesuaian untuk anak kambing gurun tersebut dan 10 tiket percuma ke Zoo Melaka iaitu lima dewasa dan lima kanak-kanak kepada pemenang yang dipilih.
Bercuti ke Kundasang di Sabah adalah satu pilihan tepat buat anda yang suka dengan pemandangan indah gunung sambil layan hiking.
Terletak 90km dari bandar Kota Kinabalu, mengambil masa lebih kurang 2 jam driving dari Kota Kinabalu. Bergantung pada aliran traffic.
Nak tahu lebih jelas, jemput baca perkongsian My Messy Kitchen ini sepanjang dia pergi bercuti di Sabah.
Kalau cuti sekolah aliran traffic lagi perlahan. Nak rasa macam berada di luar negara datanglah ke Kundasang, Sabah. The view is breathtaking and majestic. The air is refreshing.
Di sini memang sesuai lah orang cakap “slow living”. Memang tempat healing. Relax.
1-3 Sixty Peak, Mesilou – seronok nak hiking. Views memang breathtaking. Yang gayat itu tak recommended!
2- Sosodikon Hill – Hiking level beginner. Tak basah ketiak pun, boleh lah nak ambil gambar banyak-banyak kat atas tu. Views pun cantik!
3- Maragang Hill – ini hiking level orang nak berlatih naik gunung Kinabalu.
4- Hidden Hill – Ni tempat ala-ala Jepun. Boleh sewa Yukata/ Kimono.
5- Desa Dairy Farm – terkenal dgn lembu-lembu macam dalam iklan susu Fernleaf New Zealand. Aiskrim/gelato sedap.
6- Alpaca Club.
7- D’Mesilau Rabit Garden.
Banyak tempat makan tapi setakat ini saya suka My Arab Kitchen Restaurant dan Tuk Tuk Tomyam Kundasang.
Saya dan family (5 adults and 2 kids) stayed dekat Lavender House (max 10 ppl) dengan harga RM400/night. Penginapan di situ sangat lengkap dgn peralatan memasak, wifi, water heater, dan yang paling penting Lavender House ini sangat dekat dengan tempat-tempat menarik di atas. Buka pintu/tingkap terus nampak Kinabalu. Memasak kat dapur pun nampak Kinabalu.
Hah, yang mana rasa nak ke Sabah, boleh masukkan semua tempat menarik ini dalam senarai. Lebih senang untuk anda gerak dan berhenti cari makanan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tak anak-anak anda yang suka dan excited dengan haiwan maritim seperti ikan, penyu, belangkas dan kuda laut? Kalau ada, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIHPD) adalah lokasi terbaik untuk anda bawa mereka mendekati pelbagai spesis hidupan marin yang terdapat di sana.
Terletak hanya di Telok Kemang dan tidak jauh dari pusat bandar, PIHPD adalah lokasi terbaik untuk anda bercuti di waktu hujung minggu bersama keluarga terutamanya ketika bulan Ramadan ni sebab lokasinya yang dekat dan persekitaran bersih serta sejuk di ruang pameran memberikan keselesaan kepada anda dan keluarga.
Untuk pengetahuan anda, PIHPD ini berfungsi sebagai penggalak kepada pembangunan industri marin terutamanya ikan hiasan marin, kuda laut dan batu karang. 80 peratus daripada hidupan marin yang diternak dan dibiakkan di PIHPD ini diambil dari perairan Tanjung Tuan, yang diwartakan sebagai kawasan larangan perikanan di bawah Akta Perikanan 1985.
Pusat tersebut berjaya membiakkan lebih 40 jenis ikan hiasan termasuk 20 jenis batu karang menggunakan kaedah teknologi baharu.Jadi kepada anda atau ada anak-anak yang meminati ikan hiasan marin, PIHPD ini pasti membuatkan mereka teruja untuk cuci mata melihat kepelbagaian koleksi ikan hiasan yang dipamerkan di sana.
PIHPD ini dibina di atas tanah seluas 0.85 hektar dan selain menjadi pusat pembiakan kepada pelbagai spesies ikan hiasan, tarikan lain yang disediakan di pusat berkenaan adalah konservasi penyu karah dan agar di mana petugas PIHPD menyediakan kawasan pembiakan penyu agar dan karah yang diletakkan di luar bangunan dan pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri cara membiakkan dua spesies berkenaan.
Ruang dalam Pusat Ikan Hiasan Port Dickson yang selesa untuk seisi keluarga.
Kepada anda yang ingin membawa keluarga bercuti ke sini, PIHPD dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Ahad) dan masuk adalah percuma.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali hujung minggu jika ada masa terluang, ramai yang memilih untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga atau teman-teman di beberapa resort penginapan berhampiran yang selesa. Rata-rata akan mula scroll aplikasi penginapan yang menawarkan harga yang menarik dan lokasi yang menyeronokkan. Salah satu elemen penting dan bonus untuk anda jika terjumpa destinasi penginapan yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh. Hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Ini pilihan penginapan menarik yang ada disekitar Janda Baik yang mempunyai kemudahan kolam renang. Memang best bawa anak-anak!
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Elemen kayu, ruang dan privasi menjadi keutamaan dengan setiap vila mempunyai ruang legar luas, siling tinggi serta dipisahkan dengan tembok tinggi. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rumah kelab, ruang mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran, barbeku serta pakej-pakej istimewa seperti majlis perkahwinan, percutian berbulan madu dan percutian keluarga.
Untuk ke vila, pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
D’Villa Janda Baik salah satu penginapan hujung minggu pilihan ramai. Berjalan di sekitar D’Villa, pengunjung pasti akan terpesona dengan susunan landskap yang mengenengahkan elemen tumbuhan. Dikelilingi alam hijau, setiap bilik di sini mempunyai konsep tertentu iaitu Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room. Paling menarik pastinya tumpuan akan diberikan kepada kolam renang yang disediakan khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Aman Rimba Private Estate mampu memberikan kedamaian kepada tetamunya yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota. Berkonsep reka bentuk kampung Melayu tradisional, vila ini terletak di tepi Sungai Benus yang mengalirkan air jernih.
Setiap villa di Aman Rimba Private Estate menjanjikan ‘feel’ yang berbeza dari sudut rekaan iaitu bercirikan rumah tradisional Melayu sehinggalah moden kotemporari. Sementara lanskap pula bercirikan tropikal dan ala Bali. Kemudahan kolam renang yang disediakan memberikan anda peluang bersantai sambil menghayati alam sekitar.
Saufiville Boutique Resort terletak di disebuah kawasan bukit tinggi di Janda baik. Pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke kawasan ini. Paling menarik resort ini menawarkan kemudahan kolam renang infiniti dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau.
Walaupun berada pada suhu sekitar yang agak sejuk, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kolam renang ini anda akan dapat rasakan suhu di dalam kolam renang ini sangat suam dan begitu selesa. Terdapat beberapa buah bilik yang ditawarkan mengikut bajet anda. Resort ini juga menerima tempahan daripada tetamu luar yang datang semata-mata untuk menjamu selera sahaja tanpa perlu menginap.
Danau Daun Chalets dibina di atas sebidang tanah yang penuh dengan rawa, pokok dan biodiversiti tropika.
Di resort ini terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan iaitu Teratak Air (lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit), Hillside Cottage, Danau Daun I & II (terletak di tepi kolam ikan) dan Danau Daun III (memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe).
Serene Retreat berkonsepkan Bali terletak di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee. Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa. Beberapa aktiviti seperti kolam renang, basikal dan barbeku juga disediakan di lokasi ini.
Naaah! Ada dapat idea tak nak berlibur hujung minggu di mana minggu ni? Pilihan penginapan di sini memang menarik bukan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...